Tuesday, April 18, 2006

Perubahan Sifat,Sikap,Tabiat-------> MENGHIBURKAN

6 bulan setengah, lain plak keletah dia....


Merenung masa Depan..
Nak jadi Muslimah solehah + Srikandi Kawasan Kajang





VROOM,VROOM,VROOM....
Posing atas motor abah yer...

Minah Rider (macam omak e dolu2)






Versi Menolong Ummi Lipat Kain

Rajin nyer nawwaratul. nak tolong ummi lipat kain..eh, dapat mainan baru pulak..
Apa ni?besarnyer..Nawwaratul boleh masuk dlm benda nie..
Terus lupa tujuan asal nak tolong Ummi lipat kain. Minta maaf Ummi..


Versi sebelum ditidurkan

hu,hu,hu..Taknak Tido, nak main..isk,isk

~sebelum amuk, Nawwaratul tarik rambut~

Kalau belum mengantuk + penat..jgn haraplah anak ummi tu nak tido..ala, kesiannyer..dah,dah meh turun, kita main dulu..dah oenat + kenyang nawwaratul tido yer!

Monday, April 17, 2006

Terlaksana Sudah....

I. 'Jamuan Merai Jiran Baru
Sepakat Indah'

Tanggal 15hb. bersamaan hari Sabtu yg lepas, alhamdulillah terlaksana sudah niat kami utk merai jiran baru dengan mengadakan sarapan pagi- 8 am to 9.30 am.

Ha, inilah sebahagian jiran baru kami..
-yousri-jai-fitrihelmi-ilhan
~Santap jgn tak santap~



II. 'Jamuan Merai Pengantin Baru
Haida & Zulfika'


Planning ni tetiba jer, niat asal memang nak buat mkn rai jiran baru. lepas tu teringat lak kat adik berdua yg baru selamat diijabkabulkan. tu yang terus jemput sekali.

mula2 diorang berdua mcm tak boleh, tapi alhamdulillah--->tercapai jugak niat. Murah rezki kalau merai tetamu nie..'winks'

~ha, posing terbaik drpd pengantin baru buat tuan rumah~

terima kasih adik berdua

Potong kek tu jgn tak potong...

bagi kat cik abg awak tue..

yang lain menanti dgn penuh sabar..

III. 'Aksi Anak Ummie'

~superwoman dah datang~

Kesian dia, dengan lum mandi lagi, sama2 menolong ummi&abah melayan tetamu yg hadir.

keletah dia cukup mencuit hati uncle zul ek.

bila lagi nawwaratul nak dpt kawan?'winks'

~Nyum..nyum..nyum..hmm, sedapnyer dapat minum~

Alhamdulillah, lebih kurang 11 orang yg hadir

~Yousri, Fitri Helmi, Jai, Ilhan, Hafiz Abdullah, Haida, Zulfika, Suhaimi & anak2(kawan abg)~

Terima kasih diucapkan

~Lain kali dtg lagi~

Bilakah Izra'il datang menjemput...

Sedih, pedih, terharu, simpati
Perasaan ini bercampur baur
membaca tulisan ini..

Telahberputus asakah
telah penatkah
Tiada sebarang ubat@kuasa lagikah utk mengubati mu
akan berakhirkah kisah mu nak..???
Hanya Dia yg Maha Tahu
dan hanya keluarga Alesha sahaja yg menanggung keperitan ini..

Namun ummi & yg lain juga menanggung keperitan yg sama..
kami faham seandainya tiada lagi coretan dr mama Alesha
itu bermakna kau telah kekeringan idea
serta kepenatan utk terus menaip..
KAMI FAHAm..
USAH kau BIMBANG
Ummi tetap mendoakan & mengharapkan keajaiban berlaku..INSYAALLAH


"wamakaru, wamakarallah, wallahukhoirummakirin"
(baru mlm td tengok cerita KINGDOM HOSPITAL, nyawa bertukar ganti. Namun hanyalah cerita, tapi boleh diusahakan dgn terus berdoa)..
Alesha-Protected by Allah

Tidur dlm senyuman

Menderitanya mu nak..

isk.isk..isk..adakah ini penyudahnya?
Tidak, selagi hayat dikandung badan, teruskan membelai Alesha!
Seandainya, itulah takdirmu nak..
sesungguhnya, amat bertuah sekali mama & papamu,
kerana engkaulah bakal menyelamatkan
& menanti mama+papamu di 'sana' kelak..
terharu sangat rasanya..
bersabar lah mama Alesha
& kuatkanlah dirimu nak.kau cukup tabah..


~nukilan ku ummi Nawwaratul~

Wednesday, April 12, 2006

Bingkisan Kasih buat mu...

Bingkisan ini khas untuk mu keluarga Alesha:

"Hari ini aku dan suami bertemu pakar genetik dan metabolik, institut peadetrik, hospital kuala lumpur. Hasil sesi kaunseling yang diberikan, mereka turut tidak meletakkan harapan tinggi yang Alesha akan dapat hidup lama. Kata mereka, penyakit yang dideritai Lesha sering membawa maut"


Meruntun pilu hati ini, pabila membaca coretan mama Alesha(kak zaimah)...

Allahuakbar..Alhamdulillah..Subhanallah..
kuatkan hati mu mama Alesha..
kemungkinan-kemungkinan itu, semua adalah andaian dr manusia..
Ya, doktor mmg pakar dlm bidangnya!..
tapi harus diingat, kuasa Allah boleh mengatasi segalanya!,
keajaiban boleh berlaku..teruskan memberi kasih sayang sepenuhnya pd Alesha disamping yakin diri utk peroleh zuriat seterusnya..
smg mama+papa Alesha terus tenang, sabar+tabah..

Buat anak ummi Alesha yg semakin gebu..
teruskan perjuanganmu utk merasa hidup didunia ini
seperti anak2 seusiamu yg lain,
Andai kau pergi nak,
Ummi+Papamu+semua insan yg menyayangimu
akan bangga akan diri mu nak,
tersangatlah bangga kerana dikurniakan seorang anak
yg cukup tabah, kuat+comel,
sehinggakan segala kesedihan pergi bersama kasih sayang ini...
Namun jauh disudut hati ini berdoa
agar dikau akan terus bernafas dibumi ini
tempat persinggahan pertama kita sebelum ke sana...

Ameen..
sayang Alesha


Bingkisan ke - 2:

Alesha anak comel,
Tidak ku kenal ibumu,
Begitu juga ayahmu,
Namun hatiku meruntun pilu,
Menatap tubuh kerdilmu,
Air mataku deras menderu..

Allah sayang Alesha,
Begitu juga ibu bapamu,
Kuatkan semangatmu duhai anak
Doaku untuk mu Moga sejahtera dan sihat selalu.
Buat ayah dan ibu Alesha
Tabahkan hati dan banyakkan doa
Ujian Allah ada hikmahnya
Semoga kalian semua diberkatiNya.

Ameen ya Rabbal A'lameen..

~Ummi Nawwaratul with love~

Monday, April 10, 2006

UM vs MMS

Betullah kata orang..
rezki anak akan ada, jgn risau..

sejak dikurniakan cahaya mata kami yg pertama "Nawwaratul Mariyah"
Hari pertama dilahirkan sudah ada satu interview buat abg..
alhamdulillah, abg dapat kerja tersebut British Malaysian Institute, BMI, Gombak
Kasihan abg, hari2 naik motor & berhujan..

Tup2 abg akan berubah tempat kerja & life kerja(tidak lagi bidang pendidik) by this May'06.
alhamdulillah, bolehlah mula menyimpan..bernafas lah sikit (Tiap2 bulan b4 tak boleh nak menyimpan, cukup2 ajer gaji aku & abg)

Subhanallah, pagi tadi abg call; pihak UM minta decision (today) nak join UM or not..(mmg abg interested sgt nak masuk UM b4)
Kalau abg setuju, Means that abg kena korbankan job baru..kasihan abg..
he is in 'keliru' now..
concequence kalau abg terima UM
1) Gaji rendah sgt as tutor...
2) Sambung PhD at Oversea this year gak

isk..isk..susah gak nak wat keputusan...apa2pun abg,..tanya pendapat org tua dulu yer...
Na & Nawwaratul sentiasa menyokong abg...
Semoga Allah permudahkan segalanya buat kita sekeluarga & jemaah
Dia Maha Tahu & telah tetapkan segala yg baik utk kita..

GOOD LUCK, ABG..

Friday, April 07, 2006

Dedicated to:

SPECIAL DEDICATION

Selamat Pengantin Baru

Uncle Zul & Auntie Haida

Ikhlas dr anak angkat kalian

Nawwaratul Mar'iyah....(uncle Zul Nawwaratul nak kawan, cepat2 tau)

ini hadiah dr shaye.

PaTutPun Dia asyik Nangis + tak SeleSa....


Sebelum itu, dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pd Allah yang 'anak ummie ' lagi sorang tu beransur baik..Alesha sayang sudah tidak perlu bergantung kepada 'head box' oxigen.Berita yg cukup ummie & ramai lagi org diluar sana nantikan..Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Teruskan perjuangan mu mama+papa+Alesha di muka bumi ini..

ok, anak ummie plak..kasihan kat dia.dalam seminggu ni asyk meragam..menangis/hisap susu main2/gigit jari especially jari abah dia/tidur sekejap2/merengek..kenapa nak?sakit ke?lapar ke?tak selesa ke?nak ummie dodoikan..jom ummie nyanyi lagu tema utk nawwaratul yer

Anak ummie, anak abah
Sayang ummie, sayang abah
anak ummie anak abah
Nawwaratul Mar'iyah
LailahaillAllah, Muhammadur Rasulullah
LailahaillAllah, Muhammad Rasul Allah
(lagu kena tanya ummie lah)

Selepas di selidik, mungkin ini sebabnya:
Tanda-tanda tumbuh gigi:
gusi @ pipi berdekatan gigi yg hendak tumbuh berwarna kemerah-merahan(tanda paling nyata)
kurang berminat utk menyusu
berhenti menghisap susu kerana kesakitan
buat perangai & menangis lebih dr biasa
keinginan menggigit benda spt alat mainan, biskut @ jarinya sendiri (termasuk jari abah yer;)
p/s: dipetik dr rislah bulanan Dutch Lady

Thursday, April 06, 2006

Keletahmu mEngGamit rindu...Pencapaian Bulan ke-6




Jom kenal sifat anak ummie:)

PeNcaPaiaN Bayi berUmuR 6 – 9 bulan

Sungguhpun setiap bayi mempunyai kadar perkembangan tersendiri, adalah baik bagi anda mengetahui pencapaian-pencapain yang dijangkakan agar dpt memberi si manja galakan & sokongan yg sewajarnya. Berikut adalah garis panduan am pencapaian si manja utk beberapa bulan akan dtg.

PENCAPAIAN BULAN KE-6 (jeng..jeng..jeng)

Duduk tanpa disokong buat seketika (a’alah nawwaratul ada ciri2 nie;)
Mengangkat kepala semasa berbaring (hmm, yg ni dah lama dia pandai buat)
Mula berminat utk melihat bayangnya di dalam cermin (bkn setakat dia suka tgk cermin, baying kat dindingpun dia alert)
Gigi pertama mungkin tumbuh seawal bulan ini (tanda2 tumbuh gigi, kita tgk nanti)
Mula memilih sesetenganh jenis makanan

Nampaknya anak ummie on the track.he..he..he

p/s: rujukan dari risalah Dutch ladybulanan yg ummie dpt tiap2 bulan

Friend's Support..

Alesha Sayang

"Apa Khabar Alesha? Sy Nawwaratul."
"Sy temankan awak yer, sy tak kisah!"

"shaye shimpati pd awak, namun sy cukup bangga punya kawan mcm awak, Alesha. awak cukup tabah..awak nak tau Alesha, ramai kat luar shana caaaayang cangat kat awak(versi nawwa)."

"Shaye doakan awak cepat shembuh, lepas tu balik umah jumpe mama& abah awak yer"..

"lil homsatu fi biha rowaba ilhatoma almustaffa wal muttadawwamna huma mafatima"
Ummi shaye shelalu nyanyikan doa ni bile shaye shakit