- Assalamualaikum,
Kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini (selepas 1 minggu menyambut Syawal;) mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Pohon Maaf Zahir & Batin…andai terlanjur kata, tersilap bicara, tersalah laku sepanjang usia perkenalan kita semua sahabat handai, sedara-mara..
Semoga berbahagia menyambut hari yg Mulia ini bersama keluarga yg tercinta
& semoga kita semua kan bersua lagi Ramadhan serta Syawal tahun depan
Ikhlas dari kami;
Norshamsuri Bin Ali@Hasim
Marlina Binti Yahayudin
- Nawwaratul Mar’iyah Binti Norshamsuri
- Tahun ini merupakan tahun kedua diriku menyambut Ramadhan & Syawal selepas bergelar seorang isteri & ibu..Tetapi yg bestnya, tahun ini adalah tahun pertama diriku menyambut bulan Mulia ini sepenuhnya bersama anak & suami;)..almaklum tahun lepas tengah berpantang..tak dapat nak merasa nikmat sepenuhnya…
Seperti pasangan yg lain, kamipun merancang untuk balik beraya di kampung(rumah makabah & mertua)…Namun kita hanya merancang, Allah jua merancang & Dia lebih mengetahui segala-galanya………….
21 Oktober = 28 Ramadhan (Sabtu) Kami 3 beranak memulakan perjalanan pulang ke kampung se awal jam 4 pagi. Jumaat kerja, balik dah malamà mengemas kain baju-à penat-à tidur dulu…Alhamdulillah, perjalanan lancar…Berhenti Sahur & Solat Subuh Di Rawang-à jam 6 pagi bertolak, Highway dah mula penuh kereta..apapun tetap bersyukur sebab dah keluar rumah awal pagi, kalau tak tak tahulah….Terus ke Bandar Baru (rumah tok Mertua) sampai berbuka..pastu baru balik Perak..
Rancang balik Perak sampai Raya kedua & terus balik Kedah petang raya kedua tue..NAMUN…
Petang tue bila call rumah, mak bgtau abah pi hospital…dan malam tue abah ditahan di hospital Taiping ICU 2…kena SERANGAN JANTUNG…actually dah 1 minggu menurut mak…
Lepas berbuka, kami terus ke Hospital & melihat keadaan abah…ALHAMDULILLAH…walaupun abah berkeadaan demikian, aku tetap bersyukur, abah selamat&stabil, jika nak dibandingkan dengan pesakit2 yg berada disekeliling abah…Alhamdulillah, adik lelaki ku ada untuk membawa & menjaga abah mlm itu…(aku yg tgh sarat, suami & anak terpaksa balik mlm itu sebab terlampau penat)…
22 Oktober = 29 Ramadhan (Ahad)
Kami adik beradik bergilir melawat abah, namun yg pasti kami 3 beranak tak pernah tertinggal satu haripun melawat abah..(itu tanggungjawab)
DEDIKASI KHAS BUAT SUAMIKU: Abg, terima kasih tak terhingga Na ucapkan, bersyukur dikurniakan suami yang cukup memahami, bertanggungjawab, tidak berkira, sanggup bersusah payah demi keluarga wpun letih, semoga kita sekeluarga kekal soleh wa solehah…Ameen…
Jam 9 pagi, kami berdua pergi ziarah abah dahulu dihospital, nanti tengah hari, mak, Nawwaratul & adik2 yg lain akan menyusul(abg ulang balik ambil mak)..Alhamdulillah sempat jumpa doctor untuk bertanya keadaan abah…doctor kata abah kena dok kat spetal sekurang-kurangnya 1 minggu..utk rehatkan&stabilkan kembali jantung..Jantung abah bengkak & peparu ditakungi air…
Jam 10 pagi, abg & adik lelaki balik & aku memilih utk menjaga abah sebab tak larat nak ulang alik balik rumah yg memakan masa hampir setengah jam perjalanan….biarlah aku berehat disisi abah….
Lepas Zohor, semua datang (mak, anakku &adik2)..tapi biasalah CCU tak boleh nak masuk reramai…hanya 2 org satu2 masa…kami menunggu sampai ke petang & balik berbuka di rumah…
Malam tue, aku yg tengah sarat gak nie dah mula rasa lain macam badan nie.à penat-à tak sedap perut -à kepala pening -à nafas tak lancar-à abg, suruh telan panadol 2 biji (Terima kasih, abg! Dia sendiri pun penat sebenarnya, tiap hari travel)-à terus tertidor dr lepas buka puasa sampailah jam 12 tengah malam, he..he..he.. 3 beranak terbungkang tido, pengumuman raya pun dah tak ambil peduli dah à bangun kami buat solat jamak Takhir & solat Terawikh..
23 Oktober = 30 Ramadhan (Isnin)
Bahang Raya semakin hampir, tapi mungkin utk orang lain tidak kepada kami sekeluarga..Hujan pulak tiap2 hari. Awal pagi, adikku Hamdan pergi melawat abah dahulu. Adikku memaklumkan bahawa abah dah boleh berpindah ke wad biasa.Alhamdulillah, selepas zohor kami 3 beranak beserta adik bongsuku menyusul menziarahi abah. Emak & yg lelain, masing2 menyiapkan persiapan utk esok(Raya) dirumah..
Rupa-rupanya, pagi itu sebelum sampai di hospital, adik lelakiku Hamdan tue, eksiden motor vs kereta rupanya..Dia langsung tak maklumkan pd sesiapa sehinggalah kami sampai petang itu. Motornya rosak teruk, tapi Alhamdulillah syukur dia tak apa2 & motornya pun pemandu India tu yg support segala kos. (Dalam hati nie, lega sangat sebab bukan senang nak jumpa India yg baik, selalu dok dengar teruk2 ajer..BERKAT RAMADHAN).
Abahpun tak tahu, tapi akhirnya dia tahu jugak..sebab aku yg beritahu..ihiks..yelah..perkara macam tue tak eloklah nak sorok..sekurang2nya, biarlah abah tahu keadaan anak dia, yg nak datang melawat abah..Abah ok, siap nasihat suruh bawa adik pi klinik & pergi tengok motor..jgn risaukan abah sebab abah dah beransur stabil..itu kata abah..jadinya jam 6 petang kami berlima bertolak meninggalkan abah..pergi tengok motor-à Klinik (ops yg ni tak pergi sebab adikku kata takpe dia ok -à cari kasut dia, sebab kasut yg dipakai utk raya rosak -à Tup2, dah nak berbuka, kelam kabut cari juadah sampingan nak berbuka dlm kereta sebab tak sempat nak berbuka dirumah,..sedih jugak puasa terakhir tak dapat nak berbuka sekali dirumah, tapi takpe, memang dah tak rasa apa dah yg penting semua selamat..
Malam tue, lepas jer gosok baju raya utk suami, anak & diri sendiri terus BUM! tertido sebab penat sesangat.
24 Oktober = 1 Syawal (Selasa)
Kami sekeluarga semangat bangun awal pagi, bersiap2 semuanya utk solat Sunat Aidilfitri di Masjid Taiping & terus ziarah abah. Tahun nie solat kat tempat orang, lepas solat tue, tercari-cari jugak, manalah tahu ada kenal sesiapa, mcm Zilla ke, Kak Ton ke, Kak Liza ke Nurul umi Baiti ke..ihiks..almaklum semua tue orang Tepan/Kamunting..tapi tu angan2 jelah, depa semua mesti solat kat masjid masing2..so, takdelah sesapa pun yg dapat dikenali..sedihla jugak..tapi takper…selepas selesai khutbah terus ke Hospital ziarah abah…kami duduk dengan abah dari pagi sampailah ke petang..
Ramai gak yg hadir siarah termasuklah keluarga sebelah mertuaku: abah, mak, atok & makcik yg kat Bandar baru tue serta adik2 ipar kesemuanya… meriahlah sekejap hospital tue.. Petang kami pun berangkat pulang ke rumah.. cuaca diluar macam biasa, petang ajer HUJAN…
will be continued