ada kisahnya..nanti yer..yang penting..inilah jam baru ku.kuang.kuang.kuang;)
Monday, May 25, 2009
What's an accident or coincidence??
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:53 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Beloved Hubby, Guru, Hari Ibu, Ummie Mengomel
Thursday, May 21, 2009
Sambungan..video II
Sketsa Persembahan Kakak & kawan-kawannya..
Terima kasih, Cikgu Nurul. Kaklong dah pandai baca Doa Tidur, doa bangun tidor, doa masuk toilet, doa keluar toilet, doa makan, doa selepas makan dengan maknanya,
yang paling impressed kaklong pandai baca doa naik kenderaan siap dengan maknanya sekali DAN ZIKIR MUNAJAT yang selalu dialunkan oleh USTAZ BADRUL AMIN tue..sukanya ummi..
Alhamdulillah, dalam masa 5 bulan di tadika, apalah yang dijangka sangat kan? Tambahan lagi Kakak baru 4 tahun..NAMUN, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, peningkatan yang kaklong pelajari amat memberangsangkan. Dah boleh, baca A,B,C...kalau berlagulah + mengira..
Kesempatan yang ada sewaktu majlis sambutan itu, ummi tak lepas peluang berkongsi, bertanyakan, & mendedikasi sesuatu buat cikgu Nawwaratul..CIKGU NURUL.
Ummi: Cikgu, terima kasih. sy seronok sgt Nawwaratul pandai berzikir. macam mana cikgu ajar?
Cikgu: owh, Nawwaratul memang cepat belajar kak. kami memang rutin ajar & dengarkan zikir + berdoa setiap kali nak tidur & bangun tidur..
banyak lagi dialog lain..biarlah disimpan dlm memori ummi...
sedikit gambar kenangan bersamamu...
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
5:00 pm
0
tuan penasihat
Wednesday, May 20, 2009
Sambutan Semalam...
HARI GURU & HARI IBU..
Lakonan Di Dalam Kelas..
Semalam, Ummi & Abang dijemput oleh Tabika Nawwaratul untuk menghadiri Majlis Hari Guru & Hari Ibu..
Lihatlah dulu rakaman persembahan anak ku ini dulu..
ummi ada nak cerita, but I don't have time..next ya..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
4:59 pm
0
tuan penasihat
Monday, May 12, 2008
Ibu oh Ibu....
Dari kecil sehingga dewasa..
IBU jaga dengan penuh belainya
Segalanya yang IBU hadapi
Aku tetap akan menghargai..
Pada IBU tempat KASIH SAYANG..
Jangan IBU merasai bimbang
Biar apapun akan terjadi
Aku sanggup menghadapi..
Ku berjanji Ku akan berbakti..
Pesan IBU kan ku junjung tinggi
Jiwa raga ku serahkan
Untuk IBU tiada sempadan..
(Nyanyian Kak Uji Rashid)
Ku dedikasikan Khas untuk mu, Emak di kampung
& semua Kawan2, sahabat2 yang sudah bergelar IBU....
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:45 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Hari Ibu
Sunday, May 11, 2008
Selamat Hari Ibu, Emak!

Yang di Sayangi lagi Dirindui,
Ibuku Salmiah Binti Hj Chin...
Menghitung hari..
Tahun berganti tahun
Bulan bersilih bulan
Hari bertukar hari
Jam..Minit..Saat mengikut putaran alam
Seakan rasa baru semalam diri ini dilahirkan ke dunia oleh Ibu
Kini, Aku juga telah bergelar IBU..
Ibu, Ibu, Ibu
Syurga di bawah tapak kaki Ibu...
Ya Allah,
Cepatnya masa berlalu
Usiamu kini 54 tahun, Ibu
Setengah abad menjangkau
Namun, masih menunaikan tanggungjawab yang masih berbaki
Ibu, ku tahu keperitanmu
Kudoa semoga Ibu sentiasa dikurniakan
Kesihatan & kecekalan hati..
Ampunkan dosa anakmu ini, Ibu
Terima kasih kerna memahami setiap karenah anakmu ini
Halalkan makan minum ku
Sesungguhnya aku amat rindu untuk bersamamu
SELAMAT HARI IBU....
nUKILAn
Marlina Ummi Nawwaratul Mar'iyah & Mar'ie Naufal
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:30 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Hari Ibu
Monday, May 08, 2006
*DEDIKASI KHAS BUAT IBU TERCINTA*
SALMIAH BINTI CHIN
Emak;
~Terima kasih sebab bagi kak peluang hidup di dunia ini.
~Sesungguhnya mak adalah ibu yang paling kak sayang dan kak banggakan
~Terima kasih atas segala restu mak pada kak selama kak membesar
sehinggalah mak merestui perkahwinan kak.. 
~Dulu, mak sentiasa restu kak belajar sehinggakan kak boleh capai 4A utk
UPSR, 8A utk PMR dan Gred 1 utk SPM….Terima Kasih mak..
~Masa di Uniten, walaupun kak dah semakin dewasa tapi mak masih merestui kak.
Alhamdulillah, berkat restu mak kak berjaya menghabiskan pelajaran peringkat
ijazah.Mak sendiri menyaksikan hari konvokesyen kak kan? 
~Mak kak cukup rasa terkilan sebenarnya, sebab tak duduk lama bersama mak sejak
zaman belajar hinggalah kini..Namun doa kak tetap pada mak tak pernah tinggal.
Kak tahu mak juga begitu sentiasa merestui setiap apa yang kak lakukan.
~Mak, percayalah! Kak tak pernah buat perkara yang melanggar hukum Allah.
Cita-cita kak Cuma satu sentiasa jadi anak yang Solehah pada mak & abah.
~Alhamdulillah. Kak cukup gembira bila dengar mak dapat pergi kelas mengaji dan
belajar kitab. Kalau mak masih sihat teruskanlah mak. Hanya itulah bekalan mak
di sana kelak selain doa anak-anak mu.
~Mak bersabarlah atas segala ujian yang mendatang dalam hidup mak yer.
InsyaAllah, ada hikmahnya. Kak percaya keluarga kita semakin menempuh hari baik, mak.
~Maafkan segala salah & silap kak yer mak.
~Dan barulah kak faham segala derita, susah senang, suka, gembira, payah jerih, sedih, kepuasan mak membesarkan kami anak-anak mak (MARLINA, MOHD NIZAM, NORAINI, HAMDAN, ZULKIFLEE, & M. SHARIFUDDIN). Terima kasih sekali lagi mak. Emak, kaulah ratu hati kak. Ibu yang paling kak sayang. Mak, kak masih mengharapkan restu mak sehingga akhir hayat kak yer mak. Restuilah anakmu ini.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa ibu bapa ku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecilku” Ameen, Ya Rababl A’lameen
Dari Anak Mak Marlina Binti Yahayudin
Ummi Nawwaratul Mar’iyah Binti Norshamsuri
Mak, sampaikan salam kak pada abah yer. Cakap kat abah tunggu Hari Abah pulak yer..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:48 pm
0
tuan penasihat






