Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Wednesday, January 31, 2007

Isi Kandungan SURAT TAWARAN....

SURAT TAWARAN CETAKAN KOMPUTER
ST/KPLI



BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
(UNIT PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PELAJAR)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 2-6, BLOK E 13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
62604 PUTRAJAYA


Tel : 03- 8884 1000
Kawat: "PELAJARAN"
Fax: 03- 8884 1081, 88893507
MARLINA BINTI YAHAYUDIN Ruj. Kami : KP(BPG) 9115/8/IC(W02/A111M0000P/R8)
810213086464 Tarikh : 31 -Januari -2007

TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA AMBILAN JANUARI 2007

Saya diarah merujuk perkara di atas dan sukacita memaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti kursus praperkhidmatan di atas dalam :
Pengkhususan MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)
di INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIFF,BANDAR TUN RAZAK, 56000
KUALA LUMPUR, WP KUALA LUMPUR

mulai dari 5 Februari 2007 hingga ke suatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan.

2. Anda dikehendaki melaporkan diri di institut berkenaan pada 5 Februari 2007 Jam 8.30 Pagi.

3. Surat Tawaran ini hendaklah dibaca bersama Perjanjian Pendidikan Guru (PPG/KPLI-2005).

4. Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya jika:

(a)
anda gagal melaporkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh diterima oleh pihak yang berkenaan; atau

(b)
anda gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan termasuk x-ray dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda melaporkan diri; atau

(c)
anda disahkan oleh pegawai perubatan bahawa anda menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan anda tidak berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkurusus; atau

(d)
anda disahkan oleh pegawai perubatan atau ahli kimia bahawa anda telah menyalahgunakan dadah walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkursus; atau

(e)
anda didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan; atau

(f)
anda memberikan maklumat palsu atau gagal memberikan maklumat sebenar termasuk maklumat yang diperlukan dalam butiran 5 surat tawaran ini atau Borang Permohonan KPLI untuk mendapatkan tawaran kursus.

5. Sekiranya anda mengandung/belum melepasi tempoh 60 hari bersalin/mendapat kemalangan dan memerlukan tempoh rawatan yang panjang, anda tidak dibenarkan mendaftar. Rujuk Buku Panduan Tawaran untuk maklumat lanjut.

6. Anda tidak dibenarkan bertukar bidang pengajian (pengkhususan) dan pusat berkursus seperti yang ditawarkan.

7. Sekiranya anda menerima tawaran ini dengan semua syarat yang ditetapkan atau menolak tawaran ini, sila ambil tindakan sewajarnya seperti yang diarahkan dalam Buku Panduan Tawaran yang disertakan.

8. Walau apapun peruntukan/perbekalan dalam surat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan/atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan anda adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan berhak menarik balik tawaran ini tanpa memberikan sebarang sebab.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Bahagian Pendidikan Guru
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Sila Cetak Untuk Rujukan




Alhamdulillah, selepas 3 tahun berturut-turut mencuba..Akhirnya, dapat jua. Namun, kegembiraan menerjah hanya utk seketika, Kesedihan + Kerisauan menerpa diri ini...Bagaimana mungkin diri ini ingin pastikan terus BERJAYA seandainya fizikal diri ini tidak mengizinkan???...

Abang & aku berusaha menelefon orang2 tertentu utk meminta pandangan & nasihat..Seandainya sahabat2 @ rakan2 blog punya pandangan, amat dialukan dlm keadaan diri ini amat memerlukan saat ini...(kalau ada kabel ke, tak malu diri ini ingin memohon bantuan) tak sanggup rasanya seandainya peluang kali ini terlepas begitu sahaja...

Wallahualam, Hanya Dia Yang Tahu......

Monday, October 02, 2006

ESOK TEMUDUGA KPLI....

ALHAMDULILLAH, ALLAH MAHA MENDENGAR
PERMINTAAN HAMBANYA!

SYUKUR ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA....
NAMUN PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI, & PERASAAN LEGA MASIH BELUM BOLEH DI RAIKAN...

JUSTERU, KAWAN2 & SAHABAT2 DOAKAN SAYA DIPERMUDAHKAN & BEJAYA
MELALUI PROSES INTERVIEW ESOK (HARI INI)...Ameen...



TAHNIAH!

Anda layak untuk menghadiri temu duga KPLI dan j-QAF Ambilan Januari 2007. Berikut adalah maklumat temu duga tersebut :-


No. Kad Pengenalan
:
810213086464
Nama
:
MARLINA BINTI YAHAYUDIN
Bidang
:
A111M0000P - MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)
Pusat Temuduga
:
W03 B
Maktab
:
INSTITUT PERGURUAN TEKNIK
Alamat
:
JALAN YAACOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK , 56000
:
KUALA LUMPUR, WP KUALA LUMPUR
Tarikh
:
03 OKTOBER 2006
Masa
:
8.00 PAGI

Tuesday, September 05, 2006

neno..neno..neno...

sesiapa ada panadol tak?

hmm..2 3 hari ni kerap sakit kepala..malam pun nak tido awal jer..tapi memang mcm tulah aku selalunyer..bukannyer aper..dalam kepala ni selalu sangat simpan input yg lum dapat dikeluarkan...> output...nak kata selalu memikir, tak jugak..tapi rasenyer sebab terlampau simpan (perkara@hal yg perlu diselesaikan) dlm kepala ni kut (sbb tak sempat nak dikeluarkan lagi)...

he..he..he, cakap pun mcm org tengah pening...

Di saat menaip@moncoret sesuatu kat blog ni(dah lama menyepi)..terbayang wajah anakku yg sorang tu..rindu sangat pd dia..tak sabar nak balik rumah..mcm tulah tiap2 hari keadaan aku...
dengan keletah nakal & aktif, yg suka menyengih + dah bijak sangat sekarang meniru gaya orang...SABAR, umie kan mencari rezki...

Mari lihat list, apa yg ada kat dalam kepala umie ni;

1) kerinduan pd anaknya

2) kerja-kerja promosi KPKAA (as SU)--->Surat Rasmi, gant chart/list tugas pd setiap ajk--->email & call--->follow up--->anggaran belanjawan(yg ni patut bos tp mesti aku jgak kena siapkan kut--->last but not least, semua ni boleh dibuat tapi bila nak start umie!!!!!!!!!!!!!!!!

3) kemas kini rekod bendahari PASTI AL ABRAR(as bendahari)---> banyak lagi voucher yg tak diupdate---> semua ni boleh dibuat, tapi bila nak mula umie..aduh!!!!

4) gambar2 ni sajer jer letak...rindu sgt tatap jer gambar dia...(gambar terbaru konvo abang bulan Julai lepas)..


"YA ALLAH SEMOGA ENGKAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HAMBA2MU INI"..Ameen

Wednesday, July 19, 2006

Hampir Sebulan Menyepi...

Macam2 perkara berlaku within this one month..

- Keberangkatan pergi & pulang suami tersayang dr Poland (2 minggu)
- Pulang bercuti di Kampung (1 minggu)
- Pertukaran tempat kerja (masuk minggu ke-3)
- Sesuaikan diri dengan suasana baru & cara hidup (Hari-hari naik train, keluar&balik kerja tak nampak matahari)

Serdang - KL Central - Subang Jaya - KL Central - Kajang

- Perubahan fizikal diri (masuk bulan ke 2, 3 minggu kini)...Alhamdulillah
- Sesuaikan diri dengan ketiadaan internet~ akhirnya.....yes!syhh....
- Nature of Work..ok..tak pressure sangat..stil can manage everything..
- Masih attend for a few & coming interview (Alhamdulillah, rezki anak nampaknya, tp ponin kepala ummie)
- lain-lain nanti sambung lagi.............

W alam...



Friday, June 09, 2006

SambuNgAn...



Part two * 15hb - 28hb Jun 2006*

Selama 2 minggu abg & 2 lagi rakan yg terpilih, akan berada di poland atas urusan rasmi(kerja). tak sampai tempoh 1 minggu, abg akan berangkat..bak kata sahabatku, sehari @ 1 malam tiada disisi ibarat setahun lamanya..Namun hati ini pasrah & redha akan pemergian abg..bukan ini kali pertama..aku telah biasa ditinggalkan..dulu semasa mengandungkan NAwwaratul...lagi sedih & hiba...tapi yg lainnya kali ini ialah jauhnya melibatkan antara benua....ihiks..


Isterimu sentiasa mendoakan smg abg selamat pergi & pulang ke pangkuan keluarga dgn selamatnya. Ya Allah, kau tetapkanlah iman suamiku & jgnlah kau palingkan hatinya dari berzikir & mengingatiMu...Ameen
Part Three * 15hb Jun 2006 *
Hanya tinggal beberapa hari utk aku selesaikan kerja2 pejabat yg masih tertunggak..effective 16th June 2006 (Friday), I've declared Resign = off duty at MOGC. Act my last day is at the end of this month, but my boss want me to contra with the balance Annual Leave. So, tgh struggle siapkan keje + mengemas...Namun jauh di sudut hati nie...tak rasa pulak nak berhenti @ bercuti...ihiks..takpalah, rezki ku di sini hanya setakat ini....
SELAMAT TINGGAL MOGC , SELAMAT TINGGAL SEGALA KENANGAN DI SANA. TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGALAMAN YG DIBERIKAN SELAMA KU BERKHIDMAT 3 TAHUN. SELAMAT TINGGAL RAKAN SEKERJA YG BAIK& MASIH SETIA. MAAFKAN SEGALA SALAH SILAP, TERKASAR BAHASA, TERSILAP TINGKAH LAKU NA, HALALKAN MAKAN MINUM NA: Kak Zai, Kak ita, kAK Nurul, En. Shamsul & Hj Azar. dan tak lupa buat bos Hj. Nasruddin B. Pawanteh.
Perjalanan ku berakhir sudah di sini. Pahit, manis, suka ,duka, telah kita lalui bersama. Walaupun 'jodoh'ku tak lama di sini, namun aku tetap berbangga melangkah pergi meninggalkan Kalian kerana aku amat berpuas hati dengan tahap pencapaianku selama bertugas sebagai Account Executive cum Personal Administrative Officer (he..he..pandai2 je tambah jawatan..actually offer letter Account executive jer) tp kira oklah tu, sebab keje mmg cover semua...
Inilah ofis & rakan kerja....
Kak Ita yg berbaju Biru
Kak nurul tgh fotostat

Wednesday, June 07, 2006

MEnGhituNg HaRI..DetiK DeMi DeTIk..

Part One * 8 Jun 2006*

Seram sejuk mula terasa, esok mungkin hari bersejarah buat ku...
Tak lama dah. beberapa jam lagi ke hari esok....


9.00 am---> I will sit for MTeST (Malaysian Teacher Selection Test for my 3rd times..huaa
Entahlah nak kata prepare sgt pun tak, tak preparepun tak jugak...
Berharap agar dapat jawab dengan pantas & selesai...Bantulah hambamu ini, Ya Allah
Sebab sebelum2 ni utk ujian IMSAk tu selalu tak sempat habis..adalah dekat 15 soalan...
pressure masa & penat otak...4 papers for 2 hours non stop...fuuhhh...boleh pitam dibuatnyer..
ingat lagi tahun lepas dlm keadaan 5 bulan mengandung + demam panas...naik pitam makcik...

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...bersyukur ke hadrat Allah, teramat lancar sekali sepanjang menjawab. Tak dapat nakku gambarkan dgn kata2, betapa rasa syukur atas kurniaan dipermudahkan...itulah berkat PENGORBANAN seorang isteri&ibu (hanya aku & suami shj yg tahu ceritanya)..*winks*, Allah balas 'on the spot'..juga rezki anak kut...
Kini, baru ku sedari kata2 org dulu2, "banyak berkat kalau dah berumahtangga ni"..Pernyataan yg tidak perlu disangkal. Rugilah kpd para wanita yang tidak mahu berkahwin.(dengan niat)

5.00 pm ----> Alhamdulillah, my 3rd times interview for different companies. Nak dijadikan cerita terpaksa tunda. bos ada hal. to-----> Ahad 9.30 am (11hb).. so, petang tu, hanya berehat dirumah.

1st time : Interview pd 18 May 2006 ( TTDI, Damansara) ------>Dah confirm diterima bekerja. 2nd time : Interview pd 30 May 2006 (Jln Dungun, KL) -----> will call for 2nd session...satu lagi ketakjuban berlaku, dapat call hadir 2nd interview pd 9hb. Jun 2006 jam 5.30pm
3rd time : Kali ni interview pd 11hb Jun 2006 (USJ 19) ------>
Dup, Dap, Dup, Dap...


Ya Allah, betapa aku bersyukur dengan segala rahmat yg kau berikan..AKu masih memerlukan rahmat & keberkatan dari Mu Ya Allah..Ya Allah, kurniakanlah aku pekerjaan yg dapat mendatangkan kebaikan buat diriku, keluargaku, masyarakat(jemaah) & pd ISLAM..Jgnlah kerana pekerjaan baruku akan buatkan aku lalai pd Mu Tuhan...Ameen