huhuhu...
Tahun ni beraya kat Kajang tak balik Kampung..yang bestnya mak ada bersama(abah dikampung)...so, ni tengah bersiap2 nak balik rumah..yahooo...Bos dengan paksa rela(muka berkerut as usual) merelakan aku half day...kenala bagi, sorang ker kat ofis nie..semua kerja dahpun aku siapkan...so 0 - 0 ye Bos...
Balik nak tolong mak buat rendang ayam + ketupat + nasi impit + kuah kacang...
Esok, berayalah jugak kami..Buat abah di kampung Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..Terima kasih benarkan emak beraya dengan Kak Ina di sini..Semoga Abah terus diberi kesihatan & kekuatan oleh Allah...Maaf sangat2 memang kami tak boleh nak bercuti(cuti dah habis)...
Buat Kengkawan yg tak balik Kpg, Jemputlah........
Assalamualaikum,
Saya & Suami menjemputlah mana2 sahabat yang tak pulang bercuti Beraya di kampung, Jemputlah datang beraya di Teratak kami di Kajang. InsyaAllah, ada buat makan kecil-kecilan (yg wajib rendang & ketupat ada)...Apa2 kalau nak datang callah dulu yer..takut2 kami tak ada dirumah..(sebelah petang sikit nak ziarah sedara di Damansara).. .
ni alamat kami,
No. 17, Jalan Muhibbah 5
Taman Muhibbah
43000 Kajang
Rumah belakang Tabung Haji (bukanlah betul2 belakang, masuk jauh ke dalam lagi selepas kampung Jambu)
Rumah betul2 depan padang mainan rumah 2 tingkat color oren...silalah yer..
~Mar'ie wa Mar'iyah Usrah~
Wednesday, December 19, 2007
Salam 'Idul Adha..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:04 pm
3
tuan penasihat
Friday, December 14, 2007
Cerita 1 Minggu..Bah. II - KPJMC
SAMBUNGAN Episod I yang lepas. Entry pada 05.11.2007 yang lepas.......(tutttttt, eheh, belum sempat publish lagi)
2) Episod 2 = 1 Minggu Kedua Syawal
Selepas bersuka ria bergumbira merayakan cuti Syawal 1 minggu, tibalah pula kisah duka kami...sampai di Kajang jam 9 malam Hari Sabtu..lepas masuk semua barang dlm rumah + kemas2..makan sikit..(makan apa ek? dah lupalah..) terus tidur sampai esok pagi Ahad...Bermulalah episod si Naufal berak tak henti-henti (cirit-birit dari pagi tu sampai tengah hari.. so apalagi petang tue, kami pun bawa Naufal pegi klinik..(klinik mana ek? hai lupa lagi..itulah baru sekarang nak buat jugak entry ni, lupa dah ummie..rasanya sama ada Pusrawi Kajang @ Klinik Sham di Sg Ramal..Doktor cakap sakit perut biasa, mungkin silap susu..silap susu?..apa2 jelah...
lepas tu, satu hari Ahad tu, ummie bangun pagi2 kami makan nasi lemak, pastu buat mee bandong..itu ajerlah yg kami makan sepanjang hari Ahad tu..Bermula episod ke 2, sikakak Nawwaratul pulak muntah2 tak berhenti dari jam 1 pagi hari Ahad sampai jam 4 pagi..apa lagi terus ke Kajang Sentosa Medical Centre jam 5 pagi..tp skrg dah tukar jadi KPJ Medical Centre..itu yg paling dekatpun di Kajang...Periksa dua-dua anak sekaligus...(nak story sikit pasal KPJMC ni, aku suka sebabnya diorg punya treatment amat baik & peralatan dia memuaskan, depa check memang betul2:apapun tu pendapat two cent dr ummielah..
pastu, apa lagi hasilnya Nawwaratul kena admit sebabnya kesian sgt kat dia, asyik muntah sampai lembik & pucat..makan pulak lepas tu tak nak...si adik tak kisah pasal makan, dia makan jer, tapi membuang ikut bawah...Kak long taknak makan bila makan buang ikut atas,,...isk3x..kesian anak-anak Ummie...hari ke 2, Nawwaratul kena drip masuk air, sebabnya dia taknak makan...kesian waktu Dr. cari urat nak cucuk..meraung dia..Kesian anak ummie..."mmie aaakit"..uhuks..
Dipendekkan cerita, kami berkampung di KPJMC tu 5 hari dari hari ISnin hingga Jumaat..ummiepun mclah 5 hari...termasuk abahnya...susah jugak nak jaga sorang jer..so, kami punya wad 1 wad terus 2 katil...dapatlah ummie dan abah tidur kat 2 katil tue..eheh..
Akhirnya, kesimpulan penyakit anakku ini...disebabkan virus sahaja..memang mudah berjangkit pd org lain kalau tak jaga kebersihan..aku & suami pun kena sakit perut tp 2 hari jer(org tua ni antibodi kuat)..+ rupanya memang musim masa tue..kat wad tu sahaja ramai gak pesakit yg sama mcm anak2ku rupanya...
Itulah alkisahnya:
Mengalir Air Mata ini, tak mampu Ummie nak berkata2..
Sakit yer Nak, Sabar yer..
Terpaksa drip, sebab Kak Long Taknak Makan..(sakit Ummie)
Tidur Dalam Kesakitan..Sedih & Sayu Hati ini…
Teringin nak pakai tudung Ummie yer, hmm..Solehah jer dia..
Sayu bila memandang wajahmu
Comelnya anak-anak ummie, semoga lekas sembuh
Budak Tak Sihat Tidor Lena
Muka Budak Sihat, Berak Banyak..
Nyum, Nyummie..tetiap hari boleh order menu (ihiks, tetiap hari ummie gak habiskan)
Monday, November 05, 2007
Cerita 1 Minggu....Bah. I - Aidilfitri
Hmm..dah lama nak buat post nie..sebabnya nak rakam kisah2 Hari Raya tahun ini 2007 = 1428 H buat kenangan akan datang..ada kesempatan sikit, bermulalah.....
1) Episod 1 = 1 minggu Pertama
Teruja & seronok bila baca cerita Aidilfitri Pn Baiti..So, kat sini naklah cerita sikit Raya ku 4 beranak..Tak dinafikan tahun ini paling meriah rasanya Aidilfitri 1428H..walaupun tiada persiapan awalnya serta tiadalah semangat sangat nak raya mulanya..tp yg seronok tue sebab dapat ambil cuti raya paling lama rasanya sejak berkahwin nie..1 Minggu (sampai habis cutiku)..sporting pulak bos luluskan cuti..mungkin diapun nak cuti jgak almaklum anaknya nak nikah bulan November nie..Sure nak 'menjemput'..mcm besa aku mengaturkan plan nak beraya dimana dan di mana...bertolak balik dgn adik Ipar di Shah Alam Khamis mlm...
Banyak jugak rumah yg dapat diziarahi & seronoknya banyak jugak duit raya utk anakku..mcm mn nak kira nih???takpelah, kumpul jer pastu bahagi dua...
Tema tahun ni KUNING, cuma si Naufal sorang Baju Melayu Merah, biar 'obvious' skit (act dah takde color kuning..he.he)
Hari pertama raya Kat Perak..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
4:10 pm
0
tuan penasihat
Wednesday, October 10, 2007
SeLAMat HaRi RaYA...
MAAF ZAHIR & BATIN
DARI
NORSHAMSURI BIN ALI@HASIM
MARLINA BT YAHAYUDIN
NAWWARATUL MAR'IYAH BT NORSHAMSURI
MAR'IE NAUFAL BIN NORSHAMSURI
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
4:24 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Raya 2007


