Menulis Bukan kerana Benci, Tapi lebih untuk menenangkan hati, memujuk diri yang selalu merasa di ‘anak tiri’.
Ini sahaja cara yang kurasakan sesuai buat pengubat seketika selain berserah & pasrah pd yg Esa..
Bayangkan, satu-satunya pekerja yang wujud dlm pejabat sejak setahun yg lalu, yang buat semua kerja, yang uruskan hal itu dan ini, dari sekecil-kecil urusan hingga yg besar (yg mana yg tak mampu ku divert aje pd bos), yang banyak faham & sabar akan karenah & sikap director, inilah orangnya MARLINA, seorang pekerja wanita, perempuan, isteri, & ibu kepada 2 anak & bakal menimang sorang lagi cahaya mata Julai ini..
Sejak setahun yang lalu jugalah, aku sering menerima perlekehan, sindiran, direndah-rendahkan kemampuan hingga kesannya membuatkan aku sendiri sentiasa kurang yakin, takut-takut, ‘lack of communication skill’. Aku tak rasa tertekan dengan kerja-kerja yang dibuat malah bersyukur + bangga dapat membuat pelbagai jenis kerja/bidang bukan setakat kerja-kerja akaun semata. Samalah di tempat kerja lama dahulu..Tekanan kerja tak ada sangat. ‘ I think I managed it well’. Yang buat aku tak tahan ialah tekanan yang ditimbulkan oleh manusia yang tidak tahu untuk menghargai & berterima kasih.
Hari ini, sekali lagi aku dimarahi @ disindir lagi. Dahlah kita ni tengah sarat + bekerja sorang + disindir di hadapan orang (seingat aku, dlm sebulan ni sudah 2 kali kes di marahi/dipersoal di khalayak umum aka dimalukan). Tak pandaikah nak jaga maruah orang? Kalau nak diikutkan sakit sangat hati ini. Kebetulan fizikal ku sudah 3 hari tak sihat, sejak keluar wad ni. Dapat batuk yang sakit sampai dada. Semalam Khamis pun mc.
Please explain to me. What do you mean by pattern? Apa maksud Tn. S Saya keluar berjalan-jalan? Saya betul-betul tak faham dengan persoalan tersebut. Macam itulah, selalunya tak puas hati terus tanya dalam keadaan nak cepat, tanpa membenarkan aku memberi penerangan. Lepas tu terus pergi, tinggallah aku termangu-mangu kesorangan sambil air mata deras mengalir di pipi. Ini sahaja ubatnya yg tercepat.
Setiap tindak-tandukku, sering dipertikai seperti tidak mempercayai. Anak yang memang betul-betul sakit & dimasukkan wad dipertikaikan. Di tuduhnya aku pergi berjalan-jalan @ buat something else, sbb tu ambik cuti hari Isnin. Entahlah, ye ke tidak, sebabnya memang tak faham apa maksud dia?? Memang betul anak saya sakit, saya nak buat macam mana?? Ada Tn. S tanyakan khabar anak saya @ saya? Ada Tn. S balas sms saya bertanya bagaimana keadaan anak saya? Sakit apa dia sehingga kena tahan di wad & buat sikit pembedahan? Ada Tn. S tanya? Tak ada..kalaupun segan nak ganggu time cuti, tp once sy dah masuk kerja, tak salahkan kalau nak tanyakan khabar? tak langgar peraturan rasanya bos ambil tahu hal kebajikan pekerja? Sejak dulu begitulah. Malah saya tak pernah merungut, persoal tentang Tn. S. Bila Tn. S saya lihat macam tak sihat, sy tak pernah nak ganggupun meskipun kalau ada surat2 @ cek yg perlu di sign, sy hold dulu, sebab mood org sakit ni tak menentu. Tapi dengan saya yg sedang sakit & tak sihat, Tn. S boleh buat macam tu. Sungguh tidak berperi kemanusiaan. Saya bukan minta untuk diberi perhatian sangat, tapi cukuplah sekadar memahami & berterima kasih serta menghargai. bukan sentiasa syak wasangka..
Sedikit perbandingan yang saya nak buat, di hari yang sama & waktu yang sama, Isnin pagi itu, Suami sms bos dia. “salam, saya mc hari ini anak di hospital”..ringkas sahaja.
Sms saya pd bos pulak. “Slm, Tn. S. Sy mc hari ini anak admit wad di bangi sejak Sabtu Tgh Hari. Wsm”. Agak detail smsku ini.
Tetapi seperti biasa, smsku hanya sepi tanpa sebarang balasan malahan utk bertanyakan khabar, jauh panggang dari api. Sebaliknya bos suami. Dia mendapat balasan dr bosnya. “anak sakit apa”. Lihat sedikit perbezaan ini.
Adakah disebabkan aku ini perempuan, lalu aku tak berhak dilayan seperti pekerja lelaki yang lain? Mereka boleh bergelak ketawa, sembang, makan sama-sama, tapi dengan aku tiba-tiba jer bertukar jadi macam singa. Serius jer. entahlah.
Adakah semua bos begitu? Mentang-mentang mereka bayar gaji kita, kita boleh ‘disepak ditendang seperti bola?’ sedarkah wahai orang di atas, tanpa orang bawahan ini, susah syarikat juga?
Apa salah saya? Saya rasa saya dah buat semua kerja dengan sempurna. Banyak pengorbanan yang saya lakukan utk syarikat.
Sepanjang hampir 2 tahun berkhidmat:
Tak pernah seleweng wang syarikat
Tiada masalah kewangan @ shortage. (mungkin hanya sekali shj dulu, mula2 kerja, duit di bank terkurang)
Dapat siapkan Audit report 2006 (dlm keadaan sarat anak ke 2) & 2007 on time
Dapat perbaharui semua lesen-lesen syarikat on time
Korbankan weekend untuk datang siapkan bid tender siap suami & anak2 temankan-tanpa bayaran.kita terimalah kita taraf executive. No OT, No socso. No Insurance. No Medical Benefit (hospitalization&Maternity benefit). (sedangkan esoknya tiba-tiba bos cakap cancel).
Pernah balik lewat untuk tender (no OT sebab aku adalah taraf eksekutif)
Pernah satu ketika aku mc sakit, datang juga pejabat sebab bos tak bawa kunci. Bayangkan aku angkut 2 org anak & dlm keadaan masih khayal ubat, aku bw kereta dari Kajang ke Subang Jaya tengah hari buta, Sedangkan kalau aku tertinggal kunci @ kad, aku cukup takut nak bagitau bos, sebabnya akan kena marah / disindir. Tp nak buat macam mana tahan jelah telinga. nak balik Kajang Jauh sangat, sedangkan rumah dia sekangkang kera jer as compared Kajang nun..
Siapkan menaip tender. Kadang-kadang draft dah kusiapkan awal, tp selalunya maklumat dr Tn. S yang lambat. Sebab itulah selalu jadi last minit. Bila dah lewat (nak closing date), masa tu bos naik angin, marah-marah kata aku lambat itu salah ini salah, sampaikan ada sekali sampai tendang meja.
Banyak bersabar sebab kerja sorang-sorang, tak pernah rasa bonus @ increment lagi.--- Alhamdulillah, I deserve to get this on Sept'08....boleh baca entry bulan Jun & Sept'08..
Tak pernah claim medical kalau sakit. (sebab guna medical card suami). Pejabat dah jimat dah. Tapi kali ini bersalin, aku nak mohon claim medical untuk setahun yang di ‘qualify’ untuk tampung kos bersalin nanti. Sebabnya tempat kerja suami hanya hadkan maksimum RM500 sahaja untuk bersalin.
--- Sorry, sorry, sorry..you are not entitled to get this..siap kata"itu salah awak, kenapa tak claim pejabat. kalau awak nak juga saya boleh bagi tapi itu consider Ehsan dari sayalah"..ok find, I got the answer..that's it..Bukan niat/cara sy sampai nak sembah merayu menagih simpati, i'm not like pengemis jalanan, tp memohon secara professional, nak bg @ tidak its up to you, but dont mention it as ehsan-wpun ada sikit masalah kewangan masa tu..Alhamdulillah Allah ease everything for me & family...kesimpulannya, no dasar kemanusiaan langsung dlm bekerja..semua kena ikut rule & regulation (yg hakikatnya manusia juga yg buat itu semua..sedangkan Allah pun dalam KUASANYA & AMARAHNYA, masih ada belas kpd makhluknya dikala makhluknya sujud merintih taubat..ini kan KITA MANUSIA yg kerdil)
Maafkanlah diri ini. ...boleh baca entry ini dlm bulan Jun'08
Dengarkanlah teman, dengarkanlah pesanan, Aku menulis bukan kerna Nama, kerna sifat kasih, pada sesama insan, yang menyatakan kasih sayangku, kita sama, semuanya sama, apa yang ada hanyalah kehidupan, Jangan kau dengar puisi dusta, Kerna ia merosakkan jiwamu, Jangan kau alas hatimu itu, Dengan secebis warna kehitaman, Biarkan seperti anai2, Lambat laun hancurlah dirimu,
Jangan kau dengar kata yang manis, kerna ia bisa meracunmu, .....bla, bla
dah tak ingat senikata lagu tue..tapi memang menusuk kalbu, nak sangat dapatkan lirik lagu tue..
Saturday, April 26, 2008
Aku menulis bukan kerna I
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:56 pm
8
tuan penasihat
Kategori: Bos, Kerja Dunia, Ummie Mengomel
Tuesday, April 08, 2008
WEB SRI AL AIN (BERSAMA)...
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:13 pm
1 tuan penasihat
Kategori: Kerja Akhirat, Promotion Web
Friday, April 04, 2008
Ummi...

Malaikat di rumah
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya
kepada Tuhan :
"Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau
akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya
begitu kecil dan lemah"? Dan Tuhan menjawab,
"Saya telah memilih satu
malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah
bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan
merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku
akan selalu berada di sisimu."
Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,
dan sang anak bertanya perlahan,
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang,bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?
"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ummi."
Ingatlah selalu kasih sayang ibu,berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.
Doa Untuk Kedua Orang Tua
Ya Allah,Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan
berlipat ganda.
Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku.Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah
yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan didunia ini.
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:38 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Me, Santapan Rohani
6 Bulan Kini..
"Wah, Ummie Naufal dah jadi Angah! iyer sayang. Tak lama lagi naufal nak jd Abang..Seronoknyer...."Perbualan antara Ibu & anak..
"Please most welcome into our happy family, adik! Kaklong tunggu nie.." Kaklong said.
ummph..
Comel-comelnya potret tue..tersenyum ummi melihatnya..sekarang ummi sudah 24 minggu..
Alhamdulillah, Jumaat lepas dah pergi' detailed scan': doktor Fatimah lihat semua dalam keadaan baik, sihat serta sempurna, InsyaAllah..
Ummi juga berharap begitulah jua berkekalan hingga di saat dikau dilahirkan sayang..
Rasa-rasanya 'non-stop pregnancy' nie ialah waktu yg paling ummi suka kut..rasanya, best sekali masa mengandung ni lah..bahagia jer rasanya melalui setiap detik & masa mengandung nie..biarlah org nak kata apapun..nak marah ker, apa ke..tapi bagi ku best time mengandung nie! oklah, taktau nak ckp @ cerita best tue mcm mana..sendiri fikirlah yer..eheh..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:01 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Me, Pregnancy/Delivery/Postnatal, Ummie Mengomel
Thursday, April 03, 2008
Kawan Baru...
Masuk hari ini..
Sudah 7 hari = 1 minggu, makan tengah hari berteman..
Sejak setahun yang lalu, kalau makan sorang2..
itu yg kdg2 malas nak turun makan..tambahan lagi sejak berbadan dua nie
masa 3 bulan yg pertama lagilah tak 'lalu' nak makan..
Alhamdulillah, 26hb Mac lepas, dipertemukan jodoh dgn sorang kakak
yg kerja juga area tempat kerjaku..
Nak dijadikan cerita, hari tue seperti biasa makan secara solo..
Meja memang kebanyakan penuh, so, utk geng2 solo nie akan cari mana meja yg 'kosong'
Kebetulan kakak tue tanya meja dihadapan ku yg kosong..just ckp ok..
dia duduk..
lama diamkan diri,
susah hati kalau tak beramah tamah,
so mulakan tegur bertanyakan tempat kerja di mana
& akhirnya sampailah akhirnya minta no telefon..
Itulah, permulaannya..so, kawan baik di pejabat (time lunch) ialah
Kak Ita..tidak ku tahu nama penuhnya, tapi cukuplah tahu bahawa
Dia seorang yang juga ramah + baik hati..
Baru bertemu ibarat telah lama mengenali antara satu sama lain,..
Bekerja & juga sedangkan habiskan Master di UM,
Sudah berkeluarga & punya anak 3 (darjah 2, Darjah 1 & 5 tahun),
Tinggal Di Seremban, suami plak kerja di Serdang..
kes nie teringat plak kat family Baiti, duduk tempat lain kerja tempat lain..eheh..
ok, cukup setakat itu dulu..lain cerita lain masa yer..
Salam Perkenalan Kak Ita
Ukhuwahfillah......
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:07 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Kerja Dunia, Sahabat/Kawan, Ummie Mengomel


