Mulanya agak keberatan hati ini dek bala AN1H1, namun ku pasrah & biarkan Allah memberi jalan..
30hb. Julai 2009
Selesaikan segala hal di pejabat & kerja2 Pasti, juga kerja UM:
1hb. Julai 2009
Hantar 2 anakanda Naufal & Ainul ke rumah mak leha jam 1 pagi..huhu, asal nak hantar 11 malam tp ummi tertidur kepenatan..abah pun sama..tetiba jam 1 terjaga, bergegas bangun..lepas hantar, kemas2 siap2, akhirnya kami bertolak (ummi, abah, nawwar & hawa) keluar rumah jam 4 pagi..Sampai di jejantas sungai buloh utk solat Subuh.
8.30 pagi : kami telah sampai di JB, terus mencari2 masjid untuk mandi sebelum nak masuk Singapore.
11.30 pagi : makan tengahari di JB.
12.30 pagi: terus ke kompleks kastam Malaysia, hehe kat sini agak kelam kabut sebab kali pertama merasai pengalaman..mudah..selesai…terus ke kompleks kastam Singapore, ok, kat sini nak masuk agak susah sikit jer..isi form, ada screening sikit…ok..lulus..pastu buat autopass, 1 autopass = 1 kereta..Next, cari Hotel kami..
1.30 ptg: sampai & check in Strand Hotel..kemas, rehat jap, solat jamak takdim..bersiap nak keluar hantar abang balik Malaysia semula..hehehe, selesai tugas abang menghantar kami..masa, nak keluar, tiba kat kastam Malaysia, terkejut juga + pelik, mudah betul imegresen/kastam buat kerja..tak pula di screening kitorang masa masuk..hmm, mudahkan sesiapa pun masuk Negara kita? Fikir-fikirkan…
4.00 ptg: abang selesai ambil tiket bas di Larkin..tiket jam 8 mlm..abang bawa kami minum & mkn petang..tahu makan apa2? Goreng pisang..ramai sungguh & dapat sambutan gerai tue..murah sangat dan murah..puaslah makan pisang goring..
6.30 ptg: hantar abang ke stesen bas…abang dapat naik bas awal jam 7 malam..hehe, penumpang bas tu suamiku sorang jer rupenyer..hehehe..Selamat Jalan Abang..(owh, ya, kejap tadi jam 10.40 abang call dah sampai diSerdang..Alhamdulillah..)
7.15 mlm: dengan beranikan diri ummi bertiga drive balik ke Hotel..nak dijadikan cerita, Subhanallah, Allah beri ujian, kami ‘stuck’ kat Woodlands Checkpoint…autopass kami ‘hilang’..nak luruh jantung dibuatnya…bayangkan hamper 30 minit lebih ‘operasi mencari’ mcm agen CSI pulak, untuk cari manalah autopass tu..Alhamdulillah, kami di ‘entertain’ pegawai yang amat sabar.mana taknya beliau cukup cool & tenangkan kami untuk cari perlahan-lahan…berkat sabar & doa ‘subhanamalla yanamu wala yashu’..berjumpalah autopass itu, terselit di bawah tempat duduk kereta…pentingnya autopass umpama kad pengenalan..kalau hilang kena buat laporan polis, buat yang baru..duit lagi (faham2 jelah dlm dolar $ semua)…Alhamdulillah, Allah uji & Allah jua meleraikan kekusutan itu..Maha Suci Allah)
8.00 mlm: Sampai di Hotel terus kemas diri..& menulis ……………………
Selesai hari ini…Ummi betul2 mahu berehat….(yelah tu..selalunya tak jugak..byk benda yg selalu ummi piker..pikir kerja yg tak habis2)….
Gambar2 akan menyusul kemudian……


.png)
















