Semua benda tak menjadi seperti yg dijadualkan semalam..
Gara-gara tak cukup tidur dek anak yg mengamuk + menangis + meragam tak berhenti
Dari lepas berbuka sampailah jam 12 mlm tadi.
Ya Allah, betul2 uji tahap kesabaran ummie..(Sabar ni ada tahap-tahapnya jugak ker ek?)
Tepuk2 taknak, bagi susu ummiepun hisap sikit pastu nangis, check pampers, check perut..hmm..semua ok..Nape still menangis??
last2 turun bawah..tukar baju, tukar barut, urut lagi perut & badan dia..pastu buat susu (susu formula) about 100 ml..huhuhuuuuuuuuuu
rupanya, anakku yg sorang nie dah konpius puting susu rupanya..dia punyalah hisap botol susu tu beria2 sampai kenyang dlm 60 ml..pastu tidur…
sedihnya ummie dik….takpelah, nak buat mcm mana….
Dek smlm pun x ckp tido, ummie terus tertido keletihan & tak bangun ikut jadual…..
Sahur tu ngadu kat Abang, Abangpun kata,”Na, tak bolehla nak buat tiap hari kerja2 tue. Badan kena rehat jugak. Takpe, selang-selang.”hmm..betul kata Abang tue..mengekalkan perkara yg kita mula bukan mudah….istiqomah..istiqomah..
Thanks a lot Abang. Ku lihat abg cukup care & memahami keadaanku…Bersyukur pd mu Allah,kau makbulkan ‘doaku’ satu tika dulu…………….
Lihatlah aksi Ainul nie bila 'tak selesa'..(gambar ni diambil bukanlah mlm td. tak sempatla ummie nak ambik2 gambar time tu)
Wednesday, September 10, 2008
Susu…..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:24 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Perkembangan Anak, Ummie Mengomel
Saturday, February 02, 2008
Selamat Hari LAhir, Sayang Ummie..
Allah Selamatkan Naufal
Allah Selamatkan Naufal
Allah Selamatkan Naufal & Kaklong
Allah Selamatkan Kami...
Nota: Sila baca senikata di atas dengan irama & lagu yg betul...
Alhamdulillah, genap usiamu 1 Tahun Naufal pada hari ini bersamaan 2 Februari 2008 Masihi @
14 Muharram 1429 Hijrah yg lalu..
Sorotan kisah semula Saat kau mahu dilahirkan & ingin keluar melihat Dunia..
Enty Ummie pada 26 Mac 2007
Saat-Saat dinanti, Dirisaui, Akhirnya....
Alhamdulillah...
Selama 9 bulan membawa perut yg semakin hari semakin membesar,
semakin hari semakin nakal keletahnya,
semakin hari semakin lemah ummie,
Namun tetap tabah & kuat demi untuk melahirkan sorang lagi umatMu..
Ummie&Abah doakan;
Semoga kau kan jadi insan berguna pada Agama
Semoga kau kan jadi Anak yg Soleh
Semoga kau kan jadi Anak yg Taat & menyayangi ummi& Abah & sesama manusia
Semoga kau kan tidak kekok menggalas tugas Dakwah
semoga kau kan sentiasa dalam peliharaan, keberkatan, kerahmatan Tuhan Allah Maha penciptamu
Ameen..
Alhamdulillah,
Selepas menghadapi pelbagai perkara pada 2.2.2007 bersamaan 14 Muharram (Jumaat);
1) Jam 5 pagi, ke bilik air(terasa nak buang air kecil): ada tanda darah
2) Jam 7.30 pagi bersama abg(kebetulan mmg abg ambil cuti utk selesai hal KPLI),kami ke Institut Perguruan, Cheras utk hantar borang Terima tp dibatalkan sebab mengandung
3) Selesai jer, tak puas hati terus ke Bahagian Pendidikan Putrajaya, NAMUN masih jawapan yg sama, TERPAKSA TOLAK.....(tak mengapalah, bukan rezkiku...InsyaAllah tahun ini akan aku cuba lagi)...
4) Jam 12 tgh hari, saja ke Hospital Az Zahrah utk check up...Akhirnya, aku di tahan..
5) Jam 2 masuk labor room, jam 3 doktor tanya sama ada nak balik @ paksa bersalin-pecah air ketuban(sebab aku tak sakit)
6) Syukur petunjuk Dia datang, anakku bergerak (contraction)--> terus Dr. pecahkan air ketuban,..Subhanallah, sekali lagi syukur, warna air telah berwarna Hijau ---> Anakku telahpun mengeluarkan najisnya...
7) Selama 4 jam ummie bertarung (SAKITnya, hanya Allah & wanita yg berpengalaman bersalin shj yg tahu...)
8) AKHIRNYA sempat 10 minit sebelum Azan Maghrib yakni hari Jumaat Hari Mulia, anakku yg ke 2 selamat dilahirkan dengan berat 3.35 kg jam 7.25 petang di Hospital Az-Zahrah, Bangi & disambut oleh Dr. Khamsiah Binti Muda yg amat baik & prihatin orangnya..Beliau juga memberi peluang kpd suamiku utk menggunting sendiri tali pusat anak kami serta merakamkan beberapa keping foto semasa proses kelahiran anak kami..TERIMA KASIH Dr. Khamsiah. aku & suami amat berpuas hati sepanjang masa mengandung & bersalin...
Bayi Mujahid ini kami namakan MAR'IE NAUFAL BIN NORSHAMSURI..
SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG!
Semoga menjadi anak yang soleh...Ameen. ..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:01 am
2
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Birthday, Perkembangan Anak, Pregnancy/Delivery/Postnatal
Wednesday, October 03, 2007
Selamat Hari LAhir, Sayang...
Sebagai menghormati tahun Masihi Nawwaratul di lahirkan pada hari ini
2 tahun lepas..
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!
Kaklong dah semakin bijak, cerdik, aktif, lasak, kuat menangis for attention (almaklum ada adik nie..)
Apapun Kaklong also a good sister..pandai jaga adik, pandai juga buli adik sometimes, selalu toleransi dgn adik but sometime tak jugak..susu dah boleh kongsi..
Sama saiz dengan Naufal..
Buatlah & mainlah macam mana pun dua beradik nie tak apa..jarang nak nangis..tengoklah aksi kaklong duduk atas adik.tengok adik siap senyum lagi:).
kalau adik tidur kaklong kacau, kalau kaklong tidur plak adik kacau..bahagia bila dua-dua fall asleep together-gether...hehehe..
Doa Ummie & Abah tetap agar kalian jadi Anak Yang Taat kpd perintah Allah & kpd ibu bapa sentiasa...Ameen
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:00 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Birthday, Perkembangan Anak
Friday, June 02, 2006
PeNcAPAiaN bULAn ke -8

kira apa tu Nawwaratul
*dUDUK tanpa disokong---> you 've prove it, weldone, honey!
*Mula memberi reaksi berbeza trhadap org lain, contohnya malu----> hmm, you such a brilliant girl now!
*Mula Cuba merangkak -----> bukan setakat merangkak, dah belajar berdiri(pgg dinding;)
*menjatuhkan objek/menolaknya dari atas meja ----> yups, correct
*Bercakap lebih daripada satu suku kata ----> huh, dah boleh sebut Aa-Bah..ummie lum lagi, huaaa...
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:21 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Perkembangan Anak
Wednesday, May 03, 2006
PeNcAPAiaN bULAn ke -7
Hepi Birthday to you
Hepi B'day to you
hepi b'day, Hepi B'day
Hepi B'day To you-----> Nawwaratul yg ke - 7 bln ;)
Ummi nak Kenal Sifat Anak Ummi;
1) Mencari barangnya yang jatuh
2) Bermain baa-baa-chak
3) Berpusing ke arah suara
4) Memindahkan objek dari satu tangan ke tangan lain
5) Pandai Mengesot ketika meniarap----> dah laju dah, kdg tak sempat ummi nak kontrol;)
Tak sabar nak tunggu 8 bulan plak..winks..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:22 am
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Perkembangan Anak
Thursday, April 06, 2006
Keletahmu mEngGamit rindu...Pencapaian Bulan ke-6
Jom kenal sifat anak ummie:)
PeNcaPaiaN Bayi berUmuR 6 – 9 bulan
Sungguhpun setiap bayi mempunyai kadar perkembangan tersendiri, adalah baik bagi anda mengetahui pencapaian-pencapain yang dijangkakan agar dpt memberi si manja galakan & sokongan yg sewajarnya. Berikut adalah garis panduan am pencapaian si manja utk beberapa bulan akan dtg.
PENCAPAIAN BULAN KE-6 (jeng..jeng..jeng)
Duduk tanpa disokong buat seketika (a’alah nawwaratul ada ciri2 nie;)
Mengangkat kepala semasa berbaring (hmm, yg ni dah lama dia pandai buat)
Mula berminat utk melihat bayangnya di dalam cermin (bkn setakat dia suka tgk cermin, baying kat dindingpun dia alert)
Gigi pertama mungkin tumbuh seawal bulan ini (tanda2 tumbuh gigi, kita tgk nanti)
Mula memilih sesetenganh jenis makanan
Nampaknya anak ummie on the track.he..he..he
p/s: rujukan dari risalah Dutch ladybulanan yg ummie dpt tiap2 bulan
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:15 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Perkembangan Anak







