Thursday, September 28, 2006

INGIN BERKONGSI TANGISAN...

KISAH SANGAT BERHARGA BUAT IBU BAPA & BAKAL BERKELUARGA.....

harga sebuah kereta dan ANAK.....................................

> bagi sapa2 yg tak langgan mastika bulan mei 2004, bacalah cite sedih
> ni, ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak
> keterlaluan..............
> kepada semua parents,
> Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran......
> Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul
> especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu.
> Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah
> sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk
> praktikkan konsep "time out" jika anak2 buat salah.
>
> Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
> meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
> Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
> Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
> bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
>
> Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
> tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
> marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...
> kerana kereta
> itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
> melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
> bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
>
> Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
> gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
> sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si pembantu rumah.
>
> Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
> yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
> Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
> beristighfar.
> Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
> tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
> mengatakan

"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
> buat?" herdik si isteri lagi.

> Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
> dari bilik.
>
> Dengan penuh manja dia berkata "Awaatul buat ayahhh.. cantik kan!"
> katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
> hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
> terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak
> tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
> mendiamkan
> diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
>
> Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup
> rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
> Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
> menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
> tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.
>
> Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu
> rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak.
>
> Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
> menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.
>
> Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara
si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
> "Awaatul demam... " jawap pembantunya ringkas.
>
> "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
>
> Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
> Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup semula pintu.
>
> Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
> badan Ita terlalu panas.
>
> "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
> itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
> mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. SeTelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

> "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
> kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu
> teruk.
> "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku
> ke bawah" kata doktor.
> Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata
> itu.
>
> Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
> meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
> isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
> pembedahan.
>
> Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
> habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat
> kedua-dua
>
> tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke
> wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalamlinangan air mata.

"Abah.. Mama... Awaatul tak buat lagi. Awaatul tak mau ayah pukul. Awaatul tak mau jahat. Awaatul sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
>
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
>
>
"Awaatul juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
>
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
>
histeria.
>
>
"Abah.. bagilah balik tangan Awaatul. Buat apa ambil.. Awaatul janji tak
>
buat lagi! Awaatul nak makan macam mana? Nak main macam mana? Awaatul janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.


P/S: Bagaimanakah dengan kita? Adakah disebabkan perkara kecil sudah dimarahi @ ditengking anak kita? saling ingat-mengingatlah..Kalau suami bersifat singa pd anak, ibu cubalah redakan dgn cara paling berhikmah sambil tidak menampakkan sgt kelemahan si Ayah pd si Anak..Begitulah sebalaiknya, jika terjadi pd si ibu...

Wednesday, September 27, 2006

Keletahmu DiUsia Genap 1 Tahun

SELAMAT HARI LAHIR, Sayang Nawwaratul!

Semoga kau kan Jadi Anak yg SOLEHAH...



Tuesday, September 26, 2006

SELAMAT HARI LAHIR ~ 1 TAHUN ~








29 Syaaban 1427H - bersamaan Hari Jumaat yg lepas...

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!!

Kau dijangka akan menemui ummi&abahmu,
Pabila genap 9 bulan bersamaan 15 Ramadhan,
NAMUN tanggal 29 Syaaban itu,
seawal jam 4 pagi,
Ummi telah dapat merasakan sesuatu yang indah & penuh barakah,

bakal ummi&abah lalui pada hari itu,
Ummi menahan kegembiraan dalam kesakitan,
pada setiap gerakan yg kerap darimu sayang,
Tak sabar rasa dihati sambil dipalit sekelumit ketakutan,
Sesudah Subuh,
Ummi & Abah memanjatkan doa pada Rabbul A'lamin,
Seandainya hari ini adalah SAATnya,

PERMUDAHKANLAH......

Rutin biasa,
Ummi & Abah bersiapkemas mencari rezki,
Namun, ummi sudah merasakan,
HARI INI ADALAH HARINYA,
Jam 9 ummi terlantar di katil,
Hanya berteman zikir kepadaNya,
& Abah disisi,
Sungguh ummi takkan melupai SAAT itu,
Bagaikan Nyawa di Hujung Tanduk,

Detik 12.52 petang,
Alhamdulillah, hampir setengah jam,
Ummi bertarung,
Kasihan dirimu sayang,
Akhirnya doa ummi&abah dimakb
ulkan Dia,
Lahirnya Insan Solehah,
Penyeri Ummah,
NAWWARATUL MAR'IYAH~cahaya yang terpelihara~

~hasil nukilan ummi mu~


Tuesday, September 05, 2006

neno..neno..neno...

sesiapa ada panadol tak?

hmm..2 3 hari ni kerap sakit kepala..malam pun nak tido awal jer..tapi memang mcm tulah aku selalunyer..bukannyer aper..dalam kepala ni selalu sangat simpan input yg lum dapat dikeluarkan...> output...nak kata selalu memikir, tak jugak..tapi rasenyer sebab terlampau simpan (perkara@hal yg perlu diselesaikan) dlm kepala ni kut (sbb tak sempat nak dikeluarkan lagi)...

he..he..he, cakap pun mcm org tengah pening...

Di saat menaip@moncoret sesuatu kat blog ni(dah lama menyepi)..terbayang wajah anakku yg sorang tu..rindu sangat pd dia..tak sabar nak balik rumah..mcm tulah tiap2 hari keadaan aku...
dengan keletah nakal & aktif, yg suka menyengih + dah bijak sangat sekarang meniru gaya orang...SABAR, umie kan mencari rezki...

Mari lihat list, apa yg ada kat dalam kepala umie ni;

1) kerinduan pd anaknya

2) kerja-kerja promosi KPKAA (as SU)--->Surat Rasmi, gant chart/list tugas pd setiap ajk--->email & call--->follow up--->anggaran belanjawan(yg ni patut bos tp mesti aku jgak kena siapkan kut--->last but not least, semua ni boleh dibuat tapi bila nak start umie!!!!!!!!!!!!!!!!

3) kemas kini rekod bendahari PASTI AL ABRAR(as bendahari)---> banyak lagi voucher yg tak diupdate---> semua ni boleh dibuat, tapi bila nak mula umie..aduh!!!!

4) gambar2 ni sajer jer letak...rindu sgt tatap jer gambar dia...(gambar terbaru konvo abang bulan Julai lepas)..


"YA ALLAH SEMOGA ENGKAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HAMBA2MU INI"..Ameen