Marilah kita bersama-sama memulakan hari yang indah dan penuh dgn keberkatan ini, dengan 'Santapan Rohani' istimewa daripada Lajnah Tarbiyah Alumni
(Hmmm...baru dapat baca selepas dah santap 'makanan hati' yang lain pagi tadi...Astaghfirullahal 'azim..30x)
TAZKIRAH JUMAAT : Kaedah Menuju Bahagia
1) Renungilah sabda Rasulullah S.A.W : “Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, janganlah engkau menunggu datangnya waktu pagi”.
2) Lupakanlah masa lalu dan semua yang pernah terjadi.Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkanmasa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakankebodohan dan menyebabkan kedegilan.
3) Jangan menyibukkan diri anda dengan masa depan,sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkanhingga ia datang dengan sendirinya.
4) Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Teguhkanpendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
5) Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.
6) Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.
7) Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatuyang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha danqadar.
8) Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.
9) Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.
10) Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.
11) Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seseorang Muslim adalah baik baginya.
12) Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
13) Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebihbanyak dari orang lain.
14) Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.
15) Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.
16) Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
17) Sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu terdapatkemudahan.
18) Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara yang remeh.
19) Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.
20) Jangan marah, jangan marah, jangan marah!!
21) Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti , seteguk air, dan bayangan.
22) Adz-Zariyat: 22 – “Dan di dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yangdijanjikan kepadamu”.
23) Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akanberlaku.
24) Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu adasuri teladan.
25) Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, makaDia akan memberikan cubaan atas mereka.
26) Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.
27) Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya,dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.
28) Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percayapada khabar angin.
29) Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untukmembalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatananda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan
menimpa pihak lawan.
30) Setiap musibah yang menimpa diri anda adalahpenghapus dosa-dosa.
Dipetik dari kitab ‘LA TAHZAN’ – Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (ms146-147)
Friday, May 23, 2008
Santapan Rohani ke II Hari ini..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:16 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Iman, Santapan Rohani
Marah, Sabar, Marah, Sabar...Letih...
11.30 pagi – Mei 23, 2008 – Jumaat
Signifikasi Hari Jumaat..
Saat & tika ini, sewaktu menulis nie, air mataku terasa ingin di alirkan lagi…semalam, aku seorang superwomen..tp hari nie, tak dpt nak tahan emosi lagi..
Entahlah, taktau ku nak luah pd siapa..terasa nak bercerita dgn org..tapi siapa? En Basri? Kak Siti? Kak Ina? Abg?..masakan mereka mahu meluangkan masa saat ini..kerna semua sibuk bekerja…aku faham…kenapa aku sering memahami orang, tp mereka tidak mahu memahami diriku (refer kepada bos sebenarnya)..
Pagi ini, aku di ‘tekan’ lagi yg entah ke berapa kali…Aku faham dia sibuk, terkejar nak ke PD utk kick off meeting hari ini (baru sat dia keluar)..pastu nak bercuti ke oversea 2 minggu mula Sabtu (flight malam) ini sampai 8hb Jun..dalam masa yg sama ada bid tender penting nak kena hantar & siap rabu depan…aku amat faham semua tu..TETAPI…
Tak adilllah, jika diri ini terus di ‘tekan’…Bayangkan semalam Khamis aku stay buat ‘semua kerja’ dari jam se awal 8.00 pagi sampai jam 12.30 malam (tanpa sempat makan nasi & rehat)..terkejar2 ke depan belakang, mengadap PC..sampai nak naik pitam malam tadi, tp siapa yg ambil peduli?? Bos? Sikitpun dia tak tanya @ simpati..asyik tanya, “Apa yg awak dah buat setakat ni”..”Dah buat belum yang saya suruh”..”Apa awak ni, saya tak suruh buat macam ni….”, sekali sekala adalah jugak perkataan “good…”, walapun sikit je ucapan itu, tp dah buat hati lega masa tue..huhuhuhu……………….
Dahlah keluar pejabat (korbankan masa dengan abg & anak2 & mereka pulak berkorban demi ummi) jam 12.30 mlm, sampai rumah makan nasi bungkus abg belikan, tidurpun dah jam 3 pagi..Hari ini memang takleh nak sampai jam 8 pagi……….bersambung…tak mampu nak menulis dah..byk kerja nak disiapkan….yg aku tau..
Balik ptg nanti dia pasti melenting…tak siap ikut apa yg dia nak(memang tak patut siap pun, he always wants all perfect, tp tak pikir yg tunggang langgang nak buat aku sorang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:30 am
3
tuan penasihat
Kategori: Bos, Kerja Dunia, Ummie Mengomel
Friday, May 16, 2008
Murtad.....
Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak
Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).
Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.
Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.
Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.
Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.
Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.
Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.
Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.
Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."
Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam
Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak
Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat
Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
1:06 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Iman, Santapan Rohani
Thursday, May 15, 2008
Beras oh Beras, Nasi oh Nasi....
Sajian Pertama Istimewa dari Lajnah Tarbiyah
Pelbagai ulasan tentang Beras oh Beras, Nasi oh Nasi...
Cik Z : "Harga BERAS naik ke, mahal ke... I no problem,
sebab memang sekarang I tengah ber'diet' tak ambil karbohidrat. ."
En X : "Banyak lagi rezeki yang Allah kurniakan kat muka bumi ni..
Tak boleh makan nasi, makan lah mee, kue tiaw, maggie...... ."
Dan pelbagai komen lagi dilontarkan tentang Beras oh Beras, Nasi oh Nasi...
Mari kita renungkan artikel yang dipetik dari Harakahdaily, disediakan oleh saudara Azamin Amin berkenaan dgn isu ini
dari perspektif kaca mata Umat Islam yang beriman kepada Allah S.W.T.
--------------------------------------------------------------------------------
Krisis Bekalan Makanan, al-Quran telah Beri Peringatan !!
Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.
Al-Quran telah memberi peringatan dan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.
Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.
Al-Baqarah- ayat 156:
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".
Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencana supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.
"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya) ! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."
"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)
"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)
Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
(al-hadid ayat 22)
"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (al-hadid ayat 23)
Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:
"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."
"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."
Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Wallahualam, Ingatlah Allah di waktu senang, kerana Allah akan ingatkan kita sewaktu susahnya kita...
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
1:31 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Isu Semasa, Santapan Rohani
Monday, May 12, 2008
Ibu oh Ibu....
Dari kecil sehingga dewasa..
IBU jaga dengan penuh belainya
Segalanya yang IBU hadapi
Aku tetap akan menghargai..
Pada IBU tempat KASIH SAYANG..
Jangan IBU merasai bimbang
Biar apapun akan terjadi
Aku sanggup menghadapi..
Ku berjanji Ku akan berbakti..
Pesan IBU kan ku junjung tinggi
Jiwa raga ku serahkan
Untuk IBU tiada sempadan..
(Nyanyian Kak Uji Rashid)
Ku dedikasikan Khas untuk mu, Emak di kampung
& semua Kawan2, sahabat2 yang sudah bergelar IBU....
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:45 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Hari Ibu
Sunday, May 11, 2008
Selamat Hari Ibu, Emak!

Yang di Sayangi lagi Dirindui,
Ibuku Salmiah Binti Hj Chin...
Menghitung hari..
Tahun berganti tahun
Bulan bersilih bulan
Hari bertukar hari
Jam..Minit..Saat mengikut putaran alam
Seakan rasa baru semalam diri ini dilahirkan ke dunia oleh Ibu
Kini, Aku juga telah bergelar IBU..
Ibu, Ibu, Ibu
Syurga di bawah tapak kaki Ibu...
Ya Allah,
Cepatnya masa berlalu
Usiamu kini 54 tahun, Ibu
Setengah abad menjangkau
Namun, masih menunaikan tanggungjawab yang masih berbaki
Ibu, ku tahu keperitanmu
Kudoa semoga Ibu sentiasa dikurniakan
Kesihatan & kecekalan hati..
Ampunkan dosa anakmu ini, Ibu
Terima kasih kerna memahami setiap karenah anakmu ini
Halalkan makan minum ku
Sesungguhnya aku amat rindu untuk bersamamu
SELAMAT HARI IBU....
nUKILAn
Marlina Ummi Nawwaratul Mar'iyah & Mar'ie Naufal
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:30 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Hari Ibu
Saturday, May 10, 2008
Aku Menulis Bukan Kerna II
“Kalau kami mampu, kami mungkin tak beli rumah teres 2 tingkat kos sederhana tu yg sudah berusia 15 tahun, pakcik…Mungkin kami akan tunggu sampai kami ada kewangan/simpanan yg kukuh + kerja agak lama sikit (kumpul duit simpanan), baru cari rumah baru terus, itulah perancangan awal kami seperti mereka2 yg baru di alam berkeluarga yang lain, atau dgn kata lain biasanyalah, Tetapi,
Sebab kami tak mampulah + mendengar nasihat serta segala kata2 & percakapan pakcik & dapatkan pandangan orang tua kami, membuatkan kami jadi nak beli rumah pakcik & saya anggap pakcik & makcik mcm Ayah & mak saya….Namun………….”
Entahlah, mungkin itulah dialog yg akan ku lontarkan jika aku ada kekuatan utk bersuara, namun selalunya seperti biasa, aku bukanlah jenis manusia yg suka byk bercakap bila org lain bercakap tambahan pula kalau org itu lebih besar ilmunya @ pangkatnya @ lebih tua..Lebih baik kita diamkan diri, drpd bercakap kan? Byk cakap takut byk silapnya..tapi timbal baliknya, kena memendam rasa & adakalanya buat dialog sendiri & bercakap dgn diri sendiri..
Itulah yg aku alami malam ini. Sambil membasuh (dari siang td dah 4 trip), menyidai, kemas bilik, lipat baju, & kemas satu rumah, kata2 pakcik siang tadi masih terngiang2 di telinga ini & utk sejukkan diri aku berdialog sendiri….Hati ini tiba2 meronta2 utk menulis, menulis bukan kerna tak puas hati lagi sebab semuanya dah selesai siang tadi, berdosa kalau nak diungkit, kan Marlina? Ya betul. Tapi aku menulis adalah kerna untuk selesaikan bab hati sendiri sambil tak putus2 ku pohon pd Allah, permudahkanlah segalanya buat kami & kurniakan kami kesabaran serta lapangkanlah dada kami…Ameen..
Alhamdulillah, siang tadi, selesai urusan tandatangan surat perjanjian Jual Beli rumah dengan penjual..semuanya berjalan lancar…pinjaman bank pun dah lulus, secara tak rasminya kami sudah memiliki rumah tersebut…
Sejak bulan Julai 2007, kami masuk rumah tersebut hinggalah ke hari ini, tak pernah dah tuan rumah menjenguk..bisalah tu kan..
Nak diringkaskan, apa yg nak aku memorikan disini ialah, apa yg berlaku sewaktu siang perjuampaan 4 pasang mata ‘face to face’ sejak lebih kurang setahun tak berjumpa di pejabat peguam, sepanjang sesi dialog oleh pakcik yg satupun tak kami dapat nak balas, biarlah sebelah pihak nyatakan ‘ketidakpuasan’ hati, janji dah selesai…
1) Tak sangka pakcik kata,” macam nilah, kita pun orang islam. Kita guna cara Islam, bukan cara org Melayu sebab sy buat mcm tu dlm bisnes saya. Sbnrnya, sy takda intend nak jual rumah tu. Tp sebab kenangkan adik dia kerja dgn sy, so, sy nak jual rumah tu as for fund jelah. Saya tak minta deposit, sy bagi duduk ½ bulan (utk adik ipar you) tanpa tuntut sebarang bayaran sewa. Takkan lampu dan lain2 yg rosak sikit2 nak claim. Nak Baiki itu, nak baiki ini, you pun realizekan rumah tu berapa usianya? Saya dah kurangkan kadar jualan rumah tu..tapi bila you all keep sms bgtau yg tu rosak, nak claimlah, saya jadi tak berapa sedaplah..sebab saya sendiri tak berkira dengan you all. Isteri saya banyak sabarkan saya.”
Itulah, persoalan pakcik siang tadi. Saya jadi terkelu, kalau org yg tak tahu memang bila dengar @ baca statement pakcik, akan ckp memang salahnya byk dipihak kami.. Tapi, kami tahu kami bukanlah di pihak yg bersalah. Percakapan pakcik tu byknya kami tak balas Bukan sebab TAKUT, tapi lebih kepada nak selesaikan masalah. Kadang2 kami faham bila sudah berumur, sebenarnya kita byk lupa apa yg pernah kita cakapkan & janjikan sewaktu dulu..tapi, aku yg masih muda masih ingat apa2 yg pakcik katakan sewaktu mula2 kita berdiskusi pasal rumah tue..itu yg buat aku sedih…
Jawapan penenang utk diri sendiri, konklusi dr apa yg pakcik katakan siang tadi..
1) Pasal cara Islam: Ya, kami sendiri mmg nak buat cara Islam..sebab tu Alhamdulillah, setiap apa perbincangan @ kemaslahatan yg timbul, kami buat rekod, kami sms bertanya (mcm akadlah ada soalan & ada jawapan), setakat nie surat2 yg kami buat salinan & ambik tandatangan dari makcik menyelamatkan byk keadaan. Syukur. Cuma yg kurangnya, kami tak simpan resit..itu memang diakui silap kami. Justeru, kami setuju utk lupakan hal claim itu..Tetapi, tanggungjawab di sebelah pihak Pakcik? Setiap sms & pertanyaan kami, rasanya tak pernah pakcik@ makcik balas sebagai tuan rumah..sebab kami masih bergelar penyewa. Pakcik pun cakap pakcik lebih suka berterus terang, kamipun begitu..sebab tu, sy dengan jujur sms jer setiap apa yg berlaku atas niat bukan utk menganggu tp lebih kepada nak laporkan..
2) Deposit: seingat aku sepanjang sesi diskusi dulu, pakcik tak pernah sebut pasal minta bayaran deposit. Sebabnya satu jer. & sebab itu kami setuju bersama. Pakcik kata memang taknak jual rumah tu pada adik beradik..susah jual pd adik beradik..ok, kami ikut. Lepas tu, pakcik kata suruh masuk rumah tu segera. Kami ckp tak boleh sebab belum sedia, lagipun takkan nak bayar sewa di dua rumah.. akhirnya, sampai satu tempoh, kami segera pndah juga, sebab nak tolong pakcik utk ‘tak kosongkan rumah’ tu. Kalau ikut kami, dah beli rumah baru kami start masuk, tp kamipun ada toleransi bila pakcik kata pakcik taknak biarkan rumah tu kosong. Kami ikut ckp pakcik. Kami rasa pakcik untung dah disitu..kalau nak tahu masa pindah tu, memang agak kelam kabut, sebabnya yelah anak 2 kecik2 lagi, baru-baru lepas pantang, nak selesaikan dgn tuan rumah lama, lepas tu masuk rumah tu dlm keadaan mcm ‘tongkang pecah-Habuk sahaja berinci-inci rasanya’..takpelah kami maklum, beli rumah baru dgn rumah lama mgkin inilah bezanya..Terpaksa 150% kemas, & basuh rumah tu extra vaganza punya kerja..dengan masa tu hanya 3 tenaga selesai dalam 2 hari Sabtu & Ahad..iyekan Abang & Aini? Ya Allah, sabar sahaja ketika tue..memang taktau nak ckp mcm mn keaadaan rumah tue..Yang buatkan aku sedih ialah: adakah dengan keadaan sebegitu, pakcik masih boleh nak sebut pasal tak berkira nak tuntut deposit?? & kami berkira??
3) Pakcik kata kami berkira masalah kecik2. Pakcik, kami bukanlah org yg jenis nak berkira..tapi mengenangkan kami juga buat byk pengorbanan..nak ikutkan kami tak patut beli lagi rumah sebab simpanan pun tak ada, masih baru berumahtangga, memang kewangan tak kukuh & tak stabil, dengan tn rumah lama (orang Cina juga kaya raya mcm pakcik), tapi sgt mudah berinteraksi…kamipun anggap pakcik mcm ayah..apa salahnya setiap sms kami pakcik balas, samada puas hati @ tidak..kalaupun pakcik sibuk, makcikpun ada kan..lagipun, kami buat sms2 tu masa 2 3 bulan baru duduk rumah tu & kamipun org muda yg tak byk pengalaman, memang itulah cara kami utk jujur beritahu..lepas tu, kami tak sms dah, apa2 rosakpun kami buat sendiri, pastu kami bgtau as laporan itu ajer..tak berbalas juga mcm tn rumah Cina lama kami..itulah beza Org Melayu & org Cina..akhirnya, siang tadi meletuplah segalanya..rupanya pakcik pendam rasa..takpalah selesai sudah segalanya…
4) Satu perkara, yg sy nak pakcik juga tahu, kalau ikut bila kami masuk rumah tu, kami boleh tak jadi nak beli sebabnya barang2 yg pakcik janjikan utk tinggal kat rumah tu, banyaknya tiada..pakcik kata tak boleh nak elak, saudara mara ambik..takapalah, ku sabarkan diri, ada hikmah suatu hari nanti..Alhamdulillah, kesabaran yg dipupuk selama ini memberi banyak baik hasilnya…& hari ini pun dak kira selesai..itu yg kami harap2 kan supaya tiada apa2 bersangkutan lagi..cumanya mungkin yg aku nak minta jasa baik ehsan lagi pada makcik & pakcik, bila sampai masanya nanti nak kena bayar sewa rumah & pinjaman dengan bank sekali gus..hmm..RM1.5K jugak tue....kalau kami mampu masa tu tak apalah, tp takut tak mampu memandangkan dlm tempoh nak bersalin yg memerlukan kewangan yg agak byk..mungkin kalau mukaku masa tu tak rasa malu, akan kuminta ihsan kecualikan sewa rumah dah..sebab kami tahu pakcik & makcik dah lebih dari senang..sebab tu kami nak minta tolong..itulah ‘special’nya kami di mata pakcik kut..tak mcm penyewa2 rumah pakcik yg lain..eheh…
Allahu Akbar..selesai sudah Aku menulis Bukan Kerna Part III……………
Ya Allah, ampunkan dosa ku, permudahkanlah segala urusan ku & urusan2 mereka yg taat pada perintahMU”….
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:30 am
0
tuan penasihat
Kategori: Family, Rumah, Ummie Mengomel


