"This is ridiculous. You are wasting company time to write all these gibberish? You could have expressed to me verbally and would have suffice. Please stop this utter nonsense."
Friday-28.11.08
************************************************************************************
You know what?
In consequence of the email, my computer have been re format by him this early morning. Uuh....
Monday, December 01, 2008
How Do You Feel?!
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:40 pm
2
tuan penasihat
Kategori: Bos, Kerja Dunia, Ummie Mengomel
Monday, June 16, 2008
Semoga LULUS Permohonanku ini..Ameen..
14 Jun 2008
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
E-3-2, East Wing, Subang Square
Jalan SS 15/4G
47500 Subang Jaya
Selangor
U/P: Tn. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pengarah Urusan
Tuan,
MEMOHON KENAIKAN GAJI SERTA BONUS
Perkara di atas dirujuk.
Saya, xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx dengan ini ingin memohon kenaikan gaji.
Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah berkhidmat di syarikat ini selama dua (2) tahun bermula pada 3hb. Julai 2006. Dengan komitmen yang telah saya berikan kepada pihak syarikat dengan bekerja dan menguruskan semua hal syarikat seorang diri selama setahun ini, berbaloi serta wajarlah kiranya saya dinaikkan gaji serta diberikan bonus.
Justeru, saya amat berbesar hati sekiranya permohonan saya ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Semoga dengan manfaat yang akan diberikan oleh pihak syarikat ini dapat meringankan kadar bebanan yang semakin meningkat kini.
Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
iena
…………………….
(xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx)
Akaun Eksekutif
************************************************************************************
Alhamdulillah, selamat letak surat ni petang ni di bilik Bos..Hari ni satu hari dia tak masuk sebab ke site ESSO, PD.
Esoklah kut dia baca surat ku ini..apalah reaksi dia yer..
Ya Allah perkenankanlah hajat hambamu ini..Ameen
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
5:11 pm
12
tuan penasihat
Kategori: Bos, Kerja Dunia
Hajat Yg Tak Kesampaian...huhuhu..
20 Mei 2008
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
E-3-2, East Wing, Subang Square
Jalan SS 15/4G
47500 Subang Jaya
Selangor
U/P: Tn. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tuan,
MEMOHON MANFAAT PERUBATAN / MANFAAT BERSALIN
Perkara di atas dirujuk.
Saya, xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx, ingin menarik perhatian pihak tuan berhubung perkara di atas memandangkan saya dalam persediaan mengumpul kewangan untuk proses melahirkan anak InsyaAllah dijangka 20 Julai 2008 nanti.
Untuk pengetahuan pihak tuan, genaplah tempoh dua (2) tahun perkhidmatan saya di syarikat tuan pada bulan Julai 2008 ini. Justeru, saya amat berbesar hati sekiranya permohonan pertama saya ini dapat diluluskan oleh pihak tuan.
Saya telah membuat semakan melalui ‘terms and conditions of service’ syarikat di bawah Artikel 9 (Medical Benefits) atau Artikel 10 (Maternity Benefits) yang diperuntukkan kepada pekerja, dan ingin menarik perhatian pihak tuan untuk menyemak polisi tersebut.
Justeru, sekali lagi saya amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini sekaligus meluluskan dengan kadar amaun yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Semoga dengan manfaat yang akan diperoleh ini dapat meringankan kadar bebanan yang akan saya sekeluarga tanggung.
Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah murahkan rezki tuan sekeluarga dan selamat bercuti.
Sekian.
Yang benar,
iena
…………………….
(xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx)
Akaun Eksekutif
*************************************************************************************
Surat ku ini di TOLAK..tersayat, tersiat rasanya hati ini masa tu..tp kuterima semua alasan dia..
tapi masa surat ni diberikan saat 'pertarungan' sengit ku sewaktu sebelum Bos bercuti 2 minggu tempoh hari.. kisah perit dalam siapkan kerja ada entrynya sebelum ini..
Namun tindakan nekad ini harus dibuat demi mempertahankan hak ku sebagai PEKERJA..kalau kita tak mulakan, siapa lagi kan??
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:44 am
1 tuan penasihat
Kategori: Bos, Kerja Dunia
Friday, May 23, 2008
Marah, Sabar, Marah, Sabar...Letih...
11.30 pagi – Mei 23, 2008 – Jumaat
Signifikasi Hari Jumaat..
Saat & tika ini, sewaktu menulis nie, air mataku terasa ingin di alirkan lagi…semalam, aku seorang superwomen..tp hari nie, tak dpt nak tahan emosi lagi..
Entahlah, taktau ku nak luah pd siapa..terasa nak bercerita dgn org..tapi siapa? En Basri? Kak Siti? Kak Ina? Abg?..masakan mereka mahu meluangkan masa saat ini..kerna semua sibuk bekerja…aku faham…kenapa aku sering memahami orang, tp mereka tidak mahu memahami diriku (refer kepada bos sebenarnya)..
Pagi ini, aku di ‘tekan’ lagi yg entah ke berapa kali…Aku faham dia sibuk, terkejar nak ke PD utk kick off meeting hari ini (baru sat dia keluar)..pastu nak bercuti ke oversea 2 minggu mula Sabtu (flight malam) ini sampai 8hb Jun..dalam masa yg sama ada bid tender penting nak kena hantar & siap rabu depan…aku amat faham semua tu..TETAPI…
Tak adilllah, jika diri ini terus di ‘tekan’…Bayangkan semalam Khamis aku stay buat ‘semua kerja’ dari jam se awal 8.00 pagi sampai jam 12.30 malam (tanpa sempat makan nasi & rehat)..terkejar2 ke depan belakang, mengadap PC..sampai nak naik pitam malam tadi, tp siapa yg ambil peduli?? Bos? Sikitpun dia tak tanya @ simpati..asyik tanya, “Apa yg awak dah buat setakat ni”..”Dah buat belum yang saya suruh”..”Apa awak ni, saya tak suruh buat macam ni….”, sekali sekala adalah jugak perkataan “good…”, walapun sikit je ucapan itu, tp dah buat hati lega masa tue..huhuhuhu……………….
Dahlah keluar pejabat (korbankan masa dengan abg & anak2 & mereka pulak berkorban demi ummi) jam 12.30 mlm, sampai rumah makan nasi bungkus abg belikan, tidurpun dah jam 3 pagi..Hari ini memang takleh nak sampai jam 8 pagi……….bersambung…tak mampu nak menulis dah..byk kerja nak disiapkan….yg aku tau..
Balik ptg nanti dia pasti melenting…tak siap ikut apa yg dia nak(memang tak patut siap pun, he always wants all perfect, tp tak pikir yg tunggang langgang nak buat aku sorang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:30 am
3
tuan penasihat
Kategori: Bos, Kerja Dunia, Ummie Mengomel
Saturday, April 26, 2008
Aku menulis bukan kerna I
Menulis Bukan kerana Benci, Tapi lebih untuk menenangkan hati, memujuk diri yang selalu merasa di ‘anak tiri’.
Ini sahaja cara yang kurasakan sesuai buat pengubat seketika selain berserah & pasrah pd yg Esa..
Bayangkan, satu-satunya pekerja yang wujud dlm pejabat sejak setahun yg lalu, yang buat semua kerja, yang uruskan hal itu dan ini, dari sekecil-kecil urusan hingga yg besar (yg mana yg tak mampu ku divert aje pd bos), yang banyak faham & sabar akan karenah & sikap director, inilah orangnya MARLINA, seorang pekerja wanita, perempuan, isteri, & ibu kepada 2 anak & bakal menimang sorang lagi cahaya mata Julai ini..
Sejak setahun yang lalu jugalah, aku sering menerima perlekehan, sindiran, direndah-rendahkan kemampuan hingga kesannya membuatkan aku sendiri sentiasa kurang yakin, takut-takut, ‘lack of communication skill’. Aku tak rasa tertekan dengan kerja-kerja yang dibuat malah bersyukur + bangga dapat membuat pelbagai jenis kerja/bidang bukan setakat kerja-kerja akaun semata. Samalah di tempat kerja lama dahulu..Tekanan kerja tak ada sangat. ‘ I think I managed it well’. Yang buat aku tak tahan ialah tekanan yang ditimbulkan oleh manusia yang tidak tahu untuk menghargai & berterima kasih.
Hari ini, sekali lagi aku dimarahi @ disindir lagi. Dahlah kita ni tengah sarat + bekerja sorang + disindir di hadapan orang (seingat aku, dlm sebulan ni sudah 2 kali kes di marahi/dipersoal di khalayak umum aka dimalukan). Tak pandaikah nak jaga maruah orang? Kalau nak diikutkan sakit sangat hati ini. Kebetulan fizikal ku sudah 3 hari tak sihat, sejak keluar wad ni. Dapat batuk yang sakit sampai dada. Semalam Khamis pun mc.
Please explain to me. What do you mean by pattern? Apa maksud Tn. S Saya keluar berjalan-jalan? Saya betul-betul tak faham dengan persoalan tersebut. Macam itulah, selalunya tak puas hati terus tanya dalam keadaan nak cepat, tanpa membenarkan aku memberi penerangan. Lepas tu terus pergi, tinggallah aku termangu-mangu kesorangan sambil air mata deras mengalir di pipi. Ini sahaja ubatnya yg tercepat.
Setiap tindak-tandukku, sering dipertikai seperti tidak mempercayai. Anak yang memang betul-betul sakit & dimasukkan wad dipertikaikan. Di tuduhnya aku pergi berjalan-jalan @ buat something else, sbb tu ambik cuti hari Isnin. Entahlah, ye ke tidak, sebabnya memang tak faham apa maksud dia?? Memang betul anak saya sakit, saya nak buat macam mana?? Ada Tn. S tanyakan khabar anak saya @ saya? Ada Tn. S balas sms saya bertanya bagaimana keadaan anak saya? Sakit apa dia sehingga kena tahan di wad & buat sikit pembedahan? Ada Tn. S tanya? Tak ada..kalaupun segan nak ganggu time cuti, tp once sy dah masuk kerja, tak salahkan kalau nak tanyakan khabar? tak langgar peraturan rasanya bos ambil tahu hal kebajikan pekerja? Sejak dulu begitulah. Malah saya tak pernah merungut, persoal tentang Tn. S. Bila Tn. S saya lihat macam tak sihat, sy tak pernah nak ganggupun meskipun kalau ada surat2 @ cek yg perlu di sign, sy hold dulu, sebab mood org sakit ni tak menentu. Tapi dengan saya yg sedang sakit & tak sihat, Tn. S boleh buat macam tu. Sungguh tidak berperi kemanusiaan. Saya bukan minta untuk diberi perhatian sangat, tapi cukuplah sekadar memahami & berterima kasih serta menghargai. bukan sentiasa syak wasangka..
Sedikit perbandingan yang saya nak buat, di hari yang sama & waktu yang sama, Isnin pagi itu, Suami sms bos dia. “salam, saya mc hari ini anak di hospital”..ringkas sahaja.
Sms saya pd bos pulak. “Slm, Tn. S. Sy mc hari ini anak admit wad di bangi sejak Sabtu Tgh Hari. Wsm”. Agak detail smsku ini.
Tetapi seperti biasa, smsku hanya sepi tanpa sebarang balasan malahan utk bertanyakan khabar, jauh panggang dari api. Sebaliknya bos suami. Dia mendapat balasan dr bosnya. “anak sakit apa”. Lihat sedikit perbezaan ini.
Adakah disebabkan aku ini perempuan, lalu aku tak berhak dilayan seperti pekerja lelaki yang lain? Mereka boleh bergelak ketawa, sembang, makan sama-sama, tapi dengan aku tiba-tiba jer bertukar jadi macam singa. Serius jer. entahlah.
Adakah semua bos begitu? Mentang-mentang mereka bayar gaji kita, kita boleh ‘disepak ditendang seperti bola?’ sedarkah wahai orang di atas, tanpa orang bawahan ini, susah syarikat juga?
Apa salah saya? Saya rasa saya dah buat semua kerja dengan sempurna. Banyak pengorbanan yang saya lakukan utk syarikat.
Sepanjang hampir 2 tahun berkhidmat:
Tak pernah seleweng wang syarikat
Tiada masalah kewangan @ shortage. (mungkin hanya sekali shj dulu, mula2 kerja, duit di bank terkurang)
Dapat siapkan Audit report 2006 (dlm keadaan sarat anak ke 2) & 2007 on time
Dapat perbaharui semua lesen-lesen syarikat on time
Korbankan weekend untuk datang siapkan bid tender siap suami & anak2 temankan-tanpa bayaran.kita terimalah kita taraf executive. No OT, No socso. No Insurance. No Medical Benefit (hospitalization&Maternity benefit). (sedangkan esoknya tiba-tiba bos cakap cancel).
Pernah balik lewat untuk tender (no OT sebab aku adalah taraf eksekutif)
Pernah satu ketika aku mc sakit, datang juga pejabat sebab bos tak bawa kunci. Bayangkan aku angkut 2 org anak & dlm keadaan masih khayal ubat, aku bw kereta dari Kajang ke Subang Jaya tengah hari buta, Sedangkan kalau aku tertinggal kunci @ kad, aku cukup takut nak bagitau bos, sebabnya akan kena marah / disindir. Tp nak buat macam mana tahan jelah telinga. nak balik Kajang Jauh sangat, sedangkan rumah dia sekangkang kera jer as compared Kajang nun..
Siapkan menaip tender. Kadang-kadang draft dah kusiapkan awal, tp selalunya maklumat dr Tn. S yang lambat. Sebab itulah selalu jadi last minit. Bila dah lewat (nak closing date), masa tu bos naik angin, marah-marah kata aku lambat itu salah ini salah, sampaikan ada sekali sampai tendang meja.
Banyak bersabar sebab kerja sorang-sorang, tak pernah rasa bonus @ increment lagi.--- Alhamdulillah, I deserve to get this on Sept'08....boleh baca entry bulan Jun & Sept'08..
Tak pernah claim medical kalau sakit. (sebab guna medical card suami). Pejabat dah jimat dah. Tapi kali ini bersalin, aku nak mohon claim medical untuk setahun yang di ‘qualify’ untuk tampung kos bersalin nanti. Sebabnya tempat kerja suami hanya hadkan maksimum RM500 sahaja untuk bersalin.
--- Sorry, sorry, sorry..you are not entitled to get this..siap kata"itu salah awak, kenapa tak claim pejabat. kalau awak nak juga saya boleh bagi tapi itu consider Ehsan dari sayalah"..ok find, I got the answer..that's it..Bukan niat/cara sy sampai nak sembah merayu menagih simpati, i'm not like pengemis jalanan, tp memohon secara professional, nak bg @ tidak its up to you, but dont mention it as ehsan-wpun ada sikit masalah kewangan masa tu..Alhamdulillah Allah ease everything for me & family...kesimpulannya, no dasar kemanusiaan langsung dlm bekerja..semua kena ikut rule & regulation (yg hakikatnya manusia juga yg buat itu semua..sedangkan Allah pun dalam KUASANYA & AMARAHNYA, masih ada belas kpd makhluknya dikala makhluknya sujud merintih taubat..ini kan KITA MANUSIA yg kerdil)
Maafkanlah diri ini. ...boleh baca entry ini dlm bulan Jun'08
Dengarkanlah teman, dengarkanlah pesanan, Aku menulis bukan kerna Nama, kerna sifat kasih, pada sesama insan, yang menyatakan kasih sayangku, kita sama, semuanya sama, apa yang ada hanyalah kehidupan, Jangan kau dengar puisi dusta, Kerna ia merosakkan jiwamu, Jangan kau alas hatimu itu, Dengan secebis warna kehitaman, Biarkan seperti anai2, Lambat laun hancurlah dirimu,
Jangan kau dengar kata yang manis, kerna ia bisa meracunmu, .....bla, bla
dah tak ingat senikata lagu tue..tapi memang menusuk kalbu, nak sangat dapatkan lirik lagu tue..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:56 pm
8
tuan penasihat
Kategori: Bos, Kerja Dunia, Ummie Mengomel
Friday, November 23, 2007
BOS..
Sampai tika dan saat ini, bos belum masuk lagi..mungkin ke Terengganu kut…sebab hari ahad lepas anak perempuan dia Kahwin..aku pergi majlis beliau. Buat dekat Dewan Kompleks Belia & Sukan, Seksyen 7, Shah Alam..Menantu dia orang Terengganu keturunan Syed jugak..
Nama Bos : Tn S
Nama Anak : Sharifah Munirah
Nama Menantu : Syed Zainal
Kesimpulannya: Keturunan Syed & Sharifah tetap kekallah nanti….
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
1:00 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Bos
Thursday, November 22, 2007
a Good Bos not a Good Leader
But a Good Leader is a Good Bos
Sejak 2 menjak nie, hati nie membuak-buak ingin menghantar sms kpd my ex-bos. Tp selalunya niat tu terkubur begitu sahaja..bukan kerana takut tapi mungkin masih diberi kekuatan sabar & simpati…
Seperti biasa, sblm apa2 tindakan dibuat, suamilah tempat rujukan utk mohon restu serta ‘check & balance’…Bestnya suami tidak membanhtah malah merestui & katanya tiada salahnya..sebabnya kadang2 manusia nie perlu diingatkan…& satu lagi sifat azali manusia apabila sesuatu yg selalu di depan mata sering diabaikan tp once hilang dah tiada depan mata yg itu yg diingat…betul tak?
Akhirnya, sms tak kesampaian jgak lagi..entahlah kenapa dengan diri aku nie..so, blog nielah jadi wadah utk melepaskan apa yg terpendam selama ini….;
Even sebelum tulis nie pun, aku dah cuba call a few ex-workmate utk tahu keadaan semasa mereka di tempat kerja lama ku…tak jauh yg berbeza (seperti yg dijangkakan)…
“ Salam, Tn Hj. Semoga berbahagia & dilimpahi Barakah serta Redha Dia. Alhamdulillah, dengarnya kehidupan peribadi & syarikat semakin stabil & berjaya. Kalau tidak masakan mampu berpindah jua ke rumah Banglo itu. Sy tumpang gembira utk Hj + sedih untuk kawan2 saya…Hj, sudah genap setahun lebih sy tinggalkan syarikat, namun masih belum ada apa tindakan / perancangan secara terbuka usaha dr pihak pengurusan utk menjelaskan bayaran2 tertunggak yg mana itu adalah hak pekerja..Apa yg sy dengar makinbertambah hutang sampai tahap ribu-ribuan (utk gaji tertunggak shj) belum masuk bab epf lagi..kalau sy ditempat ‘lama’ sy sekarang apa yg akan sy lakukan ialah, syarikat sudah kembali stabil kewangan, sy akan desak cadangan bayaran balik secara bulanan(walaupun sikit2) utk atasi yg tertunggak..kalau nak tunggu syirikat betul2 kukuh, sampai bilapun ‘perkara ini’ takkan selesai..nah, buktinya, hingga kini bayaran kwsp sy masih belum mula utk dihitungkan..bukan setakat sy, tp termasuk juga pekerja2 yg lain yg jumlah lebih banyak dr saya..Justeru, dengan ini sy berani utk menuntut hak saya iaitu bayaran kwsp sebanyak RM……..memandangkan jumlahnya taklah terlalu banyak. Harap mendapat perhatian sewajarnya dr pihak Hj sendiri. Ingat, sy tidak akan teragak2 utk mengambil tindakan jika perkara ini masih didiamkan tanpa ada usaha mahu mengubah..wassalam..
Banyak sebab kenapa aku ‘hold’. Entahlah, mungkin sebab belum kuat..banyak beralah (as usual), + takut di cop pekerja yg tidak mengenang jasa lagi!! Kerana sebelum ini, memang ada kisahnya pasal tak kenang jasa & budi(aku diterima kerja di situ)!!!perit + pedih pd awalnya nak terima, tapi cepat2 +ve kan diri…Tenang..
Sekarang ada kekuatan sikit..apa yg nak aku cakap: Bila difikirkan, siapa yang tidak mengenang Budi??Kerja itukan Anugerah / Rezki dari Allah. Aku dapatkan kerja pun dengan usaha jugak..mungkinlah pada masa itu dimudahkan sebab ‘melalui’..Apapun, itu tetap rezki…kalau tak setuju, takperlulah terima aku bekerja.kan? ini selepas 3 tahun berkhidmat dengan cemerlanya, eheh..dikatakan tak kenang budi? Siapa yang tolong ambik awak bekerja dulu? Dan bla..bla..Lagipun, kalau nak disenaraikan budi Hj & akak dgn budi yg sy curahkan dulu sbg pekerja….hmmm…fikir-fikirlah…akaun syarikat, pengurusan pentadbiran, amanah, anak2, isteri2, rumah2, kereta, kawan2 Hj, Bil2, sekolah, kwsp, kastam, ogp, imigresen, & semua2lah yg berkaitan peribadi & syarikat…siapa yg urus & terlibat?? Tidak cukup berbudi lagikah??
Rasanya, Typical example; Orang yang rasa dah ada di atas yg selalunya tidak MENGENANG orang yang di bawah..(kecuali ada kepentingan). Namun inilah hakikat yang perlu di telan oleh semua yang senasib dgn ku..(Kak Z, Kak N, Hj A, EN S, Kak I, Kak M, En. R, En O dulu, kini & selamanya)…Bila fikir atas tetap kat atas, & yg bawah tetap dibawah..”Bos is always Right(betul ker tue?) eventhough he is always @ sometimes doing wrong”.
Wassalam….
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
5:38 pm
6
tuan penasihat
Kategori: Bos, Kerja Dunia, Me


