SURAT TAWARAN CETAKAN KOMPUTER
ST/KPLI
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
(UNIT PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PELAJAR)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 2-6, BLOK E 13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03- 8884 1000
Kawat: "PELAJARAN"
Fax: 03- 8884 1081, 88893507
MARLINA BINTI YAHAYUDIN Ruj. Kami : KP(BPG) 9115/8/IC(W02/A111M0000P/R8)
810213086464 Tarikh : 31 -Januari -2007
TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA AMBILAN JANUARI 2007
Saya diarah merujuk perkara di atas dan sukacita memaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti kursus praperkhidmatan di atas dalam :
Pengkhususan MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)
di INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIFF,BANDAR TUN RAZAK, 56000
KUALA LUMPUR, WP KUALA LUMPUR
mulai dari 5 Februari 2007 hingga ke suatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan.
2. Anda dikehendaki melaporkan diri di institut berkenaan pada 5 Februari 2007 Jam 8.30 Pagi.
3. Surat Tawaran ini hendaklah dibaca bersama Perjanjian Pendidikan Guru (PPG/KPLI-2005).
4. Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya jika:
(a)
anda gagal melaporkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh diterima oleh pihak yang berkenaan; atau
(b)
anda gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan termasuk x-ray dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda melaporkan diri; atau
(c)
anda disahkan oleh pegawai perubatan bahawa anda menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan anda tidak berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkurusus; atau
(d)
anda disahkan oleh pegawai perubatan atau ahli kimia bahawa anda telah menyalahgunakan dadah walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkursus; atau
(e)
anda didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan; atau
(f)
anda memberikan maklumat palsu atau gagal memberikan maklumat sebenar termasuk maklumat yang diperlukan dalam butiran 5 surat tawaran ini atau Borang Permohonan KPLI untuk mendapatkan tawaran kursus.
5. Sekiranya anda mengandung/belum melepasi tempoh 60 hari bersalin/mendapat kemalangan dan memerlukan tempoh rawatan yang panjang, anda tidak dibenarkan mendaftar. Rujuk Buku Panduan Tawaran untuk maklumat lanjut.
6. Anda tidak dibenarkan bertukar bidang pengajian (pengkhususan) dan pusat berkursus seperti yang ditawarkan.
7. Sekiranya anda menerima tawaran ini dengan semua syarat yang ditetapkan atau menolak tawaran ini, sila ambil tindakan sewajarnya seperti yang diarahkan dalam Buku Panduan Tawaran yang disertakan.
8. Walau apapun peruntukan/perbekalan dalam surat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan/atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan anda adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan berhak menarik balik tawaran ini tanpa memberikan sebarang sebab.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Bahagian Pendidikan Guru
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sila Cetak Untuk Rujukan
Alhamdulillah, selepas 3 tahun berturut-turut mencuba..Akhirnya, dapat jua. Namun, kegembiraan menerjah hanya utk seketika, Kesedihan + Kerisauan menerpa diri ini...Bagaimana mungkin diri ini ingin pastikan terus BERJAYA seandainya fizikal diri ini tidak mengizinkan???...
Abang & aku berusaha menelefon orang2 tertentu utk meminta pandangan & nasihat..Seandainya sahabat2 @ rakan2 blog punya pandangan, amat dialukan dlm keadaan diri ini amat memerlukan saat ini...(kalau ada kabel ke, tak malu diri ini ingin memohon bantuan) tak sanggup rasanya seandainya peluang kali ini terlepas begitu sahaja...
Wallahualam, Hanya Dia Yang Tahu......
Wednesday, January 31, 2007
Isi Kandungan SURAT TAWARAN....
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:39 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Kerja
Doa kami Dimakbulkan........KPLI BERJAYA
SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI atau KPLI j-QAF
MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
NOMBOR KAD PENGENALAN : 810213086464
NAMA : MARLINA BINTI YAHAYUDIN
KURSUS : A111M0000P-MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)
IPG : INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
: JALAN YAACOB LATIFF,BANDAR TUN RAZAK 56000
: KUALA LUMPUR , WP KUALA LUMPUR
TARIKH LAPOR DIRI DI IPG : 5-FEBRUARI-2007
MASA : 8.30 PAGI
* Makluman
Tawaran ini adalah secara automatik terbatal sekiranya calon-calon yang telah ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mode Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC) untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau yang sedang mengikuti mana-mana kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru.
Sila Muat turun dokumen berikut:-
Panduan Tawaran KPLI
Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 5.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 800x600 piksel.
© Hakcipta Terpelihara 2006, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pelajaran Malaysia
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:36 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Kerja Dunia
Friday, January 26, 2007
Kenangan Sewaktu Konvo Abang...
Sepatutnya Entry nie di buat Julai 2006 tahun lepas...
Abang konvo master pd julai lepas di UPM. Tahniah, Abang.
Semoga perjalanan Abang nak sambung PHD akan dipermudahkan.InsyaAllah...
Na? hmmm..entahlah bila nak sambung belajar..Kalau nak belajar pun InsyaAllah dibidang yg lain selain akaun..Bidang apa? Tungguuuuuuu...:)
p/s: ok, sikit gambar kenangan semasa di Majlis Konvo Abang . Yang masuk dalam dewan; mak, abah, na & hakim..yg lain termasuk anak ummie & adik perempuanku, Ani terpaksa menanti penuh sabar selama 4 jam di luar..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:35 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Beloved Hubby
Sketsa Dramatis Dari SI CILIK.....
Dengan ini, di persembahkan satu sketsa yg akan dilakonkan oleh si cilik yg comel lagi kecik...iaitu NAWWARATUL MAR'IYAH BINTI NORSHAMSURI...
Dipersilakan..........(kelapak, kelepuk, kelepak, kelepuk-bunyi tepukan gemuruh dr para penonton)
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:08 am
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku
Family Day MMS Berhad....
Masaku amat terhad utk blog ku sendiri...entahlah..setiap hari, hati meronta2 utk mencoratkan segala kisah sepanjang hari yg berlaku...Namun, aku akur; tak semua kenangan @ cerita boleh dicurahkan di blog ini...Namun apa yg pasti menjadi ingatan setiap masa....
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
9:46 am
0
tuan penasihat
Kategori: vacation








