Yang ke 4 Tahun pada 3 Oktober 2009 yang lepas...
akhirnya niat ummi nak beli kek home made dari anismagicfingers tercapai jua..

Wednesday, October 21, 2009
Selamat Hari Lahir Sayang...
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
4:12 pm
0
tuan penasihat
Sunday, March 09, 2008
Hepi Birthday Abang....
Hehehe...dah tua Abang tahun nie..lagi sikit lagi nak cecah angka 3..
Walauapapun, you are still my love forever...
Tema kali nie, apa ek...Apa nak bg kat suami nie yer..hmm, dlm kelam kelibut demam Pilihanraya..pikir punya pikir..last sekali tema KEJUTAN DEMI KEJUTAN...!
1) 2 minggu sebelum tarikh ini, ku tempah,belikan & hadiahkan Abang T-Shirt yg ada sulam Gambar Tok Guru...beli pd Jai & serahkan pd suami masa lepas mesyuarat...siap minta balut dgn surat khabar & masuk dlm plastik..heh..mengikut arahan..balik meeting Abang kata, "Na ada something for U"..mlm tu jugak minta Abang buka..
2) Pagi Mac 8, 2008: Hadiahkan Abang Kemeja Lengan Panjang: dah lama beli actually kat Parkson,KLCC tapi tak sempat nak balut2..wrapper dah beli..so, disebabkan pg tu Abang kena pakai pakaian pejabat utk masuk jaga bilik Mengundi / Barong..Ku bisikkan pd Abang, ini hadiah paling istimewa minta Abang pakai...Alhamdulillah, Abang sangat gembira (wpun tak well wrapper)..
3) Hadiah kejutan ketiga ini...tak lain tak bukan, KEMENANGAN PRU 2008!!!! Berbaloi rasa segalanya..Abang keluar rumah dr jam 7.30 pagi, Mac 8 dan tak balik2 ke rumah hinggalah esok paginya jam 4.45 pagi Mac 9, 2008...mlm tadi lebih kurang Jam 11.30 mlm, ku telefon Abang tanyakan di mana kerna mata nie dah tak mampu lagi nak tunggu KEPUTUSAN + bila Abang nak pulang, namun ku tahu jawapanmu..."Na tidur dulu ya, Abang nak tunggu HADIAH abang yg lagi satu nie"..nadanya seperti gembira.."ok, Na tidur dulu dengan anak2 yer, tak larat sangat dah nie- Abang, SELAMAT HARI LAHIR"...pastu terus 'black out'...
4) Hadiah keempat nie, satu lagi hadiah T-shirt warna Oren minta Abang pakai tengah hari Mac 9 tadi.. dan belanja makan KFC kat Sg Chua..So, kami makan tengah hari di KFC..almaklum, nak masak badan dah penat..lepas Abang balik pagi td, tido jap pastu Subuh tido balik, sedar2 jam 9 pagi dah..anak beranak sama bangun nyer..eheh..pastu terus keluar idea nak belanja 'birthday man' makan kat luar..
itulah, kisah HADIAH KEJUTAN DEMI KEJUTAN buat insan tersayang.....
Ucapan Istimewa buat Suami:
Selamat Hari Lahir, Sayang!
Semoga Umur yg pergi dalam Redha Tuhan (Allah),
& Umur yg mendatang membawa 1000 keberkatan,
Bersyukurku ke hadrat Allah kerna dipertemukan jodoh dengan INSAN,
Yang tak lain tak bukan,
amat hebat berpersatuan,
hebat jua di dapur bermain mangkuk & pinggan,
ringan tulang membuat sajian,
hingga tak sabar menanti jamuan,
pakar juga dodoikan, mandikan, tidurkan, memberi makan,
anak2 yang sedang kelaparan,
kuat bekerja cari nafkah tak perlu dipertikaikan,
boleh kata serba serbi dialah HERO pilihan,
di hati isterimu ini, orang lain jangan..eheh.
Doaku agar Jodoh kita berkekalan,
tergigit lidah sekali sekala harap maafkan,
Sesungguhnya engkaulah Suami Idaman,
Pemimpin, Pembentuk Usrah Hasanah tempatku gantung harapan,
Semoga dikau sentiasa dalam Pemeliharaan.....
Ameen Ya Rabbal 'Alameen..
SELAMAT HARI LAHIR YG KE DUA PULUH SEMBILAN!.......
Sembilan Mac Dua Ribu Lapan...
-Isterimu-
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
5:15 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Beloved Hubby, Birthday, Family, politik, PRU, Ummie Mengomel
Wednesday, February 13, 2008
Selamat Hari LAhir, Sayang..
Selamat Hari Lahir kpd diri sendiri..ihiks
actually ada entry untuk ini..(nak cerita apa yang teman dapat)..tapi biarlah dulu..tak sempat nak menulis..keep in my mind the sweet memory..
yang paling bermakna tarikh lahirku = tarikh pembubaran Parlimen. Yang mana sebelum ini dikatakan pihak pembangkang mengada-adakan cerita, tak sohih, "pandailah you all", "belum lagi, banyak lagi mesyuarat2 kabinet yg perlu diadakan", "ada lagi", "hahaha, korang ni siapa yg nak tentukan tarikh bubar, setakat duduk di warung kopi" & pelbagai lagi...Tup,tup..baru jer nafi pd malam hari, siang harinya apa yg di jangka berlaku....ihiks..kelakar plak rasanya kan?
Apapun, Parlimen pun dah bubar...Mohla lepas nie PERANAN kita wahai RAKYAT MALAYSIA..TURUN MENGUNDI..PILIHLAH barisan YANG BETUL & mendokong agama Islam agar kita semua sentiasa dalam REDHA ALLAH...
Bila diri ini bersedih @ tak kuat dek tohmahan orang atau punya krisis hubungan dengan manusia (hablum minnannas); kata2 ini penguat semula keimanan diri;
Assalamualaikum Kak Alin,
Selamat hari Lahir. !
Mudah-mudahan hari-hari akak sekeluarga dilimpahi keberkatan dan ketenangan.
Juga semoga hidup akak sekeluarga terus-menerus disimbahi cahaya kebahagian dan keceriaan.
Didoakan juga supaya menjadi suri, ummi, anak, isteri, kakak, khalifah dan mujahidah solehah
yang istiqomah dlm memperjuangkan ugama Allah.
Senyum2 sokmo !
( cantik jugak ye, hari lahir akak tahun 2008 ni sama dgn tarikh bubar parlimen )
***********
Tiba-tiba teringat lagu Saujana.
So saya dedicate istimewa lagu & doa dlm lagu ni utk akak.
.. S E L A M A T H A R I L A H I R ..
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia
Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
************
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
9:46 am
6
tuan penasihat
Kategori: Birthday, Me, PRU, Santapan Rohani, Ummie Mengomel
Saturday, February 02, 2008
Skit Gambar Di HariMu Sayang...
Hari ini 2.2.2008: Banyak event sebenarnya untuk dihadiri yg dijemput:
1) Kenduri Arwah Ayah Syikin (officemate suami) selepas Zohor di Sepang
2) Majlis Sambut Masuk Rumah Baru Kak Aida (Limau Nipis) di Seri Gombak 11 - 3 ptg
3) Kerja-Kerja PRU 12
4) Hari Lahir Naufal
Akhirnya, Kami terpaksa korbankan beberapa event tersebut kerana tidak dapat nak penuhi kesemuanya dalam satu2 masa..Justeru,
1) Mohon maaf pd Sis Aida sekeluarga tak dapat nak ke rumah akak..Semoga meriah hendaknya & InsyaAllah, kita berjumpa di lain masa yer..
2) Juga maaf buat Syikin...La Tahzan..Allah amat menyayangi ayahmu..Semoga Rohnya dicucuri rahmat Allah di 'sana'
Ummiepun tak berapa sihat badan..So, sekadar mampu dok di rumah sambil buat kerja2 PR sikit & dapat buat Majlis kecil buat Naufal...kami sambut 4 beranak sahaja bersama Hawa mak sedara anak2 ku..sikit gambar yg ada..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
10:36 pm
4
tuan penasihat
Kategori: Birthday
Selamat Hari LAhir, Sayang Ummie..
Allah Selamatkan Naufal
Allah Selamatkan Naufal
Allah Selamatkan Naufal & Kaklong
Allah Selamatkan Kami...
Nota: Sila baca senikata di atas dengan irama & lagu yg betul...
Alhamdulillah, genap usiamu 1 Tahun Naufal pada hari ini bersamaan 2 Februari 2008 Masihi @
14 Muharram 1429 Hijrah yg lalu..
Sorotan kisah semula Saat kau mahu dilahirkan & ingin keluar melihat Dunia..
Enty Ummie pada 26 Mac 2007
Saat-Saat dinanti, Dirisaui, Akhirnya....
Alhamdulillah...
Selama 9 bulan membawa perut yg semakin hari semakin membesar,
semakin hari semakin nakal keletahnya,
semakin hari semakin lemah ummie,
Namun tetap tabah & kuat demi untuk melahirkan sorang lagi umatMu..
Ummie&Abah doakan;
Semoga kau kan jadi insan berguna pada Agama
Semoga kau kan jadi Anak yg Soleh
Semoga kau kan jadi Anak yg Taat & menyayangi ummi& Abah & sesama manusia
Semoga kau kan tidak kekok menggalas tugas Dakwah
semoga kau kan sentiasa dalam peliharaan, keberkatan, kerahmatan Tuhan Allah Maha penciptamu
Ameen..
Alhamdulillah,
Selepas menghadapi pelbagai perkara pada 2.2.2007 bersamaan 14 Muharram (Jumaat);
1) Jam 5 pagi, ke bilik air(terasa nak buang air kecil): ada tanda darah
2) Jam 7.30 pagi bersama abg(kebetulan mmg abg ambil cuti utk selesai hal KPLI),kami ke Institut Perguruan, Cheras utk hantar borang Terima tp dibatalkan sebab mengandung
3) Selesai jer, tak puas hati terus ke Bahagian Pendidikan Putrajaya, NAMUN masih jawapan yg sama, TERPAKSA TOLAK.....(tak mengapalah, bukan rezkiku...InsyaAllah tahun ini akan aku cuba lagi)...
4) Jam 12 tgh hari, saja ke Hospital Az Zahrah utk check up...Akhirnya, aku di tahan..
5) Jam 2 masuk labor room, jam 3 doktor tanya sama ada nak balik @ paksa bersalin-pecah air ketuban(sebab aku tak sakit)
6) Syukur petunjuk Dia datang, anakku bergerak (contraction)--> terus Dr. pecahkan air ketuban,..Subhanallah, sekali lagi syukur, warna air telah berwarna Hijau ---> Anakku telahpun mengeluarkan najisnya...
7) Selama 4 jam ummie bertarung (SAKITnya, hanya Allah & wanita yg berpengalaman bersalin shj yg tahu...)
8) AKHIRNYA sempat 10 minit sebelum Azan Maghrib yakni hari Jumaat Hari Mulia, anakku yg ke 2 selamat dilahirkan dengan berat 3.35 kg jam 7.25 petang di Hospital Az-Zahrah, Bangi & disambut oleh Dr. Khamsiah Binti Muda yg amat baik & prihatin orangnya..Beliau juga memberi peluang kpd suamiku utk menggunting sendiri tali pusat anak kami serta merakamkan beberapa keping foto semasa proses kelahiran anak kami..TERIMA KASIH Dr. Khamsiah. aku & suami amat berpuas hati sepanjang masa mengandung & bersalin...
Bayi Mujahid ini kami namakan MAR'IE NAUFAL BIN NORSHAMSURI..
SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG!
Semoga menjadi anak yang soleh...Ameen. ..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:01 am
2
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Birthday, Perkembangan Anak, Pregnancy/Delivery/Postnatal
Wednesday, October 03, 2007
Selamat Hari LAhir, Sayang...
Sebagai menghormati tahun Masihi Nawwaratul di lahirkan pada hari ini
2 tahun lepas..
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!
Kaklong dah semakin bijak, cerdik, aktif, lasak, kuat menangis for attention (almaklum ada adik nie..)
Apapun Kaklong also a good sister..pandai jaga adik, pandai juga buli adik sometimes, selalu toleransi dgn adik but sometime tak jugak..susu dah boleh kongsi..
Sama saiz dengan Naufal..
Buatlah & mainlah macam mana pun dua beradik nie tak apa..jarang nak nangis..tengoklah aksi kaklong duduk atas adik.tengok adik siap senyum lagi:).
kalau adik tidur kaklong kacau, kalau kaklong tidur plak adik kacau..bahagia bila dua-dua fall asleep together-gether...hehehe..
Doa Ummie & Abah tetap agar kalian jadi Anak Yang Taat kpd perintah Allah & kpd ibu bapa sentiasa...Ameen
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:00 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Birthday, Perkembangan Anak
Tuesday, September 11, 2007
29 Syaaban 1428H....
Ramadhan Bakal Menjelang Lagi
Kenangan Itu turut Menjelma
Nawwaratul Mar'iyah Nama Diberi
Esok Lusa Umat Islam Berpuasa
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2
NAWWARATUL MAR'IYAH
ANAK UMMIE & ABAH
2 TAHUN DAH ANAK UMMIE
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!!
Petikan dari Entry setahun yang lalu.....
Kau dijangka akan menemui ummi&abahmu,
Pabila genap 9 bulan bersamaan 15 Ramadhan 1426H,
NAMUN tanggal 29 Syaaban itu,
seawal jam 4 pagi,
Ummi telah dapat merasakan sesuatu yang indah & penuh barakah,
bakal ummi&abah lalui pada hari itu,
Ummi menahan kegembiraan dalam kesakitan,
pada setiap gerakan yg kerap darimu sayang,
Tak sabar rasa dihati sambil dipalit sekelumit ketakutan,
Sesudah Subuh,
Ummi & Abah memanjatkan doa pada Rabbul A'lamin,
Seandainya hari ini adalah SAATnya,
PERMUDAHKANLAH......
Rutin biasa,
Ummi & Abah bersiap kemas mencari rezki,
Namun, ummi sudah merasakan,
HARI INI ADALAH HARINYA,
Jam 9 ummi terlantar di katil,
Hanya berteman zikir kepadaNya,
& Abah disisi,
Sungguh ummi takkan melupai SAAT itu,
Bagaikan Nyawa di Hujung Tanduk,
Detik 12.52 petang,
Alhamdulillah, hampir setengah jam,
Ummi bertarung,
Kasihan dirimu sayang,
Akhirnya doa ummi&abah dimakbulkan Dia,
Lahirnya Insan Solehah,
Penyeri Ummah,
NAWWARATUL MAR'IYAH Binti NORSHAMSURI
~cahaya yang terpelihara~
29 Syaaban 1426H = 3 Oktober 2005 Masihi = Hari Isnin
29 Syaaban 1427H = Hari Jumaat
29 Syaaban 1428H = Hari Selasa
~hasil nukilan ummi mu~
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak
Serta Selamat Berpuasa 30 Hari
Kepada Keluarga Tersayang
Bonda & Ayahanda Tercinta, Mak & Abah Mertua Tersayang
Adik-Beradik serta Ipar
Sahabat Sahabiah, Rakan Taulan Blog
Seluruh Warga Muslimin & Muslimat
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:36 pm
2
tuan penasihat
Wednesday, September 27, 2006
Tuesday, September 26, 2006
SELAMAT HARI LAHIR ~ 1 TAHUN ~
29 Syaaban 1427H - bersamaan Hari Jumaat yg lepas...
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!!
Kau dijangka akan menemui ummi&abahmu,
Pabila genap 9 bulan bersamaan 15 Ramadhan,
NAMUN tanggal 29 Syaaban itu,
seawal jam 4 pagi,
Ummi telah dapat merasakan sesuatu yang indah & penuh barakah,
bakal ummi&abah lalui pada hari itu,
Ummi menahan kegembiraan dalam kesakitan,
pada setiap gerakan yg kerap darimu sayang,
Tak sabar rasa dihati sambil dipalit sekelumit ketakutan,
Sesudah Subuh,
Ummi & Abah memanjatkan doa pada Rabbul A'lamin,
Seandainya hari ini adalah SAATnya,
PERMUDAHKANLAH......
Rutin biasa,
Ummi & Abah bersiapkemas mencari rezki,
Namun, ummi sudah merasakan,
HARI INI ADALAH HARINYA,
Jam 9 ummi terlantar di katil,
Hanya berteman zikir kepadaNya,
& Abah disisi,
Sungguh ummi takkan melupai SAAT itu,
Bagaikan Nyawa di Hujung Tanduk,
Detik 12.52 petang,
Alhamdulillah, hampir setengah jam,
Ummi bertarung,
Kasihan dirimu sayang,
Akhirnya doa ummi&abah dimakbulkan Dia,
Lahirnya Insan Solehah,
Penyeri Ummah,
NAWWARATUL MAR'IYAH~cahaya yang terpelihara~
~hasil nukilan ummi mu~

Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
9:26 am
0
tuan penasihat
Kategori: Birthday










