Tuesday, May 16, 2006

Kau Teristimewa


Alhamdulillah, pagi ini ada berita dari fotopages "Istimewa" itu..sedih & pilu hati ini membaca hingga ummi nak menitik air mata...

A'kum,

Seperti mana yang sahabat semua sedia maklum, anak kami Alesha Abriza telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 6.24 pagi, 13hb Mei 2006 selepas sembahyang subuh. Genap 150 hari usianya di muka bumi Allah ini!. Alesha pergi ketika berada di dalam pelukan kami, tanpa kehadiran orang asing, hanya saya, Zaimah dan Alesha. Sebelum Alesha menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau sempat menyempurnakan hajat ibunya untuk melihat dia tersenyum. Detik tersebut adalah detik yang tidak akan kami semua lupakan sehingga ke akhir hayat. Alesha telah memandang ibunya dengan penuh kesyukuran, tersenyum dengan senyuman yang paling indah, menitiskan setitis air matanya yang terakhir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Semenjak dilahirkan, Alesha tidak pernah dimandikan oleh ibu. Pada hari itu, telah tercapai hajat ibunya dengan memandikan arwah sendiri. Dan saya sendiri menyempurnakan penguburannya di dalam liang lahad. Sesungguhnya, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat semua, para doktor, jururawat di Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban. Sahabat handai dan rakan taulan yang datang berziarah, ucapan takziah melalui panggilan telefon dan SMS, mengirim doa dan hadiah, serta ada yang memberikan sumbang wang. Segala budi dan jasa anda semua akan kami kenang selamanya.
Shamsul Shamdin
I can't imagine if I put myself into their shoes. Is it I'm still strong like Pn. Zaimah?SUBHANALLAH.. What ever it is, the all Mighty of Allah..LOve our family forever..
YOU ARE TOO SPECIAL
Ku, Tatap Gambar Wajah-mu
Sinar Mata itu
Lirik Senyuman-mu
Pesona Yang Membelai

Wajah-mu Bercahaya
Memberi Bahagia
Tiap Yang Memandang
Hati Jadi Salju

KAU TERLALU ISTIMEWA
Kasih & Sayang-mu Terpancar
Seikhlas Tiada Batasan
Terus Membara
Terkilan Rasa Jiwa
Inginku Lihat-mu Dewasa
Apa Daya TUHAN LEBIH MENYAYANGI-MU….

Ku, Pasti kau Berbahagia
Duduk Disampingnya
Mendengar Cerita
Segala Rahsia…

Tak Tertanggung Rindu
Mendengar Suara-mu
Tawa Mengusik Jiwa
I really love my family: abang, anak ummi Nawwaratul Mar'iyah, emak abah, emak abah Mertuaku, adik adikku-ijam, eni, edan, ejo, etin- adik beradik ipar-abg jan, din, huda, awa, hakim- Makcik Nab, Makcik, atok & sedara mara di kedua belah keluarga...
Bersyukur aku dikurniakan keluarga yang 'besar'

Monday, May 15, 2006

"Alesha Abriza Bt Shamsul, Akhirnya kau pergi Jua"

AL FATIHAH!

Bismillahhirrohmanirrohim....

Tanggal 13 May 2006-6.41 pagi, Alesha pergi buat selamanya..sedih & perit sungguh rasa hati ini utk menanggung perkhabaran ini..

Masuk ofis cepat buka internet , nak tahu perkhabaran Alesha.Namun Dia lebih mengetahui. Baby comel itu akhirnya meninggalkan kita semua..

semoga dicucuri rahmat Allah. walaupun hakikatnya, ALesha adalah bidadari syurga seperti yg dijanjikan Allah. Maka Beruntunglah mama&papa Alesha kerana anakmu itu pasti penyambut kamu di sana kelak..

http://www.youtube.com/watch?v=o67uU366nPY


wajahmu kan terpahat& menjadi kenangan dalam hati ini sehingga akhir hayat ummi....



Bersemadilah dikau disana dengan aman.........

Monday, May 08, 2006

*DEDIKASI KHAS BUAT IBU TERCINTA*





Selamat Hari Ibu, EMAK!


SALMIAH BINTI CHIN


Emak;

~Terima kasih sebab bagi kak peluang hidup di dunia ini.
~Sesungguhnya mak adalah ibu yang paling kak sayang dan kak banggakan
~Terima kasih atas segala restu mak pada kak selama kak membesar
sehinggalah mak merestui perkahwinan kak..

~Dulu, mak sentiasa restu kak belajar sehinggakan kak boleh capai 4A utk
UPSR, 8A utk PMR dan Gred 1 utk SPM….Terima Kasih mak..
~Masa di Uniten, walaupun kak dah semakin dewasa tapi mak masih merestui kak.
Alhamdulillah, berkat restu mak kak berjaya menghabiskan pelajaran peringkat
ijazah.Mak sendiri menyaksikan hari konvokesyen kak kan?

~Mak kak cukup rasa terkilan sebenarnya, sebab tak duduk lama bersama mak sejak
zaman belajar hinggalah kini..Namun doa kak tetap pada mak tak pernah tinggal.
Kak tahu mak juga begitu sentiasa merestui setiap apa yang kak lakukan.
~Mak, percayalah! Kak tak pernah buat perkara yang melanggar hukum Allah.
Cita-cita kak Cuma satu sentiasa jadi anak yang Solehah pada mak & abah.
~Alhamdulillah. Kak cukup gembira bila dengar mak dapat pergi kelas mengaji dan
belajar kitab. Kalau mak masih sihat teruskanlah mak. Hanya itulah bekalan mak
di sana kelak selain doa anak-anak mu.
~Mak bersabarlah atas segala ujian yang mendatang dalam hidup mak yer.
InsyaAllah, ada hikmahnya. Kak percaya keluarga kita semakin menempuh hari baik, mak.
~Maafkan segala salah & silap kak yer mak.

~Dan barulah kak faham segala derita, susah senang, suka, gembira, payah jerih, sedih, kepuasan mak membesarkan kami anak-anak mak (MARLINA, MOHD NIZAM, NORAINI, HAMDAN, ZULKIFLEE, & M. SHARIFUDDIN). Terima kasih sekali lagi mak. Emak, kaulah ratu hati kak. Ibu yang paling kak sayang. Mak, kak masih mengharapkan restu mak sehingga akhir hayat kak yer mak. Restuilah anakmu ini.


“Ya Allah, Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa ibu bapa ku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecilku” Ameen, Ya Rababl A’lameen


SELAMAT HARI IBU, mak


Salam kasih sayang & rindu

Dari Anak Mak Marlina Binti Yahayudin

Ummi Nawwaratul Mar’iyah Binti Norshamsuri


Mak, sampaikan salam kak pada abah yer. Cakap kat abah tunggu Hari Abah pulak yer..

Wednesday, May 03, 2006

Kasih Yang Terpisah.....

NIK SANTANA ...a'zim nama mu itu..
itulah nama adik angkatku
sangat manja orangnya (sebenarnya)
tapi cukup tabah..

Hampir terlupa aku
bagaimana kisah dirinya
yang aku ingat hanyalah...
dipertemukan & bertaut hati..
selepas hampir selesai Tamrin Di Pahang..

Aku amat memahami kisah peribadinya..
masih meneruskan hubungan melalui telefon
selalunya sms...
tetapi sejak 2 menjak (hampir 2 tahun)
lost contact....

Tup2, gembiranya hati ini
tanggal 4 Mei 2006...HARI INI..
kami dipertemukan semula..
A'zim

p/s: Buat Nik, akk sertakan maklumat diri akk utk tatapan diri mu dik..
Selamat Maju Jaya..
Jaga diri Bebaik
Jaga tingkah Laku di negara orang
walau di mana bumi Di pijak, Di situ ISLAM pasti ditegak(dlm dirimu pasti)
Pahang--->Kusza--->Tamrin---->Mesir--->kita dipertemukan semula...winks..


ISMI MARLINA BINTI YAHAYUDIN
ZAUJUHU ILA NORSHAMSURI BIN ALI
UMMI ILA NAWWARATUL MAR'IYAH

NO. 12, JALAN SEPAKAT INDAH 8
TAMAN SEPAKAT INDAH
SUNGAI CHUA
43000 KAJANG, SELANGOR
019-3879496
alin_ppiuniten@yahoo.com

Tarikh lahir akak: 13 Februari 1981
Tarikh Lahir Suami: 9 Mac 1979
Tarikh Lahir Anak : 3 Oktober 2005
Tarikh Akad Nikah Akak : 16 November 2004..he..he..lengkap sungguh;)

Pekerjaan akak : ACCOUNT EXECUTIVE
Syarikat : MOGC ENGINEERS SDN BHD
Tempat: Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

ok..ada apa2 lagi nak tahu...........??







Alesha Dah nak Keluar.....


Comelnya,......Lesha tidor..sama comel dgn Bunny tu;)hmm..sedihnya, Lesha dah nak nak balik Seremban esok- 4 Mei 2006-

Pindah wad biasa, so, kalau ummi nak nengok Alesha, kena pi hospital seremban..

Tak mengapalah, ummi sekeluarga tetap bersyukur atas perubahan mu yg baik...Didoakan semoga terus positif...Alangkah gembiranya mama & papa mu nak..ummi dapat rasakan..

Be a good girl + be a Solehah one, honey..



ini alamat mamamu..
sebagai simpanan, manalah tahu satu hari
ada rezki turun seremban
boleh ummi melawat dirimu nak..
paling minimum
boleh gak kut2 nak apply apa2 di kerajan nogori...winks..;)


Zaimah binti Noh
Penolong Pengarah,
Seksyen Multimedia dan Komunikasi,
Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM),
Tingkat 3, Blok B,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Wisma Negeri, Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7659727 (012-2204074)

PeNcAPAiaN bULAn ke -7

Hepi Birthday to you
Hepi B'day to you
hepi b'day, Hepi B'day
Hepi B'day To you
-----> Nawwaratul yg ke - 7 bln ;)

Ummi nak Kenal Sifat Anak Ummi;

1) Mencari barangnya yang jatuh
2) Bermain baa-baa-chak
3) Berpusing ke arah suara
4) Memindahkan objek dari satu tangan ke tangan lain
5) Pandai Mengesot ketika meniarap
----> dah laju dah, kdg tak sempat ummi nak kontrol;)

Tak sabar nak tunggu 8 bulan plak..winks..