BAHAGIAN 1
“Semasa anda tidak menutup Aurat, Anda dipandang dengan penuh nafsu.
Selepas anda menutup Aurat, anda dipandang dengan penuh kehormatan.
Itulah Penghijrahan.”
(Gambar: Bersama anak sulung sekitar 2009)
Bismillaahirrohmaanirrohiim..
“Bagaimana mahu kumulakan tulisan perkongsian ini
ya? Ya Allah, payahnya bila mahu berbuat baik kerna makhluk Allah yang satu itu
mana suka kita nak buat perkara baik. Argh, biarkan dia sesungguhnya Aku
berlindung daripada Syaitan yang direjam! Aku mesti bulatkan tekad untuk
berkongsi dengan seramai yang boleh akan perkara baik ini. Itu azamku.” Aku
bermonolog sendiri lagi.
Selalunya begitulah yang terjadi bila datang ‘mood’
mahu menulis. Allahu Allah, di dalam kepala ini banyak sungguh mahu bercerita
kisah pengalaman sendiri tentang Tudung atau Hijab ini. Akhirnya, tinggal dalam
minda sahaja dek tangan belum mampu menulis. (^_^)
Maka kubulatkan azam demi Sunnah Ya Rasulullah iaitu:-
a) Mengekalkan
Akhlak Yang Baik
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
(Riwayat at-Tarmizi)
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
(Riwayat at-Tarmizi)
Hadith
:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Sumber dirujuk: Himpunan Hadis Rasulullah Blog
Alhamdulillah wa Astaghfirullah,
Akhirnya, hari ini saya mampu memulakan dengan izin
Allah dan dengan keazaman yang tak putus mahu berkongsi cerita tentang KISAH
AKU DAN TUDUNG LABUH.
Eloklah saya mulakan dengan pemahaman dari kalam Allah
yang mana tanpanya juga, berkemungkinan saya akan hilang arah dan tidak tahu
APAKAH TUJUAN SEBENAR KITA berHIJAB atau berTUDUNG
1)
Allah ada
berfirman di dalam Surah Al-A’raaf ayat 27;
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu
diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapa kamu
dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk
memperlihatkan kepada mereka: `Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi
orang-orang yang tidak beriman.”
Ulasan
saya: Dari terjemahan ayat di atas, maka fahamlah saya bahawa Allah telah
pun memberi peringatan kepada kita semua supaya menjauhi dan tidak menurut
segala tipu daya Syaitan. Dan rupanya Syaitan ini telah memulakan ‘misinya’
untuk menyesatkan anak-anak Adam dipermulaan penciptaan Manusia oleh Allah
lagi. Dan lagi mengGERUNkan saya ialah orang yang tidak beriman ini, teman rapatnya
ialah Makhluk Allah yang diperbuat dari api itu. Na’uzubillaahu min zaalik.
2) Allah ada berfirman lagi di dalam Surah An-Nur ayat
30;
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada
orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam
PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”
Ulasan
saya: Jelas dari ayat ini, menjaga Aurat ini juga menjadi tuntutan kepada
kaum Adam (Lelaki). Bukan sahaja hanya penekanan kepada Kaum Hawa (Wanita)
sahaja. Namun, dalam masyarakat umum kita sudah terbiasa lebih memfokuskan
Aurat Wanita sahaja, sedangkan Lelaki juga turut sama memberi sumbangan dalam
menjaga maruah diri dan maruah saudara perempuannya.
3) Seterusnya, Allah juga ada berfirman lagi di dalam
Surah An-Nur ayat 31;
“Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya.”
Ulasan saya: Masha Allah, inilah bahagian yang SANGAT KRITIKAL buat saya sebenarnya.
Seringkali saya terlupa dan terkeliru apabila berhadapan disituasi betul-betul
dihadapan orang-orang yang saya kenali. Allahu Allah. Masalah kita selalunya
ialah apabila kita tidak bersalam atau berlari untuk pakai tudung apabila
saudara mara kita datang; seringkali
pandangan mata masyarakat umum akan kata anak muda sekarang tidak sopan, tidak
ada adab, kurang ajar kerana memalukan atau menjatuhkan air muka orang yang
lebih makan garam!
Allahu
Allah, ketahuilah bahawasanya anak muda golongan SYABAB kini adalah generasi Y
yang sudah mahu ambil tahu, mahu belajar dan mahu terus tanpa buang masa praktikkan
ilmu dari Allah yang dia sudah tahu. Ini kerana kita tidak mahu tergolong dalam
golongan yang pernah disebut oleh Nabi kita Nabi Muhammad (SAW) iaitu; (Seperti dalam perbincangan saya dengan kawan
saya dari India baru-baru ini)
Rasulullah (SAW) said, “This is the season
where knowledge will be snatched away from people, until they would not possess
any of it”; meaning, the people would turn away
from the Qur’an, its teachings and the Sacred Knowledge. They would not show
any eagerness to attain it, nor would they understand it. Ziyad bin Labid
al-Ansari said with all zeal, “O Messenger of Allah, how can it be snatched
away from us? We have read the Qur’an! By Allah, we will continue to read it!
We will make our wives and children read it!”
Rasulullah (SAW) then replied, ‘The Jews and the Christians have the Torah and the Gospel. How has it benefited them?”
Rasulullah (SAW) then replied, ‘The Jews and the Christians have the Torah and the Gospel. How has it benefited them?”
(Sahih – narrated by al-Tirmidhi and
al-Hakim)
Meaning, it is not the presence
of the Qur’an that matters. What matters is its recitation, the knowledge of
its meanings, and then acting on its rulings.
Wanita dibenarkan
tidak menutup di bahagian tertentu pada auratnya apabila berdepan dengan MAHRAM. Dan wajib mengenakan penutupan
aurat dengan sempurna kepada selain / BUKAN
MAHRAM. Setelah pembacaan dibuat dan yang saya betul-betul faham ialah setelah
kita kenalpasti Mahram kita, wanita dibolehkan bersalaman, berkenderaan, dan
bermusafir bersama mahramnya.
JUSTERU, antara
persoalan yang perlu ada dalam minda wanita yakni kitalah ialah: Apa makna
Mahram dari sudut Bahasa dan Istilah? Siapakah Mahram bagi kita? Apakah batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram? Sukalah
saya untuk mengajak semua Rakan dan Sahabat Wanita Bidadari Syurga Allah yang
saya kasihi sekalian untuk sama-sama membaca, memahami , menghafal dan
mempraktikkan dalam pergaulan kehidupan seharian mulai saat anda terdetik MAHU
BUAT PERUBAHAN!
Sebagai bantuan rujuk:-
a) SUMBER
BACAAN dari http://fiqh-sunnah.blogspot.it/2008/12/140-siapakah-mahram-bagi-wanita.html.
Rujuklah tulisan dari blog tersebut
kerana saya dapat ilmu tentang MAHRAM dan AURAT di situ. Penulis menerangkan
dengan cukup lengkap merangkumi huraian dari Ayat Al Quran, diterjemahkan dan
diriwayatkan oleh sabahat di zaman Nabi dan sangat mudah difahami.
b) SUMBER VIDEO dari Penerangan Mahram & Hubungan Kekeluargaan
Video menerangkan Mahram Hubungan
Tali Kekeluargaan.
Wal
Hasil, saya sudah faham betul siapa Mahram saya dan dengan siapa saya tidak
boleh bersalam. Dengan ini, harapan agar apabila ilmu disebar, dengan
sendirinya segala ‘fitnah’ dapat di atasi dan saya, juga kita semua tidak
disalah anggap menjatuhkan maruah sesiapa. Wah, harmoni rasanya kan?
Alhamdulillah,
Berjaya juga saya akhiri untuk Bahagian 1 ini.
In
shaa Allah, saya akan sambung ke Bahagian II, untuk berkongsi bagaimana
saya berhijrah dari tudung bidang biasa 45’ ke bidang 60’ dan seterusnya ke Tudung
Labuh bulat. Saya akan dedah rahsia,
bagaimana dan kenapa Suami saya Jatuh CINTA Pandang Pertama kepada saya? Yang lagi
Surprise, bagaimana saya boleh ‘terjebak jatuh cinta dengan Tudung Nur?'
Bagaimana baru kenal terus jadi Pengedar mereka?
Jeng,
jeng, jeng…The Journey of Hijab will be continue….(^_^)
Perkongsian
Ikhlas,
~Ummu
Mar’ie~
20
Sya’aban 1434H
29
Jun 2013M
Dari
Bumi Allah, Italy.
SEGERA & JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN!




