Wednesday, January 30, 2008

Politik Sket...

Assalamualaikum,

'Perang' kita dijangkakan semakin hampir..Ya, apa lagi kalau bukan Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) tak lama lagi sekitar Mac 2008 yg sepatutnya tarikhnya kita patut tahu lebih awal daripada dok berteka teki..Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia yg kini dah bukan hampir lagi dah, tp memang selalu nak 'termuntah' dengan isu2 yg tak putus2 terbit di siaran2 perdana kini(surat Khabar, TV, Radio)..Adakala rasanya langsung lali dan tak ambil peduli timbul dalam diri kita..ye tak? Janji kita semua ni bijak menilai sesuatu isu..

Walau apapun, utk PRU 12 kali ini, harapan agar mana2 individu yg telah melepasi umur 21 tahun..berbuatlah 'sesuatu' pd 'perang' kali ini, setidak-tidaknya berbaloi jugalah 'muntah' kita saban hari atau berbaloi jugaklah tak ambil peduli apa nak jadi @ lali kita saban hari..Bagi Individu yg rasanya mula2 tue malas jer nak pi turun mengundi, PERGILAH..TURUNLAH...(tak kisahlah kalian nak undi manapun)..yang penting tanggungjawab 'memangkah' tue telah kalian laksanakan..Ingatlah, jangan sampai kita ditanya Allah kelak apakah sumbangan @ perbuatan yg telah kita buat demi menegakkan & mendaulatkan agamaNYa???

1) Bagi yang sedar!tapi, alamak tak mendaftar lagilah...(kes2 yg sedar last minit nie)...Tak pastilah pulak caranya..Apapun buatlah sedikit usaha utk daftar diri kpd SPR...boleh lagi atau tidak lain kira, janji usaha...sekurang2nya, kita telah BERUSAHA! bila kita berusaha, usaha kita itu akan selamatkan diri kita dari azab dosa..

Opps, info terkini: dengar dalam berita radio era pagi tadi masa bawa kereta ke tempat kerja: Fakta dr SPR mengatakan hampir 17,000 nama tak dapat didaftarkan sebagai senarai daftar pemilih kerana tidak sempat SPR menguruskan. Mereka ini, adalah senarai ahli daftar baru selepas September 2007 lepas. Yang mana SPR telah beberapa kali mengingatkan supaya rakyat mendaftar awal sebelum September 2007 lepas…hmm, no komenlah teman kat sini…& dr SPR lagi hampir 500 ribu nama (kalau tak silap) digugurkan dr senarai daftar pemilih, atas sebab2 nama2 tersebut telah meninggal dunia @ sudah bukan warganegara Malaysia..

2) Ok, bagi yang sudahpun berdaftar, sila buat semakan di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp, (untuk info: sekarang dah pewartaan daftar pemilih hingga suku ke 4 tahun 2007; tp sy dah semak mgkin sudah ditutup ruang utk semakan hanya yg ada suku ke 3, cuba anda cuba pulak, kalau dpt bgtau yer!Atau semak terus dgn SPR melalui telefon) adakah rekod kita mengundi dimana telah ada pd SPR @ tidak..adakala, kita dah daftar, tp bila hari nak mengundi, SPR kata nama kita tak ada (tambahan lagi bila sistem persempadanan semula dilakukan -daftar tempat lain, kena undi kat tempat lain)..Haru jadinya nanti! Usaha kita yg mungkin balik ke kpg yg jauhnya beribu batu, ambil cuti & sebagainya, jadi Sia-sia..Justeru sila semak dahulu lokaliti kita Mengundi di mana...

3) Harapan agar kita semua rakyat Malaysia, tak kira Bangsa Melayu, Cina, India...jomlah kita TURUN MENGUNDI pada PRU ke 12 tahun ini...UNDI ANDA PENENTU PEMERINTAHAN NEGARA TERCINTA. (buang rasa yakin kita, ‘alah, kalau tak pi undipun takpa, memang confirm menang)..confirm atau tidak, itu bukan kerja kita, kerja kita ialah TURUN MENGUNDI! Bukan susah 4 ke 5 tahun hanya 1 KALI jer..tak susahkan?

4) Sampai2kanlah pada adik beradik yg dlm rumah kita(yg cukup umur) & ajaklah kengkawan sekeliling, masyarakat setempat..kalau kita sedar, kitapun pasti nak orang2 disekeliling kita sedar jugakan..

Di akhir kata, SELAMAT DALAM PERJALANAN PULANG KE KPG @ KEMANA SAHAJA TEMPAT MENGUNDI, SELAMAT MENGUNDI, SELAMAT MEMANGKAH, BIJAKLAH MEMBUAT PILIHAN NANTI DAN SELAMAT PULANG SEMULA KE TEMPAT TINGGAL MASING2..


Bakal Mengundi PRU12.2008

Tuesday, January 22, 2008

KELIRU....

Tak tahu apa nak tulis saat & tika ini..
Apa yg boleh gambarkan, perasaan kini..
Sedih, hilang semangat (down), sedangkan 2 3 hari nie bersemangat..
Keliru, terkilan, no motivation..hiba, cuaca kat luar pun mendung..

Kebetulan Ahad Lepas kami terjumpa satu modul ‘How to Teach Our Children’
Expose our Children with many things & Vocab as earlier as we can….tp, itulah rasa terkilan sikit
Yg cipta tu for surelah bukan muslim..even sy sendiri tertanya2 memang susah nak jumpa produk2 @ buku Muslim(kanak2) yg proper dgn aktiviti/pakej dlm pasaran (kedai2 buku)..bagi yg ada masa bolehlah luangkan masa pergi kedai2 buku utk ‘survey' betul2..

We Seek For Their Technologies, But We Create We Develop or We Use it by Our Own Hands..

Tapi bagi kami yg tetiba terjumpa (tak punya masa yg byk utk mencari), sebelum ni tak pernah..sudah tentu teruja…
Memandangkan sy yg berkerjaya seperti org lain, nak mencari masa 15 ke 30 minit tanpa ada persediaan yg rapi cukup payah utk bersama anak2(give a lesson-cth membaca ke)…bila dah jumpa modul + buku yg agak proper, itulah yg kami ingini…Cuma pelaburannya agak mahallah sikit…demi kebaikan anak2 kami tak fikir itu semua…

Tambahan, bila ke laman web/blog kawan2 boleh kata majority berkisarkan tentang pendidikan anak seawal mgkin…Yup, it was them who inspired me to be one of them…

Cuma, yg jd down sikit skrg, adakah betul tindakan kami ini? Sumber yg nak kami laburkan utk anak2 nie ‘halal’kah? Ibu Bapa mana yg mahukan anak2 mendapat pengajaran yg tidak baik…semestinya nak kan yg baik2 & mendapat berkat dr Allah sepanjang hidup hingga ke akhir Nyawa..

Alhamdulillah, sedih ini hanya seketika..Yup, bak kata sahabat, “ dalam proses mencari bahan2 utk anak2 kita nie, yg penting kita titik beratkan ‘content’. Selagi isinya tidak bercanggah dengan Islam(byk skop boleh dilihat-cth; buku tak tunjuk ilustrasi yg ‘memesongkan’, cerita2 fairy tales)..just go ahead, tp why not kalau kita ada 2 pilihan satu jumpa bahan/modul dr perspektif Islam & satu lagi tidak..pilihlah yg Islam itu..tapi kalau dah jumpa 1 pilihan shj & pastikan semak dulu ‘persembahan’ bahan tersebut, menepati @ tidak....just go ahead!

Terima kasih, sahabat…rasa ‘release’ bila diberi penyelesaian rather than based on fact only…

Semoga segala usaha ibu2, ummie, mama2 muslim zaman ini, untuk anak2 & keluarga seiring dengan mendapat keberkatan dari Dia Maha Pencipta lagi Maha Kuasa ke atas makhluknya..ameen…

Material Yang telah TEr beli..

p/s: harapan agar muslimin & muslimat di luar sana, jgn beli keluaran grolier ini...Carilah bahan2 bacaan muslim yg sebenarnya dah ada di pasaran..(boleh tanya kru2 ummikusayang).........




Friday, January 18, 2008

Air Asia..terima kasih..

Jelas Terpancar Kepuasan Di Wajahmu



Seperti yg dimaklum entry sebelum ini..Alhamdulillah, kami selamat pergi(Flight Air Asia) dan pulang dari kedah (Bas Transnasional) dengan selamatnya...

Jam 1 pagi 1 Muharram 1429H(10 Jan) samapi di Shah Alam rumah Adik Ipar-Aizudin & Aisyah..lewatkan? ialah lepas balik kerja - mengemas - makan dulu - tidurkan anak2 dulu - senang..sampai tido ja..seawal jam 04.30 pagi kami dah bangun utk bersiap2..anak2pun bangun..Naufal ceria bangun dulu..Kakak lewat skit..
jam 5.15pagi bertolak dr Shah Alam ke LCC...Flight tiba jam 07.05pagi..

Dah lama Abg booking, semata2 utk Nawwaratul yg selalu point her finger when Plane cross above her head..kali pertama rasa naik Flight Nawwaratul baru umur 1 Bulan dlm perut Ummie..hehehe..

Kami sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim jam 08.10pagi..

Alhamdulillah, dahpun sampai kita kaklong..bye aeroplane
sempat ambik gambar, kesian gambar abah takde..biasalah photographer mana leh ambik sekali..
Penumpang paling akhir...ihiks..rasa bebas jer..air asia bagai kami yg punya..

Hai, Kakak sempat nak lipat melipat ke dlm kapal teghobang..

Sila que ye cik adik...Belum lagi..
Di balai Menunggu, Actually depan pintu dah pun..
Five of us
"Terima kasih Paklang Dan Maklang", kata Nawwaratul

Thursday, January 10, 2008

Coretan lama, Dihidup Kembali..

Assalamualaikum, w.b.t:

Sejak Akhir2 ini (hakikat sebenarnya ialah telah lama sejak memegang unit ini), tgjwb pihak BM/penyelesaian kes2/permasalahan yg ditimbulkan- masalah hati @ adab+persoalan2 ttg BM/kepeningan&keserabutan kdg2 menimpa kepala saban hari & ada kalanya lega.....pokok segala cerita hal2 ini alhamdulilah tak pernah lekang dari hidup ana yg rasanya telah sebati dgn tanggungjawab menyelesaikan hal BM ini....

Tujuan menulis bukan untuk mengeluh dgn tgjwb yg dipikul (nauzubillah) , tetapi adalah lebih untuk mengajak sahabat2 berkongsi Ilmu serta suka duka yg berlaku & mungkin boleh memberi beberapa cadangan @ pandangan..Wallahua lam (Dia lebih Maha Mengetahui).

BM = Baitul Muslim (Rumahtangga Islam)

BM vs COUPLE..
Seringkali persoalan2 timbul tentang 2 patah perkataan di atas...mgkin kita (yg tengah baca skrg) pernah dlm keadaan ini kan? Moh ana mulakan dengan menyenaraikan beberapa persoalan2 merangkumi skop di atas yg pernah dulu, kini & masih keliru pernah ditanyakan kepada pihak BM..hakikatnya kita adalah para Da'ie & pejuang Islam serta orang Islam perlu berusaha utk memahami 2 perkataan yg nampak serupa tapi tak sama MAKSUDNYA!!!

1) adakah kalu kita berBM bermakna kita bercouple?

2) Jika sekiranya berBM ni bkn bercouple, tempoh seseorang muslimin @ muslimat sblm melangkah ke alam pertunangan @ perkahwinan itu dipanggil ape?

3) Taaruf(=berkenalan) lg ke atau mcm mana?

4) Apakah status org yg dah smpai ke prgkat 'selesai'? Mereka ni dipanggil sbg kekasih ke @ ape sbnrnya?

5) Kalu lambat lg nak kahwin sedangkan dah 'selesai' bukan ke nampak mcm couple?

6) Bagaimana nak jg hubungan & perbatasan dari aspek virtual & reality berdasarkan konsep perhubungan dlm ISLAM?Adakah terletak pd diri sendiri shj @ pun pihak BM terlibat skali?

7) Diikat melalui BM ni means mcm kita di ikat melalui pertunangan ke?

8) then, kalau ber BM, apa implicationsnya?

9) Perlukah mereka yang sudah berBM ni war-warkan yang diri sudah ‘settled’?

Lepas tu ada pulak, yang cuba menolak system/prosedur BM yg telah di gariskan;

10) Pada pemerhatian, sesiapa yang melalui proses berbm ni, muamalat mereka macam bebas je?

11) Rasanya BM ini lebih efektif dalam keadaan 'esok nak kahwin, hari ni ber'BM' .

isk..isk.isk; bm, couple>couple,BM... peningkan bila baca soalan2 tu..takut2 akhirnya BM+Couple=Sebatian nanti!!TIDAK! !!JANGAN! !!

BM=Harus, Wajib
Couple=Makruh, Haram- -> harap Jelas, kalau tak jelas jugak, sila lihat bawah;

DEFINISI BM & Couple

Baitul Muslim = RumahTangga Islam. Ber BM tunggak utamanya ialah rasa Tanggungjawab yang lahir dari HATI yg BERSIH utk mendirikan Rumah Tangga berlandaskan SYARIAT ISLAM.

Couple = Berdua-duaan. ber Couple tunggaknya adalah NAFSU, HATI yg TIDAK BERSIH..rasa nak sama mcm orang lain, diorang ada gf/bf, kita pun nak. rasa nak caring mecaring, nak bergayut telefon(bersembang) , nak bersentuhan (bila bersama berdua), nak keluar berdua-duaan, naik kereta sama2 @ naik motor, nak makan sama2, rasa nak kirim sms utk tanya khabar, saling rindu merindu..UNTUK APA SEMUA INI??Adakah si 'dia' tu Isteri/Suami kita @ tunang kita??

Inilah perbezaanNYA. .. Bila DIDEFINISIkan memang ketara sangat2 perbezaan..JUSTERU, mengapa kita yg menggelarkan diri sebagai Pejuang dalam Agama Allah serta ORANG ISLAM ini nak ambil yang Couple itu sbg ikutan??Usah diikut sangat NAfsu sebaliknya gunalah akal fikiran yang WARAS kerna kita ORANG ISLAM..Jangan cuba menconteng air muka sendiri, kerna dikhuatiri kelak kita juga yang malu..Yang Paling dirisaui, mungkin perbuatan kita sekarang akan membelenggu gerak kerja kita akan datang serta rumahtangga yang bakal dibentuk kelak, fikir-fikirkanlah kalau anak2 kita pun buat macam kita sekarang kelak, apa kita nak buat........ ....

Mungkin akan ada yang bercakap; kami dah ber BM, & keluarga pun dah tahu & dah jumpa, pihak bm tak perlu nak ambil tahu lagi...

Jawapan kami; Ya benar ibu bapa kalian telah tahu & mengenali, so, bolehlah kalau nak naik kereta sekali (hantar & ambik dari kelas @ tempat kerja), tapi ana rasa jauh dalam sudut hati ibu bapa kita tetap ada perasaan risau..betul tak? cuma risau tu kdg2 tidak dizahir takut anak2 kecil hati...Justeru, amalan2 yg ada dlm masyarakat @ 'Rotation habit' inilah yg perlu kita hakis...Peranan Siapa?.....Ya, sudah tentu kita2 ni semualah AHLI JEMAAH yg telah diTarbiyyah sbg Role Modelnya!Biar, mak bapak kita pulak tertanya-tanya; Hai, anak aku nie tak keluar 'dating' ke dgn si polan? berbual dengan telefon pun tak? jarang pulak sebut2 nama si polan..ada apa2 dah berlaku ker? Ha, bila ibu bapa kita mula investigate, time nilah kita boleh bercerita bagaimana sebenarnya Hubungan Sesama Perempuan & Lelaki selagi belum sah Berkahwin kpd ibu bapa kita (rasanya mostly mak bapak level kita masih jahil bab2 ni)..tak ke Impaknya nanti mereka akan berbangga dengan kita sekaligus ISLAM itu sendiri....pastu mula mengawasi anak2 yg lain supaya amalkan 'sistem' yg sama..lepas tu, kalau ibu bapa kita tu tok ketua ka, guru ka, menteri ka, apa2 lah jawatan, cuba nak implement perkara ni dalam masyarakat.. .APA IMPAKNYA...Tepuk dada Tanyalah Minda..AllahuAkbar! secara tak langsung 'Life Cycle' akan dibetulkan.. ..(kita perlu ingat tak semua adik beradik, kawan2 kita ahli jemaah mcm kita)...baru ada sikit rasa nikmat hidup dlm Islam..kalau tidak tak rasa apa2 sebabnya ISlam ni dah ibarat keturunan..tok nenek kita islam, mak bapak kita Islam, then kita anak-anak... Sumbangan yg sedikit ini sebenarnya adalah dakwah kita sbg Khalifah atas muka bumi ini, Hasilnya Banyaknya pahala-pahala kita dapat daripada rantai-rantai yg tiada berpenghujung jika terus diamalkan ....

....Fikir-fikirkan. .

(juga ana tujukan artikel kali ini buat renungan semua sahabat sahabiah yang masih belum berkahwin sama ada dikampus mahupun sudah bekerja ataupun dialu2kan kawan2 biasa kita diluar sana, kalau nak berubah kepada yg Baik amat Allah suka, sama ada yg memilih melalui UBM atau yg 'sedang @ cuba ' usaha cara sendiri, yg dlm pengetahuan pihak BM @ tidak, sama ada dengan yg berfikrah Islam @ tidak berfikrah Islam...)

JAWAPAN2 KEPADA PERSOALAN2 DI ATAS

Yang ni ana leave it alone, kalau nak jawab semua panjang pulak nanti, ke siapa2 boleh nak asah minda & tulisan nak komen silakan..@ depends on demand....



"Salam mahabbah buat adik2 serta sahabat2 yang bakal Berumahtangga"



Hasil Nukilan:

Ummie Mar'ie wa Mar'iyah
SU BM Sesi 2007-2009
alin_ppiuniten@yahoo.com
Awal Muharram 1429H


p/s: Pasal hal 'hati & perasaan ini, banyak artikel dr saifulislam.com (ustaz hasrizal) boleh dijadikan bacaan...nanti ummie letak beberapa dr artikel ustaz buat renungan utk tatapan kalian...w alam

Monday, January 07, 2008

Pergimu 1428H / 2007 M..

Meninggalkan pelbagai kenangan/kisah/cerita/pengalaman....

Di sebalik kisah 1001 malam....kuang3x:
1) Berita gembira kuterima pabila berjaya dapat jadi guru (KPLI)akhirnya, selepas 3 tahun berturut2 mencuba..namun akhirnya hajat tetap tidak kesampaian.....
2) Lahirnya putera soleh, anak kedua pada 020207 di Hospital Az Zahrah, jam 7.25 petang dengan berat 3.35kg..sekarang sudah 11 bulan umurmu..
3) Derita abah siapa yg tahu, abah admit HATL (Hospital Angkatan Tentera Laut) Manjung, Perak...
4) Vacation 1: ke Pulau Langkawi pada 26 April 2007, bersama2 abah & mak (mertua) & Hakim..
5) My First Time shopping kat Fisrt Lady..Belian pertama Jubah di Butik First Lady, Subang Jaya..murah bangat!!
6) Untuk ke 4 kali, menduduku MTEST (KPLI) pada 26.05.07...akhirnya, masih belum juga buahkan hasil kali ini...tak lulus...(nak cuba lagi tahun 2008)
7) Tahun ramai rakan2, sahabat2 meninggalkan zaman 'bujang'...: Kak Lizawati, Kak Az, Kak Mina, Kak Ira, Kak Jan, Jaja, Johari,Abg Saiful Hasmady, Aimi Syairah, Hafiz Laily, Fitri, Warid, tak lupa adik Suami (ipar); Din & Aisyah (mak dapat sorang lagi menantu;), anak usu Isa (sepupu), Anak Bos, Kawan Abang Hafizulfika..
8) Tak ketinggalan Tahun kelahiran 13 org anak2 sahabat:
- Mar'ie Naufal (anak Ummie)- Abang Sulong tahun 2007.eheh..
- Khalyda Wafa (Anak Lydia)
- Naufal Muhadzdzib (Anak Aisyah & Ryne)
- Ain Zahra (Anak Haida & Zulfika)
- Wan Ayfa Risha (Anak Due & Yana)
- Alesha Nabeeha (Anak Suziati)
- Hana Salsabila (Anak Azahirl)
- Khayrin ( Anak Zilla & Rohaizat)
- Hanis Nabilah (Anak Su & Yousri)
- Muhammad Qayyum (Anak Kak Khatijah
- Muhammad Ayub (Anak Rosli & Kak Lin)
- Anak Kak Masrahha
- Anak Kak Suhaiza (Penutup-adik paling Bongsu)
Ada anak sesiapa tertinggal lagi???tapi ini yg dlm pengetahuan saya....

9) Bawa abah check berkala di IJN pada 27.06.07.
10) Berpindah rumah. Dulu Taman Sepakat Indah, Kajang ke Taman Muhibbah, Kajang..sekangkang kera jer....
11)Merai Konvo 2 adik Ipar; Nurul Huda (UIA) & Nurul Hawa (UM)
12)Usia Kak Long bertambah 1 tahun = 2 Tahun pada 03.10.07 bersamaan 29 Syaaban 1428H.
13)Melayani Isu semasa yg betul2 mencuri perhatian & menyayat Hati: Allahyarhamah Adik Nurin Jazlin
14)Menghadiri Ujian MEdSI pd 29.09.07...PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2008/2009 PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN...keputusan mendukacitakan......
15)Kisah Hilang kasut: 2 kali sejak berpindah kerumah baru...
16)Pa & Ma: Nawwaratul & Naufal masuk majalah Pa & Ma ruangan 'Si Manja Ceria' keluaran Oktober'07 (Naufal) dan Disember'07(Nawwaratul)..
17)1 minggu cuti menyambut 'Aidil Fitri & 1 Minggu di Hospital..
18)pertama kali MB Kelantan dapat berucap di hadapan PM Malaysia.(jgn lupa & jgn lepas peluang baca teks ucapan Tuan Guru-lihat entry pd 31.10.07)
19)Derita Abah siapa yg Dapat menggalasnya: sekali lagi tahun ini Abah Admit Hospital Serdang selama hampir 1 minggu pd 03.11.07
20)Orang lain pakat habiskan cuti tahunan hujung tahun 2007..tapi aku dah habis cuti..alamatnya, raya Haji&Cuti Krismas Di Kajang sahaja..tapi mak ada datang dari Perak hampir 2 minggu beraya Haji dengan kami & memasak (dah lama tak rasa masakan mak)..almaklum, kali nie selera nak makan punah ranah..bila mak ada terubat sikit. mak bawa pisang Batu, pucuk paku, bunga kantan, serai, pisang emas: terubat rindu makan kerepek pisang, air lawa (yg sure ramai tak tau), & mcm2 ulam & makanan kampung
21)Last But Not Least Trauma 'Haid'..akhirnya kini diriku sah sudah 11 minggu mengandung lagi....;)
22) Vacatian 2: Terlupa satu lagi, sempena cuti sekolah lepas & mak serta adik bongsu (Sharifuddin)dtg rumah..bawa E-tin(panggilan dirumah) berjalan2 ke Genting Highlands bersama 4 beranak pada 22.12.07.

Kini selamat datang 1429H / 2008 M
bersama azam baru, hijrahkan diri......


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH = 1 MUHARRAM 1429H

Kami akan pulang ke Kedah & alhamdulillah dengan menaiki Air Asia KL-Kedah (Tambang Murah;)pada 10.01.07 jam 7 pagi..(saja nak bagi Kaklong pengalaman rasa naik airoplane, yg asyik tunjuk kat langit sambil terjerit2 bila nampak Kapal Terbang lalu...)

Thursday, January 03, 2008

Selamat Pengantin Baru....Hafiz&Nubaila




Ucapan ini khas ditujukan kepada sahabat baik suami (sampai boleh gelar 'awek'). karib sejak di IPP, Shah Alam- pusat persediaan pelajar2 yg akan 'fly' keluar negara dalam tahun 1999..Tapi, tak bernasib baik, tiada rezki, depa tak jadi 'fly over the sea'...heheheh..hancur harapan suami ku dulu, katanyalah..pastu tersangkutlah kat UNITEN...tapi takpa ada hikmahnya...kalau tak mungkin tak dak jodoh dengan dia...manalah tau kut2 tersangkut dgn minah 'over the sea'..hehehe..jangan mare ye Cik Abg Syg...


oklah, berbalik pd sahabat karib nie..Nama Dia Muhamad Hafiz Bin Laili...Akhirnya selamat diijab kabulkan pada 28.12.2007 bersamaan Jumaat lepas Asar..& Majlis sebelah perempuan pd Ahad tu 30.12.2007.Kalau nak dikisahkan kisah depa nie, memang takhabis & penat suamiku ++ orang lain dok nasihat + Tanya + soalan mcm2..bila nak kahwin?bila nak 'settle'...maknya pun naik risau..sebab workaholic sangat100x...

AKHIRNYA...........Pengapit tue, adik2 Nubaila
Selamat Bersantap


Bersama Ibu & Ayah (Hafiz)
Adik Beradik Hafiz

Keluarga Sebelah Perempuan

Hai, Anak ummiepun tumpang sekaki? Comelnya depa 2 orang...



Juga tak lupa, Selamat pengantin baru kepada Kawan Ofis Abang En Hafizulfika & Pasangan,...
gambar nie, masa Majlis pihak lelaki di Ipoh pada 08.12.2007
Eh, anak sapa la tue..takpa ambik berkat ek...moga cepat2 timang anak..

Abang dengan kwn2 ofis (Zaliman, Abg Suhairi-Bos, Bapak Suryadi) depa nie semua bawak anak isteri termasuk aku..)