mimpi yg sama ke bebudak nie abahnya, sampai dua-dua surrender nie..
Hmm..sengaja nak letak gambar2 ragam diorg berdua nie sebelum dah bertiga nanti...
Ummie & Abah sangat bertuah + Bersyukur di Anugerahi anak2 yg cukup pandai bawa diri & understanding each other..keep up your good habit yer..
Love u always & forever Kaklong & Angah...(tengoklah tu cara tido pun sama, ikut siapalah tue yer..ihiks..)
Thursday, March 27, 2008
Ragam Anak Yg Seragam...
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:37 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku
Tuesday, March 25, 2008
Percutian Yg Menyeronokkan & Merehatkan...
Here We Come...Port Dickson..Kemang Indah Condominium
Khamis, Mac 20, 2008 yang lepas kami sekeluarga bercuti ke PD.
7 orang termasuk 2 kanak2 (siapa lagi kalau bukan si kaklong & Angah)..yg lain adik2 ipar..
Cuti apa ek? ala cuti-cuti Pilihanraya kut..eheh..terkejut jgak..
tiba2 jer Jumaat-Mac 14, 2008 tu Abang bgtau dah booking satu tempat kat PD..disuruhnya aku mohon cuti..Alhamdulillah, 3 hari 2 malam kami di sana..
Memang dapat rehat betul, selepas penat berPR..hadiah Abang katanya..eheh..
Terima kasih banyak Abang..
check in 12 tgh hari Khamis & check out 12 tgh Sabtu.
Aktiviti kami tak bykpun (berjalan2), sebabnya memang betul2 nak rehat..
byk habiskan masa kat Kondominium tu jer..yg seronok semua masak sendiri sebab rumah tu fully kitchen..so, apalagi berangkutlah makcik segala mcm brg yg nak masak kat sana..eheh..kita rancanglah dulu apa nak msk bukanlah angkut semua yer..
pastu mandi kat swimming pool (hanya anak2 & suami jelah)- ada tragedi sikit berlaku yg membawa trauma pd anak kami Nawwaratul. mana taknya Abah dia lepaskan dia sorang2 naik papan gelongsor tue pastu terus tenggelam sebab takdak sapa yg sambut dlm air, kesnya sebab tak perasan, alhamdulillah, semua selamat...kesian kat anak ummie..maaf abah ye nak & maafkan kami yer Atul..
mandi laut (yg ni ummie betul2 rasa puas mandi laut sblm nie tak pernah-siap Abang jd Instructor ajar cara nak berenang-5 step baru lepas..nak kena ingat nie + practise lagi), Nawwaratul akhirnya berjaya di pujuk jd berani semula selepas trauma..Alhamdulillah..Naufal tak payah ceritalah, sorang tue memang 'water boy'..eheh..
ziarah rumah Abg Fitri & Aisyah : kami dijemput makan malam Jumaat malam tue..so, save budget kami tak masak malam tue..apapun bersyukur sebab dpt jumpa roommate, coursemate lama ms belajar kat uniten dulu..Aisyah kawan pertama yg dikenali sama2 daftar sekali, pastu pilih bilik sekali beberapa semester..she is very good friend, friendly, & kind person + kuat study dia nie(satu tabiat dia tak dpt dilupa suka sgt kat minyak angin / minyak cap kapak-kalau masuk bilik tak sah kalau tak bau minyak;)..aku plak kuat berpersatuan..eheh..terima kasih byk Aisyah, Abg Fitri & Ahmad Furqan..jumpa lagi nanti...
& tengok vcd...itulah aktiviti kami..
So, kat sini beberapa potret kenangan indah utk di kenang bersama......
Abang, Na, Nawwaratul, Naufal, Noraizuddin, Aishah, & Hawa
AKSI DI KOLAM MANDI
JALAN-JALAN TEPI PANTAI NAN SENJA
MANDI LAUT
JEMPUTAN MAKAN MALAM
SIKIT GAMBAR KIC Kabinet nie asing, NON MUSLIM & MUSLIM CABINET..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:34 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Family, Ummie Mengomel, vacation
Monday, March 17, 2008
MENYINGKAP.........
MEMORI PRU12-2008
Daku adalah seorang Insan Biasa, Wanita, Isteri, Ibu, Pekerja & Hamba Allah seperti manusia2 biasa yang lain…..
Terlalu banyak sebenarnya ingin diceritakan/diluahkan namun tiada kesempatan, sekadar sering berlegar di dlm ruang fikiran/kepala. Juga bak kata Ustaz Hasrizal dlm tulisannya;
“Sebagaimana sulit untuk saya memulakan tulisan tentang politik, begitu jugalah susahnya untuk saya memberhentikan tulisan tentang politik…”
Refleksi sama buat diri ini; sebagaimana mulanya tidak menulis dlm jangka ms yg lama, begitu jugalah nak mulakan menulis semula agak payah sekali..eheh….
Semasa daku mengarang tulisan ini pada March 10, 2008 (Isnin) sehari selepas MENANG!!!……….
Ya Allah, sesungguhnya fizikalku ini terlalu penat rasanya kini, namun rohku berpaksikan ISLAM & IMAN masih mampu&kuat. Justeru itu, daku mampu lagi dengan membawa kandungan yg sudah berumur 21 minggu bersama kakak & abangnya, yg semakin aktif, lasak & bijak, daku masih mampu bergerak ke sana ke mari dgn pantasnyatanpa mengira penat & jemu…
Ah, apa yg nak dipenatkan dlm berjuang! Baru sedikit ini sudah terasa penatkah? Cuba tengok calon2 kita, tak tidur malam, siang & malam sama saja bg mereka, kena plak bercakap bagi penerangan tentang NEGARA KEBAJIKAN sana-sini. Namun, memori paling manis buat diri ini ialah pada Mac 8, 2008 lepas, Dr. ……. ku lihat masih gagah malah sempat ku bertanya kpd beliau secara spontan,” Dr. apa khabar? Masih sihat lagi?” Soalanku dibalas dengan senyuman shj. Kami sempat bergambar kenangan bersama2 muslimin muslimat di pondok panas SRD sewaktu daku bertugas pd hari mengundi tempoh hari..Terubat ‘kesakitan’ ini bila melihat calon kita masih bertenaga & bersemangat tika itu..
Ok, nak imbau kenangan / Rentetan 1 Minggu sebelum Mac 8, 2008 (Hari bersejarah)…
To be continued.......
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
10:07 am
0
tuan penasihat
Kategori: politik, PRU, Sakit, Ummie Mengomel
Saturday, March 15, 2008
Rentetan 1 Minggu....
Sambungan....
Dalam 1 minggu ini, sudah hampir 3 doktor memberi rawatan kpd sakit fizikalku ini. & ubat yg sama tapi lain jenisnya diberi- demam, selesema, sakit tekak, antibiotik. Sakit ini masih tak kebah.
Februari 29, Jumaat:
Terpaksa ambil mc kerana sudah mula sakit kepala dek selesema & rasa sakit+sengal urat. Result nak demamlah..(Abang hanya batuk2 jer masa tu)... Seharian berehat & tidur sebab tak mampu nak berfikir dah..betul2 bergantung kepada ubat..makan ubat lelap..bila bangun tempoh ubat pun habis, kepala kembali sakit2…(anak2 tetap hantar rumah pengasuh)..so, bila dah petang solat zohor, tidur balik, Asar bangun..
Mac 1, Sabtu:
Masih tidak sihat, makan pagi abang bawa makan diluar shj. Mengemas rumahpun dah hampir tengah hari. Petangnya diziarahi sahabat baik Baiti & Zilla dengan ‘BIG PLAN’ mereka. Terima kasih kerna sudi datang especially to Zilla. Fisrt time bersua muka sejak entah berapa tahun tak jumpa ek..siap bawa Khayrin yg comel, debab + manja betul..(ehem, rupanya dah ‘bawa perut’ masa tu yer..)
Mac 2, Ahad:
Hari mencula di cawangan..Masih tidak sihat tapi rasa semangat sangat nak ‘turun padang’. Abang, dah keluar pagi2 lagi selepas sarapan pagi. Daku kemudian sikit sebab nak uruskan diri + anak2. mandi, siap baju tambahan, susu anak2. (Ummie budget hari nie satu hari kita tak balik rumah..hehehe). Jam 9 pagi, kami 3 beranak dah keluar rumah menuju ke Markas SRD. Seronok nak ‘bekerja' wpun masih lemah sebab seronok tengok semangat abg2, kakak2, pakcik2 & makcik2 yg ramai. Nawwaratul & Naufal pun tak byk ragam…
(Nota: masa nie Naufal baru 2 hari dapat kaki dia..anak ummie dah pandai berjalan..apa lagi cukup sukalah dia..asyik nak berjalan jer..)
Disebabkan dgn keuzuran diri, tugasanku hanya selesaikan urusan print-memerint database dirumah kak Huda dr jam 10 pagi sampai 12 tgh hari..dapatlah rehat jugak + makan nasi kerabu dgn anak2…Turut dihidang utk pekerja2 di Markas nasi kerabu kak huda..Itulah seronoknya ‘bekerja’ dlm suasana bekerjasama tanpa mengira wang ringgit, tenaga serta harta benda. Jam 12 kembali ke Markas.
(Nota: terima kasih Kak Huda atas layanan yg amat baik & selesa)
kami pun berkumpul semula sambil mendengar pengalaman2 mencula makcik2 & kakak2 nie + habiskan sedikit sbyk kerja2 PR disitu..Kak Lin pun ada dtg bw anak2nya…
(dalam ramai2 tu ada sorang kakak ni tegur, "hai lin akak dulupun mcm ngkolah, bw anak keliling pinggang kecik-kecik lagi umur rapat2, tp rasa seronok sebab geng2 kami yg ada anak kecik2 nie ramai ms tue. Tp zaman ngko nie yg muda2 nie tak ramai ek?") Ku hanya tersenyum & hanya berkata dlm hati, geng2 ramai sebenarnya tp mgkin tak berkesempatan utk bersama2. kami berjuang di tempat masing2 dgn cara masing2..eheh..
Jam 1 tgh hari lebih, ramai dah mula beransur pulang…Tinggal kami 4 beranak dgn beberapa org muslimin yg baru sampai dr berjumpa polis katanya..adalah tu kes yg berlaku utk di ‘report’ kan..hehehe…Kami tak bercadang nak balik rumah sebab nak terus ke Subang Jaya. Nak siapkan kerja pejabat sikit. Esok-Isnin ada tender bid document nak kena hantar. Abang setia menemani bersama Naufal. Mana Nawwaratul? Hehehe, dia ikut abang Adam balik rumah masa tgh hari tu..dia ok di sana, so, tak bawa dia ke Sbg Jaya..Jam 3 bertolak ke Sbg Jaya & jam 6 ptg bertolak pulang dr Sbg Jaya. Singgah ambil Nawwaratul di rumah Adam. Lepas tu terus ke Cheras Perdana, Klinik Kita utk check up bulanan.
Oh, penat sungguh rasanya especially suamilah…Namun ku pujuk Abang utk selesaikan semua hal hari itu, supaya tak susah dah lepas nie..selesai check up hampir jam 8 mlm..bergegas balik nak solat Maghrib. Malam tu pulak lepas Isyak ada ceramah di SRD. Dari siang tu rasa jauh disudut hati teringin nak pergi dengar. Almaklum tak pernah lg pergi mana2 ceramah PR sebelum nie..teringin nak dgr alang2 dah dekat..tak sedar diri tue dah tak sihat + penat ek..eheh..Alhamdulillah, nak seribu daya tak hendak seribu dalihnya kan? Dapat jugak pi ceramah tu. Tp lewat sikit keluar rumah jam 10 malam
..(memang rezki nak kena pergi sebab abg nak kena ambil motor nanti sapa nak bw balik kereta? Siang tadikan kami keluar rumah asing2)..
hujan renyai2 masa tue..Bawa Kaklong jer..Naufal kesian sgt dah kat dia. Terpaksa kami tinggalkan dgn makciknya (adik iparku-Hawa)..Baik sungguh makcik anak2 ku ini sebenarnya..bertuah diri ini sebenarnya…di saat2 kdg2 penin nak tinggal anak di mana apabila nak buat kerja ‘perjuangan’ pertolongan Allah sampai melalui bantuan adik & iparku ini..walaupun pertolongan kalian mgkin nampak kecil tp insyaAllah Pahala tetap kalian dpt sama wpun tak semestinya kena involve direct with kerja2 PR…mula2 dgr ceramah melalui dlm kereta jer..lepas hujan berhenti, terus pi depan padang & duduk sekali dgn hadirin hadirat yg hadir yg masih setia wpun hujan sedikit renyai tadi..
Nawwaratul pulak..hmm, seronoklah dia berlari2 bermain dgn kawan2 dia..Aisyah & abg Adam..Akhirnya selesai ceramah dlm jam 12 mlm..kami 3 beranak pun berangkat balik..
Alhamdulillah, selesai ‘berjuang’ dalam 1 hari…esok keje..Fizikal ku masih sakit + selesema belum kebah.
To be continue...
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
9:34 am
0
tuan penasihat
Kategori: politik, PRU, Sakit, Ummie Mengomel
Sambungan...........
Mac 3 – 6, Isnin – Khamis:
Sepanjang minggu nie, tiada lain yg dibuat melainkan pergi kerja balik pejabat. Tidak keluar rumah lagi utk kerja2 PR. Hanya abang shj jam 10 @ 11 mlm shj mesti keluar rumah utk kerja2 PRnya.
Sedikit sumbangan yg mampu ku lakukan dlm keadaan tak sihat ini hanyalah, Alhamdulillah, dapat buat solat sunat Dhuha setiap pagi di pejabat, itupun selepas dpt ilham dr blog Zilla. Bahawa kuasa solat sunat Dhuha itu mampu membuahkan hasil kurniaan dr Dia..(Thanks to Zilla gak sbb melalui cerita cara dapatkan anak tue memberi ilham)…Setiap pagi inilah doa yg diubah suai sikit yg kupanjatkan kpd Dia..
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya waktu Dhuha ini adalah waktuMu, keindahan adalah keindahanMu, kecantikan adalah kecantikanMu, kekuasaan adalah kekuasaanMu dan perlindungan adalah perlindunganMu..
Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya rezeki kemenangan kami Barisan Rakyat ini masih berada di atas langit, turunkanlah kemenangan itu buat kami, jika masih didalam bumi keluarkanlah, jika masih jauh dekatkanlah, dan jika haram sucikanlah Ya Allah, berkat waktu DhuhaMu ini, keindahan, kecantikan, kekuasaan, dan perlindunganMu Ya Allah, kurniakanlah kami rezki kemenangan ini seperti mana telah kau turunkan pertolongan melalui burung Ababil yg telah dapat menghancurkan tentera bergajah Abrahah & seperti mana kau bukakan laluan laut utk Nabi Musa & pengikut-pengikutnya dr Firaun yg zalim…Ameen Ya Rabbal ‘Alamin..
Nota: Alhamdulillah, hambamu ini yakin, bahawasanya amalan2 yg kami semua amalkan ini telah membuahkan hasil, Engkau telah memberi kami menawan 5 Negeri sekaligus..semoga kita semua akan terus istiqamah dgn amalan ini utk maintainkan KEMENANGAN…
Selain itu, usaha sampingan yg dapat dilakukan ialah melalui internet @ E-mail.. mencari & membaca sebanyak mungkin artikel utk di kongsi..frwd semua artikel psl isu2 PR kpd teman2.. atau dgn kata lain ‘Perang Saraf’ @ E-mail Saraf. Harapan semoga artikel itu dapat membantu lebih memahamkan kawan2 yg diluar tak kira menyokong mana. Ialah nak harapkan berita semasa RTM1,RTM2, TV3, utusan, berita harian dll..memang tak boleh nak diharapkan..ye kan?…sakit kepala & meluat ajer..so, nak neutralkan fikiran & minda dgn info2 yg ADIL…kenalah usaha sikit melalui email…
To be continue..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
8:30 am
3
tuan penasihat
Kategori: politik, PRU, Sakit, Ummie Mengomel
Sambungan...dah jumpa thumb drive
Mac 7, Jumaat:
Kali ke-2 terpaksa ambil mc lagi hr ini. Selesema ku masih tak hilang..sakit kepala + lemah sendi2 nie makin memuncak.Si Naufal pun tak sihat mula batuk+demam dia...pi hospital Az Zahrah dgn Abang (kenderaan asing),..ramai org, Abang pegi kerja terus, tinggallah kami 2 beranak. Dlm jam 10.30 pg kami sampai dirumah. 2 beranak makan ubat pastu terus tidur kan Naufal & ummie takleh nak tidur lagi..golek sana golek sini taknak tidur dia, akhirnya…tidur jugak…
Sakit-sakit jugak, tapi kita dah sampai kpd kemuncak perjuangan dah nie..ESOK, tarikh keramat & ditunggu2 oleh semua. Abang ambil cuti ½ hari nie nak siapkan tugasan terakhir PR…dia akan pulang selepas solat Jumaat..aku tak tidur terus mula kemas rumah sikit + kembali semula ‘bekerja’…nak selesaikan + Bantu Abang selesaikan tugasan terakhir..kena siapkan hampir ribuan slip pengundi…sempat ke nie??? Nenoe, neon, neon..minta bantuan, minta bantuan..
Jam 11.30 pg, sorang adik dtg ke rumah utk Bantu. Duduklah dia sampai jam 3.45ptg. Pastu berkejar ke Pudu nak balik Kpg mengundi. Thanks a Lot Nuha. sambil2 telefon cuba dpatkan bantuan tenaga kerja lagi..Alhamdulillah, Jam 4.15 ptg, macam superwoman, tinggalkan anak2 dgn Abah diorang, pegi ambil 3 org lagi tenaga di SRD, Dahlia, & Bangi. & ambil stock Laptop sekali..
Jam 6 ptg sampai rumah..Letih betul. Kalau dah keluar,lama tu yg malas & tak suka nak travel pandu sendiri..eheh..
Setiap saat & minit amat berharga..kami bersengkang mata malam itu hingga ke Subuh..5 laptop tersusun di dapur + 1 printer..kerahan tenaga pun berjalan..silih berganti org dtg mlm tu ke rumah ku menghulurkan bantuan..eheh,..seronok kerja reramai nie..termasuk yg membantu dr kejauhan (thanks a lot to Baiti & K.Azz)..
Abang ku beri laluan tidur dahulu jam 12 mlm..sebab besok dia kena jg tempat mengundi 1 hari..Kesian, pada Abang..kita sama2 penat..tp puas hati rasanya..
Banyak lagi nie! Alhamdulillah, 2 org junior stay up dirumahku, mereka tak pulang..kami tak tidur langsung..Ya Allah, tak boleh tidur rasanya selagi kerja belum siap..adik2 tue pun nampaknya sama perasaan dgn ku..aku dapat lelapkan sekejap mata selama ½ jam saja dr jam 4 pagi hingga 4.30 pagi..lepas tu terus tak tidur sampai Subuh dan hari mengundi..akhirnya siap jua…Abang bersiap siaga & keluar dahulu Jam 7.30 pagi dgn membawa semua ‘kerja’ yg telah siap..adik2 tu balik jam 8.30 pagi..
Ingin ambil kesempatan utk ucapkan berbanyak terima kasih kpd yg membantu, tak dpt nak balas..biar Allah shj membalas keikhlasan pertolongan kalian…
Mac 8, Sabtu:
Dengan tak sempat mandi, keluar rumah dgn anak2 tolong hantar segala peralatan ke Pondok Panas tempat bertugas ku nanti..Seronok tengok dah ramai petugas2 di tempat mengundi..ada warna Biru ada warna Hijau..hehehe..Nak balik rumah cepat2 nak bersiap..
Wpun, kesuntukan masa, Ummie nak pastikan yg anak2 ummie makan kenyang sebelum kita keluar..mungkin malam baru kita balik rumah, nak..Ummie buat nasi goring dah menyuap mulut Naufal & kaklong..Naufal tak sihat namun Alhamdulillah, dia tak byk ragam…
Terima kasih tak terhingga juga kpd Anak2 Ummie..semoga kalian kan jadi anak yg soleh kelak & berbuat baik kpd ibu bapamu…..
Mandi, kemas barang, bawa bekalan pakaian & susu..kami keluar jam 10.30 pagi..terus hantar anak2 ke rumah Kak Huda..& aku terus ke pondok panas utk bertugas. Ya Allah, masa nie aku sudah diserang sakit teramat sangat di bahagian rahang, mata, telinga & kepala..terasa urat berdenyut2..sakit sangat, namun ku tahan..selesema dah hilang tp masih sakit dibahgian muka…Pejam celik pejam celik dah petang & selesailah satu hari mengundi pd hr itu..tak perlu ke cerita apa yg berlaku sepanjang hr itu, terlalu byk cerita manis & pahit..namun biarlah disimpan..(tanganpun tak larat nak menaip nie)..Aku pulang bersendirian jam 6 ptg utk mengambil anak2…
Ku mohon simpati Kak Huda utk berehat sementara waktu dirumahnya..nak balik rumah pun nanti tak rehat sebab rumah bersepah2lah jugak..akhirnya dapat tidur, makan, mandi & berehat di sana..thanks a lot kakak..seronok rasanya ukhuwah ini…Anak2pun dilaporkan tiada ragam..ok sahaja sepanjang hari..Alhamdulillah……..
Jam 8.30 mlm bergerak pulang ke rumah dgn debaran di dada masih terasa bg kami ibu2 yg tak sabar menanti keputusan..namun, cukuplah, selesai sudah berjihad di medan masyarakat..sekarang nak balik rumah, berjihad dgn anak2 & rumahtanggala plak..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
8:29 am
0
tuan penasihat
Kategori: politik, PRU, Ummie Mengomel
Sunday, March 09, 2008
Hepi Birthday Abang....
Hehehe...dah tua Abang tahun nie..lagi sikit lagi nak cecah angka 3..
Walauapapun, you are still my love forever...
Tema kali nie, apa ek...Apa nak bg kat suami nie yer..hmm, dlm kelam kelibut demam Pilihanraya..pikir punya pikir..last sekali tema KEJUTAN DEMI KEJUTAN...!
1) 2 minggu sebelum tarikh ini, ku tempah,belikan & hadiahkan Abang T-Shirt yg ada sulam Gambar Tok Guru...beli pd Jai & serahkan pd suami masa lepas mesyuarat...siap minta balut dgn surat khabar & masuk dlm plastik..heh..mengikut arahan..balik meeting Abang kata, "Na ada something for U"..mlm tu jugak minta Abang buka..
2) Pagi Mac 8, 2008: Hadiahkan Abang Kemeja Lengan Panjang: dah lama beli actually kat Parkson,KLCC tapi tak sempat nak balut2..wrapper dah beli..so, disebabkan pg tu Abang kena pakai pakaian pejabat utk masuk jaga bilik Mengundi / Barong..Ku bisikkan pd Abang, ini hadiah paling istimewa minta Abang pakai...Alhamdulillah, Abang sangat gembira (wpun tak well wrapper)..
3) Hadiah kejutan ketiga ini...tak lain tak bukan, KEMENANGAN PRU 2008!!!! Berbaloi rasa segalanya..Abang keluar rumah dr jam 7.30 pagi, Mac 8 dan tak balik2 ke rumah hinggalah esok paginya jam 4.45 pagi Mac 9, 2008...mlm tadi lebih kurang Jam 11.30 mlm, ku telefon Abang tanyakan di mana kerna mata nie dah tak mampu lagi nak tunggu KEPUTUSAN + bila Abang nak pulang, namun ku tahu jawapanmu..."Na tidur dulu ya, Abang nak tunggu HADIAH abang yg lagi satu nie"..nadanya seperti gembira.."ok, Na tidur dulu dengan anak2 yer, tak larat sangat dah nie- Abang, SELAMAT HARI LAHIR"...pastu terus 'black out'...
4) Hadiah keempat nie, satu lagi hadiah T-shirt warna Oren minta Abang pakai tengah hari Mac 9 tadi.. dan belanja makan KFC kat Sg Chua..So, kami makan tengah hari di KFC..almaklum, nak masak badan dah penat..lepas Abang balik pagi td, tido jap pastu Subuh tido balik, sedar2 jam 9 pagi dah..anak beranak sama bangun nyer..eheh..pastu terus keluar idea nak belanja 'birthday man' makan kat luar..
itulah, kisah HADIAH KEJUTAN DEMI KEJUTAN buat insan tersayang.....
Ucapan Istimewa buat Suami:
Selamat Hari Lahir, Sayang!
Semoga Umur yg pergi dalam Redha Tuhan (Allah),
& Umur yg mendatang membawa 1000 keberkatan,
Bersyukurku ke hadrat Allah kerna dipertemukan jodoh dengan INSAN,
Yang tak lain tak bukan,
amat hebat berpersatuan,
hebat jua di dapur bermain mangkuk & pinggan,
ringan tulang membuat sajian,
hingga tak sabar menanti jamuan,
pakar juga dodoikan, mandikan, tidurkan, memberi makan,
anak2 yang sedang kelaparan,
kuat bekerja cari nafkah tak perlu dipertikaikan,
boleh kata serba serbi dialah HERO pilihan,
di hati isterimu ini, orang lain jangan..eheh.
Doaku agar Jodoh kita berkekalan,
tergigit lidah sekali sekala harap maafkan,
Sesungguhnya engkaulah Suami Idaman,
Pemimpin, Pembentuk Usrah Hasanah tempatku gantung harapan,
Semoga dikau sentiasa dalam Pemeliharaan.....
Ameen Ya Rabbal 'Alameen..
SELAMAT HARI LAHIR YG KE DUA PULUH SEMBILAN!.......
Sembilan Mac Dua Ribu Lapan...
-Isterimu-
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
5:15 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Beloved Hubby, Birthday, Family, politik, PRU, Ummie Mengomel
Senarai Rasmi Keputusan PRU12 2008
Oleh : Webmaster web pru12.pas.org.my
Sunday, 09 March 2008
Berikut adalah senarai terakhir keputusan bagi jumlah kerusi di kawasan Parlimen dan Dun setiap negeri berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Parlimen
BN : 137
BA : 82 - (PAS-23),(KeADILan-31), (DAP-28)
Jumlah kerusi Parlimen : 222
* Sabah dan Sarawak masih terdapat 3 kerusi yang masih belum membuang undi.
Dewan Undangan Negeri (Dun)
*Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15
*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36
*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45
*Terngganu : BN (24), PAS (8); = 32
*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40
*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59
*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42
*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36
*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28
*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56
*Selangor : BN (20), PAS (8), DAP (13), KeADILan (15); = 56
*Sabah : BN (57), PAS (0), DAP (1); = 58
Jumlah kerusi DUN = 503
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
9:30 am
2
tuan penasihat


