Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Friday, May 08, 2009

Rentetan Sebenar DUN Perak semalam...

Perak...Negeri ku
Sedih, Pilu, Terkilan, Pelik, Sedih, Sedih...Allah Lebih Mengetahui, Manusia bukan segalanya bagi Dia, sikitpun tak penting, NAMUN kitalah yang memerlukan Dia & ISLAM..
Sedikit terkilan hati dgn penuh ? , sebagai rakyat kepada rajanya....wallahualam..


Berikut adalah laporan secara langsung yang dibawa oleh Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak. - idhamlim.blogspot.com_
(Berita di ambil dari harakahdaily.net)


4.10 petang: Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Dan sidang Dun ditangguhkan pada jam 4.05 petang tadi.

3.21 petang:Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalau Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun, DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikan ucapan perasmian.

3.10 petang:Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada di kerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

2.40 petang: BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haram, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

2.30 petang: Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

2.05 petang:Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

1.00 petang:Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

12.50 tgh: Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan.

Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya.

Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

12.35 tgh: Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR.

Keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan

Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.20 tgh:Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

11.45 pagi:Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

11.35 pagi:Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.

Sekarang keadaan kembali tegang dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.15 pagi:Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.10 pagi:Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.00 pagi:Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.

Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

10.55 pagi: ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

10.40 pagi:ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.30 pagi: Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.

10.20 pagi: Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.

Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula

10.10 pagi:Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:

1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.

2. Tempat duduk ikut sebelum ini.

3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.

4. 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.

5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.

6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.

Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN.Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

9.45 pagi; Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.

Thursday, May 15, 2008

Beras oh Beras, Nasi oh Nasi....

Sajian Pertama Istimewa dari Lajnah Tarbiyah

Pelbagai ulasan tentang Beras oh Beras, Nasi oh Nasi...

Cik Z : "Harga BERAS naik ke, mahal ke... I no problem,
sebab memang sekarang I tengah ber'diet' tak ambil karbohidrat. ."

En X : "Banyak lagi rezeki yang Allah kurniakan kat muka bumi ni..
Tak boleh makan nasi, makan lah mee, kue tiaw, maggie...... ."


Dan pelbagai komen lagi dilontarkan tentang Beras oh Beras, Nasi oh Nasi...

Mari kita renungkan artikel yang dipetik dari Harakahdaily, disediakan oleh saudara Azamin Amin berkenaan dgn isu ini
dari perspektif kaca mata Umat Islam yang beriman kepada Allah S.W.T.

--------------------------------------------------------------------------------

Krisis Bekalan Makanan, al-Quran telah Beri Peringatan !!

Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Al-Quran telah memberi peringatan dan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.

Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.

Al-Baqarah- ayat 156:

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencana supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.

"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya) ! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."

"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)

"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)

Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."

(al-hadid ayat 22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (al-hadid ayat 23)

Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:

"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Wallahualam, Ingatlah Allah di waktu senang, kerana Allah akan ingatkan kita sewaktu susahnya kita...

Friday, November 16, 2007

komen-komen terhasil selepas "D Yellow Wave"

Just nak share komen sendiri dengan rakyat Malaysia kat fotopages Bro. Jinggo;
Seronok & bercambah pengetahuan bila baca komen2 dari fotopages beliau; nak tau kesemua 130 komen, bolehlah pi fotopages Photographer Bro. Jinggo...Yang Jernih kita ambil, Yang keruh kita buang...

dari Terang Lagi Bersuluh

A) Subhanallah, panjang betui 'clean & clear' berusaha utk Bersih & Jelas minda ramai rakyat di Malaysia nie...bila sebut rakyat merangkumi semua bangsa & agama..harap jelas,,memang sokong usaha clean & clear tu utk basuh minda2 kita nie...kita jgn tengok yg 'black list aja'..cuba ambik contoh ramai lg tokoh yg clean & clear pd Agama nie & sebenarnya sedang berusaha mendidik rakyatnya cinta pd Agama dulu..tapi hal ni taklah dapat liputan menyeluruh di media2 bawah naungan siapa??Tahu takpa..tak lain tak bukan menteri besar Kelantan tue contohnya...tak percaya cubalah cari & dengar sendiri ucapan beliau yg penuh baik&lembut masa beliau berucap majlis pelancaran ECER..RTM mmg tak tunjuk..kalau hangpa nak dengaq..pilah..

http://kelantan.tv/ktv07/index.php?option=com_content&task=view&id=143&Itemid=2

~sama2 nak bantu cleankan & clearkan minda kita~

p/s: cuba baca utusan hari ini..hint2 nak naik minyak...jadi kita rakyat memang nak taknak kena bersedia pengumuman minyak naik lagi...(cuba tanya sanak sedara yg kerja di Shell, Petronas ka; kita memang rugi ka jual beli minyak?Hamba memang dah tanya & buat kira2, syarikat2 minyak nie memang UNTUNG HABIS, tp yg dapat sikit KERAJAAN (on paperlah) taktahulah kalau sebenarnya bg kat kerajaan banyak tp diperuntukkan utk subsidi utk rakyat hanya sikit je % ..kalau mmg betul mcm tu=memang tak patut, tp kalau pihak syrkt minyak bg sikit pd kerajaan=minyak tu kan negara Malaysia punya...apapun, pikir2kan & kajilah sendiri...kalau tak betul tegur hamba nie...InsyaAllah, boleh ditegur mana yg silap fakta...



B) Cuma nak tanya, betul ke fakta amira tue, kita negara Islam pertama bukan yg ke SEmbilan ke..angkasawan Islam pertama bukan dari negara Arab ker...
apa punya turr segala benda naik tue...memanglah kita boleh akui zaman akan dtg takde benda yg akan turun...tetapi di negara lain, bila dilihat, incomenya juga makin naik:gaji cleaner kat oversea pun dah mahal, so, memang berbaloilah kalau nak buat budget bulanan dgn segala expenses yg bakal naik..tp kita kat Malaysia nie matawang kecik org naikkan harga beringgit-ringgitpun takpa, tp kalau RM kita kalau kerajaan tak control kenaikan segala barang memang SUSAH sgt2...gaji Swasta & kerajaan dahla tak sama, yg byk naik org kerajaan, habis tu yg makan gaji swasta nie makin susah...apapun Negara kita nie Umumnya nampak stabil tapi sebenarnya Banyak yg TAK STABIL sebenarnya...

Memang susah sebenarnya pemimpin2 nie yg nak kena buat kerja, kita nie senang2 nak tuding, tapi hamba yakin apa yg boleh kita bantu ialah dgn pilihlah pemimpin yg asasnya Agama Islam-nama tu dah mmg turun temurun dr Kitab Al QUran, Taurat, Zabur...(bkn ISlam Hadhari), pastu kita semua pakat2 buang rasuah, BERSIH segala hal...InsyaAllah, Rakyat yg BERSIHlah pembentuk Kerajaan dlm sesebuah Negara...


C) ops lupa, nak ucap Tahniah pd sdr Jinggo nie..Dia nie memang jurufoto bebas.kira tak berpihak mana-mana..utk org sekarang elok nak tahu cerita tengoklah fotopages Sedara Jinggo nie..tapi hamba kalau nak tau isu semasa skrg nie memang tak lepas peluang baca dari semua pihak..Baru adil, baru bercambah minda, baru clean & clear..

http://www.utusan.com.my/ = akhbar Perdana(Monopoly by Goment)
http://www.harakahdaily.net/ = Monopoly by Penegur/Penasihat Goment
http://minaq-jinggo.fotopages.com/ = Monopoly by Bebas tp masih berpegang pd Agama (heheh, Tahniah!)

Sila-silalah, ambil & cari kebenaran pastu bandingkan & komenlah kalau rasa nak kongsi pendapat...



D) hmm....tetiap hari mesti hamba lawat fotopages Bro Jinggo nie..(thanks to Bro Jinggo)..dialah patut kita ikut, cakapnya kurang tapi kerjanya banyak(kerja menyedarkan org)...hambapun, byk baca komen2 kalian & tapis mana yg elok ambik yg tak elok pakat2 kita tepis...

cumanya teringin nak 'highlight' a few things, summarize all 200++ comments:
1) ikutlah nasihat 'downunder': Kalian bebas utk komen tp gunalah bahasa yg baik..tak rugipun, kalau bahasa tu kotor & x elok, yg rugi kita jugak (akan dicop sama mcm org lain) wpun hujah kalian tu dah betul.
2) 'in D nite Garden" : pendapat hamba (org perak) yg baca, dia bukannya emo bak kata 'concern'; tapi lebih sbg tggjwb menerangkan sesuatu yg awalnya dibahaskan seperti tidak telus.hamba yg baca komen2 dari 'pemerhati Uk' tu pun tak berapa paham awalnya, almaklum dok kat mesia jer, tak berpeluang ke negara org..So, peranan mcm 'aku pun duduk uk' , 'amira', pemerhati dr uk', in D nite garden', 'clean & clear' nilah baru hamba & pembaca yg lain dapat berita yg betul. betul tak semua?sebabnya beza kat sini, kita terima info/respon dari pelbagai pihak..itu yg bagusnya, taklah kita terperangkap mcm keadaan mesia skrg hanya tiap2 hari akhbar perdana & TV 'itu ja'...teringin nak rasa demokrasi mcm kat uk ek..
3) Quote from 'TunDet' : 'Rupanya, ramai nak jadi pemimpin'..statement ni tak nampak bias..tp kalau niat sebenarnya -ve, so, hamba nak bgtaulah yang kita semua dilahirkan memangpun sebagai PEMIMPIN. Dalam Kitab org Islam pun sudah dinyatakan ‘MANUSIA’ adalah ‘KHALIFAH’ di muka bumi ini. Dicipta untuk beribadah serta menghambakan diri kepada TuhanNya. Kalau nak huraian, boleh rujuk tafsir, tp sedikit dr hamba yg kurang bijak ni tp tahulah skit2 sbg tggjwb, bila sebut ‘Manusia’ = setiap kita yg bernafas inilah; ‘Khalifah’ = ketua/pemimpin; ‘beribadah serta menghambakan diri’ = amal makruf nahi mungkar = seru kepada kebaikan, & jauhkan kemungkaran…Alhamdulillah, inilah yg sedang kalian semua jalankan….segala yg mungkar/yg tak baik; kita tegur, kita bgtahu itu tak elok dsbgnya…& yang elok mari kita pakat2 amalkan…so, tak timbullah soal, 'melayu sinonim dgn bergaduh'.
4) memorandum serah melaui pos; memang boleh tapi apa impaknya??sedangkan yg sudah diwar2kan 2 bulan (mesti pihak kerajaan & Agong) sudah tahu; pun tak di ambil perhatian, inikan kalau nak pos jer..Memorandum tu kan Hal Negara, kenalah nak serahkan pada Agong pun cara yg properlah...bknnya pos biasa...pendapat hambalah, tak salah kut kalau nak serah memorandum yg berkenaan isu negara lepas nie, buat secara rasmi dgn kata lain masuk dlm acara Diraja..mcm pemakaian darjah2 tu...Daulat Tuanku! Kami sebagai Rakyat Malaysia, perlukan bantuan Tuanku, Daulat Tuanku.
5) teruskan berhujah dengan cara & bahasa yg baik lepas nie...


E) Opps, maaf tersilap; bkn 200+ tp 120+ komen

nak betulkan sikit ayat no 4
4) pos sahaja memorandum; bukan tak boleh pos rasanya mesti boleh. Tapi, kalau dipos apa impaknya???sedangkan memorandum ini telah diwar2kan 2 bulan, sudah tentu pihak kerajaan & Agong sendiri sudah maklum, pun akhirnya begini jadinya…apalagi kalau ianya dipos..Logiknya, bukankah tidak proper hal negara nak diposkan shj wahai stacio..tak baik perlekehkan wakil pegawai istana tu bknya pak guard..kenalah hormat institusi beraja…Daulat Tuanku! Pendapat hambalah, kalau lepas ni ada lagi memo berkenaan hal negara, apalah salah nya dibuat secara rasmi dgn kata lain masuk agenda Istana, alah mcm pemakaian darjah2 tu..barulah ada daulatnya…Tuanku, kami rakyat malaysia amat memerlukan bantuan Tuanku utk campurtangan, Daulat Tuanku! Kembalikanlah Sistem beraja yg Gah dulu, kini & selamanya…kami rakyat tetap akan menyokong segala usaha Tuanku yg berjiwa rakyat..
5) sampaikanlah hujah dgn cara/bahasa yg baik lepas nie..Bahasa cerminkan Jiwa..(bkn bangsa lagi, sbbnya tak kira melayu, cina, india, mat salleh, kalau bahasanya cantik = jiwanya BERSIH)
6) kesimpulannya, fotopages ini membuktikan d 'yellow wave' tidak mengeruhkan keadaan, sebaliknya byk Gelombang Ilmu & Info dapat dijana dari setiap wakil 'manusia' tak kira di mana kalian berada..