Friday, November 03, 2006

Sambungan...........

25 Oktober = 2 Syawal (Rabu)

Sepanjang pagi tiada siapa yg pegi melawat abah, almaklum masing2 dah kepenatan..Tapi tengah hari tu, kami 3 beranak, pergi lagi menziarahi abah. Dengan harapan mendapat khabar abah dapat keluar..Menurut abah, doctor belum lagi beri kata putus, Justeru, kami mengambil keputusan utk balik ke Kedah keesokan pagi..Hasrat tersebut disampaikan kepada abah sendiri oleh suami dlm keadaan serba salah. Niat kami supaya bila kami dpt ziarah mak & abah kedah awal sebelum abah check out. Sebab nanti, kami nak ambil abah keluar dr hospital. Itu harapan kami..

Kami bersama abah hingga jam 5.30 petang. Selepas solat asar, kami bertolak balik. Hmm….masih awal, hati teringin nak ziarah sahabat2 yg berada area Taiping..So, contactlah, Kak tun, Zilla..tp dah takde rezki masing2 tiada dirumah…so, terus ke rumah saudara abah di Kamunting..dapat beraya 2 rumah saudara --à Rumah Che Din & Rumah Pakcik Ta..

Sampai rumah dah maghrib…he..he..he.. Nawwaratul mengutip duit raya!!!

Malam tu, bersiap pack barang sebab cadangnya esok pagi2 nak ke Kedah selepas singgah ziarah abah dulu di hospital..kami 3 beranak pi dulu dlm jam 7 pagi..Nanti mak & adik (hamdan) akan menyusul naik motor..Opps, lupe nak cerita pasal kes motor adik…

Alhamdulillah, raya pertama tu dlm tgh hari motor dia siap..puaslah hati sebab byk yg ganti baru..Anggaran dlm RM300..tapi adik tak bayar sesen pun. Pi kedai ambil je motor tu..


26 Oktober = 3 Syawal (Khamis)

Automatik, anakku Nawwaratul mcm biasa, kalau plan nak kluar pagi dia akan bangun dulu;)..lepas solat subuh & siapkan diri. Kami 3 beranak bertolak ke hospital jam 8 pagi. Nak ziarah abah & mohon restu (bersalam) sebelum ke Kedah. Sampai jer kat hospital, WAD C, Tingkat 4, Katil No. 12, abah tiada dikatil sebaliknya berehat2 di sofa tetamu..;)..

Sambil tersenyum abah berkata, “abah, dah boleh keluar dah. Tapi bukan pagi nilah, sebab selalunya lepas tengah hari,”. Apapun kami bersyukur alhamdulillah, abah dah boleh check out sebelum kami dah berolak ke Kedah. Kalau tidak susah juga nak minta org pulak yg uruskan..Terus telefon mak, pesan supaya tak perlu datang sebab abah dah nak keluar…kami 3 beranak menunggu sehingga urusan check out abah selesai.

Memang lambat pun proses nak keluar -à tunggu doctor nak sain --à ambil ubat kat farmasi yg sepatutnya sekejap jer tp lama sungguh..sampai penat Nawwaratul mundar mandir depan farmasi tue..kesian kat dia dgn tak makan..masa tu jam 1 – 2 petang..

Apa yg kami buat dr pagi sampai tengah hari? Masa yang ada, kami mohon dari abah keluar sebentar nak ziarah raya sahabat2(sekali lagi area Tepen)..hanya dapat ziarah sorang jer.. Kak Ton dirumah mertua dia..hanya Kak Ton sorang jer ada..yg lain(adik beradik ipar Kak Ton-à Kak Kharina (yg ni sy & suami memang kenal) semua dah selamat balik ke rumah mertua maing2..emak & ayah Mertua serta suami Kak Ton pun tiada ke Hospital Taiping ambil ubat…Itulah time raya nie, pelbagai sakit timbul…Biasalah, perut tu terkejut + lemangnya + ketupatnya + lemaknya, rendang ayam, rendang daging…ihiks..Walaupun begitu, thanks to Kak Ton sudi terima kami sebagai tetamu…sahabat yg lain, lain tahun mgkin ada rezki…

Balik dr Ziarah Kak Ton, dah pukul 12 tgh hari, terus urus abah..tup2..jam 4 petang baru selesai..fuhh, kalau ikut tu penat..especially anakku Nawwaratul..kesian sgt kat dia, tak mkn apa2, sumbatkan susu ajer..dia pulak aktif sangat berjalan ke sana sini. Tak mahu duduk diam..;) hai, bertuah betul anak ummi nie…

Kami berangkat pulang ke rumah dan sampai jam 5 petang………

Taknak lepas kenangan, nak cerita jugak kat sini(biar jd kenangan akan datang)…on the way balik dr hospital, abg singgah Guardian belikan siap2 Machine Kencing Manis…so, lepas nie abah boleh periksa sendiri paras bacaan kencing manis..tapi yg terharu tue(memang begitulah habit hubby ku) sampai ½ jam dia melekat kat guardian tue…kami dlm kereta dah naik gelisah especially anakku…abah still cool sebab abah dah faham benar sifat menantu dia..kata abah,”kalau suri tu bukan doktorpun, orang akan kata dia doctor sebab sifat dia mcm doctor”..ihiks..memang betul, kalau beli sesuatu brg memang penuh hati2, cermat & make sure dapatkan maklumat selengkapnya…SAH, memang betulpun, suamiku interview org guardian tu cara nak guna machine tue…

Jam 8 malam, baru kami 3 beranak bertolak balik ke Kedah..

Episod kami beraya di KEDAH………..