Terjumpalah Nostalgia lamaku ini...
Inilah kereta pertama hasil titik peluh sendiri..WLY 651..hanya sempat bersama mu 4 bulan.
Yang ini pula, ini jer rasanya sempat diselamatkan,..gambar bersama adik no.2..
cuba teka yang mana budak baik, yang mana budak nakal?..hehehe..banyak sebenarnya cerita tentang kami, tentang adik..biarlah, malas nak menulis..
Monday, June 08, 2009
Gobek-gobek..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
8:44 am
0
tuan penasihat
Kategori: Kenangan Bersamamu, Ummie Mengomel
Tuesday, May 05, 2009
Sebahagian Lagi Memori di......
CAMERON HIGHLAND...........;)
CAPTURED PICTURES WHILE ON THE WAY TO.....
Kami ber Tujuh (7) berhenti sekejap, sebab ummie nak buat susu..anak2 pakat lapar..masa tu dah pukul lebih kurang 1 tgh hari..Angin cukup kuat & sejukkkk....
Sepanjang nak sampai, inilah antara Hotel / Chalet / Resort yang ada di sana..Manalah satu Resort kami....
Jeng..Jeng..Jeng..This was our resort..hmm..quite impressed..mana satu pulak rumah kami..:)
Ha, inilah 'rumah' kami..Abg book paling bawah..nasib baik ada kosong..bukan taknak dok atas (mesti best), tapi bila kenang dgn anak keciknya, & mak tak berapa sihat...
Main focus Sight goes to ....dapurlah tempat pertama, mataku melihat..taktaulah, mana2 tempat bercuti, it was the first place.. mungkin sebab dek kelaparan kut selalunya + pembuka selera kalau bercuti nie..
Nyum..Nyum, siap masak jampun dah pukul 3 lebih masa tue..selera + sejuk sangat (terasa mcm kat oversea dah,eheh)...ini pemandangan ruang makan..(ha, yg pelakon dlm gambar tu sila buat2 tak nampak yer..;)
Seterusnya, favorite Pic ialah sudut Ruang Tamu, Bilik tidur (3) & Toilet (2)..Overall, we can give 9 over 10...
Wajah Manis Penyambut Bilik..hehehe..handsome tak? eh, kaki sapalah tue..(abaikan yer)..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:39 am
0
tuan penasihat
Kategori: Family, Keindahan Alam, Kenangan Bersamamu, vacation
Tuesday, November 11, 2008
Kesedihan & Sumbangan
Assalamualaikum w.b.t:
Di sini ana terpanggil untuk mengumumkan satu berita sedih buat semua ajk Pasti @ sesiapa sahaja diluar sana, di mana seorang anak Pasti kami telah kehilangan bapanya sehari selepas selesai Majlis Kecemerlangan Pasti tempoh hari (Ahad-9 okt). Ana dimaklumkan oleh cikgu Yusrina, Murid tersebut hanya ditemani ibunya pd hari Ihtifal tersebut, manakala ayahnya bekerja Ahad itu. & ana juga dimaklumkan keluarga tersebut juga akan mengadakan kenduri kahwin 2 minggu lagi utk anak perempuan mereka.
Kegembiraan ber ihtifal & bakal kenduri kahwin, nampaknya telah bertukar menjadi sedih. Ana menyeru supaya kita sama2 sedekahkan Suratul Fatihah buat arwah & berkongsi kesedihan dengan mereka dengan menyumbangkan sedikit derma buat meringankan bebanan mereka. sekiranya ada ajk @ sesiapa yg ingin berbuat demikian, bolehlah bank in @ transfer kan ke bank ana(insyaAllah, ana akan menjadi wakil utk sampaikan kepada keluarga arwah)..Namun sekiranya, ada ajk @ sesiapa ingin terus ziarah bolehlah berbuat demikian mengikut maklumat di bawah: (boleh katakan kalian wakil dr pengurusan pasti).
Nama Murid: Nur Aisyah Binti Jalil
Umur : 5 Tahun
Nama Arwah : En. Jalil
Alamat : Jalan Selamat, Kpg Sg Ramal Dalam.
No. Akaun: 16-2227-31-7371
Bank: Maybank
Nama : Marlina Binti Yahayudin
sila maklumkan by sms sekiranya ada buat transaksi ke akaun ana. Jazakallah..
Kami rancang sebelum Jumaat ini, segala kutipan akan dikumpul & diserahkan kepada keluarga Adik Nur Aisyah. Sila segerakan sumbangan anda. Urusan baik ini tidak memerlukan berfikir ke 2 kali. Segala sumbangan antum kami dahului ucapan jazakallahu khairan kathira..Wallahualam....
Wassalam..
p/s: sekiranya hendakkan akaun cimb, sila maklumkan..
Ukhuwwahfillah,
.: ALiN / IeNa:.
Marlina Binti Yahayudin
+6019-3879496
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
10:22 am
1 tuan penasihat
Kategori: Kenangan Bersamamu, Kerja Akhirat
Wednesday, September 17, 2008
Al Fatihah buatmu Teman........
Pergi mu di hari yang baik (Nuzul Al Quran)
Bulan yang baik penuh berkat (Bulan Ramadhan)..
17 Ramadhan 1429H
Selesai sudah seksaan & penderitaanmu di dunia...
Maka tenanglah roh mu di persemadian abadi di 'sana'...
SITI MARIAM MOHD ZAINI
kawan sedarjah
Sek. Keb. Sungai Ara
1988 - 1993
Gambaq kat atas tu ialah gambaq ziarah ku bersama emak, Aini, Etin, suami & anak2 masa hari Raya ke 3 itu hari..
Itulah emak Arwah Mariam..nak tau rupa kawanku itu tak ubah sejibik emaknya, pn Hasnah.Tabah kulihat ibumu.tapi menurut adiknya-Zaharah, "di hari2 akhir arwah dah tiada rupa arwah, kalau kak marlina tengok mungkin dah tak cam dia"..Pilu & sedih rasanya tak sempat bertemu...yg ber t-shirt merah, adik arwah; Faridah, sebelahnya tak nampak, Zaharah. Yang duduk ber t-shirt biru, kakak arwah; Kak Ina.
Just nak kongsi, InsyaAllah, tiada aral keluargaku dengan mereka akan berbesan..Adik perempuanku, Aini dengan Adik Arwah. Ameen..Walaupun dikau sudah tiada, ukhuwwah kita masih bersambung..Doaku semoga dikau sentiasa dalam rahmatNya & tergolong dlm golongan Mukmin.
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
1:15 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Kenangan Bersamamu, Raya 2008, Sahabat/Kawan, Sakit
Monday, August 25, 2008
AL FATIHAH............
Buat Arwah Tok Chah Mat Ramin..(Atok Angkatku)...
Pilu Sungguh hati ini pabila mendapat berita Atok telah pergi buat selamanya petang semalam di Hospital Taiping...Sedih tak sempat ziarah Atok, Tak sempat nak tengok Atok, Sedih taktau yang Atok sakit & dah lama di Hospital, Sedih tak dapat nak balik (sebab baru sampai dr berpantang)...Sejak semalam & hari ini juga berputar-putar kembali kenangan2 bersama2 Atok;
1) Sejak Atok & Che sendiri (mak & ayah Abah)tiada sejak usiaku Darjah 5, & tak pernah rasa bagaimana kasih sayang & manja dgn mereka yg bergelar Atok/Tokwan..Tok Chah lah penggantinya...
2) Tok Chah tak pernah bezakan cucu sendiri @ cucu angkat...selama 5 tahun di STJ menumpang kasih Atok dan anak bongsu Atok (Makcik Ha serta Pakcik Satar di Kuala Pilah) di kala jauh dari keluarga di Kampung..
3) Tiap2 kali balik kampung (masa zaman bujang) tak pernah 'miss' mesti ziarah rumah Atok di Pantai Besar...WAJIB
4) tapi sejak kahwin, jarang dapat balik cuti ke kampung lama2. walau tak sempat ziarah Atok, kami akan pastikan setiap kali raya kami akan ziarah Atok..
5) Terima Kasih Atok! Sama2 dengan emak raikan Hari Konvo Ina 2003..
6) Last ziarah Atok, rasanya Raya tahun lepas kan? Lama sungguh..sempat Atok tengok 2 anak Ina...Raya tahun ini tak dapat jumpa Atok lagi bersama anak Ina yg ke 3..huhuhu.
Ina memang tahu Atok sudah sakit2..Macam yg Tok ceritakan..ada darah tinggi, suka nak pitam, gastrik, sakit tua (seusia dgn umur Tok. rasanya dah hampir 70 kut)..Tapi Tok tetap aktif & cergas, macam tak sakit, dlm sakitpun Tok suka jalan2..Al Maklum Atok ni dulu & kini Orang kuat Wanita..Kagum betul...Tok seorang yang ceria, tak percaya lihatlah foto2 ini...
Di Rumah Cuepacs (sebelum berangkat ke Konvo Uniten)
Raya 2007
Raya 2007
Di harap kepada sesiapa yg membaca entry ini, sudi sedekahkan Suratul Fatihah buat Atok saya. Semoga rohnya sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah s.w.t..Terima Kasih..
Sesungguhnya Kerana Allah dan kepadaNya kami kembali...(Innalillahiwainnailaihiraji'uun)
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:47 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Kenangan Bersamamu, Sakit


