Wednesday, May 27, 2009

S.U.A.M.I

wahai SUAMI...



Adakah suami anda memenuhi S.U.A.M.I ini?

S = Syariatullah.meletakkan SYARIAT ALLAH di hadapan. jelas wa haza HALAL wa haza HARAM.

U = Uswah Hasanah. menjadi CONTOH kepada Isteri & Anak2.

A = Amanah. terima AMANAH dari seorang ayah (Peralihan Amanah)

M = Matlamat. akan membawa keluarga ke mana? SYURGA @ NERAKA.

I = Istiqomah. Konsisten melaksanakan tanggung jawab.

ISTERI harus / wajib / gembira / MENOBATKAN S.U.A.M.I ini sebagai SUAMI. Ingatlah SYURGA kita adalah pada SUAMI dengan redhanya & taat Isteri.

Monday, May 25, 2009

What's an accident or coincidence??

ada kisahnya..nanti yer..yang penting..inilah jam baru ku.kuang.kuang.kuang;)





Halwa Telinga Lagi..

Sunday, May 24, 2009

DPLI...

Esok kan menjelma..
Semoga Perjalanan ku ke'sana' dipermudahkan & dirahmati..
Ku pohon padaMu kurniakan kejayaan buatku..
Tak lupa terima kasih tidak terhingga buat suami atas dorongan & semangatmu...
Juga doa dari mak..terima kasih..

Ilmu umpama air yang mengalir, Tadahlah dengan hati yang IKHLAS..

Friday, May 22, 2009

Yusuf Islam Song....

Father & Son..


The Beloved


Sekadar untuk halwa telinga..Sama-samalah hayati...

Thursday, May 21, 2009

Sambungan..video II

Sketsa Persembahan Kakak & kawan-kawannya..



Terima kasih, Cikgu Nurul. Kaklong dah pandai baca Doa Tidur, doa bangun tidor, doa masuk toilet, doa keluar toilet, doa makan, doa selepas makan dengan maknanya,

yang paling impressed kaklong pandai baca doa naik kenderaan siap dengan maknanya sekali DAN ZIKIR MUNAJAT yang selalu dialunkan oleh USTAZ BADRUL AMIN tue..sukanya ummi..

Alhamdulillah, dalam masa 5 bulan di tadika, apalah yang dijangka sangat kan? Tambahan lagi Kakak baru 4 tahun..NAMUN, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, peningkatan yang kaklong pelajari amat memberangsangkan. Dah boleh, baca A,B,C...kalau berlagulah + mengira..

Kesempatan yang ada sewaktu majlis sambutan itu, ummi tak lepas peluang berkongsi, bertanyakan, & mendedikasi sesuatu buat cikgu Nawwaratul..CIKGU NURUL.

Ummi: Cikgu, terima kasih. sy seronok sgt Nawwaratul pandai berzikir. macam mana cikgu ajar?
Cikgu: owh, Nawwaratul memang cepat belajar kak. kami memang rutin ajar & dengarkan zikir + berdoa setiap kali nak tidur & bangun tidur..

banyak lagi dialog lain..biarlah disimpan dlm memori ummi...

sedikit gambar kenangan bersamamu...






Wednesday, May 20, 2009

Sambutan Semalam...

HARI GURU & HARI IBU..

Lakonan Di Dalam Kelas..



Semalam, Ummi & Abang dijemput oleh Tabika Nawwaratul untuk menghadiri Majlis Hari Guru & Hari Ibu..

Lihatlah dulu rakaman persembahan anak ku ini dulu..

ummi ada nak cerita, but I don't have time..next ya..

HIJAB / TUDUNG..

DILEMA SEORANG GADIS...



Ambillah pengajaran dari klip ini untuk diri sendiri..dari satu sudut yg lain untuk kita sebagai khalifah di muka bumi ini, bagaimana mahu memberi jawapan kepada golongan yang memang tidak mahu bertudung / bersikap culas dalam bertudung...

Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU..

http://www.makeadifferencemovie.com/

movie, yang patut di lihat...

Khas buat semua Guru yang pernah mengajar diri ini.

Sekolah Rendah : Cikgu Latha Krishnan (my Best BI Teacher=cikgu angkat), Cikgu Fadzilah (BM), Cikgu Awang, Cikgu Arshad-sekarang dah Guru Pen Kanan (Maths), Cikgu Zuraidah, ....

Sekolah Menengah : UStazah Maznah(agama+arab+warden), Cikgu Habsah (Maths), Cikgu Anis (BI), cikgu Kang (sejarah), cikgu razak (BM), Cikgu Hanim (Fizik), Cikgu Suzi, Cikgu Azmi (Fizik), ....

InsyaAllah, berkat kehendak suami, diri ini akan bergelar guru jua suatu hari nanti..Terima kasih Abang atas semangat & sentiasa mendorong + yakinmu..You're always stood by me..

Sunday, May 17, 2009

Because You Loved Me...



For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


I'm everything I am
Because you loved me


**************************************************

Tuesday, May 12, 2009

Special Song For The Special One..

I CAN'T HELP FALLING IN LOVE WITH YOU

Wise May Say
Only Fools Rush In
For I Can't Help Falling In Love With You...

Shall I Stay
Would it Be A Sin
For I Can't Help Falling In Love With You...

Like a River Flows
surely to the sea
Darling so it goes
Something are meant to Be...

Take My Hand
Take My Whole Life Too
For I Can't Help Falling In Love With You...
For I Can't Help Falling In Love With You...
For I Can't Help Falling In Love With You...

Kisah Puasa Sunat..

Rentetan kepada 'KEMENANGAN' semalam. rasanya, satu Malaysia tahu kan?

TAKBIR! laungan itu juga tiba-tiba sahaja di laung waktu dalam kelas pengajian malam tadi..hehe..semua pakat sambut ALLAHu AKBAR!!!

Juga amanat yang diberi oleh TN GURU supaya semua tidak merasa cepat 'senang' dengan kemenangan tersebut.. Sebaliknya, ucapkanlah syukur kepada Allah terlebih dahulu dengan Sujud syukur & pakat sama2 puasa sunat hari ini..kerana Dia telah menolong memberi haknya kepada yang HAK...

Nak dijadikan cerita...bila dapat je sms semalam, hati ni tergerak akan buat sujud syukur (sudahpun buat) + naklah puasa sunat hari ini...

TERLUPA 1:
Sesudah subuh tadi, ajaklah abang puasa, dia kata ok..TETAPI....dalam proses siapkan diri, siap pakaian anak + siapakan anak nak pi kerja & sekolah, hehehe, dengan selambanya, ummie ni makan keropok bantal(yg abg beli kat Maidin)..sebab sambil nak pakai baju Kaklong dia pegang plastik keropok tue..ummienya ni sejak mlm td memang tak sempat nak makan apa2, sebab pegi kelas malam, terus lah berebut dgn anak makan sekali..eheh..tak ingat lagi tu?

BILA INGAT? on the way dalam kereta dgn Abang & Nawwa, tetiba teringat..."SUBHANALLAH, abang. Na terlupa kita puasa. Takpe, dah tak ingat, nak buat mcm mana. Dimaafkan,"kata Abang memujuk isterinya yang agak lalok sikit...hehehe..

TERLUPA 2:
Dek kerana dah lambat, ummie 'izinkan' hantar Abang & Nawwa dulu ke pejabat Abang. Ummie hantar Nawwa ke sekolah..jam masa tu dah 9.00 pagi.."isk, anak belum sarapan..takpelah, cuba tanya cikgu kut ada lagi lebihan makanan."pujuk hati sendiri..
Yes, memang ada lebih lagi nasi lemak, alamak kaklong buat hal tak mau makan, pujuk punya pujuk + temankan, dia makan sikit jer.."kaklong kena makan, kalau tak makan nanti nasi ni menangis. lagipun membazir Allah tak suka, nanti masuk neraka"pujuk ummie..isk, tak jalan juga pujukku itu..macam mana nie, byk nasi tu kalau nak buang, nak makan segan (masih terlupa yg diri tu puasa)...akhirnya, cikgu sy minta izin makan yer, sebab sayang pula nak buang..apa lagi ummie buldozze jer semua tanpa sebarang rasa sangsi...


SCENE: CANCEL PUASA
hahaha...dah selesai semua, masuk kereta Abang call bertanyakan hal kaklong..dengan selambanya, ummie bercerita pasal anaknya yang tak mahu makan + ummie yg kena habiskan dek sayang...apalagi, soalan pertama Abang,"Ummie, nak puasa ke tak? kalau tak puasa bgtau abang, taknaklah Abang puasa sorang2."heheheheh.....sambunglah sendiri perbualan dua suami isteri ini ya..

Kesimpulannya, ummie tak jadi puasa dek rasa bersalah (apa taknya dah sampai kenyang) segan pula nak puasa..InsyaAllah hari lain ye Abang...

Monday, May 11, 2009

Kasihmu, AManahku...



SELAMAT HARI IBU Khas Buat emak di kampung (sempat telefon mak Sabtu lepas)..Juga buat semua ibu, ummi, mak, mama termasuk diri sendiri, eheh...semoga terus ikhlaskan diri menjadi IBU...

"Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkan mereka, dan uzurkan kekurangan-kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu, dan Akhirat redha-Mu, Amin."


"Emak, akan kak ingat setiap kerut & kedut di muka mak, riak suka, riang serta riak dukamu, akan ku ingat selalu. semoga mak terus kuat & sihat."


"Walaupun, hari abah jarang disambut & diingat, inilah keluargaku. Abah kini tidak sihat. Semoga Abah terus diberi sihat. Kak sayang semua, walaupun kita tidak nampak semacam mesra dek sering berjauhan;(. Maafkan kak mak & abah tidak dapat menjaga kalian dgn tangan ini sendiri..semoga ada peluang untuk menjaga kalian satu hari. Amin"

Friday, May 08, 2009

Rentetan Sebenar DUN Perak semalam...

Perak...Negeri ku
Sedih, Pilu, Terkilan, Pelik, Sedih, Sedih...Allah Lebih Mengetahui, Manusia bukan segalanya bagi Dia, sikitpun tak penting, NAMUN kitalah yang memerlukan Dia & ISLAM..
Sedikit terkilan hati dgn penuh ? , sebagai rakyat kepada rajanya....wallahualam..


Berikut adalah laporan secara langsung yang dibawa oleh Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak. - idhamlim.blogspot.com_
(Berita di ambil dari harakahdaily.net)


4.10 petang: Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Dan sidang Dun ditangguhkan pada jam 4.05 petang tadi.

3.21 petang:Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalau Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun, DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikan ucapan perasmian.

3.10 petang:Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada di kerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

2.40 petang: BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haram, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

2.30 petang: Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

2.05 petang:Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

1.00 petang:Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

12.50 tgh: Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan.

Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya.

Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

12.35 tgh: Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR.

Keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan

Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.20 tgh:Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

11.45 pagi:Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

11.35 pagi:Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.

Sekarang keadaan kembali tegang dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.15 pagi:Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.10 pagi:Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.00 pagi:Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.

Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

10.55 pagi: ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

10.40 pagi:ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.30 pagi: Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.

10.20 pagi: Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.

Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula

10.10 pagi:Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:

1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.

2. Tempat duduk ikut sebelum ini.

3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.

4. 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.

5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.

6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.

Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN.Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

9.45 pagi; Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.

Tuesday, May 05, 2009

WAIT FOR US...

TEMPAT: AQUARIA, KLCC
ANJURAN: PASTI AL ABRAR & PASTI AS SIDDIQ
PESERTA: MURID-MURID (80 ORANG)
CIKGU-CIKGU
AJK-AJK KOMITED with family..
TARIKH: 16 MEI 2009 (hehe..sama tarikh dgn hari guru + diana rafar kahwin..)

yang paling happy, pastinya anak-anak ummie..

Semoga Dipermudahkan Allah...

p/s: sekarang ummi tengah struggle, nak siapkan baju uNTuk SEMUA...

Baju kaum Hawa



Sebahagian Lagi Memori di......

CAMERON HIGHLAND...........;)


CAPTURED PICTURES WHILE ON THE WAY TO.....






Kami ber Tujuh (7) berhenti sekejap, sebab ummie nak buat susu..anak2 pakat lapar..masa tu dah pukul lebih kurang 1 tgh hari..Angin cukup kuat & sejukkkk....

Sepanjang nak sampai, inilah antara Hotel / Chalet / Resort yang ada di sana..Manalah satu Resort kami....





Jeng..Jeng..Jeng..This was our resort..hmm..quite impressed..mana satu pulak rumah kami..:)




Ha, inilah 'rumah' kami..Abg book paling bawah..nasib baik ada kosong..bukan taknak dok atas (mesti best), tapi bila kenang dgn anak keciknya, & mak tak berapa sihat...

Main focus Sight goes to ....dapurlah tempat pertama, mataku melihat..taktaulah, mana2 tempat bercuti, it was the first place.. mungkin sebab dek kelaparan kut selalunya + pembuka selera kalau bercuti nie..




Nyum..Nyum, siap masak jampun dah pukul 3 lebih masa tue..selera + sejuk sangat (terasa mcm kat oversea dah,eheh)...ini pemandangan ruang makan..(ha, yg pelakon dlm gambar tu sila buat2 tak nampak yer..;)



Seterusnya, favorite Pic ialah sudut Ruang Tamu, Bilik tidur (3) & Toilet (2)..Overall, we can give 9 over 10...










Wajah Manis Penyambut Bilik..hehehe..handsome tak? eh, kaki sapalah tue..(abaikan yer)..

Friday, May 01, 2009

Music Player