(Gambar diambil semasa abah di ICU selepas hampir 2 minggu di Hospital Angkatan Tentera Lumut-HATL)
Abahku tidak sihat sejak akhir-akhir ini...
Sakit jantungnya bermula sejak Oktober 2006 tahun lepas (masa Raya Puasa)
Sakit jantung abah mungkin bermula dah lama tapi yg betul2 mula masuk hospital seperti yg ku nyatakan di atas..
sejak tarikh itu, abah tak putus-putus berulang alik ke/masuk hospital.
---> Hospital Taiping --> IJN --> Hospital Angkatan Tentera Lumut
Sakit abah ni tidak ku war-warkan pd sahabat even dlm email..entahlah, abahku dah lali masuk keluar hospital dgn bermacam2 jenis 'treatment'...kami adik beradikpun jadi 'lali'...Kesian abah...
Thursday, March 29, 2007
Keadaan Abah masih seperti dulu....
Monday, March 26, 2007
Saat-Saat dinanti, Dirisaui, Akhirnya....
Alhamdulillah...
Selama 9 bulan membawa perut yg semakin hari semakin membesar,
semakin hari semakin nakal keletahnya,
semakin hari semakin lemah ummie,
Namun tetap tabah & kuat demi untuk melahirkan sorang lagi umatMu..
Ummie&Abah doakan;
Semoga kau kan jadi insan berguna pada Agama
Semoga kau kan jadi Anak yg Soleh
Semoga kau kan jadi Anak yg Taat & menyayangi ummi& Abah & sesama manusia
Semoga kau kan tidak kekok menggalas tugas Dakwah
semoga kau kan sentiasa dalam peliharaan, keberkatan, kerahmatan Tuhan Allah Maha penciptamu
Ameen..
Alhamdulillah,
Selepas menghadapi pelbagai perkara pada 2.2.2007 bersamaan 14 Muharram (Jumaat);
1) Jam 5 pagi, ke bilik air(terasa nak buang air kecil): ada tanda darah
2) Jam 7.30 pagi bersama abg(kebetulan mmg abg ambil cuti utk selesai hal KPLI),kami ke Institut Perguruan, Cheras utk hantar borang Terima tp dibatalkan sebab mengandung
3) Selesai jer, tak puas hati terus ke Bahagian Pendidikan Putrajaya, NAMUN masih jawapan yg sama, TERPAKSA TOLAK.....(tak mengapalah, bukan rezkiku...InsyaAllah tahun ini akan aku cuba lagi)...
4) Jam 12 tgh hari, saja ke Hospital Az Zahrah utk check up...Akhirnya, aku di tahan..
5) Jam 2 masuk labor room, jam 3 doktor tanya sama ada nak balik @ paksa bersalin-pecah air ketuban(sebab aku tak sakit)
6) Syukur petunjuk Dia datang, anakku bergerak (contraction)--> terus Dr. pecahkan air ketuban,..Subhanallah, sekali lagi syukur, warna air telah berwarna Hijau ---> Anakku telahpun mengeluarkan najisnya...
7) Selama 4 jam ummie bertarung (SAKITnya, hanya Allah & wanita yg berpengalaman bersalin shj yg tahu...)
8) AKHIRNYA sempat 10 minit sebelum Azan Maghrib yakni hari Jumaat Hari Mulia, anakku
yg ke 2 selamat dilahirkan dengan berat 3.35 kg jam 7.25 petang di Hospital Az-Zahrah, Bangi & disambut oleh Dr. Khamsiah Binti Muda yg amat baik & prihatin orangnya..Beliau juga memberi peluang kpd suamiku utk menggunting sendiri tali pusat anak kami serta merakamkan beberapa keping foto semasa proses kelahiran anak kami..TERIMA KASIH Dr. Khamsiah. aku & suami amat berpuas hati sepanjang masa mengandung & bersalin...
Bayi Mujahid ini kami namakan MAR'IE NAUFAL BIN NORSHAMSURI..
Semoga menjadi anak yang soleh...Ameen. ..
p/s: Syukran Jazilan buat sahabat2, rakan2 kerja yang datang ziarah kami; Hafiz Laili, Kak Yusrina&anak2, Haslaily & Dayana, Affiza & K.Intan, A.Rosli& K.lin, Helmi, Hanisah & Aiza Rahayu, En Megat sekeluarga, Hafizul, Su, & tak lupa yg hantar sms serta melalui email...Doa Kalian amat bermakna buat kami sekeluarga...
~SAAT-SAAT KAU DILAHIRKAN~
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:10 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Pregnancy/Delivery/Postnatal




