Malaysian Educators Selection Inventory
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2008/2009
PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JANUARI
Nama : MARLINA BINTI YAHAYUDIN
No. Kad Pengenalan/MyKad: 810213.......
Kategori : DIPLOMA PENDIDIKAN
Pilihan Program Pengajian Pendidikan di IPTA (SEMASA PERMOHONAN):
PILIHAN KOD PROGRAM IPTA
Pilihan 1 : AT51P PERDAGANGAN DAN PERAKAUNAN UPSI
Pilihan 2 : AT31D KEMAHIRAN HIDUP UPSI
Anda LAYAK menduduki ujian MEdSI bagi
Program Pengajian Pendidikan di IPTA yang akan diadakan
pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-
PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN YANG LAYAK DIPANGGIL UNTUK MENDUDUKI
UJIAN MEdSI :
Pilihan 1: AT51P PERDAGANGAN DAN PERAKAUNAN
Pilihan 2: AT31D KEMAHIRAN HIDUP
Tarikh : 29 September 2007
Masa : 9.30 PAGI
Tempat : DEWAN GEMILANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
BANGI,43600 SELANGOR
________________________________________________________________
Nah, esok test tu..Buntu tak tau nak baca apa. Actually program
ini adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
..dan ini pertama kali aku mohon (baru tau;)..Sebelum ini dah 4
kali ambil KPLI di bawah BPG..nasib masih tidak menyebelahi ku..
cuba yang ini pulak..
Diizinkan Allah, lulus semua nya,..akan mengajar Politeknik, Kolej
Komuniti @ Matrikulasi Programme......Thus, this is the different
between KPTM & BPG...BPG is conquer Primary&Secondary School..
Kandungan MEdSI esok ialah:
1) Aku kena jawab 300 item soalan yang mencakupi Personaliti, Minat
Kerjaya, Nilai Integriti & Kecerdasan Emosi...agak2 macam
IQ Testlah kiranya kan.?.
2) Soalan Berbentuk Aneka Pilihan
3) Jawapan hendaklah dihitamkan dgn pensil 2B
4) Hendaklah memilih jawapan yang sesuai dengan diri calon..
hmm.., yg ni mcm nak nilai personaliti..
Gerun la pulak..mcm mn nak jawab nie..jawab ikut kejujuran ke atau
'act' as what is not you...confused*winks*
Ada sesapa yg ada pengalaman ambil pengajian diploma nie???????
Friday, September 28, 2007
Ujian (MEdSI)
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
1:15 pm
1 tuan penasihat
Kategori: Kerja Dunia
Monday, September 24, 2007
Berhibernasi....
Assalamualaikum Semua,
Memang lama betul tak update blog nie..Maaf Dipinta..
Bukan bosan, bukan tak mahu peruntukkan masa menulis, bukan tak cukup masa
Bukan takdak cerita/kisah, semua bukan, bukan, bukan…
Sebenarnya semenjak 2 menjak nie, aku tak bosan sebabnya disibukkan dengan isu semasa terkini, Justeru aku telah peruntukkan masaku banyak menulis di email, yahoogroups & di blog lain..Banyak cerita sebenarnya nak kongsi dlm blog sendiri tapi
Malangnya tiada kesempatan…………
Apa yg dibuat telah jelas di atas, setiap hari kini wajib aku :
1) Tulis & ‘Paste’apa-apa sahaja tajuk tentang isu semasa & gerak kerja terkini utk dikongsi bersama di email yahoogroups Alumni, Nuqabagroup & email-email lain
2) Buka ‘The Memory of Nurin’…..www.nurinjazlin.blogspot.com
3) Buka Utusan Online
4) Buka Harakah Online (Biar dapat cerita yang adil)
5) Buka Blog Anak Tun
So, kesannya, bila mai blog sendiri, segala macam bentuk perasaan, harapan, telah tiada sebabnya telah 'dilampiaskan ke saluran-saluran di atas...heheheh...
Yang baik datang dari Dia, & segala kekurangan datang diri ini..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:14 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Me
Tuesday, September 11, 2007
29 Syaaban 1428H....
Ramadhan Bakal Menjelang Lagi
Kenangan Itu turut Menjelma
Nawwaratul Mar'iyah Nama Diberi
Esok Lusa Umat Islam Berpuasa
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2
NAWWARATUL MAR'IYAH
ANAK UMMIE & ABAH
2 TAHUN DAH ANAK UMMIE
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!!
Petikan dari Entry setahun yang lalu.....
Kau dijangka akan menemui ummi&abahmu,
Pabila genap 9 bulan bersamaan 15 Ramadhan 1426H,
NAMUN tanggal 29 Syaaban itu,
seawal jam 4 pagi,
Ummi telah dapat merasakan sesuatu yang indah & penuh barakah,
bakal ummi&abah lalui pada hari itu,
Ummi menahan kegembiraan dalam kesakitan,
pada setiap gerakan yg kerap darimu sayang,
Tak sabar rasa dihati sambil dipalit sekelumit ketakutan,
Sesudah Subuh,
Ummi & Abah memanjatkan doa pada Rabbul A'lamin,
Seandainya hari ini adalah SAATnya,
PERMUDAHKANLAH......
Rutin biasa,
Ummi & Abah bersiap kemas mencari rezki,
Namun, ummi sudah merasakan,
HARI INI ADALAH HARINYA,
Jam 9 ummi terlantar di katil,
Hanya berteman zikir kepadaNya,
& Abah disisi,
Sungguh ummi takkan melupai SAAT itu,
Bagaikan Nyawa di Hujung Tanduk,
Detik 12.52 petang,
Alhamdulillah, hampir setengah jam,
Ummi bertarung,
Kasihan dirimu sayang,
Akhirnya doa ummi&abah dimakbulkan Dia,
Lahirnya Insan Solehah,
Penyeri Ummah,
NAWWARATUL MAR'IYAH Binti NORSHAMSURI
~cahaya yang terpelihara~
29 Syaaban 1426H = 3 Oktober 2005 Masihi = Hari Isnin
29 Syaaban 1427H = Hari Jumaat
29 Syaaban 1428H = Hari Selasa
~hasil nukilan ummi mu~
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak
Serta Selamat Berpuasa 30 Hari
Kepada Keluarga Tersayang
Bonda & Ayahanda Tercinta, Mak & Abah Mertua Tersayang
Adik-Beradik serta Ipar
Sahabat Sahabiah, Rakan Taulan Blog
Seluruh Warga Muslimin & Muslimat
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:36 pm
2
tuan penasihat


