esok aku akan ke Langkawi bersama2 suami , anak-anak dan abah & mak mertuaku..
semoga Allah memudahkan perjalanan kami..
wait for next entry for the whole story..
p/s: hati & perasaan ini sedang sayu..mcm2 dugaan Allah utk menguji hambanya..
Bersabarlah sayang, ada hikmah disebalik apa yg berlaku...
Wednesday, April 25, 2007
Percutian Keluarga ke Langkawi
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:14 pm
1 tuan penasihat
Kategori: vacation
Tuesday, April 17, 2007
ILMU FIQHUL NISA' ~ HAID ~
SUBJEK: Bab 3 Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali (Kitab Fekah)]
- Fiqhul Nisa’ : HAID
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar
dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk
kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai
yang bersetuju dengan pandangan saya ini)..
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak
perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar
sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang
berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan
asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'." Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)
solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu
subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka
wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam
waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu
subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil /
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini
yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
10:23 am
0
tuan penasihat
Kategori: Santapan Rohani
Friday, April 13, 2007
JuSt a MiNutE a MoNTh a YeAR wItH YOu..
SPECIAL DEDICATED ENTRY FOR YOU, ABANG..
Thanks for being My Husband
Thanks for being You
I often tell You
I Love You
and say how glad I am
We found each other
I talk about
How much You mean to me
And How wonderful life is
Because of You
But I don't recall
Ever saying "Thank You"
for liking me
and accepting me as I am
for Loving me
and letting me know it
for sharing with me
in your own special way
But in my Heart
I Thank you all the time
for lots of things
most of all just for being You....
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:08 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Beloved Hubby
Wednesday, April 11, 2007
ALONG & ADIK...
(gambar di ambil semasa menziarahi Abah (Tok Wan Along & Naufal) di HOSPITAL ANGKATAN TENTERA LUMUT, Manjung, Perak..Masa Makan tengah hari di tepi pantai Lumut)
Akhirnya along ada kawan...
kata orang2 yg berpengalaman; (kwn2ku diofis)
1) kalau jarak anak setahun & 3 tahun, elok sebabnya kedua-duanya akan jadi mcm kawan, tiada iri hati, cemburu(sikit2 tu biasalah), Si Along akan lebih bertanggungjawab & independent
2) kalau jarak anak 2 tahun @ 4 tahun, elakkan, sebabnya mereka akan bercakaran, terlampau aktif, banyak cemburu & iri hati(siAlonglah), susah kalau nak minta tolong pd along (dia cepat merajuk, disangka abah& ummie dah hilang tumpuan pd dia)..
Pendapat aku;
hmm...ada betulnya jugak..sebab aku baru shj ada pengalaman ini..jarak anak hanya 1 tahun 4 bln shj, Along cukup sayang pd adik dia, Naufal.dah pandai pujuk adik (menepuk-nepuk perut naufal) kalau adik nangis & ummie tiada disisi @ ummie solat/memasak/mandi dsbnya..
kejap2 nak cium adik dia..kdg2 terjerit2 along,"ummie,ummie @ abah, abah!"sambil tangan tunjukkan kearah adik yg baru bangun dr tidur...oh, rupanya nak bgtau yg adik bangun! Sayang along ummie..
Along, ummie & abah tetap sayangkan along & you are always is the first one we loved
Special dedicated from ummie...
Pendapat Pembaca Blog?;
silalah, komen yer. Kategori ke 2 tu, lum ada pengalaman. so sesape yg dah berpengalaman bolehlah komen. ilmu buat bekalan diri ini dalam merancang keluarga nanti..he.heh..heh.
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:31 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku




