Tanpa cuping telinga
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itubersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibumenyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comelitu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidaksanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihatbayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehinggabayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkanpendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga ituyang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahubagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepadasi ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandangpelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anaktetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanakitu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,"kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yangsanggup berkorban.Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telahmendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," katasi ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagaimanusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasarendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an,si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah pendermatelinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anakberkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayahdengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahunlamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi kerandaibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cupingtelinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ketelinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, diatetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yangpernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapipengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasaminta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya denganbermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAHTELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagihayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,
Mak, kak selalu sayangkan mak&rindukan mak utk selamanya. Halalkan susu yang mak bg kak minum & redhailah anak mu ini..
"Ya Tuhan ampunkanlah segala dosa ibu ku & tempatkanlah
dia nanti dikalangan orang yg beriman"...Ameen
Friday, January 20, 2006
PENGORBANAN SEORANG IBU..isk..isk
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:15 pm
Kategori: Santapan Rohani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 tuan penasihat:
Post a Comment