Part One * 8 Jun 2006*
Seram sejuk mula terasa, esok mungkin hari bersejarah buat ku...
Tak lama dah. beberapa jam lagi ke hari esok....
9.00 am---> I will sit for MTeST (Malaysian Teacher Selection Test for my 3rd times..huaa
Entahlah nak kata prepare sgt pun tak, tak preparepun tak jugak...
Berharap agar dapat jawab dengan pantas & selesai...Bantulah hambamu ini, Ya Allah
Sebab sebelum2 ni utk ujian IMSAk tu selalu tak sempat habis..adalah dekat 15 soalan...
pressure masa & penat otak...4 papers for 2 hours non stop...fuuhhh...boleh pitam dibuatnyer..
ingat lagi tahun lepas dlm keadaan 5 bulan mengandung + demam panas...naik pitam makcik...
5.00 pm ----> Alhamdulillah, my 3rd times interview for different companies. Nak dijadikan cerita terpaksa tunda. bos ada hal. to-----> Ahad 9.30 am (11hb).. so, petang tu, hanya berehat dirumah.
1st time : Interview pd 18 May 2006 ( TTDI, Damansara) ------>Dah confirm diterima bekerja. 2nd time : Interview pd 30 May 2006 (Jln Dungun, KL) -----> will call for 2nd session...satu lagi ketakjuban berlaku, dapat call hadir 2nd interview pd 9hb. Jun 2006 jam 5.30pm
3rd time : Kali ni interview pd 11hb Jun 2006 (USJ 19) ------>
Wednesday, June 07, 2006
MEnGhituNg HaRI..DetiK DeMi DeTIk..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...bersyukur ke hadrat Allah, teramat lancar sekali sepanjang menjawab. Tak dapat nakku gambarkan dgn kata2, betapa rasa syukur atas kurniaan dipermudahkan...itulah berkat PENGORBANAN seorang isteri&ibu (hanya aku & suami shj yg tahu ceritanya)..*winks*, Allah balas 'on the spot'..juga rezki anak kut...
Kini, baru ku sedari kata2 org dulu2, "banyak berkat kalau dah berumahtangga ni"..Pernyataan yg tidak perlu disangkal. Rugilah kpd para wanita yang tidak mahu berkahwin.(dengan niat)
Dup, Dap, Dup, Dap...Ya Allah, betapa aku bersyukur dengan segala rahmat yg kau berikan..AKu masih memerlukan rahmat & keberkatan dari Mu Ya Allah..Ya Allah, kurniakanlah aku pekerjaan yg dapat mendatangkan kebaikan buat diriku, keluargaku, masyarakat(jemaah) & pd ISLAM..Jgnlah kerana pekerjaan baruku akan buatkan aku lalai pd Mu Tuhan...Ameen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 tuan penasihat:
Post a Comment