SURAT TAWARAN CETAKAN KOMPUTER
ST/KPLI
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
(UNIT PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PELAJAR)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 2-6, BLOK E 13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03- 8884 1000
Kawat: "PELAJARAN"
Fax: 03- 8884 1081, 88893507
MARLINA BINTI YAHAYUDIN Ruj. Kami : KP(BPG) 9115/8/IC(W02/A111M0000P/R8)
810213086464 Tarikh : 31 -Januari -2007
TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA AMBILAN JANUARI 2007
Saya diarah merujuk perkara di atas dan sukacita memaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti kursus praperkhidmatan di atas dalam :
Pengkhususan MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)
di INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIFF,BANDAR TUN RAZAK, 56000
KUALA LUMPUR, WP KUALA LUMPUR
mulai dari 5 Februari 2007 hingga ke suatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan.
2. Anda dikehendaki melaporkan diri di institut berkenaan pada 5 Februari 2007 Jam 8.30 Pagi.
3. Surat Tawaran ini hendaklah dibaca bersama Perjanjian Pendidikan Guru (PPG/KPLI-2005).
4. Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya jika:
(a)
anda gagal melaporkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh diterima oleh pihak yang berkenaan; atau
(b)
anda gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan termasuk x-ray dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda melaporkan diri; atau
(c)
anda disahkan oleh pegawai perubatan bahawa anda menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan anda tidak berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkurusus; atau
(d)
anda disahkan oleh pegawai perubatan atau ahli kimia bahawa anda telah menyalahgunakan dadah walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkursus; atau
(e)
anda didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan; atau
(f)
anda memberikan maklumat palsu atau gagal memberikan maklumat sebenar termasuk maklumat yang diperlukan dalam butiran 5 surat tawaran ini atau Borang Permohonan KPLI untuk mendapatkan tawaran kursus.
5. Sekiranya anda mengandung/belum melepasi tempoh 60 hari bersalin/mendapat kemalangan dan memerlukan tempoh rawatan yang panjang, anda tidak dibenarkan mendaftar. Rujuk Buku Panduan Tawaran untuk maklumat lanjut.
6. Anda tidak dibenarkan bertukar bidang pengajian (pengkhususan) dan pusat berkursus seperti yang ditawarkan.
7. Sekiranya anda menerima tawaran ini dengan semua syarat yang ditetapkan atau menolak tawaran ini, sila ambil tindakan sewajarnya seperti yang diarahkan dalam Buku Panduan Tawaran yang disertakan.
8. Walau apapun peruntukan/perbekalan dalam surat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan/atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan anda adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan berhak menarik balik tawaran ini tanpa memberikan sebarang sebab.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Bahagian Pendidikan Guru
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sila Cetak Untuk Rujukan
Alhamdulillah, selepas 3 tahun berturut-turut mencuba..Akhirnya, dapat jua. Namun, kegembiraan menerjah hanya utk seketika, Kesedihan + Kerisauan menerpa diri ini...Bagaimana mungkin diri ini ingin pastikan terus BERJAYA seandainya fizikal diri ini tidak mengizinkan???...
Abang & aku berusaha menelefon orang2 tertentu utk meminta pandangan & nasihat..Seandainya sahabat2 @ rakan2 blog punya pandangan, amat dialukan dlm keadaan diri ini amat memerlukan saat ini...(kalau ada kabel ke, tak malu diri ini ingin memohon bantuan) tak sanggup rasanya seandainya peluang kali ini terlepas begitu sahaja...
Wallahualam, Hanya Dia Yang Tahu......
Wednesday, January 31, 2007
Isi Kandungan SURAT TAWARAN....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 tuan penasihat:
Post a Comment