Thursday, June 21, 2007

Kesunyian Mulai Terasa.....

Hmm...entah apa yg ingin ngomelkan...

1) Hari nie, setakat jam 3.48 petang, bos tak masuk-masuk ofis..sunyi pulak rasanya..kalau tidak rasa gerun jer sentiasa kat hati..yelah, nak duduk tak sedap duduk takut2 bos panggil/suruh buat itu ini/...tapi bila bos takde, rasa macam ni plak..pelik..time nialah kalau kau nak tidur ke, baca majalah ker, berinternet lama ker(ha yg ni yg dok buat skrg)...tapi sebaliknya, dr pagi sampai jam 1 ptg td, aku siapkan draft aggreement utk seorang pekerja/secondment yg akan bersambung contract kerjanya dengan kami sampai tahun depan tapi based dekat BINTULU. hmmm...bisnes secondment/'jual orang' nie untung jugak..mmg boleh dpt profit margin shj dlm 50%..aku dah lama terlibat dlm bidang nie ('jual org' dlm bidang oil & gas).almost 4 years. Benefit dua-dua pihak dapat. pekerja dapat gaji tinggi, company dapatlah profit dr mark up price...hmmm, begitulah alkisahnyer...So, kalau ada sesiapa yg berminat nak kerja dlm bidang oil & gas (any Engineering post)...boleh contact sy..

2) Malam ni pun akan mula rasa sunyi..Aku akan tinggal berempat sahaja. Jam 9 mlm nanti, akan hantar abg ke ofis. Abang & kawan2 se Lab ada trip ke Terengganu. diorang akan naik bas/kereta jam 10 malam. hhmmm, aktiviti apa? Biasalah, aktiviti kaum lelaki..bercuti ke PULAU REDANG..even dah berkeluarga, bila dah sesama diorang, sanggup tinggalkan anak & isteri...tp takpelah abang...Na tak kisah demi kegembiraan Abang..SELAMAT BERHOLIDAY, Sayang!..Ahad malam baru sampai rumah...

3) Esok Jumaat, adikku Ainipun akan balik Kampung Perak..So, bertambahlah sunyi..tinggal aku 3 beranak...Jarang kesunyian begini..Almaklum jenis dari awal kahwin sampai beranak pinak tak pernah berenggang dgn Abang..ke mana sahaja pergi bersama angkut anak2 sekali, hatta ke hyper market dekat rumah ke mesyuarat ke usrah ke, mesti nak berteman...WELL, aku akan isi masa dengan sebaik-baiknya bersama anak-anakku...ANY SUGGESTION???

apa lagi >>>> kemas rumah, membasuh, packing barang yg belum habis2, ingat nak shopping beli perkakas nak basuh rumah sikit >>>

Rasanya aku akan rasa SUNYI hanya utk seketika cuma sampai Jumaat mlm jer...SEBABNYA

SABTU pagi sampai tengah hari terlibat dengan persediaan HARI SUKAN PASTI di SURADA...>>>> anak2 tinggal jap kat rumah makcik...ke ade sesiapa yg nak jd BabySitter??? Sebelah petangnya tulah ingat nak shopping sikit...

AHAD pagi sampai tengah hari, BERLANGSUNGLAH SUKAN PASTI 2007. aku adalah salah seorang ajk nyer..mesti seronok tak sabar rasenyer..game dier best-best..paling best game utk mak ayah & remaja...NAK TAHU datanglah kat PADANG SURADA, sungai Ramal Dalam.

SO, MANA YANG AKU SUNYI...tunggu dan rasailah nanti....hu..hu..hu..

0 tuan penasihat: