MAR'IE NAUFAL (DERMAWAN YANG TERPELIHARA)
Alkisah, satu cerita zaman dahulu kala, Lebih kurang usia anak pertama nak masuk 9 bulan, termaktublah yang si omak e mengandunglah lagi anak kedua 6 minggu..kalau tanya pilihan nama, tetap nak maintain MAR'IE @ MAR'IYAH (a.k.a Sir Name)tue..
Sejarah Nama MAR'IE & MAR'IYAH
Nama Abah & Ummie dia dah pendek-satu perkataan, So decide anak nanti 2 perkataan...Cari punya cari Dalam Kamus Senarai Nama-Nama Islam terjumpa perkataan MAR'IE (dibahagian Nama Lelaki) & maksudnya TERPELIHARA...hmmm, terus rasa teruja nak ambil nama tue buat Dormain Name..Atas dasar zaman yang penuh pancaroba kini, Mutakhir pelbagai peristiwa2/kejadian2/ Berita2 berlaku disekeliling kita yg meruntuhkan jiwa hati ibu bapa..akhlak anak2 masa kini..Na'uzubillah..Rasanya tidak perlu diceritakan
Justeru, selain usaha kita bakal menjadi ibu & bapa kelak utk memberi didikan, asuhan & menjaga anak2 nanti dengan ilmu Dunia & Akhirat ialah BERGANTUNG&BERSERAH SEPENUHNYA HARAPAN kepada Allah Ta'ala dalam 'memelihara' anak-anak kita nanti, seandainya Ummie & Abah tidak sempat melihat kalian membesar & memberi didikan yg secukupnya..Tanpa Berkat, Redha & 'Pemeliharaan' Dia, Siapalah Kita Di Dunia ini kan?
So, Kalau lelaki MAR'IE~MIM RO 'AIN YA~
Perempuannya just tambah ~THO MARBOTAH dihujungnya~ Jadilah MAR'IYAH...(adala sikit2 ilmu bahasa arab, belajar dari Ting. 1 hingga 3 jer)
Sekarang, just tinggal nak cari pasangan nama yg sepadan & seirama jer..Masa Mengandungkan Naufal nie..ada senarai 3 nama, tapi Naufal salah satunya dipilih..Yang Bermaksud 'Dermawan'...Dermawan nipun punya maksud mendalam..suka menderma wang ringgit/harta benda ka, senyumanpun derma jugak, tenaga yg paling penting..Justeru, Ummie mengharapkan agar Naufal nanti akan jadi seorang Insan yg betul2 pemurah dalam semua keadaan, mcm ummie skrg tak mampu harta benda @ wang ringgit, tp ummie rela sumbangkan tenaga selagi diberi daya oleh Allah Ta'ala..
sesuailah sangat, mcm2 ummie buat masa ngandungkan Naufal. Ummie betul2 tak sempat nak berehat..Kalau flashback entry2 sebelum nie, mcm2 event yg ummie buat since dr bulan April'06 - Jan'07; Ummie nak Naufal Jadi lebih dr Ummie & Abah tau nanti!
1) Cari Kerja Baru & attend Interview sana sini
2) Sesuaikan diri dengan tempat kerja baru yg Jauh dr rumah especially Travel Kajang - Subang Jaya.
3) Menguruskan ubm - handle hampir 30 kes throughout the year..
4) Ambil MTEST -- Interview Guru -- Mendaftar Guru(akhirnya terpaksa ditolak & Bersalin on the same day)
5) Bermuktamar sesi 2005-2006
6) Menguruskan akaun PASTI Al Abrar --- Lawatan Pusat Sains
7) Mesyuarat sana sini
8) Menguruskan program besar yg mencapai 100+ hadirin yg hadir --- KPKAA'06
9) Jaga Tokwan Sakit Kat Hospital masa Hari Raya
10)Urus Majlis Pertunangan Adik Ipar di Johor..
dan lain2...
akhirnya, pabila digabungkan terciptalah MAR'IE NAUFAL; DERMAWAN YANG TERPELIHARA, insyaAllah sentiasa dalam pemeliharaan DIA, & yg PALING penting rajin Utk ISLAM!
Budak Semangat, Semangat Dalam Perjuangan Jua Nanti, Ameen..
Tepuk amai-amai Belalang Kupu-kupu, Tepuk Naufal Pandai, Bilang Satu-Satu
Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh, Hari Mulia Negaraku Merdeka, MERDEKA!
Tunggu Entry utk Kaklong pulak nanti...............
Saturday, August 11, 2007
Tagging-Magging...Nama Anak2..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:19 pm
Kategori: Anakku, Family, Kerja Akhirat, Me, Nama Anak, Pregnancy/Delivery/Postnatal, Tag
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 tuan penasihat:
Post a Comment