Wednesday, December 19, 2007

Salam 'Idul Adha..

huhuhu...

Tahun ni beraya kat Kajang tak balik Kampung..yang bestnya mak ada bersama(abah dikampung)...so, ni tengah bersiap2 nak balik rumah..yahooo...Bos dengan paksa rela(muka berkerut as usual) merelakan aku half day...kenala bagi, sorang ker kat ofis nie..semua kerja dahpun aku siapkan...so 0 - 0 ye Bos...

Balik nak tolong mak buat rendang ayam + ketupat + nasi impit + kuah kacang...

Esok, berayalah jugak kami..Buat abah di kampung Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..Terima kasih benarkan emak beraya dengan Kak Ina di sini..Semoga Abah terus diberi kesihatan & kekuatan oleh Allah...Maaf sangat2 memang kami tak boleh nak bercuti(cuti dah habis)...

Buat Kengkawan yg tak balik Kpg, Jemputlah........


Assalamualaikum,

Saya & Suami menjemputlah mana2 sahabat yang tak pulang bercuti Beraya di kampung, Jemputlah datang beraya di Teratak kami di Kajang. InsyaAllah, ada buat makan kecil-kecilan (yg wajib rendang & ketupat ada)...Apa2 kalau nak datang callah dulu yer..takut2 kami tak ada dirumah..(sebelah petang sikit nak ziarah sedara di Damansara).. .


ni alamat kami,

No. 17, Jalan Muhibbah 5
Taman Muhibbah
43000 Kajang

Rumah belakang Tabung Haji (bukanlah betul2 belakang, masuk jauh ke dalam lagi selepas kampung Jambu)
Rumah betul2 depan padang mainan rumah 2 tingkat color oren...silalah yer..


~Mar'ie wa Mar'iyah Usrah~

3 tuan penasihat:

Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

I'm sorry..who r u actually?

aida said...

alin,
bestnya jumpa kat rumah baiti hari tu.. tak sempat lak nak borak lama, lagipun dah maghrib kan, suami pun ajak balik.

insya Allah kita jumpa lagi yer nanti :)

-kak aida @ limaunipis-

Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

a'ala, kak Aida..seronok sangat rasanya..cuma kita tak boleh lama...berborak mcm dah kenal lama..maafla, agak blur & konfius masa tu..almaklum akak kan ada kembar...bila cari2 balik rupanya akakla limau nipis(glamour akak nie)..itu yg penin nak trace..hehehe..ada rezki lain masa kita jumpa lagi..selalu2la kesini yer..