Assalamualaikum, w.b.t:
Sejak Akhir2 ini (hakikat sebenarnya ialah telah lama sejak memegang unit ini), tgjwb pihak BM/penyelesaian kes2/permasalahan yg ditimbulkan- masalah hati @ adab+persoalan2 ttg BM/kepeningan&keserabutan kdg2 menimpa kepala saban hari & ada kalanya lega.....pokok segala cerita hal2 ini alhamdulilah tak pernah lekang dari hidup ana yg rasanya telah sebati dgn tanggungjawab menyelesaikan hal BM ini....
Tujuan menulis bukan untuk mengeluh dgn tgjwb yg dipikul (nauzubillah) , tetapi adalah lebih untuk mengajak sahabat2 berkongsi Ilmu serta suka duka yg berlaku & mungkin boleh memberi beberapa cadangan @ pandangan..Wallahua lam (Dia lebih Maha Mengetahui).
BM = Baitul Muslim (Rumahtangga Islam)
BM vs COUPLE..
Seringkali persoalan2 timbul tentang 2 patah perkataan di atas...mgkin kita (yg tengah baca skrg) pernah dlm keadaan ini kan? Moh ana mulakan dengan menyenaraikan beberapa persoalan2 merangkumi skop di atas yg pernah dulu, kini & masih keliru pernah ditanyakan kepada pihak BM..hakikatnya kita adalah para Da'ie & pejuang Islam serta orang Islam perlu berusaha utk memahami 2 perkataan yg nampak serupa tapi tak sama MAKSUDNYA!!!
1) adakah kalu kita berBM bermakna kita bercouple?
2) Jika sekiranya berBM ni bkn bercouple, tempoh seseorang muslimin @ muslimat sblm melangkah ke alam pertunangan @ perkahwinan itu dipanggil ape?
3) Taaruf(=berkenalan) lg ke atau mcm mana?
4) Apakah status org yg dah smpai ke prgkat 'selesai'? Mereka ni dipanggil sbg kekasih ke @ ape sbnrnya?
5) Kalu lambat lg nak kahwin sedangkan dah 'selesai' bukan ke nampak mcm couple?
6) Bagaimana nak jg hubungan & perbatasan dari aspek virtual & reality berdasarkan konsep perhubungan dlm ISLAM?Adakah terletak pd diri sendiri shj @ pun pihak BM terlibat skali?
7) Diikat melalui BM ni means mcm kita di ikat melalui pertunangan ke?
8) then, kalau ber BM, apa implicationsnya?
9) Perlukah mereka yang sudah berBM ni war-warkan yang diri sudah ‘settled’?
Lepas tu ada pulak, yang cuba menolak system/prosedur BM yg telah di gariskan;
10) Pada pemerhatian, sesiapa yang melalui proses berbm ni, muamalat mereka macam bebas je?
11) Rasanya BM ini lebih efektif dalam keadaan 'esok nak kahwin, hari ni ber'BM' .
isk..isk.isk; bm, couple>couple,BM... peningkan bila baca soalan2 tu..takut2 akhirnya BM+Couple=Sebatian nanti!!TIDAK! !!JANGAN! !!
BM=Harus, Wajib
Couple=Makruh, Haram- -> harap Jelas, kalau tak jelas jugak, sila lihat bawah;
DEFINISI BM & Couple
Baitul Muslim = RumahTangga Islam. Ber BM tunggak utamanya ialah rasa Tanggungjawab yang lahir dari HATI yg BERSIH utk mendirikan Rumah Tangga berlandaskan SYARIAT ISLAM.
Couple = Berdua-duaan. ber Couple tunggaknya adalah NAFSU, HATI yg TIDAK BERSIH..rasa nak sama mcm orang lain, diorang ada gf/bf, kita pun nak. rasa nak caring mecaring, nak bergayut telefon(bersembang) , nak bersentuhan (bila bersama berdua), nak keluar berdua-duaan, naik kereta sama2 @ naik motor, nak makan sama2, rasa nak kirim sms utk tanya khabar, saling rindu merindu..UNTUK APA SEMUA INI??Adakah si 'dia' tu Isteri/Suami kita @ tunang kita??
Inilah perbezaanNYA. .. Bila DIDEFINISIkan memang ketara sangat2 perbezaan..JUSTERU, mengapa kita yg menggelarkan diri sebagai Pejuang dalam Agama Allah serta ORANG ISLAM ini nak ambil yang Couple itu sbg ikutan??Usah diikut sangat NAfsu sebaliknya gunalah akal fikiran yang WARAS kerna kita ORANG ISLAM..Jangan cuba menconteng air muka sendiri, kerna dikhuatiri kelak kita juga yang malu..Yang Paling dirisaui, mungkin perbuatan kita sekarang akan membelenggu gerak kerja kita akan datang serta rumahtangga yang bakal dibentuk kelak, fikir-fikirkanlah kalau anak2 kita pun buat macam kita sekarang kelak, apa kita nak buat........ ....
Mungkin akan ada yang bercakap; kami dah ber BM, & keluarga pun dah tahu & dah jumpa, pihak bm tak perlu nak ambil tahu lagi...
Jawapan kami; Ya benar ibu bapa kalian telah tahu & mengenali, so, bolehlah kalau nak naik kereta sekali (hantar & ambik dari kelas @ tempat kerja), tapi ana rasa jauh dalam sudut hati ibu bapa kita tetap ada perasaan risau..betul tak? cuma risau tu kdg2 tidak dizahir takut anak2 kecil hati...Justeru, amalan2 yg ada dlm masyarakat @ 'Rotation habit' inilah yg perlu kita hakis...Peranan Siapa?.....Ya, sudah tentu kita2 ni semualah AHLI JEMAAH yg telah diTarbiyyah sbg Role Modelnya!Biar, mak bapak kita pulak tertanya-tanya; Hai, anak aku nie tak keluar 'dating' ke dgn si polan? berbual dengan telefon pun tak? jarang pulak sebut2 nama si polan..ada apa2 dah berlaku ker? Ha, bila ibu bapa kita mula investigate, time nilah kita boleh bercerita bagaimana sebenarnya Hubungan Sesama Perempuan & Lelaki selagi belum sah Berkahwin kpd ibu bapa kita (rasanya mostly mak bapak level kita masih jahil bab2 ni)..tak ke Impaknya nanti mereka akan berbangga dengan kita sekaligus ISLAM itu sendiri....pastu mula mengawasi anak2 yg lain supaya amalkan 'sistem' yg sama..lepas tu, kalau ibu bapa kita tu tok ketua ka, guru ka, menteri ka, apa2 lah jawatan, cuba nak implement perkara ni dalam masyarakat.. .APA IMPAKNYA...Tepuk dada Tanyalah Minda..AllahuAkbar! secara tak langsung 'Life Cycle' akan dibetulkan.. ..(kita perlu ingat tak semua adik beradik, kawan2 kita ahli jemaah mcm kita)...baru ada sikit rasa nikmat hidup dlm Islam..kalau tidak tak rasa apa2 sebabnya ISlam ni dah ibarat keturunan..tok nenek kita islam, mak bapak kita Islam, then kita anak-anak... Sumbangan yg sedikit ini sebenarnya adalah dakwah kita sbg Khalifah atas muka bumi ini, Hasilnya Banyaknya pahala-pahala kita dapat daripada rantai-rantai yg tiada berpenghujung jika terus diamalkan ....
....Fikir-fikirkan. .
(juga ana tujukan artikel kali ini buat renungan semua sahabat sahabiah yang masih belum berkahwin sama ada dikampus mahupun sudah bekerja ataupun dialu2kan kawan2 biasa kita diluar sana, kalau nak berubah kepada yg Baik amat Allah suka, sama ada yg memilih melalui UBM atau yg 'sedang @ cuba ' usaha cara sendiri, yg dlm pengetahuan pihak BM @ tidak, sama ada dengan yg berfikrah Islam @ tidak berfikrah Islam...)
JAWAPAN2 KEPADA PERSOALAN2 DI ATAS
Yang ni ana leave it alone, kalau nak jawab semua panjang pulak nanti, ke siapa2 boleh nak asah minda & tulisan nak komen silakan..@ depends on demand....
"Salam mahabbah buat adik2 serta sahabat2 yang bakal Berumahtangga"
Hasil Nukilan:
Ummie Mar'ie wa Mar'iyah
SU BM Sesi 2007-2009
alin_ppiuniten@yahoo.com
Awal Muharram 1429H
p/s: Pasal hal 'hati & perasaan ini, banyak artikel dr saifulislam.com (ustaz hasrizal) boleh dijadikan bacaan...nanti ummie letak beberapa dr artikel ustaz buat renungan utk tatapan kalian...w alam
Thursday, January 10, 2008
Coretan lama, Dihidup Kembali..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
4:06 pm
Kategori: Kerja Akhirat, Ummie Mengomel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 tuan penasihat:
Post a Comment