Menulis Bukan kerana Benci, Tapi lebih untuk menenangkan hati, memujuk diri yang selalu merasa di ‘anak tiri’.
Ini sahaja cara yang kurasakan sesuai buat pengubat seketika selain berserah & pasrah pd yg Esa..
Bayangkan, satu-satunya pekerja yang wujud dlm pejabat sejak setahun yg lalu, yang buat semua kerja, yang uruskan hal itu dan ini, dari sekecil-kecil urusan hingga yg besar (yg mana yg tak mampu ku divert aje pd bos), yang banyak faham & sabar akan karenah & sikap director, inilah orangnya MARLINA, seorang pekerja wanita, perempuan, isteri, & ibu kepada 2 anak & bakal menimang sorang lagi cahaya mata Julai ini..
Sejak setahun yang lalu jugalah, aku sering menerima perlekehan, sindiran, direndah-rendahkan kemampuan hingga kesannya membuatkan aku sendiri sentiasa kurang yakin, takut-takut, ‘lack of communication skill’. Aku tak rasa tertekan dengan kerja-kerja yang dibuat malah bersyukur + bangga dapat membuat pelbagai jenis kerja/bidang bukan setakat kerja-kerja akaun semata. Samalah di tempat kerja lama dahulu..Tekanan kerja tak ada sangat. ‘ I think I managed it well’. Yang buat aku tak tahan ialah tekanan yang ditimbulkan oleh manusia yang tidak tahu untuk menghargai & berterima kasih.
Hari ini, sekali lagi aku dimarahi @ disindir lagi. Dahlah kita ni tengah sarat + bekerja sorang + disindir di hadapan orang (seingat aku, dlm sebulan ni sudah 2 kali kes di marahi/dipersoal di khalayak umum aka dimalukan). Tak pandaikah nak jaga maruah orang? Kalau nak diikutkan sakit sangat hati ini. Kebetulan fizikal ku sudah 3 hari tak sihat, sejak keluar wad ni. Dapat batuk yang sakit sampai dada. Semalam Khamis pun mc.
Please explain to me. What do you mean by pattern? Apa maksud Tn. S Saya keluar berjalan-jalan? Saya betul-betul tak faham dengan persoalan tersebut. Macam itulah, selalunya tak puas hati terus tanya dalam keadaan nak cepat, tanpa membenarkan aku memberi penerangan. Lepas tu terus pergi, tinggallah aku termangu-mangu kesorangan sambil air mata deras mengalir di pipi. Ini sahaja ubatnya yg tercepat.
Setiap tindak-tandukku, sering dipertikai seperti tidak mempercayai. Anak yang memang betul-betul sakit & dimasukkan wad dipertikaikan. Di tuduhnya aku pergi berjalan-jalan @ buat something else, sbb tu ambik cuti hari Isnin. Entahlah, ye ke tidak, sebabnya memang tak faham apa maksud dia?? Memang betul anak saya sakit, saya nak buat macam mana?? Ada Tn. S tanyakan khabar anak saya @ saya? Ada Tn. S balas sms saya bertanya bagaimana keadaan anak saya? Sakit apa dia sehingga kena tahan di wad & buat sikit pembedahan? Ada Tn. S tanya? Tak ada..kalaupun segan nak ganggu time cuti, tp once sy dah masuk kerja, tak salahkan kalau nak tanyakan khabar? tak langgar peraturan rasanya bos ambil tahu hal kebajikan pekerja? Sejak dulu begitulah. Malah saya tak pernah merungut, persoal tentang Tn. S. Bila Tn. S saya lihat macam tak sihat, sy tak pernah nak ganggupun meskipun kalau ada surat2 @ cek yg perlu di sign, sy hold dulu, sebab mood org sakit ni tak menentu. Tapi dengan saya yg sedang sakit & tak sihat, Tn. S boleh buat macam tu. Sungguh tidak berperi kemanusiaan. Saya bukan minta untuk diberi perhatian sangat, tapi cukuplah sekadar memahami & berterima kasih serta menghargai. bukan sentiasa syak wasangka..
Sedikit perbandingan yang saya nak buat, di hari yang sama & waktu yang sama, Isnin pagi itu, Suami sms bos dia. “salam, saya mc hari ini anak di hospital”..ringkas sahaja.
Sms saya pd bos pulak. “Slm, Tn. S. Sy mc hari ini anak admit wad di bangi sejak Sabtu Tgh Hari. Wsm”. Agak detail smsku ini.
Tetapi seperti biasa, smsku hanya sepi tanpa sebarang balasan malahan utk bertanyakan khabar, jauh panggang dari api. Sebaliknya bos suami. Dia mendapat balasan dr bosnya. “anak sakit apa”. Lihat sedikit perbezaan ini.
Adakah disebabkan aku ini perempuan, lalu aku tak berhak dilayan seperti pekerja lelaki yang lain? Mereka boleh bergelak ketawa, sembang, makan sama-sama, tapi dengan aku tiba-tiba jer bertukar jadi macam singa. Serius jer. entahlah.
Adakah semua bos begitu? Mentang-mentang mereka bayar gaji kita, kita boleh ‘disepak ditendang seperti bola?’ sedarkah wahai orang di atas, tanpa orang bawahan ini, susah syarikat juga?
Apa salah saya? Saya rasa saya dah buat semua kerja dengan sempurna. Banyak pengorbanan yang saya lakukan utk syarikat.
Sepanjang hampir 2 tahun berkhidmat:
Tak pernah seleweng wang syarikat
Tiada masalah kewangan @ shortage. (mungkin hanya sekali shj dulu, mula2 kerja, duit di bank terkurang)
Dapat siapkan Audit report 2006 (dlm keadaan sarat anak ke 2) & 2007 on time
Dapat perbaharui semua lesen-lesen syarikat on time
Korbankan weekend untuk datang siapkan bid tender siap suami & anak2 temankan-tanpa bayaran.kita terimalah kita taraf executive. No OT, No socso. No Insurance. No Medical Benefit (hospitalization&Maternity benefit). (sedangkan esoknya tiba-tiba bos cakap cancel).
Pernah balik lewat untuk tender (no OT sebab aku adalah taraf eksekutif)
Pernah satu ketika aku mc sakit, datang juga pejabat sebab bos tak bawa kunci. Bayangkan aku angkut 2 org anak & dlm keadaan masih khayal ubat, aku bw kereta dari Kajang ke Subang Jaya tengah hari buta, Sedangkan kalau aku tertinggal kunci @ kad, aku cukup takut nak bagitau bos, sebabnya akan kena marah / disindir. Tp nak buat macam mana tahan jelah telinga. nak balik Kajang Jauh sangat, sedangkan rumah dia sekangkang kera jer as compared Kajang nun..
Siapkan menaip tender. Kadang-kadang draft dah kusiapkan awal, tp selalunya maklumat dr Tn. S yang lambat. Sebab itulah selalu jadi last minit. Bila dah lewat (nak closing date), masa tu bos naik angin, marah-marah kata aku lambat itu salah ini salah, sampaikan ada sekali sampai tendang meja.
Banyak bersabar sebab kerja sorang-sorang, tak pernah rasa bonus @ increment lagi.--- Alhamdulillah, I deserve to get this on Sept'08....boleh baca entry bulan Jun & Sept'08..
Tak pernah claim medical kalau sakit. (sebab guna medical card suami). Pejabat dah jimat dah. Tapi kali ini bersalin, aku nak mohon claim medical untuk setahun yang di ‘qualify’ untuk tampung kos bersalin nanti. Sebabnya tempat kerja suami hanya hadkan maksimum RM500 sahaja untuk bersalin.
--- Sorry, sorry, sorry..you are not entitled to get this..siap kata"itu salah awak, kenapa tak claim pejabat. kalau awak nak juga saya boleh bagi tapi itu consider Ehsan dari sayalah"..ok find, I got the answer..that's it..Bukan niat/cara sy sampai nak sembah merayu menagih simpati, i'm not like pengemis jalanan, tp memohon secara professional, nak bg @ tidak its up to you, but dont mention it as ehsan-wpun ada sikit masalah kewangan masa tu..Alhamdulillah Allah ease everything for me & family...kesimpulannya, no dasar kemanusiaan langsung dlm bekerja..semua kena ikut rule & regulation (yg hakikatnya manusia juga yg buat itu semua..sedangkan Allah pun dalam KUASANYA & AMARAHNYA, masih ada belas kpd makhluknya dikala makhluknya sujud merintih taubat..ini kan KITA MANUSIA yg kerdil)
Maafkanlah diri ini. ...boleh baca entry ini dlm bulan Jun'08
Dengarkanlah teman, dengarkanlah pesanan, Aku menulis bukan kerna Nama, kerna sifat kasih, pada sesama insan, yang menyatakan kasih sayangku, kita sama, semuanya sama, apa yang ada hanyalah kehidupan, Jangan kau dengar puisi dusta, Kerna ia merosakkan jiwamu, Jangan kau alas hatimu itu, Dengan secebis warna kehitaman, Biarkan seperti anai2, Lambat laun hancurlah dirimu,
Jangan kau dengar kata yang manis, kerna ia bisa meracunmu, .....bla, bla
dah tak ingat senikata lagu tue..tapi memang menusuk kalbu, nak sangat dapatkan lirik lagu tue..
Saturday, April 26, 2008
Aku menulis bukan kerna I
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
11:56 pm
Kategori: Bos, Kerja Dunia, Ummie Mengomel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



8 tuan penasihat:
berenti je la alin
ade jugak bos camtu erk...
eheh...ade jgn ingat takde awak..
dah 2 kali pengalaman bos mcm nie..cuma mungkin darjah masing2 jer lain skit..
memang ikutkan hati nak berenti..tengoklah, ada jer rezki dekat dgn kwsn umah..berentilah eden..tq 4 support..;)
kesian akk..bos su pun pyh nak percaya kalu bab2 mntk cuti sbb anak..dia lgsg x nak dgr alasan berkaitan anak..tp kalu dh emergency nak wat camnakan..sabar ye kak..mdhan2 ada rezeki lbh baik
InsyaAllah, Su. mudah-mudahan. itulah safal, macamlah diorang tu takdak anak & bini kan? & takdak experience ahli keluarga sakit. akk nie kira beruntung sbb boleh pakai kad medical suami..kalau ditakdir, tiada & susah, entah diorg nie nak tolong ke idak kita yg susah nie, tanyapun tak..entahlah...
huhuhu..sampai jam ini 30hb-5.30pm..bos stil tak sign cek gaji..dahlah cek2 tu lama disiapkan + form mohon cuti 2hb nak balik Kedah mlm nie..tak pernah2 dia terlupe @ lewat than 28hb...kenapa ek??marah lagi ker? dengki ke? tak puas hati lg ker? dah letak terang2 atas meja yg selalu confirm mmg nampak..haruskah aku bertanya? TIDAK! biarlah, nak tengok apa sebenarnya yg dia nak...huhuhu...
sbr la alin,akk fhm sgt situasi yg alin hadapi,dl igt lg akk pnh singgah opis alin mengadu psl bekas bos akk ms keje kat sbg jaya dl,perengus lg p'bengis orgnya,cacian,maki hamun&carut m'carut adlh lumrah bg dia,dh la ada pertalian saudara plk tu..keja kat mn2 pun sama jgk,dh tau kita ni x larat tgh mengandung+alahan lg nak suruh outstation jauh2.apa yg mampu kita buat hanya b'sbr & b'serah smg Allah permudahkan sglnya.
sabar lah lin... dah boss u perangai macam tu... memang perangai dia mcm tu... sabar lah... tak payah lah dok umpat dia lagi kan... tak baik kan...
maaf, siapa kerna_nama nie yer..dah tak umpat dah..cuba tengok tarikh komen tue..hanya raise the issue on the day jer..pastu selalunya dah lupa + cuba tak berckp dah..buat keje lagi baik dr byk ckp..(luah just utk release 4 myself act)..& komen kwn2 as self-motivate(take the +ve only)
apapun, tq for the nasihat....sentiasalah nasihat menasihati sesama manusia.
Post a Comment