Monday, June 16, 2008

Hajat Yg Tak Kesampaian...huhuhu..

20 Mei 2008

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
E-3-2, East Wing, Subang Square
Jalan SS 15/4G
47500 Subang Jaya
Selangor

U/P: Tn. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tuan,

MEMOHON MANFAAT PERUBATAN / MANFAAT BERSALIN

Perkara di atas dirujuk.

Saya, xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx, ingin menarik perhatian pihak tuan berhubung perkara di atas memandangkan saya dalam persediaan mengumpul kewangan untuk proses melahirkan anak InsyaAllah dijangka 20 Julai 2008 nanti.

Untuk pengetahuan pihak tuan, genaplah tempoh dua (2) tahun perkhidmatan saya di syarikat tuan pada bulan Julai 2008 ini. Justeru, saya amat berbesar hati sekiranya permohonan pertama saya ini dapat diluluskan oleh pihak tuan.

Saya telah membuat semakan melalui ‘terms and conditions of service’ syarikat di bawah Artikel 9 (Medical Benefits) atau Artikel 10 (Maternity Benefits) yang diperuntukkan kepada pekerja, dan ingin menarik perhatian pihak tuan untuk menyemak polisi tersebut.

Justeru, sekali lagi saya amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini sekaligus meluluskan dengan kadar amaun yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Semoga dengan manfaat yang akan diperoleh ini dapat meringankan kadar bebanan yang akan saya sekeluarga tanggung.

Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah murahkan rezki tuan sekeluarga dan selamat bercuti.

Sekian.


Yang benar,

iena
…………………….
(xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx)
Akaun Eksekutif

*************************************************************************************

Surat ku ini di TOLAK..tersayat, tersiat rasanya hati ini masa tu..tp kuterima semua alasan dia..

tapi masa surat ni diberikan saat 'pertarungan' sengit ku sewaktu sebelum Bos bercuti 2 minggu tempoh hari.. kisah perit dalam siapkan kerja ada entrynya sebelum ini..

Namun tindakan nekad ini harus dibuat demi mempertahankan hak ku sebagai PEKERJA..kalau kita tak mulakan, siapa lagi kan??

1 tuan penasihat:

Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

Act, ada lagi kisah bersmbung utk 24hb, 26hb, 27hb, 28hb (tarikh submit tender tu ke KLCC) sehinggalah ke minggu berikutnya..
Tapi, 'biarlah rahsia'..ihiks..ye ke rahsia? sapelah tak kenal dgn teman ni bukan seorang yg perahsia sbnrnya, lainlah sahabat ku yg 2 org tue..sape ek???..hehehe..

cuma, malas nak ingat, dan penat nak menulis..panjang sgt kisahnya..biarlah simpan jer...wsm..