Thursday, May 21, 2009

Sambungan..video II

Sketsa Persembahan Kakak & kawan-kawannya..



Terima kasih, Cikgu Nurul. Kaklong dah pandai baca Doa Tidur, doa bangun tidor, doa masuk toilet, doa keluar toilet, doa makan, doa selepas makan dengan maknanya,

yang paling impressed kaklong pandai baca doa naik kenderaan siap dengan maknanya sekali DAN ZIKIR MUNAJAT yang selalu dialunkan oleh USTAZ BADRUL AMIN tue..sukanya ummi..

Alhamdulillah, dalam masa 5 bulan di tadika, apalah yang dijangka sangat kan? Tambahan lagi Kakak baru 4 tahun..NAMUN, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, peningkatan yang kaklong pelajari amat memberangsangkan. Dah boleh, baca A,B,C...kalau berlagulah + mengira..

Kesempatan yang ada sewaktu majlis sambutan itu, ummi tak lepas peluang berkongsi, bertanyakan, & mendedikasi sesuatu buat cikgu Nawwaratul..CIKGU NURUL.

Ummi: Cikgu, terima kasih. sy seronok sgt Nawwaratul pandai berzikir. macam mana cikgu ajar?
Cikgu: owh, Nawwaratul memang cepat belajar kak. kami memang rutin ajar & dengarkan zikir + berdoa setiap kali nak tidur & bangun tidur..

banyak lagi dialog lain..biarlah disimpan dlm memori ummi...

sedikit gambar kenangan bersamamu...






0 tuan penasihat: