Tuesday, May 29, 2007

Perjumpaan Ahli Keluarga Alumni...

Alhamdulillah, syukur kpd Dia perhimpunan Ahli alumni yg agak berjaya. (Bilangan kehadiran yg paling ramai. Terima kasih buat sahabat2 yg mghadirkan diri. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak berjumpa sahabat2 yg lama tak berjumpa(kak Khatijah sekeluarga dgn baby baru, Akh Saiful Hasmady & isteri..moshi- moshi, Haida & baby Baru, Kak Liza & Suami, Kak Aidawati sekeluarga). .ramai lagi yg lelain rindu ingin ketemu, mungkin dilain waktu, & dilain tempat..(Zilla, Umi Baiti & Suziati yg juga tgh sarat,Kak Suhaiza, Kak Aida Shazreena, Kak Yati, Kak Azma & kakak2 yg lain)

Bagi kami tuan rumah, tiada apa yg menyusahkan, setakat menyediakan tempat ajer..(Maaf kami tak dapat nak masak-memasak. thanks pd sahabat2 yg sponsor makanan..byk juga makanan hari tu) Termasuklah 'Surprise Cake' dr kami utk 2 pasang Pengantin Baru--> Strawberry Cheese Cake (rupenye favorite kak Ira)..& kami juga ambil kesempatan berterima kasih pd sahabat2 yg membantu mengemas, membasuh sehingga ke pinggan& cawan terakhir...siap ada sorang tu stay dgn kami(jd maid sekejap) bila semua org dah balik...(siapa ek?Thanks a lot kakak..really appreciate). .Harap semua selesa tempoh hari..

Last but not least, bila dikira2 hampir 45 orang kesemuanya (termasuk baby & kanak2 kesemuanya). .Ini senarainya:

Muslimat: Muslimin:
1)Kak Khatijah 20)Saiful Azra-suami K.Kat
2)Kak Liza 21)Saifuddeen-suami k.liza
3)Kak Ira 22)saiful Hasmady-suami K.Ira
4)Baiti 23)Abg Syah
5)Kak Masrahha 24)Taufeeq-suami k.omeh
6)Kak Syarifah Lin 25) Abg Rosli
7)Haida 26)Zulfika
8)Kak Aidawati 27)suami k.Aida
9)Suhaila 28) Yousri-suami Suhaila
10)Kak Mina
11)Kak Az
12)Kak Afzan
13)Aini Naqiah
14)Haryati
15)Fauzatul Hamimah
16)Kak Adida
17)18)adik2 kak Aidawati
19)adik ipar Baiti
29)Alin 30)Shamsuri -Hubby
31)Hafiz Laily
32)Fakhrul-kalau tak silap namalah..
33)Hanisah Yusof
34) Tetamu-En MAzwan

Anak2:
1)Aisyah Nabihah
2)Muhammad Qayyum
3)'Iyyaad Amsyar
4)'Illiyyin 'Aufa
5)Hammad Al Huffaz
6)Hamim Al Humaira
7)Adam
8)Aisyah
9)'Ain Zahra
10)Nawwaratul Mar'iyah
11)Mar'ie Naufal

Ha...cukup 40++...fuh...

OK, KOLEKSI GAMBAR2 MASA TU...


Dari kiri : Abg Syah, Aufa, Akh Saiful & Tetamu Jemputan

Hadirin Hadirat yg khusyuk Masyuk

Dari Kiri: Fakhrul(kalau tak silap), Yousri Taibin & Suami K. Aidawati. Belakang tu adik-beradik dia

Tibalah masa utk Bersantap..yummy..yummy..


Muslimat Berjaya: Dari kiri: adik Ipar baiti & Amsyar, Baiti, Haida, K.Az (Bakal Pengantin 9.6.07 ni), K.Ira(Selamat Pengantin Baru) & K.Dida



Muslimin Tiang Agama: Dari kiri: Rosli & Ecah, Hubby, Saifudden, Zulfika & Ain Zahra, Fakhrul, Yousry & Naufal, Hafiz Laily (bilala nak kawin mamat nie), Aufa the ultrawoman, Saiful & Syah


Ibu-Ibu Mithali: Kak Omeh, Kak Kat & Haida bersama anak masing2...

Tuesday, May 22, 2007

MTEST kali ke 4!!!!!!!!!!!!....26.05.2007

TIKET PANGGILAN UJIAN CETAKAN KOMPUTER




KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KUALA LUMPUR
TIKET PANGGILAN UJIAN

UJIAN PEMILIHAN CALON GURU MALAYSIA

MALAYSIAN TEACHER SELECTION TEST

(MTeST)


--------------------------------------------------------------------------------
Sukacita dimaklumkan bahawa anda layak mengambil Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST)

Sila bawa tiket ini bersama kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf.
Sila rujuk Panduan Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST) yang dikepilkan.
Sila bawa bersama Pensel 2B dan Pemadam.
Permohonan menukar pusat ujian tidak dibenarkan.
Sila berada 30 minit sebelum masa ujian.
PERHATIAN: Ujian ini akan ditadbir serentak di seluruh negara pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

TARIKH UJIAN
26 MEI 2007

MASA UJIAN
9.00 PAGI

NAMA DAN ALAMAT KOD DAN NAMA PUSAT
MARLINA BINTI YAHAYUDIN
NO. 12, JALAN SEPAKAT INDAH 8
TAMAN SEPAKAT INDAH, SG CHUA
43000, SELANGOR


B106
SEK MEN KEB JALAN TIGA
JALAN 3/4
SELANGOR


NO KAD PENGENALAN
810213086464

TARIKH LAHIR
13-02-1981

NO RUJUKAN
10/A111M0000P/239

NO TEMPAT DUDUK
G181

KURSUS DIPOHON
A111M0000P - MATEMATIK

Monday, May 14, 2007

Memorable Vacation II...

Pemandangan-Pemandangan Indah Di Langkawi..
(SHOT CANTIK by Mr. Norhakim & Ms. Marlina)..heheheh..


View at Padang Mat Sirat

Tanjung Rhu Beach

Tanjung Rhu

Sunset View..

Tanjung Rhu..

Atas katil..lepas penat&tido

Final Station of Cable Car

view on top of cable car..



Eagle Bay view..

Wednesday, May 09, 2007

Entry Selingan....

IKLAN PAKAIAN, BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN SEKIRANYA BERMINAT...*winks*
~Busana Muslimah~






*Tiada hadiah/pemberian paling berharga, melainkan mendapat restu & redha dari dirimu*

p/s: Jumaat lepas, lepas jumpa klien kat Komuter Subang Jaya (act ambil dokumen), masa solat Jumaat, sorang2 terpikir nak jalan2 jap kat dlm bangunan carrefour Subang Jaya tu. Tapi ke butik First Lady..org cakap situ pakaian dia murah2..so pegilah..Subhanallah, memang murah. Terasa teringin nak sambar 1 baju kat situ. its worth range RM30 - RM60 yg terdiri dari busana Baju kurung berkerawang, Jubah Biasa & Jubah berseluar. Selalu mesti dgn abg, kalau sendiri2 nie jarang berkenan nak beli. Tapi, THAT DAY, terus tipon Abg minta izin, Abg benarkan..Zup, terasa cukup gembira & bahagia sgt..bukan sebab dpt beli baju tue(sampingan jelah) tapi sebab dapat restu suami..bestkan rasa bila kita buat sesuatu, mak @ suami kita restu...Jubah tu RM39.95 jer. simple & nice..muat2 di badan..

Thursday, May 03, 2007

Memorable Vacation...

HARI PERTAMA...26 April 2007; Khamis; jam 11 am - 10 pm

Bertolak dari Jeti Kuala Kedah

Naufal dengan Tokwan, teruja 1st time naik bot..

Kaklong baru bangun tidur (buntang mata,terkejut kut!), Kesian dia tak berapa sihat

Hampir 1 jam setengah, sampailah kami di bumi Langkawi (Seronotnyer!!)

Check in Chalet, 10 minit dr pekan Kuah





Chalet yg selesa, ala rumah kampung

Selepas Check in, makan -à Telaga Ayer Hangat 1st destinasi

Nawwaratul dgn Atok berehat à panas sungguh ayaq tu siap berbuih2 & masin

2nd destinasi à Pantai Mat Sirat..Pasir Hitam

Ummie, Atok & Naufal tengok sepanjang pantai warna hitam

makan malam kami disponsor oleh sedara abah&mak di Tanjung Ru (Pegawai Imegresen). Rumah dia betul2 depan pantai..(bestnyer, tiap2 hari leh mandi laut!)

Wednesday, April 25, 2007

Percutian Keluarga ke Langkawi

esok aku akan ke Langkawi bersama2 suami , anak-anak dan abah & mak mertuaku..

semoga Allah memudahkan perjalanan kami..

wait for next entry for the whole story..

p/s: hati & perasaan ini sedang sayu..mcm2 dugaan Allah utk menguji hambanya..
Bersabarlah sayang, ada hikmah disebalik apa yg berlaku...

Tuesday, April 17, 2007

ILMU FIQHUL NISA' ~ HAID ~

SUBJEK: Bab 3 Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali (Kitab Fekah)]
- Fiqhul Nisa’ : HAID


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar
dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk
kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai
yang bersetuju dengan pandangan saya ini)..

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam ;

"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?"


pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak
perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar
sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al-Ghazali
yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang
berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan
asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
" Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)
solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu
subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka
wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam
waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu
subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil /
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini
yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Friday, April 13, 2007

JuSt a MiNutE a MoNTh a YeAR wItH YOu..




SPECIAL DEDICATED ENTRY FOR YOU, ABANG..

Thanks for being My Husband
Thanks for being You
I often tell You
I Love You
and say how glad I am
We found each other
I talk about
How much You mean to me
And How wonderful life is
Because of You
But I don't recall
Ever saying "Thank You"
for liking me
and accepting me as I am
for Loving me
and letting me know it
for sharing with me
in your own special way
But in my Heart
I Thank you all the time
for lots of things
most of all just for being You....


Wednesday, April 11, 2007

ALONG & ADIK...













(gambar di ambil semasa menziarahi Abah (Tok Wan Along & Naufal) di HOSPITAL ANGKATAN TENTERA LUMUT, Manjung, Perak..Masa Makan tengah hari di tepi pantai Lumut)


Akhirnya along ada kawan...

kata orang2 yg berpengalaman; (kwn2ku diofis)

1) kalau jarak anak setahun & 3 tahun, elok sebabnya kedua-duanya akan jadi mcm kawan, tiada iri hati, cemburu(sikit2 tu biasalah), Si Along akan lebih bertanggungjawab & independent

2) kalau jarak anak 2 tahun @ 4 tahun, elakkan, sebabnya mereka akan bercakaran, terlampau aktif, banyak cemburu & iri hati(siAlonglah), susah kalau nak minta tolong pd along (dia cepat merajuk, disangka abah& ummie dah hilang tumpuan pd dia)..


Pendapat aku;

hmm...ada betulnya jugak..sebab aku baru shj ada pengalaman ini..jarak anak hanya 1 tahun 4 bln shj, Along cukup sayang pd adik dia, Naufal.dah pandai pujuk adik (menepuk-nepuk perut naufal) kalau adik nangis & ummie tiada disisi @ ummie solat/memasak/mandi dsbnya..

kejap2 nak cium adik dia..kdg2 terjerit2 along,"ummie,ummie @ abah, abah!"sambil tangan tunjukkan kearah adik yg baru bangun dr tidur...oh, rupanya nak bgtau yg adik bangun! Sayang along ummie..

Along, ummie & abah tetap sayangkan along & you are always is the first one we loved

Special dedicated from ummie...


Pendapat Pembaca Blog?;

silalah, komen yer. Kategori ke 2 tu, lum ada pengalaman. so sesape yg dah berpengalaman bolehlah komen. ilmu buat bekalan diri ini dalam merancang keluarga nanti..he.heh..heh.

Thursday, March 29, 2007

Keadaan Abah masih seperti dulu....



(Gambar diambil semasa abah di ICU selepas hampir 2 minggu di Hospital Angkatan Tentera Lumut-HATL)

Abahku tidak sihat sejak akhir-akhir ini...

Sakit jantungnya bermula sejak Oktober 2006 tahun lepas (masa Raya Puasa)

Sakit jantung abah mungkin bermula dah lama tapi yg betul2 mula masuk hospital seperti yg ku nyatakan di atas..

sejak tarikh itu, abah tak putus-putus berulang alik ke/masuk hospital.

---> Hospital Taiping --> IJN --> Hospital Angkatan Tentera Lumut

Sakit abah ni tidak ku war-warkan pd sahabat even dlm email..entahlah, abahku dah lali masuk keluar hospital dgn bermacam2 jenis 'treatment'...kami adik beradikpun jadi 'lali'...Kesian abah...

Monday, March 26, 2007

Saat-Saat dinanti, Dirisaui, Akhirnya....

Alhamdulillah...
Selama 9 bulan membawa perut yg semakin hari semakin membesar,
semakin hari semakin nakal keletahnya,
semakin hari semakin lemah ummie,
Namun tetap tabah & kuat demi untuk melahirkan sorang lagi umatMu..

Ummie&Abah doakan;

Semoga kau kan jadi insan berguna pada Agama
Semoga kau kan jadi Anak yg Soleh
Semoga kau kan jadi Anak yg Taat & menyayangi ummi& Abah & sesama manusia
Semoga kau kan tidak kekok menggalas tugas Dakwah
semoga kau kan sentiasa dalam peliharaan, keberkatan, kerahmatan Tuhan Allah Maha penciptamu

Ameen..

Alhamdulillah,
Selepas menghadapi pelbagai perkara pada 2.2.2007 bersamaan 14 Muharram (Jumaat);
1) Jam 5 pagi, ke bilik air(terasa nak buang air kecil): ada tanda darah
2) Jam 7.30 pagi bersama abg(kebetulan mmg abg ambil cuti utk selesai hal KPLI),kami ke Institut Perguruan, Cheras utk hantar borang Terima tp dibatalkan sebab mengandung
3) Selesai jer, tak puas hati terus ke Bahagian Pendidikan Putrajaya, NAMUN masih jawapan yg sama, TERPAKSA TOLAK.....(tak mengapalah, bukan rezkiku...InsyaAllah tahun ini akan aku cuba lagi)...
4) Jam 12 tgh hari, saja ke Hospital Az Zahrah utk check up...Akhirnya, aku di tahan..
5) Jam 2 masuk labor room, jam 3 doktor tanya sama ada nak balik @ paksa bersalin-pecah air ketuban(sebab aku tak sakit)
6) Syukur petunjuk Dia datang, anakku bergerak (contraction)--> terus Dr. pecahkan air ketuban,..Subhanallah, sekali lagi syukur, warna air telah berwarna Hijau ---> Anakku telahpun mengeluarkan najisnya...
7) Selama 4 jam ummie bertarung (SAKITnya, hanya Allah & wanita yg berpengalaman bersalin shj yg tahu...)
8) AKHIRNYA sempat 10 minit sebelum Azan Maghrib yakni hari Jumaat Hari Mulia, anakku
yg ke 2 selamat dilahirkan dengan berat 3.35 kg jam 7.25 petang di Hospital Az-Zahrah, Bangi & disambut oleh Dr. Khamsiah Binti Muda yg amat baik & prihatin orangnya..Beliau juga memberi peluang kpd suamiku utk menggunting sendiri tali pusat anak kami serta merakamkan beberapa keping foto semasa proses kelahiran anak kami..TERIMA KASIH Dr. Khamsiah. aku & suami amat berpuas hati sepanjang masa mengandung & bersalin...

Bayi Mujahid ini kami namakan MAR'IE NAUFAL BIN NORSHAMSURI..

Semoga menjadi anak yang soleh...Ameen. ..

p/s: Syukran Jazilan buat sahabat2, rakan2 kerja yang datang ziarah kami; Hafiz Laili, Kak Yusrina&anak2, Haslaily & Dayana, Affiza & K.Intan, A.Rosli& K.lin, Helmi, Hanisah & Aiza Rahayu, En Megat sekeluarga, Hafizul, Su, & tak lupa yg hantar sms serta melalui email...Doa Kalian amat bermakna buat kami sekeluarga...

~SAAT-SAAT KAU DILAHIRKAN~

Wednesday, January 31, 2007

Isi Kandungan SURAT TAWARAN....

SURAT TAWARAN CETAKAN KOMPUTER
ST/KPLI



BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
(UNIT PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PELAJAR)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 2-6, BLOK E 13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
62604 PUTRAJAYA


Tel : 03- 8884 1000
Kawat: "PELAJARAN"
Fax: 03- 8884 1081, 88893507
MARLINA BINTI YAHAYUDIN Ruj. Kami : KP(BPG) 9115/8/IC(W02/A111M0000P/R8)
810213086464 Tarikh : 31 -Januari -2007

TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA AMBILAN JANUARI 2007

Saya diarah merujuk perkara di atas dan sukacita memaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti kursus praperkhidmatan di atas dalam :
Pengkhususan MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)
di INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIFF,BANDAR TUN RAZAK, 56000
KUALA LUMPUR, WP KUALA LUMPUR

mulai dari 5 Februari 2007 hingga ke suatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan.

2. Anda dikehendaki melaporkan diri di institut berkenaan pada 5 Februari 2007 Jam 8.30 Pagi.

3. Surat Tawaran ini hendaklah dibaca bersama Perjanjian Pendidikan Guru (PPG/KPLI-2005).

4. Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya jika:

(a)
anda gagal melaporkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh diterima oleh pihak yang berkenaan; atau

(b)
anda gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan termasuk x-ray dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda melaporkan diri; atau

(c)
anda disahkan oleh pegawai perubatan bahawa anda menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan anda tidak berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkurusus; atau

(d)
anda disahkan oleh pegawai perubatan atau ahli kimia bahawa anda telah menyalahgunakan dadah walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkursus; atau

(e)
anda didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan; atau

(f)
anda memberikan maklumat palsu atau gagal memberikan maklumat sebenar termasuk maklumat yang diperlukan dalam butiran 5 surat tawaran ini atau Borang Permohonan KPLI untuk mendapatkan tawaran kursus.

5. Sekiranya anda mengandung/belum melepasi tempoh 60 hari bersalin/mendapat kemalangan dan memerlukan tempoh rawatan yang panjang, anda tidak dibenarkan mendaftar. Rujuk Buku Panduan Tawaran untuk maklumat lanjut.

6. Anda tidak dibenarkan bertukar bidang pengajian (pengkhususan) dan pusat berkursus seperti yang ditawarkan.

7. Sekiranya anda menerima tawaran ini dengan semua syarat yang ditetapkan atau menolak tawaran ini, sila ambil tindakan sewajarnya seperti yang diarahkan dalam Buku Panduan Tawaran yang disertakan.

8. Walau apapun peruntukan/perbekalan dalam surat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan/atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan anda adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan berhak menarik balik tawaran ini tanpa memberikan sebarang sebab.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Bahagian Pendidikan Guru
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Sila Cetak Untuk Rujukan




Alhamdulillah, selepas 3 tahun berturut-turut mencuba..Akhirnya, dapat jua. Namun, kegembiraan menerjah hanya utk seketika, Kesedihan + Kerisauan menerpa diri ini...Bagaimana mungkin diri ini ingin pastikan terus BERJAYA seandainya fizikal diri ini tidak mengizinkan???...

Abang & aku berusaha menelefon orang2 tertentu utk meminta pandangan & nasihat..Seandainya sahabat2 @ rakan2 blog punya pandangan, amat dialukan dlm keadaan diri ini amat memerlukan saat ini...(kalau ada kabel ke, tak malu diri ini ingin memohon bantuan) tak sanggup rasanya seandainya peluang kali ini terlepas begitu sahaja...

Wallahualam, Hanya Dia Yang Tahu......

Doa kami Dimakbulkan........KPLI BERJAYA

SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI atau KPLI j-QAF
MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
NOMBOR KAD PENGENALAN : 810213086464
NAMA : MARLINA BINTI YAHAYUDIN
KURSUS : A111M0000P-MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)
IPG : INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
: JALAN YAACOB LATIFF,BANDAR TUN RAZAK 56000
: KUALA LUMPUR , WP KUALA LUMPUR
TARIKH LAPOR DIRI DI IPG : 5-FEBRUARI-2007
MASA : 8.30 PAGI


* Makluman
Tawaran ini adalah secara automatik terbatal sekiranya calon-calon yang telah ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mode Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC) untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau yang sedang mengikuti mana-mana kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru.



Sila Muat turun dokumen berikut:-
Panduan Tawaran KPLI

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 5.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 800x600 piksel.
© Hakcipta Terpelihara 2006, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Friday, January 26, 2007

Kenangan Sewaktu Konvo Abang...

Sepatutnya Entry nie di buat Julai 2006 tahun lepas...

Abang konvo master pd julai lepas di UPM. Tahniah, Abang.
Semoga perjalanan Abang nak sambung PHD akan dipermudahkan.InsyaAllah...

Na? hmmm..entahlah bila nak sambung belajar..Kalau nak belajar pun InsyaAllah dibidang yg lain selain akaun..Bidang apa? Tungguuuuuuu...:)

p/s: ok, sikit gambar kenangan semasa di Majlis Konvo Abang . Yang masuk dalam dewan; mak, abah, na & hakim..yg lain termasuk anak ummie & adik perempuanku, Ani terpaksa menanti penuh sabar selama 4 jam di luar..


Sketsa Dramatis Dari SI CILIK.....

Dengan ini, di persembahkan satu sketsa yg akan dilakonkan oleh si cilik yg comel lagi kecik...iaitu NAWWARATUL MAR'IYAH BINTI NORSHAMSURI...

Dipersilakan..........(kelapak, kelepuk, kelepak, kelepuk-bunyi tepukan gemuruh dr para penonton)


Family Day MMS Berhad....

Masaku amat terhad utk blog ku sendiri...entahlah..setiap hari, hati meronta2 utk mencoratkan segala kisah sepanjang hari yg berlaku...Namun, aku akur; tak semua kenangan @ cerita boleh dicurahkan di blog ini...Namun apa yg pasti menjadi ingatan setiap masa....