Thursday, February 16, 2006

Sketsa KaWaN vs SaHabaT

Assalamualaikum..

utk semua kawan2&sahabat2ku diluar sana......

ingatlah masa senang dan susah kita bersama.....
Sekadar Renungan...menyentuh perasaan........
tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar.
kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dgnnyakeesokan harinya.
dia senyum kepadamu.kamu mengetap gigimu kpdnya.
dia menceritakan perkara yg baik tentang kamu kpdkwan2nya yg lain.kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya.
dia cuba mendekatimu dan menegurmu.tapi kamu tolaknya ke tepi.
baginya kamu seorg kawan yg terbaik.kamu pula rasa dia seorg kawan yg paling teruk pernahkamu jumpa.
dia pun menulis nota kpdmu dan menceritakan semulakenangan manis ygpernah kamu dan dia kongsi bersama.
kamu pula menulis semua saat buruk yg kamu ingatsepanjang bersamanya.

jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya.
tapi di hatimu sudah penuh dgn kebencian.
keesokan harinya kamu jumpa satu nota drpdnya:

Dear_________,

saya cuba memberitahu kamu semlm tapi
kamu tak beripeluang utk sayabercakap.
saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi
kamu takut utk mendengarnya.
saya cuba utk senyum kpdmu tapi
kamu sambut senyumansaya dgnkebencian.
skrg ni keadaan saya sgt teruk dan makin teruk.
saya minta maaf sbb hari ni saya tak dpt berjumpa dgnkamu.
saya tulis surat semasa saya di hospital.
saya sudah kesuntukan masa.saya minta maaf sbb terpaksa beritahu kamu skrg.
saya minta maaf atas pergaduhan kita,
kamu mmg seorgkawan yg hebat.
saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu.
salam kasihsayang,
________________

kamu pun berlari ke hospital utk meminta maaf pdnya.
tapi hanya ibunya saje yg ada di situ.
ibunya menekap mukanya dgn kedua belah tgnnya.dan dia pun menangis.
dia melutut dan berdoa supayaTuhan kembalikananaknya.
kamu sudah terlambat.
kamu berharap dpt beritahu kawanmu yg kamu minta maafdan ucapkan selamat tinggal.

pengajarannya:

semua kawan ada masa naik dan turun.
dan kadangkala kamu perlu meminta maaf.
Jgn tunggu org lain melakukannya dulu.
sbb kamu takkan tahu ape akan terjadi esok hari.
Sebenarnya kawan kamu amat sygkan persahabatn ini dan sanggup bersahabat hingga nafas terakhir.

I'm thankful u're all my fren!
tak rugi kalau kita menyebut perkataan maaf even kita tidak bersalah. kerana disebalik perkataan itu, banyak hikmahnya..
renung2kanlah

Thursday, January 26, 2006

DEDICATED TO MY DEAREST FRIENDS....

Nilai-nilaikanlah yer...

uNTUK pASANGAN bAITI&sYAHRIZAL

Januari
- Mudah jatuh cinta. - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati. - Pandai mengambil hati pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
------------------------------------ ------------------------------------------------------------

Mei
- Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk di pujuk. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) . - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan.
------------------------------------------------------------------------------------------------

UnTuk PaSanGan NorZilla& RoHaiZat

Julai

- Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai. - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan.

nAk ambil kesempatan to wish u a " Happy Belated Anniversary" Zilla..thanks a lot sbb temankan alin jugak dolu2;)...~shbt yg hadir mase nikah 3 Syawal 2004~

Wednesday, January 25, 2006

Kasih Sayang Mengikut Bulan Lahir

Februari (nA)
- Sukar untuk jatuh cinta
- Amat hormat kepada pasangan..*sebab dialah suamiku dunia akhirat*
- Amat suka memikat pasangan..*ada jer benda2 uncertain yg aku buat*wink*
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan...*mmg tiada rahsia antara kami*
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan..*betul sgt*
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya...*aku bejaya mengubah penampilan dirinya*

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Mac (Abg)
- Mudah menawan hati pasangannya
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya..*kemana ajer mesti ajak ikut bersama*wink*
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan..*dgn cara berterus terang so taiadalah cemburu&so on*
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai
- Perasaan cemburu yang minima..*hiks *
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan...*ye ke abg?berat ni*

Tuesday, January 24, 2006

WHO AM I?part one

Friday, January 20, 2006

PENGORBANAN SEORANG IBU..isk..isk

Tanpa cuping telinga

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itubersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibumenyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comelitu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidaksanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihatbayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehinggabayi yang sedang lena itu merengek.

Doktor bagaimanapun mengesahkanpendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga ituyang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahubagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepadasi ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandangpelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anaktetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanakitu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,"kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yangsanggup berkorban.Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telahmendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," katasi ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagaimanusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasarendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an,si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah pendermatelinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anakberkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayahdengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahunlamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi kerandaibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cupingtelinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ketelinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, diatetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yangpernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapipengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasaminta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya denganbermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAHTELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagihayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,

Mak, kak selalu sayangkan mak&rindukan mak utk selamanya. Halalkan susu yang mak bg kak minum & redhailah anak mu ini..

"Ya Tuhan ampunkanlah segala dosa ibu ku & tempatkanlah
dia nanti dikalangan orang yg beriman"...Ameen

KALAM IMAM SYAFIE

Berkenaan masa... ...

Renungilah....duhai sahabat2ku...

"Kita mencela masa
sedangkan kesilapan itu berpunca drpd diri kita sendiri
dan tidaklah ada pada masa itu sebarang kesilapan...
melainkan kesilapan itu berpunca drpd diri kita sendiri.. .
kita mengeji masa yg tidak berdosa,
dan kalaulah masa itu mampu berkata-kata...
nescaya ia akan mengkeji kita pula
(kerana tidak menggunakan masa dan membuangnya pada perkara yg tidak berfaedah)"...
k
kalam imam fudhail b. iyadh
"cukuplah ALLAH sbg kekasih,
al Qur'an sbg hiburan
&mati sbg peringatan"

Thursday, January 19, 2006

RINDU PD ZAMAN DI KAMPUS...

Bingkisan buat saudara seIslamku yang seiring dalam saff mujahidiin yang penuh ranjau duri.......

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”
(Al Baqarah,186)


Andai doa kita diperkenankan tandanya Allah sayang kepada kita...
Andai doa kita ditangguhkan tandanya Allah hendak menguji kesabaran kita..
Andai doa kita tidak diperkenankan tandanya Allah merancang yang terbaik untuk kita...
Yakinlah Hanya Pada DIA....
Jadilah kita hamba yang redha pada Qada’ dan QadarNya.

Memadailah Allah sebagai kekasih...
Al-Quran sebagai hiburan..
Mati sebagai peringatan..
Jadilah kita pengemis cinta Ilahi, perindu syahid abadi....
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan........
Allah SWT Sebagai Matlamat,
Rasulullah SAW Sebagai Ikutan,
Al Quran Sebagai Panduan,
Jihad Sebagai Jalan,
Syahid Sebagai Impian....
p/s: Tiba-tiba kenangan masa jadi urusetia Tamrin kat Pahang, aku dan sahabat seangkatan (yg tak ramai tu; jem, zila, baiti (kat london), suziati, nani(tak berapa ingat dia dtg tak?), nurul umi baitipun tak berapa ingat ada ke tak)..
siap kena denda juga dgn peserta(salah seorang drpd mereka punya kisah unik jd adik angkat ku~NIK SANTANA) telan telur mentah & mkn 'gula2 arab'( zila maintain ajer.. ye tak pn zila?..seronok rasanya bila diingat semula..
& kalau nak tahu disitulah al kisah bermula, takdir jodoh ku..(tanpa aku menyedari, si dia kali pertama mengenaliku & telah memerhatikan gerak geri ku;)
"unintended love"

CINTA KITA , CINTA PERJUANGAN..

Cinta Kita... Cinta Perjuangan
(oleh : Al-Muntazir, 1 Oktober 2002)
“Enti menangis..?”
“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”
“Habis, mata enti berair?”
“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
“Ana tahu enti menangis..”
“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.
“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”
“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”
“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”
“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”
“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?
********************************************
“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.
“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.
“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”
“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”
“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.
************************************************
“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
“Jawab soalan aku dulu..”
“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.
“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.
“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”
“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “
“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”
“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
‘Lagi.. negatifnya?”
“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”
“Apa dia..? Negatifkah.”
“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”
“Gerakan militankah?”
“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”
“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”
“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hubungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!”
“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”
Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”
“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?”
“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
“Ustaz tidak main-mainkan ana?”
“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”
“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,
“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..” Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.
Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cuber CafĂ© yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,
“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’
Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :
“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.
“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”
Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

- TAMAT –

p/s: Pernah satu ketika, aku terlalu byk membaca kisah2 seperti ini..sehinggakan aku bercita2 ingin menjadi seperti watak muslimat tersebut yg cintakan perjuangan melebihi segalanya..
Alhamdulillah, kini walaupun tidak sepenuhnya sama seperti jln cerita di atas...
Syukur alhamdulillah, aku amat beruntung sekali berada di jalan ini
& mendapat 'Kekuatan Cinta' dr kalangan mereka yg sama2 perjuangkan ISLAM..
Mungkin amat sedikit sumbangan ku pd ISLAM & di mata Allah
Namun, aku bertekad utk terus berada di jalan ini
& aku berdoa agar Engkau tidak pesongkan aku sekali-kali
& biarlah pemergianku dan suamiku masih di jalan yg di redhaiMu...

"Ya Allah aku memohon ampun kepada Mu yang tidak ada Tuhan selain Mu, yang hidup
dan selalu jaga, dan aku bertaubat padaMu"

"Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung pada Mu dari kekafiran & kefakiran; Ya Allah,
aku berlindung kepada Mu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau"

AMEEN...



Thursday, January 12, 2006

I'VE REASON WHY?part two

I love u so much (abg+anak ummi+family)

How's so sweet..... Ya Allah Besar sungguh kurniaan NikmatMu..
sometimes, we couldn't say even write about what we have face on,..
for me, all the memories can't be imagine by words..
only i can feel it...

Terima kasih, abg...(Na tahu abg penat tp...;)

Alhamdulillah, kami bertiga selamat sampai di Hentian Pudu pagi td jam 5.30 pagi..
Alhamdulillah, juga my Nawwaratul tak merengek mcm hari nak balik kpg sabtu lepas..
She sleeps very well...(cuma bangun nak susu..biasalah tu;)
Kawan abg ambil kami dlm jam 6.00 pagi...

sampai rumah jam 7.00 pagi..urghhhhh...so sleepy...
tanpa hiraukan dah apa terjd...naik atas letak anak..boom..ummi tido'
(cop, subuh dah buat time on the way back;)
abg, siram pokok dulu(byk yg dah layu-almaklum 4 hari tinggal rumah),
tak sedar dah...kunci jam 7.45am sbb nak bangun pi keje..

abg, ambil cuti(study leave katanya)..
How's so sweet...Na syg abg..
"Na tidorlah nanti abg kejut & buatkan sarapan"..
Seronok + terharu rasanyer..jarang org lelaki nak buat camtu..he..he..he
i really appreciate it, abg..

huarghhhh...alamak!!!!dah 8.15am!!
gelabah bangun nak mandi & so on..
My Hubby...jeng..jeng..jeng..dia tido' jugak rupenye...so sweet..tak jd nak mrh
sbb kami sama2 penat..Na faham abg..
tp abg baik sungguh..Dia terus bingkas bangun
turun bawah buatkan milo+ovaltine & panaskan murtabak yg emak bekalkan..
Siap semua 8.45am, abg pgg anak..dia tgk ajer aku makan...:)
then, hantar aku pi ke & lepas tu hantar anak ke rumah makcik...

abg, walau tak sesempurna mana..
Na sgt2 menghargai apa yg abg cuba buat utk kita sekeluarga...
Terima kasih abg, Na + anak sentiasa menyayangi dirimu..;)
Semoga Allah merahmati kasih sayang kita hingga ke akhir hayat..Ameen

I've the reason Why?...............Na sayang abg..


gambar ni masa kat melaka(anak ummi berusia 4/5 bulan...)

Friday, January 06, 2006

Sepikan diri sementara waktu...

Holiday...Monday to Wednesday..



SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA &
SELAMAT BERAQIQAH ANAK UMMI


NAWWARATUL MARI'YAH BINTI NORSHAMSURI

Aqiqah Anak Ummi

hmm...tak sabor rasanye
me + hubby + my daughter
will going back kpg atok & tokwan tomorrow night

1st time we together 3 of us
travel by bus
before this only ummi & abah jer (Nawwaratul stil in ummi's tummy:)
not yet going out
abg always make something surprising to me...
shows i'm his beloved one..

1st time jugak ummi naik flight
pi 'honeymoon' (yg entah berapa kali)kat terengganu
tempat kerja abg dulu(experience like pn zila;)...ditinggalkan

Tiket: Bas Sutera
Hari: Sabtu
Masa: 10.30 mlm(not sure actually),,..jgn terlepas bas sudah
Tempat berlepas: Hentian Kajang Jalan Reko
Jadual Perjalanan: Kajang - Alorstar

May Allah bless us..

Kenduri Aqiqah Nawwaratul Mari'yah
sekali dgn korban Paklang Nawwaratul 'Din' my BIL
actually dia sama umur dgn ku..
anak ummi aqiqah seekor kambing..
(naik kambingla anak ummi kat padang masyar nanti:)

I'VE REASON WHY?part one

Why?
'bilela si alin nie nak posting something'
hmm..as i said b4
1) act i dont like internet bcoz of sifat aku sendiri
"kalau start surf selalunyer ambil masa lama"
so, akan byk kerja tergendala,
so, i'll concetrate on my work first = totally forget about blog @ else
tp kalau dah tumpu kat internet = keje takleh nak jalan
& if half internet half keje = penin kepalo eden
that's me;)

2) hmm...actually i thought myself is love to take care of/want to know about others only
dgn baca org punya cerita'
yet, let my story just leave it as a story
tangan ni berat nak cerita pasal diri sendiri
is enough to share anything with my hubby
entahlah,....+ malas kut nak menaip:p

3) i've no idea to write something like u all
becoz of the reason above

4) or just wait for my new posting (tgkler tajuk pun part one;)
quit buzy now with my work stuff
hhmm..kalau ada rezki nak cuba kerja tempat lain
(tp dlm hati ni stil said that 'biarlah keje lg kat sini'
bcoz I'VE THE REASON???


...

Wednesday, January 04, 2006

ALHAMDULILLAH...

peghh..bukan senang nak senang, bukan susah nak susah...anyway, utk hr ni byk gaklah dpt di buat kat blog sendiri ni..tq..tq..tq Allah, tq Allah....

New Lesson Today.



Bismillahirrahmanirrahim....

New Lesson Today...


posting picture...hmm..bismillahirrahmanirrahim..:)

Tuesday, January 03, 2006

Stil Under Construction....

hmm...pagi ni masuk ofis dgn hati yg berkobar-kobar(cam lagu yassin:)..bukannyer nak buat keje...tp nak tgk web sendiri:p...he,.he..tp stil dlm proses upgrading..at last minta bantuan pn zilla...bila...................so, stil menanti...

Thursday, December 29, 2005

weng..weng..neno..neno

stil penin..sesape pun yg 1st time mesti jd camni kan??..byk benda tak tahu.kalau bina rumah..baru jadi tiang serinyer,...tu lum lg dinding, bumbung & so on..byk perlu dipelajari & di'touchup'..ummie penin..he..he..

Tuesday, December 13, 2005

Testing..Testing

assalamualaikum..