Thursday, June 21, 2007

Kesunyian Mulai Terasa.....

Hmm...entah apa yg ingin ngomelkan...

1) Hari nie, setakat jam 3.48 petang, bos tak masuk-masuk ofis..sunyi pulak rasanya..kalau tidak rasa gerun jer sentiasa kat hati..yelah, nak duduk tak sedap duduk takut2 bos panggil/suruh buat itu ini/...tapi bila bos takde, rasa macam ni plak..pelik..time nialah kalau kau nak tidur ke, baca majalah ker, berinternet lama ker(ha yg ni yg dok buat skrg)...tapi sebaliknya, dr pagi sampai jam 1 ptg td, aku siapkan draft aggreement utk seorang pekerja/secondment yg akan bersambung contract kerjanya dengan kami sampai tahun depan tapi based dekat BINTULU. hmmm...bisnes secondment/'jual orang' nie untung jugak..mmg boleh dpt profit margin shj dlm 50%..aku dah lama terlibat dlm bidang nie ('jual org' dlm bidang oil & gas).almost 4 years. Benefit dua-dua pihak dapat. pekerja dapat gaji tinggi, company dapatlah profit dr mark up price...hmmm, begitulah alkisahnyer...So, kalau ada sesiapa yg berminat nak kerja dlm bidang oil & gas (any Engineering post)...boleh contact sy..

2) Malam ni pun akan mula rasa sunyi..Aku akan tinggal berempat sahaja. Jam 9 mlm nanti, akan hantar abg ke ofis. Abang & kawan2 se Lab ada trip ke Terengganu. diorang akan naik bas/kereta jam 10 malam. hhmmm, aktiviti apa? Biasalah, aktiviti kaum lelaki..bercuti ke PULAU REDANG..even dah berkeluarga, bila dah sesama diorang, sanggup tinggalkan anak & isteri...tp takpelah abang...Na tak kisah demi kegembiraan Abang..SELAMAT BERHOLIDAY, Sayang!..Ahad malam baru sampai rumah...

3) Esok Jumaat, adikku Ainipun akan balik Kampung Perak..So, bertambahlah sunyi..tinggal aku 3 beranak...Jarang kesunyian begini..Almaklum jenis dari awal kahwin sampai beranak pinak tak pernah berenggang dgn Abang..ke mana sahaja pergi bersama angkut anak2 sekali, hatta ke hyper market dekat rumah ke mesyuarat ke usrah ke, mesti nak berteman...WELL, aku akan isi masa dengan sebaik-baiknya bersama anak-anakku...ANY SUGGESTION???

apa lagi >>>> kemas rumah, membasuh, packing barang yg belum habis2, ingat nak shopping beli perkakas nak basuh rumah sikit >>>

Rasanya aku akan rasa SUNYI hanya utk seketika cuma sampai Jumaat mlm jer...SEBABNYA

SABTU pagi sampai tengah hari terlibat dengan persediaan HARI SUKAN PASTI di SURADA...>>>> anak2 tinggal jap kat rumah makcik...ke ade sesiapa yg nak jd BabySitter??? Sebelah petangnya tulah ingat nak shopping sikit...

AHAD pagi sampai tengah hari, BERLANGSUNGLAH SUKAN PASTI 2007. aku adalah salah seorang ajk nyer..mesti seronok tak sabar rasenyer..game dier best-best..paling best game utk mak ayah & remaja...NAK TAHU datanglah kat PADANG SURADA, sungai Ramal Dalam.

SO, MANA YANG AKU SUNYI...tunggu dan rasailah nanti....hu..hu..hu..

Saturday, June 16, 2007

HaRi BaPa MenJElanG Lagi....

Ummie mewakili anak2 ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA, SAYANG!"..Alhamdulillah, dah nak masuk usia 3 tahun perkahwinan kita, Abang telah dikurniakan 2 orang anak. Dari seorang anak kepada seorang teruna, seorang suami kepada isteri yg banyak ragam nie, & akhirnya menjadi seorang ABAH!!!!Tahniah, Abang! Abanglah ABAH yg terbaik buat anak-anak kita..
Seandainya Na tiada di dunia ini, Na yakin Abang mampu menjadi abah yg paling baik..


Abang bukanlah punya sifat seperti ayah-ayah dahulu kala, yg jarang pedulikan anak. Sebaliknya, dari menyalin lampin, mandikan anak, membasuh kencing & berak anak sampailah jd tukang masak di saat na berpantang, semua abang dah lakukan...You are the most understanding person had ever I known, Abang!






SELAMAT HARI BAPA...(oops, takde hadiahla, takpe ek abang. Hadiahnye abang jaga ummie anak beranak yg tengah demam, batuk, selesema ajelah yer)
With love: Ummi,Nawwaratul & Naufal

Wednesday, June 13, 2007

Sahabat Yg Dalam Kesusahan & Memerlukan Bantuan...

Entry ni khas utk Sahabat kita Norfarazilla-Junior.
jika kalian masih ingat/ada terdengar/ada terbaca tentang kes Seorang Pelajar Politeknik Maut mangsa Tendangan Rakan sendiri..Sebenarnya, tak lain tak bukan mereka yg terlibat adalah adik kepada sahabat kita sendiri...Kasihan sungguh, perbuatan yg tidak sengaja boleh mengakibatkan 'maut'..yg paling sedih & kasihan yg terlibat ialah orang yg sangat kita kenali...aku sendiri tumpang bersimpati dengan apa yg terjadi...kepada farazilla, semoga kau terus TABAH dik..terpaksa tangguhkan hasrat sambung belajar, bekerja, menyara keluarga (ayah dah tiada), ibu sakit2, adik beradik masih bersekolah, turun naik mahkamah bersama adik...YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBAMU INI.....

Assalamualaikum Semua,

Pertamanya TAHNIAH buat pengantin baru Kak Az & Bro Hasmi..Semoga berbahgia melayari Kehidupan berumah tangga & sentiasa dalam rahmat & barakah Nya..(ceria betul tengok akak hari tu + Cantik sungguh)

Maaf, kehadiran email ini mungkin agak menganggu konsentrasi Kak Az yg baru berpenat lelah dlm menguruskan 'Masjid' yg baru berlangsung, Namun, sy terpaksa juga utk bertanyakan & mewar-warkan berita terbaru jugak yg sy dpt td..

Zilla ada call sy sekejap td memberitahu bahawa kes adiknya akan mula dibicarakan 19 Ogos ini (selepas adik dia pegi mahkamah hari ini-13 Jun utk ambil tarikh)..Alhamdulillah, AKHIRnya penyiksaan dok tunda2 tarikh berakhir dgn berita tersebut.

Tapi, dari nada bizara Zilla td. disebalik lega (tak payah nak dtg mahkamah berulang kali utk ambik tarikh); mereka dah mula gusar utk menghadapi perbicaraan nanti..gusar tentang 1) PEMILIHAN PEGUAM & of course 2) KEPUTUSANNYA NANTI...

So, persoalan alin (mewakili Zilla); macam mana yer utk PEGUAM. menurut dia, pilihan yg dia ada sekarang;

1) PEGUAM sekarang iaitu: tak berapa pengalaman, recommendation from her friend, Tiada deposit dikenakan & tiada Charge Perkhidmatan(free of charge), yg dia charge cuma kos printing, travelling etc shj..(itu kata peguam tulah, tp rsau gak vebal jer. takut2 nanti bila invoice kos tu tinggi..wallahualam)

2) PEGUAM yg dicadangkan: lebih berpengalaman, minta deposit RM2000 mula kes 19 Ogos nanti, + anggaran RM20,000 kos semua termasuk charge perkhidmatan utk sepanjang kes berlangsung, sebarang tambahan charges belum pasti....

so, mohon komen/pandangan dr semua . Sebagai maklumat tambahan, setakat yg zilla maklumkan sumbangan org ramai utk tabung bantuan peguam yg diwar-warkan dulu masih belumpun mencapai 2K...Kasihan jugak...

marilah sumbangkan sesuatu buat keluarga sahabat kita...wallahualam

sebarang bentuk sumbangan boleh dibuat ke akaun MAYBANK NORFARAZILLA ZAKARIA sendiri:

1013-0206-0139


Komen/Pandangan sendiri:

Elok ambil CHOICE No 2: Peguam yg lebih berpengalaman. Biar yg berbayar, leboh berbaloi utk kerja2 yg berat nie. Sebab kadang-kadang as a human habit, sifat FOC(free of charge) ni kadang2 mengundang kurang komitmen/sambil lewa/tidak bersungguh-sungguh melainkan org yg betul2 punya IMAN yg tinggi. apa kata survey, SETUJU TAK?

Friday, June 08, 2007

Checklist.....

1) Next entry nak cerita pasal Majlis Kenduri Adik Ipar..kat Johor & Kat Kedah

2) Pastu nak kemas-kemas Rumah.Mula Packing barang go to somewhere, somehow, somewhat. Totally move.

3) Esok nak pi kenduri Kak Az. My super duper Senior..---> STJrians ---> UNITEN

4) Appointment Abah dengan IJN ---> 27.06.2007 nie

5) Ready nak pindah ofis. ---> Subang Jaya ---> Setapak. walau 'setapak' jer tp jauh bgku...nak kena drive alone..hu.hu.hu. sanggup ke nak drive sendiri tiap2 hari nie..yg selalu nipun dah ngantuk2..kali ni totally tak sedestinasi dgn hubby..hu.hu.hu (jd cam zilla la lepas nie;P)

6)apa lagi ek..nantilah letak lagi.........

Thursday, June 07, 2007

Sekitar Majlis Perkahwinan Kak Liza (Sahabat)

Teringin abadikan Hari Bahagia Sahabatku yg berlangsung pada 6 May 2007 lepas.
Ukti Norlizawati (org Tepen) dgn pasangannya Anak Ustaz Nik Pa Saifuddeen. Semoga Bahgia hingga ke Syurga hendaknya & segera dapat zuriat...



Belakang Pengantin tu Kumpulan Nasyid SAFF ONE..


Hmmm..pengantin dah nampak mcm mak dah..sebelah pengantin tue, pengantin lama..hiks.


Sebelah Hubby tu adik dia. Kira adik ipar akulah..Dialah yg baru kahwin baru-baru nie. SELAMAT PENGANTIN BARU DIN & AISHAH..

Ummie & Naufal

Wednesday, June 06, 2007

Menyiapkan Tugasan....

1. Name someone who made you smile today::Naufal, comel sgt bile dia menggeliat(terpaksa kejut sbb nak pi keje). Meliuk lintuk badan die yg ‘debab’ tue. Senyum lagi bile nengok tang muka sejibik bapak dier..ngehehe..

2. What were you doing at 1:55 this morning? :: Ehem..’Biarlah Rahsia’…………………….

3. What were you doing 30 minutes ago? :: Nak kata buat keje ofis pun tak, tak buat pun yer sbbnyer sambil2 dok ngadap internet..(pekerja contoh..hehheheh..)

4. What is something that happened to you in 1990? :: I was in Standard 3. Ingat lagi inilah pertama kali periksa dapat No. 1. aku dok berlawan dgn kwnku yg bernama Siti Mariam. Dia tak bagi can. Darjah 1 & 2 aku dpt No. 2. tapi kami tak bagi can langsung pd org lain utk dpt No. 1 & 2.Kami bergilir-gilir No. tue sampailah darjah 6.

5. What is the last thing you said aloud? :: “KAAAAK LOOOONG, jgn tepuk perut adik!”

6. How many different things did you drink today? :: Nope, just air teh cicah kuih bahulu buat sarapan pg kat opis td…

7. What color is your hairbrush? :: Black & Brown Color

8. What was the last thing you bought? ::hmm..beli kek utk majlis kenduri adik ipar di Kedah. Aku sponsor Blueberry Cake & Newyork Cheese Cake..last but not least borong bunga gubah kat kedai bunga NONA di alorstar sbb murah sgt RM10 jer/each..

9. Who was the last person you kissed? ::Of course my hubby selepas hantar dia kat tempat keje..

10. What color is your front door? :: Brown

11. Where do you keep your change? :: hmm…tak pasti..rasanya always keep changes on bilik tidur, dapur & ruang tamu kut..

12. What's the weather like today? :: pagi td mendung, sekarang dah cerah sikit..

13. What is the best ice cream flavor? :: Sori, tak berapa minat aiskrim. But abang like most.

14. What is something you are excited about? :: takde ape-ape sbb masih dlm keadaan kepenatan berenduri kendara…

15. When was the last rainbow you saw? :: Err..dah tak ingat..

16. What size shoe do you wear? :: 5 dulu 4 (saiz budak2 jer..skrg dak mengembang skit.:p)

18. Are you random? :: tak berapa paham..random??

19. Do you want to cut your hair? :: Absolutely..sesape pandai buat layer tak..(zila pandai kan? Tapi jauh lah kita..kalau leh nak jer minta tlg awak keratkan…ngehe)

21. Do you talk a lot? :: Act tak suka ckp byk, tp almost the time tercakap byklak..mungkin ikut suasana & keadaan kut..my Inlaws jenis berckp byk punya olang..

22.Does your screen name have an "x"in it? :: Nope..

24. Do you know anyone named Steven? :: Nope..Shamsuri I know lah..:p

26. Are you ticklish? :: Ma makna ‘ticklish’..takdak dictionary plak kat opis nie..

27. Are you typically a jealous person? ::walaupun selalu ckp(verbal) kat Abg, tak jeles. Tp sebenarnya sikit sebanyak ada perasaan tu..

28. Name someone whose name starts with the letter "I" :: Ijam, nickname of my brother..

29. Name a friend whose name starts with the letter "M" :: Masrahha Adnan

30. Who's the 1st person on your received calls list? :: Abang

31. What did the last text message you received say? :: You’ll get payment this wk. Check with our acc Maznah. Payment has been prepared. TQ for working with us. Wassalam.. --> sms from Bos of my client.

32. Do you chew on your straws? :: Tak.

33. Do you have curly hair? :: Nope. Tp Abg yer..anak2pun mcm nak ikut abah dia..

34. What is the next concert you're going to? :: Teringin nak pi concert Raihan..

35. Whats your favorite color(s)? :: Blue & green.

37. What is something you say a lot today? :: ".. InsyaAllah…akak boleh!!.. "…” InsyaAllah, Abg!..”…”InsyaAllah….”

38. What is the last thing you ate? :: Makan nasi putih + Gulai Daging Aqiqah + Pajeri Nenas + ikan kedera masin…fuh, byk kali cedok nasi..daging plak fresh..manis betul + pekena ikan masin dr perak..+ mkn bercahayakan lilin(mlm td black out sekejap).Abg takde sbb dia pi GALA DINNER kat Mandarin Hotel..

39. Have you seen the movie "Donnie Darko"? :: Sori, taktau!

40. Do you have work tomorrow? :: Hari-hari mau kerja, kerja mau hari-hari…kalau tidak mcm mn mau bayar hutang PTPTN…:p

41. Is marriage in your future? :: InsyaAllah, Perkahwinan Kini & buat selama-lamanya hingga ke Syurga..

42. When was the last time you said "I love you."? :: on the way balik dr Kedah -> Perak -> KL Isnin lepas…

43. What should you be doing right now? :: Patut buat keje bukannyer memain!!!!!!!!takper sambil2 ek..sori bos…perlu rehat jugak..hehehe..

44. Do you have a nickname? :: ada byk…alin, ina, na, malina, marlin Monroe, ;)

45. Are you a heavy sleeper? :: Dulu sebelum kahwin & masa belajar di Sek Men & Uniten YA! Tp sejak dah berkahwin tidak lagi!!!!!mana ada masa ma…nak layan anak lagi, bapaknya lagi..:p

46. When was the last time you used a skateboard? :: Tak Pernah…

47. What is the best movie you've seen in the past two weeks? :: Sejak ada anak, tak berapa focus sgt kalau hubby ajak tgk movie. Tp baru2 nie yg betul2 concentrate cerita Hannibal, kalau tak silap.

51. Did you cry today? :: Tak

52. Do you like someone right now? :: Of Course my beloved Family (4 of us) + Family Inlaws + My Family

53. Are you currently playing any sports? :: Dah lama tak bersukan + Bersilat sejak habis belajar…Buah2 silatpun dah lupe(rugi nyer..)

55. Last time you listened to music? :: Dalam kereta pg td masa mai keje..

56. Last time you watched tv? :: mlm td.cerita emilda kut..

57. Do you miss someone right now? :: My litlle daughter & son..tak sabar nak balik keje..

58. What are you doing at this very moment? :: Ngadap benda alah ni lah.. hhehehe..

59. Who is the last person you talked on the phone with? :: My hubby, aku nie sentiasa jd PA yg bagus utk hubbyutk semua hal sbb dia selalu lup. Almaklum kat opis busy…

60. Are any of your friends going to fill this out?
:: Kawan-kawan dlm blog nie tak ramai sgt & semuanyer dah pun di tag, --> Zilla, Baiti, Zakiah, Mardhiah, Yana .. so dr aku takdelah:p :p

Tuesday, May 29, 2007

Perjumpaan Ahli Keluarga Alumni...

Alhamdulillah, syukur kpd Dia perhimpunan Ahli alumni yg agak berjaya. (Bilangan kehadiran yg paling ramai. Terima kasih buat sahabat2 yg mghadirkan diri. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak berjumpa sahabat2 yg lama tak berjumpa(kak Khatijah sekeluarga dgn baby baru, Akh Saiful Hasmady & isteri..moshi- moshi, Haida & baby Baru, Kak Liza & Suami, Kak Aidawati sekeluarga). .ramai lagi yg lelain rindu ingin ketemu, mungkin dilain waktu, & dilain tempat..(Zilla, Umi Baiti & Suziati yg juga tgh sarat,Kak Suhaiza, Kak Aida Shazreena, Kak Yati, Kak Azma & kakak2 yg lain)

Bagi kami tuan rumah, tiada apa yg menyusahkan, setakat menyediakan tempat ajer..(Maaf kami tak dapat nak masak-memasak. thanks pd sahabat2 yg sponsor makanan..byk juga makanan hari tu) Termasuklah 'Surprise Cake' dr kami utk 2 pasang Pengantin Baru--> Strawberry Cheese Cake (rupenye favorite kak Ira)..& kami juga ambil kesempatan berterima kasih pd sahabat2 yg membantu mengemas, membasuh sehingga ke pinggan& cawan terakhir...siap ada sorang tu stay dgn kami(jd maid sekejap) bila semua org dah balik...(siapa ek?Thanks a lot kakak..really appreciate). .Harap semua selesa tempoh hari..

Last but not least, bila dikira2 hampir 45 orang kesemuanya (termasuk baby & kanak2 kesemuanya). .Ini senarainya:

Muslimat: Muslimin:
1)Kak Khatijah 20)Saiful Azra-suami K.Kat
2)Kak Liza 21)Saifuddeen-suami k.liza
3)Kak Ira 22)saiful Hasmady-suami K.Ira
4)Baiti 23)Abg Syah
5)Kak Masrahha 24)Taufeeq-suami k.omeh
6)Kak Syarifah Lin 25) Abg Rosli
7)Haida 26)Zulfika
8)Kak Aidawati 27)suami k.Aida
9)Suhaila 28) Yousri-suami Suhaila
10)Kak Mina
11)Kak Az
12)Kak Afzan
13)Aini Naqiah
14)Haryati
15)Fauzatul Hamimah
16)Kak Adida
17)18)adik2 kak Aidawati
19)adik ipar Baiti
29)Alin 30)Shamsuri -Hubby
31)Hafiz Laily
32)Fakhrul-kalau tak silap namalah..
33)Hanisah Yusof
34) Tetamu-En MAzwan

Anak2:
1)Aisyah Nabihah
2)Muhammad Qayyum
3)'Iyyaad Amsyar
4)'Illiyyin 'Aufa
5)Hammad Al Huffaz
6)Hamim Al Humaira
7)Adam
8)Aisyah
9)'Ain Zahra
10)Nawwaratul Mar'iyah
11)Mar'ie Naufal

Ha...cukup 40++...fuh...

OK, KOLEKSI GAMBAR2 MASA TU...


Dari kiri : Abg Syah, Aufa, Akh Saiful & Tetamu Jemputan

Hadirin Hadirat yg khusyuk Masyuk

Dari Kiri: Fakhrul(kalau tak silap), Yousri Taibin & Suami K. Aidawati. Belakang tu adik-beradik dia

Tibalah masa utk Bersantap..yummy..yummy..


Muslimat Berjaya: Dari kiri: adik Ipar baiti & Amsyar, Baiti, Haida, K.Az (Bakal Pengantin 9.6.07 ni), K.Ira(Selamat Pengantin Baru) & K.Dida



Muslimin Tiang Agama: Dari kiri: Rosli & Ecah, Hubby, Saifudden, Zulfika & Ain Zahra, Fakhrul, Yousry & Naufal, Hafiz Laily (bilala nak kawin mamat nie), Aufa the ultrawoman, Saiful & Syah


Ibu-Ibu Mithali: Kak Omeh, Kak Kat & Haida bersama anak masing2...

Tuesday, May 22, 2007

MTEST kali ke 4!!!!!!!!!!!!....26.05.2007

TIKET PANGGILAN UJIAN CETAKAN KOMPUTER




KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KUALA LUMPUR
TIKET PANGGILAN UJIAN

UJIAN PEMILIHAN CALON GURU MALAYSIA

MALAYSIAN TEACHER SELECTION TEST

(MTeST)


--------------------------------------------------------------------------------
Sukacita dimaklumkan bahawa anda layak mengambil Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST)

Sila bawa tiket ini bersama kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf.
Sila rujuk Panduan Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST) yang dikepilkan.
Sila bawa bersama Pensel 2B dan Pemadam.
Permohonan menukar pusat ujian tidak dibenarkan.
Sila berada 30 minit sebelum masa ujian.
PERHATIAN: Ujian ini akan ditadbir serentak di seluruh negara pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

TARIKH UJIAN
26 MEI 2007

MASA UJIAN
9.00 PAGI

NAMA DAN ALAMAT KOD DAN NAMA PUSAT
MARLINA BINTI YAHAYUDIN
NO. 12, JALAN SEPAKAT INDAH 8
TAMAN SEPAKAT INDAH, SG CHUA
43000, SELANGOR


B106
SEK MEN KEB JALAN TIGA
JALAN 3/4
SELANGOR


NO KAD PENGENALAN
810213086464

TARIKH LAHIR
13-02-1981

NO RUJUKAN
10/A111M0000P/239

NO TEMPAT DUDUK
G181

KURSUS DIPOHON
A111M0000P - MATEMATIK

Monday, May 14, 2007

Memorable Vacation II...

Pemandangan-Pemandangan Indah Di Langkawi..
(SHOT CANTIK by Mr. Norhakim & Ms. Marlina)..heheheh..


View at Padang Mat Sirat

Tanjung Rhu Beach

Tanjung Rhu

Sunset View..

Tanjung Rhu..

Atas katil..lepas penat&tido

Final Station of Cable Car

view on top of cable car..



Eagle Bay view..

Wednesday, May 09, 2007

Entry Selingan....

IKLAN PAKAIAN, BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN SEKIRANYA BERMINAT...*winks*
~Busana Muslimah~






*Tiada hadiah/pemberian paling berharga, melainkan mendapat restu & redha dari dirimu*

p/s: Jumaat lepas, lepas jumpa klien kat Komuter Subang Jaya (act ambil dokumen), masa solat Jumaat, sorang2 terpikir nak jalan2 jap kat dlm bangunan carrefour Subang Jaya tu. Tapi ke butik First Lady..org cakap situ pakaian dia murah2..so pegilah..Subhanallah, memang murah. Terasa teringin nak sambar 1 baju kat situ. its worth range RM30 - RM60 yg terdiri dari busana Baju kurung berkerawang, Jubah Biasa & Jubah berseluar. Selalu mesti dgn abg, kalau sendiri2 nie jarang berkenan nak beli. Tapi, THAT DAY, terus tipon Abg minta izin, Abg benarkan..Zup, terasa cukup gembira & bahagia sgt..bukan sebab dpt beli baju tue(sampingan jelah) tapi sebab dapat restu suami..bestkan rasa bila kita buat sesuatu, mak @ suami kita restu...Jubah tu RM39.95 jer. simple & nice..muat2 di badan..

Thursday, May 03, 2007

Memorable Vacation...

HARI PERTAMA...26 April 2007; Khamis; jam 11 am - 10 pm

Bertolak dari Jeti Kuala Kedah

Naufal dengan Tokwan, teruja 1st time naik bot..

Kaklong baru bangun tidur (buntang mata,terkejut kut!), Kesian dia tak berapa sihat

Hampir 1 jam setengah, sampailah kami di bumi Langkawi (Seronotnyer!!)

Check in Chalet, 10 minit dr pekan Kuah





Chalet yg selesa, ala rumah kampung

Selepas Check in, makan -à Telaga Ayer Hangat 1st destinasi

Nawwaratul dgn Atok berehat à panas sungguh ayaq tu siap berbuih2 & masin

2nd destinasi à Pantai Mat Sirat..Pasir Hitam

Ummie, Atok & Naufal tengok sepanjang pantai warna hitam

makan malam kami disponsor oleh sedara abah&mak di Tanjung Ru (Pegawai Imegresen). Rumah dia betul2 depan pantai..(bestnyer, tiap2 hari leh mandi laut!)

Wednesday, April 25, 2007

Percutian Keluarga ke Langkawi

esok aku akan ke Langkawi bersama2 suami , anak-anak dan abah & mak mertuaku..

semoga Allah memudahkan perjalanan kami..

wait for next entry for the whole story..

p/s: hati & perasaan ini sedang sayu..mcm2 dugaan Allah utk menguji hambanya..
Bersabarlah sayang, ada hikmah disebalik apa yg berlaku...

Tuesday, April 17, 2007

ILMU FIQHUL NISA' ~ HAID ~

SUBJEK: Bab 3 Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali (Kitab Fekah)]
- Fiqhul Nisa’ : HAID


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar
dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk
kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai
yang bersetuju dengan pandangan saya ini)..

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam ;

"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?"


pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak
perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar
sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al-Ghazali
yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang
berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan
asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
" Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)
solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu
subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka
wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam
waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu
subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil /
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini
yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Friday, April 13, 2007

JuSt a MiNutE a MoNTh a YeAR wItH YOu..




SPECIAL DEDICATED ENTRY FOR YOU, ABANG..

Thanks for being My Husband
Thanks for being You
I often tell You
I Love You
and say how glad I am
We found each other
I talk about
How much You mean to me
And How wonderful life is
Because of You
But I don't recall
Ever saying "Thank You"
for liking me
and accepting me as I am
for Loving me
and letting me know it
for sharing with me
in your own special way
But in my Heart
I Thank you all the time
for lots of things
most of all just for being You....