Friday, September 26, 2008

MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
buat pembaca blog ku ini..

Ikhlas dari kami sekeluarga



Norshamsuri Bin Ali@Hasim
Marlina Binti Yahayudin
Nawwaratul Mar'iyah
Mar'ie Naufal
Ainul Mar'iyah

InsyaAllah, beraya di Kedah sampai raya pertama.
Raya kedua bertolak pulang ke Perak.
Kepada yang memandu, berhati-hatilah ketika memandu pulang beraya ni ye,..

Baju Raya...

Malam nanti akan bertolak balik ke Kedah rumah MIL
Taktahulah hati ni rasa Hepi jer.sampai hilang mood nak kerja.
Kalau nak tahu setakat nie mmg ummi plan baju sekeluarga mesti sama,
Rasanya ni tahun last kut..dah masuk kami berlima ni tak larat gak nak sama lagi …

2004 – Baru kahwin
2005 – Tema Color Maroon
2006 – Tema Color Perak
2007 – Tema Kuning
2008 – Tema Pink & Merah hati (maroon)

Nak diceritakan, selalunya ummi siapkan awal2 tempahan
Mcm tahun nie, seawal tahun ummi dah hantar tempah baju kurung utk ummi & Atul
Naufal pun baju melayu ditempah juga.
Ummi Upah kat org kampung..
Betul2 puas hati, sebabnya beli kain + upah sungguh murah..

Kos Beli Kain = RM19.90 untuk 8 meter kain. (beli kat Maidin – kain tu di pack dlm 1 bungkusan)

4 meter Buat Baju Ummi
4 meter lagi cukup buat 1 Baju Kurung, 1 Baju Melayu, 1 Baju Kelawar Atul..berbaloi kan?

Kos Upah Pulak
Baju Kurung Ummi = RM28
Baju Kurung Atul = RM10
Baju Melayu = RM10
Baju Kelawar = RM8

Total Cost kami 3 beranak hanya RM75.90…murah sangat kan?..Alhamdulillah..
Hmm..bila baju kami murah, apalagi minggu lepas carikan baju Abang pulak..hmm..belanja lebih sikitlah kat suami tersayang..takpe, memang nak bg abg gembira, sebab selalunya Abg yg gembirakan kami..

Itulah Al kisah Bab Baju Raya...

Monday, September 22, 2008

Duhai Ummie......

Hari ini ambil masa sedikit, baca artikel dr ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Sedikit artikel ustaz yg menarik perhatian ku:

Kenyataan doktor itu tadi, bahawa kami sering mengambil peluang daripada ‘baik’nya kelakuan anak-anak dengan menumpukan perhatian kepada kerja masing-masing, sebaliknya marah atau menegur anak-anak apabila mereka bising dan bergaduh, adalah kaedah yang salah dalam memberikan perhatian anak-anak. Si anak sebenarnya mampu sampai ke tahap merelakan dirinya dimarah, dicubit malah mungkin dirotan, semata-mata untuk meraih perhatian ibu bapa…. dalam tangisan dan kesakitan. Begitulah dahaganya seorang anak kepada perhatian ibu bapa mereka.

Sedikit lagi pernyataan ustaz yg menarik perhatianku:

Maka, apa yang diperlukan, adalah sikap terbuka ibu bapa hari ini untuk belajar dan belajar, bahawa sesungguhnya proses mendidik anak dan mengendalikan rumahtangga, adalah jauh lebih sulit dari mengejar segulung ijazah PhD, kerana pertaruhannya adalah anak-anak, insan-insan kurniaan Allah yang menjadi amanah di bahu kita untuk membentuk mereka menjadi khalifah Allah, berbekalkan ahsanu taqwim [Surah al-Tin 95: 4] yang disediakan Allah pada fitrah manusia yang unik, penuh potensi, tetapi misteri ini.

Sudikah anda bersusah payah?

Tepuk dada, kenang kembali erti di sebalik lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” suatu ketika dulu!
___________________________________________________________________________________

Sungguh banyak pedoman & teladan yang boleh dipelajari..bila mana artikel itu sungguh berkait rapat dgn kehidupan kita kini..alam keluarga & anak-anak...

Ya Allah, Ya Tuhanku..Sesungguhnya, ampunilah segala dosaku & dosa suamiku..Engkau golongkanlah kami dikalangan ibu bapa yg masih belum terlambat utk mendidik anak2 kami dgn cara yg baik..Setiap detik & saat yang berlalu sungguh2 aku kesali, Ya Allah..Anak-anakku tidak bersalah..memang mereka perlukan perhatian kami..Ya Allah, Aku banyak tak endahkan perhatian mereka, sebaliknya 'tidak sabarku' dgn karenah mereka menjadi habuan..Anak2ku tak bersalah Ya Allah. yang bersalahnya AKU! Ampunkanlah dosaku Ya Allah...Ya Allah, aku benar2 menyesal Ya Allah..dapatkah ku putar semula masa..TIDAK!!..Ya Allah, sesungguhnya, aku bersyukur kpdmu atas kesedaran ini..semoga Engkau sentiasa MEMELIHARA anak2 ku serta anak2 mereka yg bertakwa kpdMu.. Ameen Ya Rabbal 'Alamiin....





LIHATLAH, Marlina! Wajah anak2mu yang comel itu, penuh dgn 'permintaan' utk dikasih,disayang, dibelai, diberi perhatian...Kadang2 Ummie beri, & kdg2 ummie take for granted...Natijahnya..






Anak2 Ummie sering 'hadiahkan' tangisan, jeritan, kedegilan, bergaduh sesama sendri, semata utk 'menguji' Ummie sebenarnya..Ummie betul2 teruji anakku...rasanya ummie hampir tewas, NAMUN, Alhamdulillah, Ummie nekad tak nak tewas lagi, nak...Sesungguhnya, ummie bertuah dikurniakan anak sebaik kalian..terima kasih kerana sayangkan ummie...

Wednesday, September 17, 2008

Al Fatihah buatmu Teman........

Pergi mu di hari yang baik (Nuzul Al Quran)
Bulan yang baik penuh berkat (Bulan Ramadhan)..

17 Ramadhan 1429H

Selesai sudah seksaan & penderitaanmu di dunia...
Maka tenanglah roh mu di persemadian abadi di 'sana'...

SITI MARIAM MOHD ZAINI
kawan sedarjah
Sek. Keb. Sungai Ara
1988 - 1993


Gambaq kat atas tu ialah gambaq ziarah ku bersama emak, Aini, Etin, suami & anak2 masa hari Raya ke 3 itu hari..

Itulah emak Arwah Mariam..nak tau rupa kawanku itu tak ubah sejibik emaknya, pn Hasnah.Tabah kulihat ibumu.tapi menurut adiknya-Zaharah, "di hari2 akhir arwah dah tiada rupa arwah, kalau kak marlina tengok mungkin dah tak cam dia"..Pilu & sedih rasanya tak sempat bertemu...yg ber t-shirt merah, adik arwah; Faridah, sebelahnya tak nampak, Zaharah. Yang duduk ber t-shirt biru, kakak arwah; Kak Ina.

Just nak kongsi, InsyaAllah, tiada aral keluargaku dengan mereka akan berbesan..Adik perempuanku, Aini dengan Adik Arwah. Ameen..Walaupun dikau sudah tiada, ukhuwwah kita masih bersambung..Doaku semoga dikau sentiasa dalam rahmatNya & tergolong dlm golongan Mukmin.

Wednesday, September 10, 2008

Susu…..


Semua benda tak menjadi seperti yg dijadualkan semalam..
Gara-gara tak cukup tidur dek anak yg mengamuk + menangis + meragam tak berhenti
Dari lepas berbuka sampailah jam 12 mlm tadi.

Ya Allah, betul2 uji tahap kesabaran ummie..(Sabar ni ada tahap-tahapnya jugak ker ek?)
Tepuk2 taknak, bagi susu ummiepun hisap sikit pastu nangis, check pampers, check perut..hmm..semua ok..Nape still menangis??

last2 turun bawah..tukar baju, tukar barut, urut lagi perut & badan dia..pastu buat susu (susu formula) about 100 ml..huhuhuuuuuuuuuu

rupanya, anakku yg sorang nie dah konpius puting susu rupanya..dia punyalah hisap botol susu tu beria2 sampai kenyang dlm 60 ml..pastu tidur…

sedihnya ummie dik….takpelah, nak buat mcm mana….
Dek smlm pun x ckp tido, ummie terus tertido keletihan & tak bangun ikut jadual…..

Sahur tu ngadu kat Abang, Abangpun kata,”Na, tak bolehla nak buat tiap hari kerja2 tue. Badan kena rehat jugak. Takpe, selang-selang.”hmm..betul kata Abang tue..mengekalkan perkara yg kita mula bukan mudah….istiqomah..istiqomah..

Thanks a lot Abang. Ku lihat abg cukup care & memahami keadaanku…Bersyukur pd mu Allah,kau makbulkan ‘doaku’ satu tika dulu…………….


Lihatlah aksi Ainul nie bila 'tak selesa'..(gambar ni diambil bukanlah mlm td. tak sempatla ummie nak ambik2 gambar time tu)



Tuesday, September 09, 2008

IKLAN LAGI.....RSA AUTO SERVICE

SESIAPA YANG NAK SERVICE / REPAIR KERETA SAHAJA. di ulang KERETA bukan Motorsikal ye...

Assalamualaikum,

Memanjangkan & Membantu promosi Suami.

Ana dan rakan-rakan ada membuka bengkel kereta di Taman Universiti
berdekatan dengan Equine Park. Ana attachkan peta dan alamat bengkel
adalah seperti dibawah.



RSA Auto Service
No 41, Jalan Indah 2/10,
Taman University Indah,
43300 Seri Kembangan.


Bagi sesiapa yang ingin membaiki kereta silalah datang ke kedai kami
:), InsyaAllah harga berpatutan. Mohon sahabat semua dapat memberi
sokongon dan dorongon.w'alam

Shamsuri

019-3579379

JUSTERU,
Harap rakan2, sahabat2, saudara mara & pembaca blog sy nie dapat memberi sokongan kpd kami serta memberi dorongan utk terus maju..(satu-satunya Bengkel kereta Orang Melayu Di kawasan situ)
Juga didoakan agar kalian jua berjaya dlm bidang masing2..


Marilah datang servis, setakat nie bengkel kami hanya ada stock mobil dan elf shj, tapi kalau nak brand lain, insyaAllah kami boleh belikan.

Terlupa nak bagi tahu, working days,
Jumaat kami tutup, insyaAllah hari lain buka Sabtu-Khamis kecuali Cuti Umum, masa dalam pukul 8.30a.m hingga 7.00pm based on jugak berapa ramai customer. Bagi sesiapa yang berminat untuk service, datanglah, kami juga ada sediakan modified parts for old car spt Mercedes Benz yg part nya tak available. Setakat nie lori(kecil) pun kita ada terima.


p/s: boleh phone @ sms dahulu, supaya pihak kami akan noted kenderaan kalian..terima kasih

Di bawah ni mapnya:

RUTINKU KINI……..

Alhamdulillah, Ramadhan muncul lagi & yg plg penting dpt meNIKMATi BERKATnya bulan Ramadhan pada tahun ini lagi…juga merupakan tahun ke 4 berpuasa selepas diijabkabulkan dengan suami tersayang..Tahun 1(2005) berpuasa & raya bersama kakak Nawwaratul, Tahun 2(2006) masih bertiga + 1, Tahun 3(2007) dpt berpuasa & raya dengan bertambah lg sorang Angah Naufal dan Tahun ini 2008 kami sudah 1+1+1+1+1 adik Ainul=5 + lg sorang makcik Hawa..hehe..kak tak lupa..;)

Ok, tup tap tup tap,..hmm..byk perkara berlaku kat diri ini- selesai berpantang, mula kerja, terima tugas baru/tambahan as ibu & pekerja…

Keputusan nekad telah ku ambil…pelbagai perkara telah diambil kira…akhirnya, inilah yg akanku hadapi dalam tempoh sebulan ke 3 bulan akan dtg:

Jadual Harian Sendiri (Dah mula malam tadi..moga kekal, terbabas tu maafla yer)..

8 pagi – 6 ptg :
berada di Pejabat..Apalagi ummie tengah kerja + etc2….(isi sendiri:)

6 ptg – 10 mlm:
hmm..apo lagi, berkojar eden siapkan urusan berbuka, layan karenah anak2 es the very special to my new baby..pastu siap nak solat yg wajib & terawikh..selesai jer terus tidur..

10 mlm – 2 pagi:
Tidur. Rehatkan diri. Rehatkan minda. Matikan diri. Roh tiada, jasad yg tinggal.
“Dengan Nama Allah yang menghidupkan & mematikan”.

2 pagi – 4 pagi :
Basuh Baju, jemur baju, buat tugas baru yg diambil dari tempat kerja lama. Selesaikan Audit 2006. terpaksa curi masa utk siapkan tugasan ini..Banyak yg silap, Banyak yg tak betul, Banyak, banyak & banyak…memeningkan…Namun, ummie tekad siapkan demi membantu mereka yg dlm kesusahan & memerlukan..jgn salah sangka bukan FOC jer yer..kasihanilah jua diri ini…semoga berbaloi + diredha Dia yg plg utama…Ameen..

4 pagi – 8 pagi (esok):
Solat2 sunat- Istikharah, Hajat, Taubat. Pastu terus siapkan sahur. Pastu siap baju2 anak, suami & ummie utk pi kerja lagi…

Wallahualam..Hanya Dia Maha Mengetahui…………..

KESIMPULANNYA:

Peruntukan Masa Sendiri

10 jam kerja pejabat + 4 jam kerja lagi di rumah + 6 jam sedia utk berbuka, sahur, terawikh + sunat yg lain, urus anak2 diri & suami;) + 4 jam tidur = 24 jam.

Isk..isk..isk..hu.hu.hu…. sedihnya, bila dah jadi mcm formula matematik nie, baru nampak sebenarnya cukup kurang masa solid bersama keluarga , masa utk diri, & ibadah. Begitulah mengapa WANITA sangat ISTIMEWA….

Ummie rasa WANITA2 yg sedang membaca tulisan inipun sama HEBAT & mungkin lebih lagi kalau nak dibandingkan dgn ummie..kan? Bersyukurlah dengan setiap MASA kalian yg ada kini..& gunakanlah ia sebaik mungkin seandainya masih diberi MASA…

Sekiranya yg baca adalah bernama SUAMI / LELAKI, bersyukurlah dengan apa yg kalian ada..(eheh, ter promosi jgn pasang niat tambah cawangan plak;) … Kenanglah susah payah serta pengorbanan ‘sebahagian tulang rusukmu’ itu..Kasih & Sayangilah mereka seadanya…

Monday, September 08, 2008

MULA BERTUGAS……080908

Ada berita baik & ada berita tak baik hari ini…hari pertama selepas 2 bulan bercuti bersalin…

Nak dengar cerita yg mana satu dulu?

Ok, kalau suamiku selalunya nak dengar cerita tak baik dulu:

1) Handphone agak baru jugak dibeli oleh abang hilang..masa on the way atas motor ke pejabat. Macam mana plak boleh jatuh ek? Huhuhu..

The Good News is Alhamdulillah, permohonanku sebelum bersalin tempoh hari diluluskan..jadi OKB jugak sekejap nanti, mcm Pn Baiti..tp Baiti lagi bykla kan?kan,kan? Baiti..eheh..(Selamat berangkat diucapkan buat sahabatku Baiti..Semoga selamat dalam perjalanan + tercapai apa yg dihajati)

Itu jer kut di hari pertama nie…lain2 mcm biasalah, kerja2 yg pending + filing etc2….

Wednesday, August 27, 2008

Renungan Bersama buat Adik2ku....

Berpantang hampir 1 bulan, byk perkara yg jarang aku kecap(almaklum dr kecik byk & lama merantau di tempat org), dapat dinikmati bersama mak, Abah & Adik2...

Buat Adik2ku,Ijam,Eni,Edan,Ejo,& Etin..sudah kau lihat tangis Emak yg kerap akhir2 ini..Kasihanilah Emak..Jadikan cebisan kisah di bawah, buat renungan...

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akakkata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesen lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagianya saat itu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/2006 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap tak mau pi hospital.... ..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital.... ..
tapi kiter berkeras juga pujuk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ....
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta.....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duit..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajer.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. .....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jer kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kan ... kan . ... kan

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasaan...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini....
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. .....

Mak......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dik...jangan nangis....kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... ..
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak.....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazahuntuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam.....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap.....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu....
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis......

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma.... ..
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan .....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau....
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...

kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti.. . ..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...

sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Tags: renungan bersama

Tuesday, August 26, 2008

RAMADHAN AL MUBARAK...

bahang Ramadhan kian terasa
saat syaaban menampil diri

dan tanpa sedar
berlari meninggalkan kita
merentas hari dan waktu,

tanpa perlu kita menghitung
Ramadhan bakal datang,

menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim,

dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada
yang maha khalik,

Ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki,

sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri,

apakah Ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali??

yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...

syukur pada ilahi kerana Ramadhan masih sempat di tempuhi...

Monday, August 25, 2008

AL FATIHAH............

Buat Arwah Tok Chah Mat Ramin..(Atok Angkatku)...


Pilu Sungguh hati ini pabila mendapat berita Atok telah pergi buat selamanya petang semalam di Hospital Taiping...Sedih tak sempat ziarah Atok, Tak sempat nak tengok Atok, Sedih taktau yang Atok sakit & dah lama di Hospital, Sedih tak dapat nak balik (sebab baru sampai dr berpantang)...Sejak semalam & hari ini juga berputar-putar kembali kenangan2 bersama2 Atok;

1) Sejak Atok & Che sendiri (mak & ayah Abah)tiada sejak usiaku Darjah 5, & tak pernah rasa bagaimana kasih sayang & manja dgn mereka yg bergelar Atok/Tokwan..Tok Chah lah penggantinya...

2) Tok Chah tak pernah bezakan cucu sendiri @ cucu angkat...selama 5 tahun di STJ menumpang kasih Atok dan anak bongsu Atok (Makcik Ha serta Pakcik Satar di Kuala Pilah) di kala jauh dari keluarga di Kampung..

3) Tiap2 kali balik kampung (masa zaman bujang) tak pernah 'miss' mesti ziarah rumah Atok di Pantai Besar...WAJIB

4) tapi sejak kahwin, jarang dapat balik cuti ke kampung lama2. walau tak sempat ziarah Atok, kami akan pastikan setiap kali raya kami akan ziarah Atok..

5) Terima Kasih Atok! Sama2 dengan emak raikan Hari Konvo Ina 2003..

6) Last ziarah Atok, rasanya Raya tahun lepas kan? Lama sungguh..sempat Atok tengok 2 anak Ina...Raya tahun ini tak dapat jumpa Atok lagi bersama anak Ina yg ke 3..huhuhu.

Ina memang tahu Atok sudah sakit2..Macam yg Tok ceritakan..ada darah tinggi, suka nak pitam, gastrik, sakit tua (seusia dgn umur Tok. rasanya dah hampir 70 kut)..Tapi Tok tetap aktif & cergas, macam tak sakit, dlm sakitpun Tok suka jalan2..Al Maklum Atok ni dulu & kini Orang kuat Wanita..Kagum betul...Tok seorang yang ceria, tak percaya lihatlah foto2 ini...


Di Rumah Cuepacs (sebelum berangkat ke Konvo Uniten)


Raya 2007
Raya 2007


Di harap kepada sesiapa yg membaca entry ini, sudi sedekahkan Suratul Fatihah buat Atok saya. Semoga rohnya sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah s.w.t..Terima Kasih..


Sesungguhnya Kerana Allah dan kepadaNya kami kembali...(Innalillahiwainnailaihiraji'uun)

Thursday, July 17, 2008

Kisah Bersalin & Wad..

08.07.08 to 16.07.08

Assalamualaikum,

Macam mana rasa`rindu' sahabat2 kpd sahabat2 yg lain..begitulah jua diri ini...tak berkesempatan bersua muka at least dpt mendengar khabar berita sudah memadai..Justeru, setelah sekian lama tidak menulis, just sedikit coretan khabar dari kami sekeluarga.. (Alhamdulillah, berpeluang semak email hari nie, belum pulang berpantang di kpg-masih di Kajang selepas keluar wad Az Zahrah semalam-16/07/ 08)

Syukran Jazilan buat sahabat2 yang datang ziarah ana sekeluarga (Akh Rosli sekeluarga, Helmy Izuan, Affiza & adik, Hanisah (guru baru Pasti), kwn2 Pejabat suami, Akh Nizam & Kak Asirah dgn baby Ishraf yg tersangat comel&montel, adik2 ipar, mak & adik) di Hospital serta dirumah-nurul ummi Baiti, adik SG-Aiman, megat, dzar,fakhrul, 3 lq terlupa nama, maaf & tak lupa ucapan & doa melalui sms wa email tak tersebut nama kalian terlalu ramai rasanya..Alhamdulil lah...... ..

Sepatutnya due anak kami lahir 20 Julai, namun ada komplikasi skit dgn bacaan kencing manis yg tidak menentu, Dr. nasihatkan ana buat IOL (Induce On Labour)-maknanya dipaksa bersalin walapun masih tidak sakit@turun tanda2 bersalin. so, admit sekitar jam 11.30 pagi, 07.07.08, & masuk ubat jam 12.45 tg hari-sakit terus tak berhenti (contraction) hingga jam 4 ptg, namun takdir Allah, sakit terus hilang sehinngga ke malam + hari itu hari sibuk 2 Dr. Pakar Annur, kerana jumlah kelahiran pd hr itu shj 17 orang bayi sampai tak cukup katil bayi + bilik bersalin + bilikpun penuh....
Kesudahannya, menjelang Isyak, keadaan sesak kembali lengang hanya tinggal 2 org shj yg menanti bersalin termasuk ana...selepas pulang berehat, Dr. tiba semula jam 12 malam. & disebabkan tidak sakit Dr. pecahkan air ketuban jam 12.30 pagi...Alhamdulilla h, Ana selamat melahirkan bayi perempuan jam 1.49 pagi pada 08.07.08..berakhirl ah episod kesakitan yg biasa dialami oleh ibu2...ibarat Nyawa di hujung tanduk...Kami keluar hospital pd 09.07.08 Rabu petang....

ADMIT WAD SEMULA:

Hari Jumaat 11.07.08- terpaksa admit semula kerna anak kami demam kuning. di tahan sehingga Ahad. Alhamdulillah, Ahad petang kami keluar wad..13.07.08. .

ADMIT WAD LAGI:

Namun, terpaksa admit lagi, anak ke 2 kami Si Naufal demam panas sudah hampir seminggu suhu cecah 40' darjah...Isnin ke Hospital utk pemeriksaan semula. 14.07.08- suhu masih tinggi- terus di arah admit...sekali lagilah kami anak beranak masuk wad..Dalam keadaan masih berpantang, kena admit juga..itulah, bila dah ramai anak nie, anak2 yg lain akan mengikut dapat sakit..sebagai Ibu &Bapa banyakkanlah bersabar tika ini...& beri oenuh perhatian... .
Alhamdulillah, kami keluar wad semalam Rabu-16.07.08. ..

begitulah serba sedikit sekadar meng'updatekan' diri & keluarga...

Buat yg bakal menjadi ibu,-Kak Az & Kak Jan...semoga dipermudahkan segalanya yer...tahniah juga buat Kak Fatihah utk anak yg ke 2, & Kak Mina...

Salam Ukhuwwah Berpanjangan. ....

Wassalam..

-Keluarga Mar'ie & Mar'iyah-

Wednesday, June 18, 2008

Dalam kehidupan Ini....

Yang Terindah,
Melalui Usia Sebagai ahli Jemaah kerna.....





Aku lebih menghargai setiap apa yg berlaku kerna..
PERCAYA & YAKIN setiap yg berlaku ada hikmahnya...
akan sentiasa Berlapang Dada..
Itulah jua ubat kpd segala macam PENYAKIT...

SEMOGA KEHIDUPAN HARI INI LEBIH BAIK DARI KEHIDUPAN SEMALAM,
DAN KEHIDUPAN ESOK PASTINYA KETENTUAN DARI DIA...
& KITA WAJIB MEMPERELOKKAN SEGALA AMALAN & IBADAH...

Monday, June 16, 2008

Semoga LULUS Permohonanku ini..Ameen..

14 Jun 2008

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
E-3-2, East Wing, Subang Square
Jalan SS 15/4G
47500 Subang Jaya
Selangor

U/P: Tn. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pengarah Urusan

Tuan,

MEMOHON KENAIKAN GAJI SERTA BONUS

Perkara di atas dirujuk.

Saya, xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx dengan ini ingin memohon kenaikan gaji.

Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah berkhidmat di syarikat ini selama dua (2) tahun bermula pada 3hb. Julai 2006. Dengan komitmen yang telah saya berikan kepada pihak syarikat dengan bekerja dan menguruskan semua hal syarikat seorang diri selama setahun ini, berbaloi serta wajarlah kiranya saya dinaikkan gaji serta diberikan bonus.

Justeru, saya amat berbesar hati sekiranya permohonan saya ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Semoga dengan manfaat yang akan diberikan oleh pihak syarikat ini dapat meringankan kadar bebanan yang semakin meningkat kini.

Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Yang benar,

iena
…………………….
(xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx)
Akaun Eksekutif

************************************************************************************

Alhamdulillah, selamat letak surat ni petang ni di bilik Bos..Hari ni satu hari dia tak masuk sebab ke site ESSO, PD.

Esoklah kut dia baca surat ku ini..apalah reaksi dia yer..

Ya Allah perkenankanlah hajat hambamu ini..Ameen

Hajat Yg Tak Kesampaian...huhuhu..

20 Mei 2008

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
E-3-2, East Wing, Subang Square
Jalan SS 15/4G
47500 Subang Jaya
Selangor

U/P: Tn. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tuan,

MEMOHON MANFAAT PERUBATAN / MANFAAT BERSALIN

Perkara di atas dirujuk.

Saya, xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx, ingin menarik perhatian pihak tuan berhubung perkara di atas memandangkan saya dalam persediaan mengumpul kewangan untuk proses melahirkan anak InsyaAllah dijangka 20 Julai 2008 nanti.

Untuk pengetahuan pihak tuan, genaplah tempoh dua (2) tahun perkhidmatan saya di syarikat tuan pada bulan Julai 2008 ini. Justeru, saya amat berbesar hati sekiranya permohonan pertama saya ini dapat diluluskan oleh pihak tuan.

Saya telah membuat semakan melalui ‘terms and conditions of service’ syarikat di bawah Artikel 9 (Medical Benefits) atau Artikel 10 (Maternity Benefits) yang diperuntukkan kepada pekerja, dan ingin menarik perhatian pihak tuan untuk menyemak polisi tersebut.

Justeru, sekali lagi saya amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini sekaligus meluluskan dengan kadar amaun yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Semoga dengan manfaat yang akan diperoleh ini dapat meringankan kadar bebanan yang akan saya sekeluarga tanggung.

Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah murahkan rezki tuan sekeluarga dan selamat bercuti.

Sekian.


Yang benar,

iena
…………………….
(xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx)
Akaun Eksekutif

*************************************************************************************

Surat ku ini di TOLAK..tersayat, tersiat rasanya hati ini masa tu..tp kuterima semua alasan dia..

tapi masa surat ni diberikan saat 'pertarungan' sengit ku sewaktu sebelum Bos bercuti 2 minggu tempoh hari.. kisah perit dalam siapkan kerja ada entrynya sebelum ini..

Namun tindakan nekad ini harus dibuat demi mempertahankan hak ku sebagai PEKERJA..kalau kita tak mulakan, siapa lagi kan??

Thursday, June 12, 2008

IKLAN...mari..mari..mari

IKLAN KEKOSONGAN……..

JAWATAN KOSONG:

1) GURU PASTI *****Masih Diperlukan*****

Tempat : Pasti Al Abrar, Sg Ramal Dalam

Masa : 7.30 pagi – 11.30 pagi sahaja

Tempoh : Julai 2008 sehingga bila-bila (selagi tiada kemaslahatan)

Kelebihan/ : Elaun Tetap diberi + Elaun2 Tambahan (Akaun, Iqra’ & lain2 mengikut
Kemudahan keperluan) + Insuran Diri (Takaful Malaysia)

Lagi Kelebihan: Kebajikan guru dijaga & diuruskan. Segala bentuk yuran (kursus guru,
lawatan & sebagainya) akan ditanggung oleh pihak Pasti. Sentiasa
mendapat pakaian & T-shirt percuma sekiranya komited dengan tugas.

Wajib : Mempunyai kenderaan sendiri

Sekiranya berminat sila hubungi; Sdr Norshamsuri 019-3579379 @ Cikgu Yusrina 013-6911092
@ saya 019-3879496.


2) KERANI CUM SETIAUSAHA

Tempat : Subang Square, Subang Jaya
Majikan : Chalpoint (M) Sdn Bhd
Tempoh : SEGERA
Kepakaran : Mahir menggunakan komputer (Excel, Word, Ppoint & lain2 adalah
kelebihan), tahan bekerja dalam tekanan.
Pendidikan : Tak kisah asalkan memenuhi kepakaran di atas. Gaji boleh dirunding
& tiada masalah selagi sah terbukti mahir.


Sekiranya berminat sila hubungi; saya 019-3879496 @ 03-56320809


RUANG PEJABAT / KEDAI UNTUK DISEWA

Alhamdulilah, Sudah ada & dapat penyewa.............

Friday, May 23, 2008

Santapan Rohani ke II Hari ini..

Marilah kita bersama-sama memulakan hari yang indah dan penuh dgn keberkatan ini, dengan 'Santapan Rohani' istimewa daripada Lajnah Tarbiyah Alumni

(Hmmm...baru dapat baca selepas dah santap 'makanan hati' yang lain pagi tadi...Astaghfirullahal 'azim..30x)
TAZKIRAH JUMAAT : Kaedah Menuju Bahagia

1) Renungilah sabda Rasulullah S.A.W : “Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, janganlah engkau menunggu datangnya waktu pagi”.

2) Lupakanlah masa lalu dan semua yang pernah terjadi.Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkanmasa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakankebodohan dan menyebabkan kedegilan.

3) Jangan menyibukkan diri anda dengan masa depan,sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkanhingga ia datang dengan sendirinya.

4) Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Teguhkanpendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5) Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6) Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.

7) Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatuyang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha danqadar.

8) Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.

9) Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10) Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

11) Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seseorang Muslim adalah baik baginya.

12) Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13) Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebihbanyak dari orang lain.

14) Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.

15) Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16) Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17) Sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu terdapatkemudahan.

18) Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara yang remeh.

19) Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.

20) Jangan marah, jangan marah, jangan marah!!

21) Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti , seteguk air, dan bayangan.

22) Adz-Zariyat: 22 – “Dan di dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yangdijanjikan kepadamu”.

23) Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akanberlaku.

24) Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu adasuri teladan.

25) Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, makaDia akan memberikan cubaan atas mereka.

26) Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.

27) Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya,dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.

28) Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percayapada khabar angin.

29) Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untukmembalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatananda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan
menimpa pihak lawan.

30) Setiap musibah yang menimpa diri anda adalahpenghapus dosa-dosa.

Dipetik dari kitab ‘LA TAHZAN’ – Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (ms146-147)

Marah, Sabar, Marah, Sabar...Letih...

11.30 pagi – Mei 23, 2008 – Jumaat

Signifikasi Hari Jumaat..

Saat & tika ini, sewaktu menulis nie, air mataku terasa ingin di alirkan lagi…semalam, aku seorang superwomen..tp hari nie, tak dpt nak tahan emosi lagi..

Entahlah, taktau ku nak luah pd siapa..terasa nak bercerita dgn org..tapi siapa? En Basri? Kak Siti? Kak Ina? Abg?..masakan mereka mahu meluangkan masa saat ini..kerna semua sibuk bekerja…aku faham…kenapa aku sering memahami orang, tp mereka tidak mahu memahami diriku (refer kepada bos sebenarnya)..

Pagi ini, aku di ‘tekan’ lagi yg entah ke berapa kali…Aku faham dia sibuk, terkejar nak ke PD utk kick off meeting hari ini (baru sat dia keluar)..pastu nak bercuti ke oversea 2 minggu mula Sabtu (flight malam) ini sampai 8hb Jun..dalam masa yg sama ada bid tender penting nak kena hantar & siap rabu depan…aku amat faham semua tu..TETAPI…

Tak adilllah, jika diri ini terus di ‘tekan’…Bayangkan semalam Khamis aku stay buat ‘semua kerja’ dari jam se awal 8.00 pagi sampai jam 12.30 malam (tanpa sempat makan nasi & rehat)..terkejar2 ke depan belakang, mengadap PC..sampai nak naik pitam malam tadi, tp siapa yg ambil peduli?? Bos? Sikitpun dia tak tanya @ simpati..asyik tanya, “Apa yg awak dah buat setakat ni”..”Dah buat belum yang saya suruh”..”Apa awak ni, saya tak suruh buat macam ni….”, sekali sekala adalah jugak perkataan “good…”, walapun sikit je ucapan itu, tp dah buat hati lega masa tue..huhuhuhu……………….

Dahlah keluar pejabat (korbankan masa dengan abg & anak2 & mereka pulak berkorban demi ummi) jam 12.30 mlm, sampai rumah makan nasi bungkus abg belikan, tidurpun dah jam 3 pagi..Hari ini memang takleh nak sampai jam 8 pagi……….bersambung…tak mampu nak menulis dah..byk kerja nak disiapkan….yg aku tau..

Balik ptg nanti dia pasti melenting…tak siap ikut apa yg dia nak(memang tak patut siap pun, he always wants all perfect, tp tak pikir yg tunggang langgang nak buat aku sorang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, May 16, 2008

Murtad.....

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.
Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.
Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam
Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat
Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

Thursday, May 15, 2008

Beras oh Beras, Nasi oh Nasi....

Sajian Pertama Istimewa dari Lajnah Tarbiyah

Pelbagai ulasan tentang Beras oh Beras, Nasi oh Nasi...

Cik Z : "Harga BERAS naik ke, mahal ke... I no problem,
sebab memang sekarang I tengah ber'diet' tak ambil karbohidrat. ."

En X : "Banyak lagi rezeki yang Allah kurniakan kat muka bumi ni..
Tak boleh makan nasi, makan lah mee, kue tiaw, maggie...... ."


Dan pelbagai komen lagi dilontarkan tentang Beras oh Beras, Nasi oh Nasi...

Mari kita renungkan artikel yang dipetik dari Harakahdaily, disediakan oleh saudara Azamin Amin berkenaan dgn isu ini
dari perspektif kaca mata Umat Islam yang beriman kepada Allah S.W.T.

--------------------------------------------------------------------------------

Krisis Bekalan Makanan, al-Quran telah Beri Peringatan !!

Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Al-Quran telah memberi peringatan dan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.

Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.

Al-Baqarah- ayat 156:

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencana supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.

"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya) ! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."

"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)

"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)

Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."

(al-hadid ayat 22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (al-hadid ayat 23)

Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:

"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Wallahualam, Ingatlah Allah di waktu senang, kerana Allah akan ingatkan kita sewaktu susahnya kita...