Sejak akhir2(sebulan nilah)...aku dapat rasai perubahan mood pd diriku...
semakin 'worst', tak bermaya, letih, lesu, dingin, malas, cepat sensitif+laju jer air mata mengalir, kurang yakin---> boleh kata semua sifat -ve mengusai diri...tapi itu semua berlaku di rumah...Tidak di pejabat..bila dipejabat aku disibukkan dengan urusan kerja + urusan tambahan (KPKAA/PASTI/UBM/dll)..aku seperti seorang wirawati bila diluar...isk.isk..huhuhu..Entahlah, ADAKAH INI PERKARA BIASA yg dilalui oleh ibu2 mengandung????....
Tuesday, December 12, 2006
Last Saturday 091206 Is Really OUR DAY...
Ya Allah, aku bermohon agar ampunilah segala dosaku Ya Allah terutama kepada keluargaku(suami & anak serta ibu bapaku)..Kuatkan & pulihkanlah semangatku serta imanku...Jadikanlah aku isteri yg Solehah, Jadikanlah aku anak yg Solehah & Kurniakanlah aku anak yg Soleh&Solehah...Ameen
~harap ada komen dr sahabat2 sebagai penguat/pemulih semangat~
_____________________________________________________________________________
Jumaat malam~ 081206
Abang berkata dengan nada tenang, " Na, tomorrow is your & Our Daughter DAY. Please make any wish". lebih kurang macam tulah dialog permulaan dr suamiku tersayang..
Seperti biasa, Sang Puteri kelu nak berkata..ialah memang aku bukanlah punya sifat yg suka utk meminta2..sering rendah diri...Dalam keadaan memang sentiasa lesu kini, "Hari apa abg?". Abang membalas,"ialah abang ingat nak bawa na & anak jalan2, masakkan utk na, buat semua benda utk Na. Abg tau na letih." Ayat yg selalu buat aku terharu & menitiskan air mata...SEBABnya aku selalu merasakan yg diri ini selalu bersikap kurang baik pd suamiku...
Jawapanku pd suami tersayang,"Abang, na ikut sahaja apa yg abg nak buat pd kami. Na terima, & gembira sangat2." Ialah siapa yg seronokkan bila, nak pi jalan2 & dapat mkn air tangan suami...Bertuahnyer org mengandung nikan...itulah hikmahnya...
So, malam tu abg plan pagi2 bawa kami anak beranak pi Jogging kat Taman Tasik Cempaka, Bangi & misi utk meltihkan Nawwaratul..Lepas tu balik, abg akan masakkan tengah hari & petang tu (selepas aku selesai meeting Post Mortem KPKAA) pegi jalan2 kat MINES WONDERLAND!!!! lepas buat perancangan, malam tu jugak abg keluar pi BINTANG belikan bahan utk memasak esok...Ya Allah, bahagiakanlah kami sekeluarga sehingga di akhirat...
Sabtu~ 091206~ 0830 pagi
Selepas Sarapan pagi, abg membawa kami ke destinasi pertama iaitu TAMAN TASEK CEMPAKA, BBB. sebenarnya memang dah lama kami tak berjogging..baik utk suamiku & diriku yg sedang sarat sekarang ini & seronok buat anak kami Nawwaratul Mar'iyah...Ku tahu dari riak wajahnya memang dia fizikally letih sebab berjogging satu taman..tapi suami ku tidak menunjukkannya sebaliknya terpancar stau kepuasan dpt mengembirakan anak& isteri tercinta...
aku & Nawwaratul hanya berjalan, sekali sekali kejar mengejar..lega + gembira apabila melihat rasa kegembiraan terpancar jelas di wajah anak comelku...dia tak reti duduk diam...berjalan, berjalan & terus berjalan sambil mulut tak berhenti bercakap& menegur sesiapa shj yg lalu lalang...sekali sekala berhenti apabila ada perkara yg menarik perhatiannya& lapar @ dahaga...itulah, Sifat anak sulung kami...yg tak lama lagi akan Jadi Along..
Jam 10 pagi, kami bertolak balik ke rumah utk meneruskan misi seterusnya..Abang's turn to show his expertise in cooking!!!Nawwaratul sudah keletihan...BUKTINYA, sesampai di rumah dia terus tertidur dr jam 11 pagi sehinggalah jam 5 petang, tanpa makan & mandi pagi...isk..isk..anak ummie..
ok, di dapur, Abg meminta ku berehat sahaja di bilik...Biar dia yg uruskan semua..tapi, Isteri mana yg sanggup membiarkan suami dia buat seorang diri..tak sampai hati...biarlah bersama2...cuma aku hanya membantu sediakan bahan2...Akhirnya Jam 1 petang siap masak semua + berkemas...
Terhidanglah 3 menu utama istimewa dari suami tersayang buat isteri tercinta...heh..heh..heh...
1) Nasi Putih
2) Ikan Siakap Masak 3 Rasa
3) Sayur Kailan Ikan Masin
4) Sup ayam
5) Ais Jus Oren
Terima kasih, Abg..Terpancar satu lagi tanda kepuasan di wajahnya...terharu diri ini buat seketika....
Selepas siap2 khidmat diri & Solat Zohor, kami turun makan bersama2 abang iparku & adik perempuan ku...Kemana NAWWARATUL???hmm...dalam buaian, lebih rela melayan tidurnya sambil hisap susu...
Alhamdulillah, memang SEDAP!...Norshamsuri, dialah insan pertama yg ku kenali cukup bertanggungjawab & prihatin...& dia juga chef aku waktu mula2 kahwin dulu..almaklum, aku taklah berapa pandai nak masak betul2, sebabnya dr kecik sampai besar asyik belajar ajer..tapi bab memasak memang suami ku cukup strict waktu mula2 kahwin dulu, memang pd mulanya susah jugak nak adapt, tp akhirnya inilah hikmahnya...banyak baik dr yg tak baiknya...
ok, selesai mkn rehat sekejap----> aku bersiap2 utk ke mesyuarat post mortem KPKAA, abg izinkan..Terima kasih abg!..Dia ku biarkan berehat...sebab nanti nak guna tenaga bawa kami berjalan-jalan pulak...Mesyuarat 2.30 hingga 5.00 petang...Alhamdulillah, selesai dgn 1000 kenangan..ERTI HIDUP UTK MEMBERI...
sampai jer rumah, Subhanallah, sebaik buka sahaja pintu, terlihatku akan senario yg cukup membahagiakan, seorang abah Mithali yg berwajah/berambut kusut masai sedang menyuapkan nasi berlaukkan sup pd anak solehahnya yg juga kusut masai...heh..heh..anakku baru bangun rupanya...kasihan & simpati melihat mereka berdua..tetapi bahagia...aku ambil alih memberi anakku makan...mandi...& bersiap..tapi sempatlah berehat dahulu & tunaikan solat Asar berjemaah...
~0630 petang~
Siap bertolak ke MINES WONDERLAND..suamiku beria2 nak bw kami kesana...entahlah, satu hari itu, aku tidak terasa penat sangat wpun tidak berhenti banyak berjalan & membuat kerja... mungkin itulah hikmah, IHKLAS MEMBERI, & aku berasa bahagia MENERIMA..apa yg pasti YG MEMBERI berasa KEBIH BAHAGIA...
Baiklah, cerita aktiviti kami di sana akan ku sambung nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 tuan penasihat:
Post a Comment