Sambungan dari entry sebelum...
ok, lebih kurang jam 7 mlm kami sampai & terus ke kaunter membeli tiket..Huh, mahal jugak! Firasatku mulanya...RM64 utk 2 orang..Abang sanggup berbelanja lebih utk family..."Semua tempat boleh pergi & main kecuali roller Coaster sebab under reconstruction, Encik. Satu lagi Dancing Fountain Show jam 8 mlm & persembahan Tarian Tradisional jam 9 mlm," kata si penjual tiket. ok..
Tempat pertama yg kami patut tuju sekarang ialah mencari surau utk tunaikan solat maghrib..Hari sudahpun gelap..terpancarlah cahaya lampu yg berwarna-warni.Sungguh Indah & meriah & mendamaikan hati..Nawwaratul anak kami yg paling gembira..laju jer dia berjalan ke arah pintu masuk sambil melambai-lambai tangan membalas lambaian penyambut2 tetamu yg berpakaian serba cantik (tapi biasalah, semuanya budak2 cina so, agak seksi jugaklah bajunyer..tak tutup aurat..'winks'..)..tapi mereka semua terhibur dgn keletah anakku yg tersenyum & pandai melambai tgn kpd mereka semula...
Ataupun mereka jarang melihat anak baby sekecil itu sudah bertudung bulat, berbaju T-shirt, berkain skirt paras bawah lutut, berstokin & berkasut...comel sungguh anak Ummie...ummi tak dpt nak merakam gambarmu nak....(nanti Nawwaratul dah besar boleh baca coretan ummi ni utk imbau sgl kenangan)..
Maaf, semua memori hanya dpt disimpan dlm kotak ingatan sebab kami tak bawa kamera (org pinjam)..takpelah, biar ku simpan segala kenangan indah di ruang ingatan.....
ok, cari punya cari jumpa jugak surau..agak jauh juga tempatnya..dekat dgn Water Taxi . Cepat2 segera solat...huh, agak bising jugak sebab kebetulan area surau tu ada show tarian tradisional dari Sabah...Aargh, pedulikan mereka...ibadat, wajib dilaksanakan...Alhamdulillah lega...
Boleh dikatakan masa 3 jam memang tak cukup & sudah memenatkan (8 mlm -11 mlm)..Diringkaskan cerita, kami dapat nikmati aktiviti:
2) masuk Ice Factory-rumah ais, memang sejuk sangat mcm berada kat oversea, tp anakku relax jer sentiasa tersenyum & di wajahnya tergambar perasaan ingin tahu, kami bertiga memakai jaket tebal yg disediakan,
3) Jam 9, cepat2 ke Amphitheatre Performance - kami melihat pertunjukan tarian Tradisional dari Sabah selama 30 minit. tempat yg sama jam 9.30, saat yg kami nantikan Musical/Dancing Fountain Show...Subhanallah, cantik sangat tarian air yg berwarna-warni diiringi lagu2 yg indah(semua lagu kartun disneyland tu)...Puas dapat lihat..anak ummi pun seronok..(today is our day nak..)
6) merasa naik Road Tram- keretapi panjang yg bergerak atas jalan mengelilingi sebahagian shj mines wonderland tu..
Kan ku simpan & abadikan kenangan hari ini, buat selamanya dgn mencoretkan di blog ku..
Gambar-gambar kat bawah ni, masa kami bertiga bersantai/jogging di Taman Tasek Cempaka, BBB pagi Sabtu itu..

Ni aksi Nawwaratul Tengah lapar:p



Khusyuk makan karipap dgn air masak

Muka tengah semangat. Kami baru sampai di Taman itu.



0 tuan penasihat:
Post a Comment