Wednesday, October 03, 2007

Malasnyer Tangan ni nak Menaip.....

Actually, tetiap hari (bila dikumpul2) banyak nak luah/cerita kat blog nie..
Tapi bila buka jer bahagian 'Post' nie,..
Tangan ni mula malas nak menaip & kepala nie 'segan' jer nak memikir apa nak tulis...
al maklum pulak diri nie jenis tak pekdek2 ayatnyer..;;
Takpelah, nak tulis jugak, just senaraikan jelah (accumulated story)...

1) Rabu lepas 26hb September; Kali ke 2 kasut suami dicuri orang.harga kasut tu RM30 jer..pun di'sapu'nya..Kali pertama curi masa baru 1 hari duduk rumah baru tue..15hb Julai(Isnin)...tu pun sedar sebab kasut adik lelakipun hilang sama..yang tu memang mahallah kasutnyer, suami beli masa dia pi Poland dulu...lepas ni kasut mahal ke murah ker kena simpan dalam rumah..Peliknya 'Pencuri' tu curi barang2 lelaki jer..Bila tanya2 jiran time lepas terawikh, memang selalu org pecah rumah..Dub!risaulah pulak..Apa yg termampu mohon byk Doa pd Dia, bykkan baca Quran dlm rumah tue & 'pagar sendiri' keliling rumah tue (yg nie belum buat lagi)...

2) Terima kasih to Majalah Pa & Ma (keluaran Oktober 2007): Akhirnya berkat sedikit kekereatifan ummie nie Anugerah dr Dia juga, anak ummie Naufal terpilih untuk slot "Si Manja Ceria"..ada gambar Mar'ie Naufal Norshamsuri dalam Majalah kesukaan Ummie nie..tak pernah miss sejak ngandungkan Nawwaratul...Apalah 'HADIAH MISTERI' tu nanti ek...

3) Musykil/resah/biasa..mcm2 dalam bulan Ramadhan nie..ni lebih kepada diri sendiri sebenarnya..sejak lahirkan Naufal, tak pernah 'datang bulan', so dalam bulan Ramadhan nie kali pertama 'datang', kalau normal takpa, ni lain mcm sikit..itu yg kalau sahabat2/kawan2 ada terima email sy attachkan pasal buku tentang 'Darah Wanita-Haid,Nifas&Istihadah berdasarkan Al Quran & Al Sunnah'..inilah sebabnya..aku tak stabil..mcm mn dgn solat? puasa? so, suami tolong carikan rujukan..InsyaAllah, sesiapa tak kira suami pun di galakkan sebagai ilmu utk menegur isteri..kdg2 isteri nie pelupa.. kalau selesai baca buku tu 55 m/s..bolehlah berpegang kepada penjelasan dr buku tersebut kerana buku asal ditulis dlm bahasa 'Arab dan diusahakan diterjemah dlm bahasa Melayu oleh penterjemah & penyuntingnya memang berlandaskan Al Quran & Al Sunnah..baik bacalah sendiri yer..sebab tak pandai nak ulas panjang..bg kawan2 blog yg nak boleh bg email nanti sy forwardkan buku online tu...(free for amalan no charges)..berbalik pd keadaan diri, punyalah susah nak klasifikasi sebabnya:
a) Mula 'datang' 10hb - 14hb Oktober, pastu bersih
b) 'Datang' semula 19hb - 23hb; kategori darah: banyak jugak, 24hb bersih
c) 25hb 'datang' lagi, pastu bersih..
d) 1hb & 2hb 'datang' lagi..banyak bukannyer sikit-sikit..hari nie kat pejabat setakat dr Subuh sampai Zohor bersih pulak..(taklah mandi lagi)..So, kena Qada' Subuh,pastu tayammum buat zohor..Puasa kenalah ganti..
e) kesimpulan setakat hari nie: wpun dah baca buku tue, masih musykil nie..Ya Allah, permudahkanlah & uraikan kekusutan yg ada..Ameen... Macam mana? ada sesiapa yg facing like this? kongsilah dengan kita yer...

hmm..cukup dulu setakat tue...panjang jugak rupenyer...hehehe..

SALAM RAMADHAN YANG BAKAL PERGI
SALAM DIAMBANG 'EDUL FITRI...

0 tuan penasihat: