Wednesday, October 10, 2007

Teladan di sebalik kejadian...

Semalam hari Selasa , balik dari Subang Jaya ke TPM
Hujan teramat lebat..sudah hampir sebulan (bulan puasa nie),
aku jadi 'Minah Rider', eh minah dah tak sesuai..Ummie Rider, Mak Rempit..
Ha, diberi kebenaran naik motor..sebabnya masa balik kerja dengan suami tak sama
aku boleh balik 4.30 pm tapi suami 5.00pm..so, utk tidak buang masa (naik kereta jam), baik nak motor..sampai TPM, naik motor 'besar' dgn abg...

ok, semalam basah kuyup + makin tak kebah demam selesema nie..
sampai di Tol Sg Besi..abg singgah Shell utk ambil duit & isi minyak..
aku kat dalam shell station tu, so, taklah berapa tahu apa yg terjadi diluar...
Bila keluar jer kelihatan abg tergesa-gesa meninggalkan motor munuju ke arah jalan raya(h/way)..Oh, rupenya baru sebentar berlaku kemalangan melibatkan
sorang rakyat Bangla dgn Kereta..keadaan jalan memang sesak disertai hujan yg agak lebat..

Moral story yg nak cerita kat sini, kejadian nie berlaku depan mata sendiri:-
macam2 perasaan ada...betapa tidak perihatinnya manusia2 yg hanya melihat2 dr jauh
tanpa menghulurkan bantuan..Dalam bulan Mulia, + bukan setakat tak tolong pastu komen plak yg lebih...Salah Bangla tulah, itulah inilah..
Sampai aku merayu pd mereka yg melihat tolonglah angkat mangsa tue, sebab tiada siapa yg tlg angkat(hanya kwn bangla tu sorang jer yg ada bersama masa melintas h/way tu), kasihan sambil usaha angkat, nak seberang pulak hampir nak dilanggar kereta...apa yg org lain buat???Menurut Abang, dia cuba menahan kereta utk beri laluan juga tidak diambil endah, entahlah......

Apa hak kita utk meletakkan salah & silap orang..jika dia salahpun biarlah urusan dia dgn tuhan & undang2..kita nie yg salah sebab tak membantu sesama insan..Jgn di hirau bangsa & agama...pandanglah dr sudut modal insan...seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang apabila merasakan semua sudah stabil...

Abg kata pdku," cuba bayangkan diri kita ditempat Bangla tadi jika berlaku di negara org, adakah akan ada sesiapa hiraukan?? w alam...

Tepuk dada tanyalah Iman...

0 tuan penasihat: