Monday, November 05, 2007

Abah.....

2 3 Hari ni memenatkan badan...

Abahku sampai dari kampung jam 8 malam di Pudu pada Selasa lepas.
Abah datang untuk sesi berkala pemeriksaan seterusnya di IJN esoknya hari Rabu
31 Oktober 2007.
Hasil pemeriksaan Doktor, Jantung Abah masih lemah
2) Abah mengadu kerap pening. Rupanya paras gula dalam badan abah amat tinggi ~29~ & tekanan darah rendah tapi masih bawah paras normal. (Darah tinggi & kencing manis)..
3) Doktor dapati Buah pinggang abah semakin nak ada masalah..

Oleh itu, kesimpulannya, bila jantung lemah, dia akan kurang pam darah. bila darah kurang sampai di kepala..kesannya, Abah pening-pening..

Penyebab jantung lemah adalah disebabkan penyakit2 sampingan yang dihidapi Abah iaitu Kencing Manis, tidak berfungsi secara baik buah pinggang & Darah Tinggi..

penyebab sakit buah pinggang pulak ialah adanya sakit kencing manis...

Berkait rapatkan???

Kesian kat Abah..Doktor keluarkan satu surat minta Abah masuk mana2 wad yg punya PAKAR KENCING MANIS..kami anak2 akhirnya mengambil keputusan hantar abah di HOSPITAL SERDANG..dekat & mudah kami nak tengok..kalau di kampung kesian kat Mak nak ulang alik...Jauh..

Bawa abah ke bahagian kecemasan Jam 6 petang Sabtu Lepas (lepas balik dari Raya Gathering di Gombak)...Tunggulah aku anak beranak serta adik perempuanku dan kawan dia-Syikin dari jam 6 ptg - 1 pagi di hospital Serdang...Jam 1 pagi tu baru Abah confirm masuk wad..

Semalam Hari AHad, selepas menghadiri Ihtifal Pasti & Jamuan Hari Raya, aku & anak2 terus ke Hospital utk ziarah Abah...dari jam 2 ptg hingga jam 9 malam..

Bagi sahabat-handai yang mengenali Abahku dan yg ingin mengenalinya, Silalah & dijemput untuk menziarahi Abahku di

Hospital Serdang Selangor
Tingkat 7, Wad 7B
Bilik No. 4


Masa Melawat:
Hari Biasa : Jam 12 - 2 ptg...... 4.30ptg hingga 7 mlm..
Hari Cuti : Jam 12 hingga 7 mlm..

Semoga dengan kehadiran kalian, dapat menceriakan sekeping hati yang sedang gundah...

Ya Allah, Engkau ampunilah segala dosa ibu & ayahku. Dan Engkau kurniakanlah tahap kesihatan yang baik pada mereka..semoga dengan ujian Mu yang sedikit ini dapat merapatkan kami serta lebih mengingatkan kami akan keEsaan & KeAgunganMu Ya Allah...Ameen Ya Rabbal 'Alamin

~Anakmu~

1 tuan penasihat:

Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

sekarang abah dah ada di kampung..bila telefon abah masih mengadu penin sikit2..mgkin tekanan darah rendah kut.so, aku minta abah buat check up dgn klinik kesihatan..Abah admit wad serdang pd Jumaat 9hb & balik ke Perak 10hb Sabtu..

Semoga Abah sembuh & di kuatkan tenaga...