Maaf, rasa besar sangat hati ini ingin berkongsi kebahagiaan yang dirasai dengan sahabat2 & kawan2 semua (yang baca blog ini & kalau nak panjangkan, amatlah dialukan)..
Entry sebelum ni, saya dah muatkan teks ucapan Alu-aluan MB Kelantan di Majlis Pelancaran ECER..dan pd mulanya, kecewa jugak tak dapat nak dengar sendiri suara beliau di satu-satunya siaran Rasmi RTM di TV khususnya sewaktu siaran langsung Majlis pelancaran satu lagi PROJEK Mega kerajaan di Kelantan, disebab slot utk beliau dipotong..Musykil jugak kenapa sampai tahap itu...Sensitif sangatkah @ ada kesalahan kah dalam bicara MB tersebut? Apalah salahnya kan ucapan beliau disiarkan....Inikan kali pertama Beliau masuk TV bersama PM...eheh..logiknyalah kan..tapi tau takpa..apa lagi kalau bukan kerana mungkin ada pihak yang takut dipolitikkan...wallahualam (Hanya Dia Maha Mengetahui)..
Kecewa saya hanya sementara, akhirnya dapat jua mendengar ucapan beliau secara live..
Jika Kawan2 juga turut mahu mendengar silalah ke link sebelah 'Link Ilmu- Portal KTV-Ceramah2', boleh download disitu...
Komen
hmm..selepas mendengar sendiri, tiadalah apa yang cacat sehinggakan RTM menganak tirikan ucapan beliau..cumanya, bg pendapat saya, ucapan beliau lebih kepada MB menasihati PM, merintih, merayu, lahirkan rasa Syukur, & setiap ayat yang dilontarkan penuh makna yg isinya Ilmu..bukan omong2 kosong tanpa Ilmu...tak sangka saya, penuh berani & rendah diri...taktahulah pula pendapat rakan2 yg lain..(sila beri komen disini yer, kalau sudah mendengar)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Panjangkan umur pemimpin seperti ini, dan lahirkanlah lagi pemimpin seperti ini utk menerajui Negaraku Yg Tercinta...Ameen
Friday, November 02, 2007
Alhamdulillah..Dapat Juga Akhirnya......
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
1:57 pm
Kategori: Santapan Rohani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 tuan penasihat:
Post a Comment