Friday, February 15, 2008

MOTIVASI...Ayuh Generasi Muda (kita-kitalah)

Beginilah cara Nabi SAW memotivasikan sahabat:

Percaya selepas melihat sesuatu, tiada nilai iman. Ia hanya suatu ikrar pada sesuatu yang telah ada hasilnya. Percaya seperti ini percaya murahan yang tidak berhajatkan kepada usaha dan pengorbanan.

Namun Baginda SAW mengajar para sahabat supaya percaya sebelum melihat sesuatu, dan bekerja keras untuk melihat apa yang mereka percaya.

Itulah hebatnya motivasi minda mukmin profesional.

Mereka percaya sebelum melihat dan bekerja keras untuk melihat apa yang mereka percaya.

Kita belum pernah melihat Syurga, namun kita mempercayainya. Maka bekerja keraslah untuk melihat apa yang kita percaya.

Kita juga belum pernah melihat kemenangan Islam, bahkan diselubungi kekalahan demi kekalahan. Namun kita percaya bahawa hari esok adalah untuk Islam.

Maka bekerja keraslah untuk melihat apa yang kita percaya.
Bahawa kemenangan adalah milik Islam.

Andai cukup syarat-syaratnya.

Di petik dari ABU SAIF @ www.saifulislam.com

0 tuan penasihat: