Friday, February 01, 2008

Tag Lama: 5 perkara/Benda.....

Tag dari Baiti..baru dapat nak buat..

"Ingat 5 Perkara sebelum 5 Perkara"..teringat pulak kat lagu Raihan nie. Jom flashback...

Ingat 5 perkara sebelum 5 Perkara

Sihat Sebelum Sakit
Muda Sebelum Tua
Kaya Sebelum Miskin
Lapang Sebelum Sempit
Hidup Sebelum Mati.....

5 Benda Dalam Beg (refer to my handbag)

1) Beg Duit / Dompet/ Wallet / Purse
2) Ubat: Folic Acid, Homoepati B2 Salindah, Noriday & Minyak Angin Cap Dua Singa
3) Bedak Muka: Johnson&Johnson
4) Alat Kebersihan: Pengepit Kuku; ni mesti ada sebabnya tugas mengepit kuku 4 org dianugerahkan kepada diri ini..eheh..; Kayu sugi yg tak pernah lg guna(tak ingat sapa bagi); Oral-B Essential Floss;
5) Handphone : Benda yang paling penting perlu ada...& Earphone


5 Benda Dalam Dompet

1) Kad Penting: Kad Pengenalan, & Lesen B2,D serta PMCare Card for Four of us
2) kad Sederhana Penting: Kad2 ATM, & Blood Group Card: Darah Teman jenis A. sape2 darah jenis A bolehlah kita 'kawan'..
3) Kad Kumpul Points: Real Rewards, BonusLink, Sen Q Card, iCash Card, Kamdar & Jusco Card
4) Kad Perkhidmatan a.k.a Theme Park & Hotel: Maya Card, Leisure Holiday Card, & Narsqo Card
5) Kurang Penting : Ringgit Malaysia, Kad Bisnes, Kad Klinik, & Resit2.....


5 benda yg Disukai Dlm Bilik Tidur

1) Sudah tentu Katil & Tilam..tempat melompat2 berguling2 dgn kaklong & Naufal..
2) Toto : hmm, dah ada koleksi 6 Toto..1 Wedding Present..yg lelain tu beli sikit2 kat Padang Besar / Bkt Kayu Hitam..Sejak ada anak ni sukalah teman tido kat bawah jer, takut jatuh..
3) Sudut Mainan / Belajar: Brg2 mainan ke Buku letak kat situ..
4) Almari / Wardrobe : Almari tu besar & lekat terus ke dinding..byk partition..Tuan Rumah byk buat renovation..so, tumpang senang mana yg ada..
5) Balkoni: sekarang ni dah jadi tempat Dobi & Dry Cleaning..setakat ni tiap hujung minggu basuh toto sendiri kat situ..senang..1 2 hari dah kering..satu minggu satulah...ponek nak basuh sekali harung..


5 Perkara Yang Nak Di buat- jangka Panjang-

1) Rasa nak selalu hadiri Majlis2 yg Ada bacaan Al Quran / Zikrullah ramai2..contoh pi surau setiap malam jumaat..
2) Nak Tunaikan Haji & Umrah
3) Nak Jadi Surirumah Tangga yg Bekerja dari rumah: Sedang kenal pasti Jenis 'Family Bisnes'
4) Nak Ada zuriat seramai mungkin selagi diberi & diizin Allah..ihiks..
5) Nak Jadi Ummie yg berjaya didik anak2 jd Insan Bertakwa..

5 Perkara Yang Nak Di buat- jangka Pendek-

1) Sebelum Bersalin Bulan Julai 2008 nie, nak pastikan telah siap Bilik / Ruang Belajar & Aktiviti utk Anak2&Family..
2) Cari Material & Mengajar Sendiri Anak2..
3) Usahakan Pinjaman Perumahan utk Beli rumah yg disewa sekarang..
4) Nak Balik kampung Mohon Ampun & Maaf Pada Mak
5) Memberi Tenaga selagi Mampu sebelum PRU 12 & Mengundi di PRU 12 tak lama lagi...

0 tuan penasihat: