Itulah Tarikh keramat dirimu Ku lahirkan..(maaf, patut post lama dah, baru kini dpt update)
Dan AINUL MAR'IYAH namamu diberi...
itulah, kalau dipikirkan dek otak nie mmg akan bersalin time sama mcm anak2 yg terdahulu.1 minggu awal...yg INI 2 minggu awal..tapi semua tu kerja Allah & telah Allah tentukan..Memang manusia boleh buat tapi semua ketentuan dr Dia adalah disalurkan melalui manusia juga kan?
utk tahu Kisah bersalin anak kali ini, boleh baca entry yg lepas bawah tajuk KISAH BERSALIN & WAD..kat sini, cuma nak update gambar & sekali lagi as Du'a, ummie ulang menyebut kembali maksud nama anak2 ummie; smg menjadi Du'a & mujarab dalam diri anak2..
Sejarah Nama MAR'IE & MAR'IYAH
Nama Abah & Ummie dia dah pendek-satu perkataan, So decide anak nanti 2 perkataan... Cari punya cari Dalam Kamus Senarai Nama-Nama Islam terjumpa perkataan MAR'IE (dibahagian Nama Lelaki) & maksudnya TERPELIHARA...hmmm, terus rasa teruja nak ambil nama tue buat Dormain/Sir Name..
Atas dasar zaman yang penuh pancaroba kini, Mutakhir pelbagai peristiwa2/kejadian 2/ Berita2 berlaku disekeliling kita yg meruntuhkan jiwa hati ibu bapa..akhlak anak2 masa kini..Na'uzubillah. .Rasanya tidak perlu diceritakan. Memang jadi tanggungjawab Ibu & Bapa utk mendidik anak2 itu..Namun, senjata paling ampuh sedia kita tahu ialah DOA..Justeru, apabila memberi nama yg baik, & bila di sebut2 itulah DOA.. betul kan?
Justeru, selain usaha kita bakal menjadi ibu & bapa kelak utk memberi didikan, asuhan & menjaga anak2 nanti dengan ilmu Dunia & Akhirat ialah BERGANTUNG&BERSERAH SEPENUHNYA HARAPAN kepada Allah Ta'ala dalam 'memelihara'anak-anak kita nanti, seandainya Ummie & Abah tidak sempat melihat kalian membesar & memberi didikan yg secukupnya.. Tanpa Berkat, Redha & 'Pemeliharaan' Dia, Siapalah Kita Di Dunia ini kan?
So, Kalau lelaki MAR'IE~MIM RO 'AIN YA~
Perempuannya just tambah ~THO MARBOTAH dihujungnya~ Jadilah MAR'IYAH...
Sekarang, just tinggal nak cari pasangan nama yg sepadan & seirama jer..
1) Seawal umur kandungan 3 bulan ummie dah tahu jantina Nawwaratul.. tp masa tu lumlah tahu nak letak nama apa..ummiepun dah tak ingat mula cari nama umur kandungan berapa bulan...ummie jugaklah yg mencari..akhirnya, ummie suka dengan kesinambungan nama NAWWARATUL dengan MAR'IYAH...maksudnya CAHAYA YANG TERPELIHARA.., Semoga juga dengan maksud yg tersirat di sebalik nama yg di pilih anak ummie yg perempuan ini kan jadi Anak perempuan yg Solehah & kelak kan jadi isteri Solehah serta sentiasa dalam PEMELIHARAAN ALLAH..
2) Masa Mengandungkan NAUFAL nie..ada senarai 3 nama, tapi Naufal salah satunya dipilih..Yang Bermaksud 'DERMAWAN'...Dermawan nipun punya maksud mendalam..suka menderma wang ringgit/harta benda ka, senyumanpun derma jugak, tenaga yg paling penting..Justeru, Ummie mengharapkan agar Naufal nanti akan jadi seorang Insan yg betul2 pemurah dalam semua keadaan, mcm ummie skrg tak mampu harta benda @ wang ringgit, tp ummie rela sumbangkan tenaga selagi diberi daya oleh Allah Ta'ala..akhirnya, pabila digabungkan terciptalah MAR'IE NAUFAL; DERMAWAN YANG TERPELIHARA, insyaAllah sentiasa dalam pemeliharaan DIA, & yg PALING penting rajin Utk ISLAM!
3) Dan Yang ketiga nie, Alhamdulilah kali ini abah dia yg cari, AINUL MAR'IYAH = MATA YANG TERPELIHARA...
Sekian, semoga anak2 kita semua jua dalam PEMELIHARAAN ALLAH....... ...
Wassalam...
Wednesday, October 15, 2008
08.07.08..........0149 am....
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:30 am
Kategori: Anakku, Family, Nama Anak, Pregnancy/Delivery/Postnatal, Ummie Mengomel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 tuan penasihat:
alin, postkan salindah tu boleh tak?
tak sempat nak gi ambik.
tingkat 10, bangunan yayasan selangor, 74 jalan raja muda abdul aziz, 50300 kuala lumpur
nnt sms no acc. sy bank in kan duit post.
tq
ok..nanti alin postkan yer..
wassalam
Post a Comment