Berkongsi Gambar buat kenangan..Bila Naufal dah besar nanti boleh tengok gambar sendiri masuk Majalah..hehehe..
Terima Kasih Pa & Ma….
Mar'ie Naufal Norshamsuri
Maksud nama saya pemurah sebab itu saya murah dengan senyuman!
Thursday, October 04, 2007
Pa & Ma I....
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
9:28 am
0
tuan penasihat
Wednesday, October 03, 2007
Selamat Hari LAhir, Sayang...
Sebagai menghormati tahun Masihi Nawwaratul di lahirkan pada hari ini
2 tahun lepas..
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!
Kaklong dah semakin bijak, cerdik, aktif, lasak, kuat menangis for attention (almaklum ada adik nie..)
Apapun Kaklong also a good sister..pandai jaga adik, pandai juga buli adik sometimes, selalu toleransi dgn adik but sometime tak jugak..susu dah boleh kongsi..
Sama saiz dengan Naufal..
Buatlah & mainlah macam mana pun dua beradik nie tak apa..jarang nak nangis..tengoklah aksi kaklong duduk atas adik.tengok adik siap senyum lagi:).
kalau adik tidur kaklong kacau, kalau kaklong tidur plak adik kacau..bahagia bila dua-dua fall asleep together-gether...hehehe..
Doa Ummie & Abah tetap agar kalian jadi Anak Yang Taat kpd perintah Allah & kpd ibu bapa sentiasa...Ameen
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:00 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Birthday, Perkembangan Anak
Malasnyer Tangan ni nak Menaip.....
Actually, tetiap hari (bila dikumpul2) banyak nak luah/cerita kat blog nie..
Tapi bila buka jer bahagian 'Post' nie,..
Tangan ni mula malas nak menaip & kepala nie 'segan' jer nak memikir apa nak tulis...
al maklum pulak diri nie jenis tak pekdek2 ayatnyer..;;
Takpelah, nak tulis jugak, just senaraikan jelah (accumulated story)...
1) Rabu lepas 26hb September; Kali ke 2 kasut suami dicuri orang.harga kasut tu RM30 jer..pun di'sapu'nya..Kali pertama curi masa baru 1 hari duduk rumah baru tue..15hb Julai(Isnin)...tu pun sedar sebab kasut adik lelakipun hilang sama..yang tu memang mahallah kasutnyer, suami beli masa dia pi Poland dulu...lepas ni kasut mahal ke murah ker kena simpan dalam rumah..Peliknya 'Pencuri' tu curi barang2 lelaki jer..Bila tanya2 jiran time lepas terawikh, memang selalu org pecah rumah..Dub!risaulah pulak..Apa yg termampu mohon byk Doa pd Dia, bykkan baca Quran dlm rumah tue & 'pagar sendiri' keliling rumah tue (yg nie belum buat lagi)...
2) Terima kasih to Majalah Pa & Ma (keluaran Oktober 2007): Akhirnya berkat sedikit kekereatifan ummie nie Anugerah dr Dia juga, anak ummie Naufal terpilih untuk slot "Si Manja Ceria"..ada gambar Mar'ie Naufal Norshamsuri dalam Majalah kesukaan Ummie nie..tak pernah miss sejak ngandungkan Nawwaratul...Apalah 'HADIAH MISTERI' tu nanti ek...
3) Musykil/resah/biasa..mcm2 dalam bulan Ramadhan nie..ni lebih kepada diri sendiri sebenarnya..sejak lahirkan Naufal, tak pernah 'datang bulan', so dalam bulan Ramadhan nie kali pertama 'datang', kalau normal takpa, ni lain mcm sikit..itu yg kalau sahabat2/kawan2 ada terima email sy attachkan pasal buku tentang 'Darah Wanita-Haid,Nifas&Istihadah berdasarkan Al Quran & Al Sunnah'..inilah sebabnya..aku tak stabil..mcm mn dgn solat? puasa? so, suami tolong carikan rujukan..InsyaAllah, sesiapa tak kira suami pun di galakkan sebagai ilmu utk menegur isteri..kdg2 isteri nie pelupa.. kalau selesai baca buku tu 55 m/s..bolehlah berpegang kepada penjelasan dr buku tersebut kerana buku asal ditulis dlm bahasa 'Arab dan diusahakan diterjemah dlm bahasa Melayu oleh penterjemah & penyuntingnya memang berlandaskan Al Quran & Al Sunnah..baik bacalah sendiri yer..sebab tak pandai nak ulas panjang..bg kawan2 blog yg nak boleh bg email nanti sy forwardkan buku online tu...(free for amalan no charges)..berbalik pd keadaan diri, punyalah susah nak klasifikasi sebabnya:
a) Mula 'datang' 10hb - 14hb Oktober, pastu bersih
b) 'Datang' semula 19hb - 23hb; kategori darah: banyak jugak, 24hb bersih
c) 25hb 'datang' lagi, pastu bersih..
d) 1hb & 2hb 'datang' lagi..banyak bukannyer sikit-sikit..hari nie kat pejabat setakat dr Subuh sampai Zohor bersih pulak..(taklah mandi lagi)..So, kena Qada' Subuh,pastu tayammum buat zohor..Puasa kenalah ganti..
e) kesimpulan setakat hari nie: wpun dah baca buku tue, masih musykil nie..Ya Allah, permudahkanlah & uraikan kekusutan yg ada..Ameen... Macam mana? ada sesiapa yg facing like this? kongsilah dengan kita yer...
hmm..cukup dulu setakat tue...panjang jugak rupenyer...hehehe..
SALAM RAMADHAN YANG BAKAL PERGI
SALAM DIAMBANG 'EDUL FITRI...
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:52 pm
0
tuan penasihat
Friday, September 28, 2007
Ujian (MEdSI)
Malaysian Educators Selection Inventory
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2008/2009
PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JANUARI
Nama : MARLINA BINTI YAHAYUDIN
No. Kad Pengenalan/MyKad: 810213.......
Kategori : DIPLOMA PENDIDIKAN
Pilihan Program Pengajian Pendidikan di IPTA (SEMASA PERMOHONAN):
PILIHAN KOD PROGRAM IPTA
Pilihan 1 : AT51P PERDAGANGAN DAN PERAKAUNAN UPSI
Pilihan 2 : AT31D KEMAHIRAN HIDUP UPSI
Anda LAYAK menduduki ujian MEdSI bagi
Program Pengajian Pendidikan di IPTA yang akan diadakan
pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-
PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN YANG LAYAK DIPANGGIL UNTUK MENDUDUKI
UJIAN MEdSI :
Pilihan 1: AT51P PERDAGANGAN DAN PERAKAUNAN
Pilihan 2: AT31D KEMAHIRAN HIDUP
Tarikh : 29 September 2007
Masa : 9.30 PAGI
Tempat : DEWAN GEMILANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
BANGI,43600 SELANGOR
________________________________________________________________
Nah, esok test tu..Buntu tak tau nak baca apa. Actually program
ini adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
..dan ini pertama kali aku mohon (baru tau;)..Sebelum ini dah 4
kali ambil KPLI di bawah BPG..nasib masih tidak menyebelahi ku..
cuba yang ini pulak..
Diizinkan Allah, lulus semua nya,..akan mengajar Politeknik, Kolej
Komuniti @ Matrikulasi Programme......Thus, this is the different
between KPTM & BPG...BPG is conquer Primary&Secondary School..
Kandungan MEdSI esok ialah:
1) Aku kena jawab 300 item soalan yang mencakupi Personaliti, Minat
Kerjaya, Nilai Integriti & Kecerdasan Emosi...agak2 macam
IQ Testlah kiranya kan.?.
2) Soalan Berbentuk Aneka Pilihan
3) Jawapan hendaklah dihitamkan dgn pensil 2B
4) Hendaklah memilih jawapan yang sesuai dengan diri calon..
hmm.., yg ni mcm nak nilai personaliti..
Gerun la pulak..mcm mn nak jawab nie..jawab ikut kejujuran ke atau
'act' as what is not you...confused*winks*
Ada sesapa yg ada pengalaman ambil pengajian diploma nie???????
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
1:15 pm
1 tuan penasihat
Kategori: Kerja Dunia
Monday, September 24, 2007
Berhibernasi....
Assalamualaikum Semua,
Memang lama betul tak update blog nie..Maaf Dipinta..
Bukan bosan, bukan tak mahu peruntukkan masa menulis, bukan tak cukup masa
Bukan takdak cerita/kisah, semua bukan, bukan, bukan…
Sebenarnya semenjak 2 menjak nie, aku tak bosan sebabnya disibukkan dengan isu semasa terkini, Justeru aku telah peruntukkan masaku banyak menulis di email, yahoogroups & di blog lain..Banyak cerita sebenarnya nak kongsi dlm blog sendiri tapi
Malangnya tiada kesempatan…………
Apa yg dibuat telah jelas di atas, setiap hari kini wajib aku :
1) Tulis & ‘Paste’apa-apa sahaja tajuk tentang isu semasa & gerak kerja terkini utk dikongsi bersama di email yahoogroups Alumni, Nuqabagroup & email-email lain
2) Buka ‘The Memory of Nurin’…..www.nurinjazlin.blogspot.com
3) Buka Utusan Online
4) Buka Harakah Online (Biar dapat cerita yang adil)
5) Buka Blog Anak Tun
So, kesannya, bila mai blog sendiri, segala macam bentuk perasaan, harapan, telah tiada sebabnya telah 'dilampiaskan ke saluran-saluran di atas...heheheh...
Yang baik datang dari Dia, & segala kekurangan datang diri ini..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
12:14 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Me
Tuesday, September 11, 2007
29 Syaaban 1428H....
Ramadhan Bakal Menjelang Lagi
Kenangan Itu turut Menjelma
Nawwaratul Mar'iyah Nama Diberi
Esok Lusa Umat Islam Berpuasa
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2
NAWWARATUL MAR'IYAH
ANAK UMMIE & ABAH
2 TAHUN DAH ANAK UMMIE
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!!
Petikan dari Entry setahun yang lalu.....
Kau dijangka akan menemui ummi&abahmu,
Pabila genap 9 bulan bersamaan 15 Ramadhan 1426H,
NAMUN tanggal 29 Syaaban itu,
seawal jam 4 pagi,
Ummi telah dapat merasakan sesuatu yang indah & penuh barakah,
bakal ummi&abah lalui pada hari itu,
Ummi menahan kegembiraan dalam kesakitan,
pada setiap gerakan yg kerap darimu sayang,
Tak sabar rasa dihati sambil dipalit sekelumit ketakutan,
Sesudah Subuh,
Ummi & Abah memanjatkan doa pada Rabbul A'lamin,
Seandainya hari ini adalah SAATnya,
PERMUDAHKANLAH......
Rutin biasa,
Ummi & Abah bersiap kemas mencari rezki,
Namun, ummi sudah merasakan,
HARI INI ADALAH HARINYA,
Jam 9 ummi terlantar di katil,
Hanya berteman zikir kepadaNya,
& Abah disisi,
Sungguh ummi takkan melupai SAAT itu,
Bagaikan Nyawa di Hujung Tanduk,
Detik 12.52 petang,
Alhamdulillah, hampir setengah jam,
Ummi bertarung,
Kasihan dirimu sayang,
Akhirnya doa ummi&abah dimakbulkan Dia,
Lahirnya Insan Solehah,
Penyeri Ummah,
NAWWARATUL MAR'IYAH Binti NORSHAMSURI
~cahaya yang terpelihara~
29 Syaaban 1426H = 3 Oktober 2005 Masihi = Hari Isnin
29 Syaaban 1427H = Hari Jumaat
29 Syaaban 1428H = Hari Selasa
~hasil nukilan ummi mu~
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak
Serta Selamat Berpuasa 30 Hari
Kepada Keluarga Tersayang
Bonda & Ayahanda Tercinta, Mak & Abah Mertua Tersayang
Adik-Beradik serta Ipar
Sahabat Sahabiah, Rakan Taulan Blog
Seluruh Warga Muslimin & Muslimat
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:36 pm
2
tuan penasihat
Tuesday, August 28, 2007
Theory & Real....
THE REAL ART OF CONVERSATION IS NOT ONLY TO SAY
THE RIGHT THING IN THE RIGHT PLACE BUT
TO LEAVE UNSAID THE WRONG THINGS AT THE TEMPTING MOMENT
TALK WITHOUT EFFORT IS NOTHING
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
8:18 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Santapan Rohani
Sunday, August 12, 2007
Nawwaratul Mar'iyah...
bersambung dari siri lepas...
Sejarah Mar'iyah dahpun ummie ceritakan entry yg lepas...Masa mengandungkan Nawwaratul, of courselah dlm keadaan riang gumbira..org putih kata Fruit of Joy!
Almaklum anak pertama, hasil dr kebahagian yg dinikmati ummie & abah..yg penting utk org perempuan, ummie sihat & subur..Alhamdulillah..
seawal umur kandungan 3 bulan ummie dah tahu jantina Nawwaratul..tp masa tu lumlah tahu nak letak nama apa..ummiepun dah tak ingat mula cari nama umur kandungan berapa bulan...ummie jugaklah yg mencari..akhirnya, ummie suka dengan kesinambungan nama NAWWARATUL dengan MAR'IYAH...maksudnya CAHAYA YANG TERPELIHARA.., hubby tue setuju saja & suka..
Semoga juga dengan maksud yg tersirat di sebalik nama yg di pilih anak ummie yg perempuan ini kan jadi Anak perempuan yg Solehah & kelak kan jadi isteri Solehah serta sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH..
Wassalam
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
4:11 pm
0
tuan penasihat
Saturday, August 11, 2007
Tagging-Magging...Nama Anak2..
MAR'IE NAUFAL (DERMAWAN YANG TERPELIHARA)
Alkisah, satu cerita zaman dahulu kala, Lebih kurang usia anak pertama nak masuk 9 bulan, termaktublah yang si omak e mengandunglah lagi anak kedua 6 minggu..kalau tanya pilihan nama, tetap nak maintain MAR'IE @ MAR'IYAH (a.k.a Sir Name)tue..
Sejarah Nama MAR'IE & MAR'IYAH
Nama Abah & Ummie dia dah pendek-satu perkataan, So decide anak nanti 2 perkataan...Cari punya cari Dalam Kamus Senarai Nama-Nama Islam terjumpa perkataan MAR'IE (dibahagian Nama Lelaki) & maksudnya TERPELIHARA...hmmm, terus rasa teruja nak ambil nama tue buat Dormain Name..Atas dasar zaman yang penuh pancaroba kini, Mutakhir pelbagai peristiwa2/kejadian2/ Berita2 berlaku disekeliling kita yg meruntuhkan jiwa hati ibu bapa..akhlak anak2 masa kini..Na'uzubillah..Rasanya tidak perlu diceritakan
Justeru, selain usaha kita bakal menjadi ibu & bapa kelak utk memberi didikan, asuhan & menjaga anak2 nanti dengan ilmu Dunia & Akhirat ialah BERGANTUNG&BERSERAH SEPENUHNYA HARAPAN kepada Allah Ta'ala dalam 'memelihara' anak-anak kita nanti, seandainya Ummie & Abah tidak sempat melihat kalian membesar & memberi didikan yg secukupnya..Tanpa Berkat, Redha & 'Pemeliharaan' Dia, Siapalah Kita Di Dunia ini kan?
So, Kalau lelaki MAR'IE~MIM RO 'AIN YA~
Perempuannya just tambah ~THO MARBOTAH dihujungnya~ Jadilah MAR'IYAH...(adala sikit2 ilmu bahasa arab, belajar dari Ting. 1 hingga 3 jer)
Sekarang, just tinggal nak cari pasangan nama yg sepadan & seirama jer..Masa Mengandungkan Naufal nie..ada senarai 3 nama, tapi Naufal salah satunya dipilih..Yang Bermaksud 'Dermawan'...Dermawan nipun punya maksud mendalam..suka menderma wang ringgit/harta benda ka, senyumanpun derma jugak, tenaga yg paling penting..Justeru, Ummie mengharapkan agar Naufal nanti akan jadi seorang Insan yg betul2 pemurah dalam semua keadaan, mcm ummie skrg tak mampu harta benda @ wang ringgit, tp ummie rela sumbangkan tenaga selagi diberi daya oleh Allah Ta'ala..
sesuailah sangat, mcm2 ummie buat masa ngandungkan Naufal. Ummie betul2 tak sempat nak berehat..Kalau flashback entry2 sebelum nie, mcm2 event yg ummie buat since dr bulan April'06 - Jan'07; Ummie nak Naufal Jadi lebih dr Ummie & Abah tau nanti!
1) Cari Kerja Baru & attend Interview sana sini
2) Sesuaikan diri dengan tempat kerja baru yg Jauh dr rumah especially Travel Kajang - Subang Jaya.
3) Menguruskan ubm - handle hampir 30 kes throughout the year..
4) Ambil MTEST -- Interview Guru -- Mendaftar Guru(akhirnya terpaksa ditolak & Bersalin on the same day)
5) Bermuktamar sesi 2005-2006
6) Menguruskan akaun PASTI Al Abrar --- Lawatan Pusat Sains
7) Mesyuarat sana sini
8) Menguruskan program besar yg mencapai 100+ hadirin yg hadir --- KPKAA'06
9) Jaga Tokwan Sakit Kat Hospital masa Hari Raya
10)Urus Majlis Pertunangan Adik Ipar di Johor..
dan lain2...
akhirnya, pabila digabungkan terciptalah MAR'IE NAUFAL; DERMAWAN YANG TERPELIHARA, insyaAllah sentiasa dalam pemeliharaan DIA, & yg PALING penting rajin Utk ISLAM!
Budak Semangat, Semangat Dalam Perjuangan Jua Nanti, Ameen..
Tepuk amai-amai Belalang Kupu-kupu, Tepuk Naufal Pandai, Bilang Satu-Satu
Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh, Hari Mulia Negaraku Merdeka, MERDEKA!
Tunggu Entry utk Kaklong pulak nanti...............
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
3:19 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku, Family, Kerja Akhirat, Me, Nama Anak, Pregnancy/Delivery/Postnatal, Tag
Friday, August 10, 2007
Ragam Anak-Anak II
LAGAK NGERI DILAKONKAN OLEH ADIK...
'Lagak Ngeri 1 : Memandu sambil Menggigit Stereng!'
'Lagak Ngeri 2: lagi ngeri ni, Memandu sambil lepas tangan!'
'Lagak Ngeri 3: Subhanallah, langsung tak tengok arah hadapan(jalanraya)!'. patutlah stuntman ada kat belakang tu..ngeheh
'Ini bukan lagak ngeri. Tapi sketsa dari Sang Rambo & Sang Ramba'
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
1:02 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku
Tuesday, August 07, 2007
Sekitar Majlis Perkahwinan Sepupu..290707
Majlis Persandingan Anak Usu Isa - Anak Perempuan (Adik Bongsu Abah)
One Happier & Big Family
Menantu, Usu Imah, Usu Isa, Syakirah & Adik Yg Bongsu
Sama Cantik Sama Padan
Adat Selempang Kain Pelekat dari Seberang, Pakcik Fahmi Tetamu/Saudara dari Indonesia
Melayan Anak Makan..
Abah, Pakcik Fahmi & Nanang Sang Putra (Nama mcm Pahlawan Indon kan?)
Jalan2 & Solat di Masjid Putrajaya
Aisyah, Na&Kaklong, Pakcik Fahmi, Abah&Naufal, Nanang & Din (adik Ipar)
Entertaint Tetamu Bawa pi Makan Sate Kajang, Pastu ajak tidur rumah..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:08 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Family
Sunday, July 15, 2007
Koleksi Ragam Anak-Anak I
'Kepanasan...'
'Berebut Hadiah Paklang ke tue...' 'Naufal Nak rasa Pengantin Baru Dukung ek..'
'Mula-mula kita masukkan air, next..'
'Renung masa depan ke Renung Bantal tue Adik'
'Kira, Jangan Tak Kira Cik Bunga'
'Bodyguard Bunga telur, Siapa Berani Dekat'
'Main-main dengan kawan ek..'
'Naufal tunjuk skill pegang botol susu'
'Inilah Hobi Kaklong, cuba pakai semua kasut2 Orang'
'Penat nak kira nie, banyak sgt.Tolong!!!'
'Three maskitiers in Blues'
'No komen'
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
2:03 pm
0
tuan penasihat
Kategori: Anakku
Monday, July 02, 2007
Updates Checklist/Apa yg bakal & dah berlaku...
Banyak betul yang dah terjadi/buat sejak akhir-akhir ini, yang bakal berlaku pun, sampai tak sempat nak memblogkan diri: So, just updatekan serta tambahkan 'checklist yg pernah dibuat sebelum nie:
1) Next entry nak cerita pasal Majlis Kenduri Adik Ipar..kat Johor & Kat Kedah --- yg ni masih belum sempat nak buat
2) Pastu nak kemas-kemas Rumah.Mula Packing barang go to somewhere, somehow, somewhat. Totally move.--- A'a semalam Sabtu & Ahad berhempas pulas dgn Aini & Abg(sambil2 hadiri mesyuarat 2 hari tue), 100% membasuh & kemas rumah. Minggu depan , Ahad sewa lori utk angkut barang2.Totally move out on 15 July 2007 Kemana pulak nak pindah nie???
No. 17, Jalan Muhibbah 5
Taman Muhibbah
43000 Kajang
Selangor (berjiran dgn Nurul Umi Baiti nanti:p)
Harapnya nilah last pindah, penat sungguh rasanya...
So, kat bawah ni sikitlah pemandangan rumah baru nanti..gambar kat dapur & sudut ruang tamu jer...
3) Esok nak pi kenduri Kak Az. My super duper Senior..---> STJrians ---> UNITEN
---- Alhamdulillah, sempat jugak pergi walaupun dah dihujung2 Majlis..bertolak dari rumah 3.30 ptg sampai dlm pukul 4 ptg..Niat bukan nak pi makan dah, yg penting dapat merai kakak Tersayang..Cantik sungguh akak kita hari tue.Sama Cocok Sama Padan..Alhamdulillah, akhirnya...Semoga Kekal Hingga ke Akhirat & Hubungan Diberkat Allah,
So, utk kenangan, sikit gambar kenangan dgn Kak Az & tak Lupa Majlis Menyambut Kakak lagi sorang Kak Mina @ lebih dikenali 'Monte Carlo'..Sporty Woman..
4) Appointment Abah dengan IJN ---> 27.06.2007 nie ---- Alhamdulillah, juga telah selesai. Lama betul menunggu giliran. kesian kat abah.Kita yg sihat ni jd mcm nak sakit. Ini tambah yg sakit...hmm..sampai IJN jam 9 am. dpt jumpa Dr. 2 ptg. tapi sebelum tue jam 1 ptg buat Echo...Abah sampai Isnin mlm 25hb & abah balik Jumaat 29hb..Ya Allah, sedih & pilu bila menatap wajah & tubuh badan abah. Dulunya badan berisi, skrg betul2 kurus & pipi mencengkung..Semoga abah terus dikurniakan sihat..Maafkan segala salah silap anakmu ini serta halalkan makan minumku, abah..
5) Ready nak pindah ofis. ---> Subang Jaya ---> Setapak. walau 'setapak' jer tp jauh bgku...nak kena drive alone..hu.hu.hu. sanggup ke nak drive sendiri tiap2 hari nie..yg selalu nipun dah ngantuk2..kali ni totally tak sedestinasi dgn hubby..hu.hu.hu (jd cam zilla la lepas nie;P)----- Yg ni entahlah bila, ibarat tunggu buah yg tak jatuh2..Sampai naik bosan jer tiap hari pi opis. bukan apa rasa mcm dah tak semangat..Bos masih merahsiakan segala hal..agak jauh jugak. area Pusat Bandar Wangsamaju..hmm..
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
10:17 am
0
tuan penasihat
Kategori: Family, Me, Rumah, Sahabat/Kawan


