Wednesday, January 30, 2008

Politik Sket...

Assalamualaikum,

'Perang' kita dijangkakan semakin hampir..Ya, apa lagi kalau bukan Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) tak lama lagi sekitar Mac 2008 yg sepatutnya tarikhnya kita patut tahu lebih awal daripada dok berteka teki..Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia yg kini dah bukan hampir lagi dah, tp memang selalu nak 'termuntah' dengan isu2 yg tak putus2 terbit di siaran2 perdana kini(surat Khabar, TV, Radio)..Adakala rasanya langsung lali dan tak ambil peduli timbul dalam diri kita..ye tak? Janji kita semua ni bijak menilai sesuatu isu..

Walau apapun, utk PRU 12 kali ini, harapan agar mana2 individu yg telah melepasi umur 21 tahun..berbuatlah 'sesuatu' pd 'perang' kali ini, setidak-tidaknya berbaloi jugalah 'muntah' kita saban hari atau berbaloi jugaklah tak ambil peduli apa nak jadi @ lali kita saban hari..Bagi Individu yg rasanya mula2 tue malas jer nak pi turun mengundi, PERGILAH..TURUNLAH...(tak kisahlah kalian nak undi manapun)..yang penting tanggungjawab 'memangkah' tue telah kalian laksanakan..Ingatlah, jangan sampai kita ditanya Allah kelak apakah sumbangan @ perbuatan yg telah kita buat demi menegakkan & mendaulatkan agamaNYa???

1) Bagi yang sedar!tapi, alamak tak mendaftar lagilah...(kes2 yg sedar last minit nie)...Tak pastilah pulak caranya..Apapun buatlah sedikit usaha utk daftar diri kpd SPR...boleh lagi atau tidak lain kira, janji usaha...sekurang2nya, kita telah BERUSAHA! bila kita berusaha, usaha kita itu akan selamatkan diri kita dari azab dosa..

Opps, info terkini: dengar dalam berita radio era pagi tadi masa bawa kereta ke tempat kerja: Fakta dr SPR mengatakan hampir 17,000 nama tak dapat didaftarkan sebagai senarai daftar pemilih kerana tidak sempat SPR menguruskan. Mereka ini, adalah senarai ahli daftar baru selepas September 2007 lepas. Yang mana SPR telah beberapa kali mengingatkan supaya rakyat mendaftar awal sebelum September 2007 lepas…hmm, no komenlah teman kat sini…& dr SPR lagi hampir 500 ribu nama (kalau tak silap) digugurkan dr senarai daftar pemilih, atas sebab2 nama2 tersebut telah meninggal dunia @ sudah bukan warganegara Malaysia..

2) Ok, bagi yang sudahpun berdaftar, sila buat semakan di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp, (untuk info: sekarang dah pewartaan daftar pemilih hingga suku ke 4 tahun 2007; tp sy dah semak mgkin sudah ditutup ruang utk semakan hanya yg ada suku ke 3, cuba anda cuba pulak, kalau dpt bgtau yer!Atau semak terus dgn SPR melalui telefon) adakah rekod kita mengundi dimana telah ada pd SPR @ tidak..adakala, kita dah daftar, tp bila hari nak mengundi, SPR kata nama kita tak ada (tambahan lagi bila sistem persempadanan semula dilakukan -daftar tempat lain, kena undi kat tempat lain)..Haru jadinya nanti! Usaha kita yg mungkin balik ke kpg yg jauhnya beribu batu, ambil cuti & sebagainya, jadi Sia-sia..Justeru sila semak dahulu lokaliti kita Mengundi di mana...

3) Harapan agar kita semua rakyat Malaysia, tak kira Bangsa Melayu, Cina, India...jomlah kita TURUN MENGUNDI pada PRU ke 12 tahun ini...UNDI ANDA PENENTU PEMERINTAHAN NEGARA TERCINTA. (buang rasa yakin kita, ‘alah, kalau tak pi undipun takpa, memang confirm menang)..confirm atau tidak, itu bukan kerja kita, kerja kita ialah TURUN MENGUNDI! Bukan susah 4 ke 5 tahun hanya 1 KALI jer..tak susahkan?

4) Sampai2kanlah pada adik beradik yg dlm rumah kita(yg cukup umur) & ajaklah kengkawan sekeliling, masyarakat setempat..kalau kita sedar, kitapun pasti nak orang2 disekeliling kita sedar jugakan..

Di akhir kata, SELAMAT DALAM PERJALANAN PULANG KE KPG @ KEMANA SAHAJA TEMPAT MENGUNDI, SELAMAT MENGUNDI, SELAMAT MEMANGKAH, BIJAKLAH MEMBUAT PILIHAN NANTI DAN SELAMAT PULANG SEMULA KE TEMPAT TINGGAL MASING2..


Bakal Mengundi PRU12.2008

2 tuan penasihat:

aida said...

undiku adalah rahsia.. hehe, tapi dont worry alin, akak sokong parti yg alin sokong. cuma saluran nak ngundi tu, nama akak rasanya dah blacklist dari SPR sebab akak pangkah parti islam..

anyway, ni details housewarming

jam 11 pagi - 3 ptg
alamat: no 50, jalan SG 7/4, taman seri gombak, 68100 batu caves
no phone akak: 013-3913454/ 03-61842202

Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

k.aida: alamak ye ke.betul ke..rugilah satu undi mcm nie..mana boleh mcm tu main black list jer..kak aida dah semak memang nama akk takde rekod ker..
actually, tak kisahpun pasal undi mana(heheh,kisah jugak)..yg penting skrg nie, smgt nak turun undi sesetengah pihak ni takder..al contoh paling dekat..adik beradik sayalah...bg mereka benda nie tak penting & tak bawa benefit/perubahan apa2 pd diorg..itu yg sy dok concern sebenaqnya..mcm mn nak CUCI mindset mcm nie...

oklah, pasal pi umah akak, kalau ada rezki sampailah yer..tak berani nak janji...hehe,,ulangtahun kelahiran anak kedua saya 2.2.08 tu..