Selamat Hari Lahir kpd diri sendiri..ihiks
actually ada entry untuk ini..(nak cerita apa yang teman dapat)..tapi biarlah dulu..tak sempat nak menulis..keep in my mind the sweet memory..
yang paling bermakna tarikh lahirku = tarikh pembubaran Parlimen. Yang mana sebelum ini dikatakan pihak pembangkang mengada-adakan cerita, tak sohih, "pandailah you all", "belum lagi, banyak lagi mesyuarat2 kabinet yg perlu diadakan", "ada lagi", "hahaha, korang ni siapa yg nak tentukan tarikh bubar, setakat duduk di warung kopi" & pelbagai lagi...Tup,tup..baru jer nafi pd malam hari, siang harinya apa yg di jangka berlaku....ihiks..kelakar plak rasanya kan?
Apapun, Parlimen pun dah bubar...Mohla lepas nie PERANAN kita wahai RAKYAT MALAYSIA..TURUN MENGUNDI..PILIHLAH barisan YANG BETUL & mendokong agama Islam agar kita semua sentiasa dalam REDHA ALLAH...
Bila diri ini bersedih @ tak kuat dek tohmahan orang atau punya krisis hubungan dengan manusia (hablum minnannas); kata2 ini penguat semula keimanan diri;
Assalamualaikum Kak Alin,
Selamat hari Lahir. !
Mudah-mudahan hari-hari akak sekeluarga dilimpahi keberkatan dan ketenangan.
Juga semoga hidup akak sekeluarga terus-menerus disimbahi cahaya kebahagian dan keceriaan.
Didoakan juga supaya menjadi suri, ummi, anak, isteri, kakak, khalifah dan mujahidah solehah
yang istiqomah dlm memperjuangkan ugama Allah.
Senyum2 sokmo !
( cantik jugak ye, hari lahir akak tahun 2008 ni sama dgn tarikh bubar parlimen )
***********
Tiba-tiba teringat lagu Saujana.
So saya dedicate istimewa lagu & doa dlm lagu ni utk akak.
.. S E L A M A T H A R I L A H I R ..
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia
Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
************



6 tuan penasihat:
Semoga panjang umur & murah rezeki... Aminnnnn....
Thanks a lot My for the wish...InsyaAllah, sama2lah kita yer..dipanjangkan umur & dapat penuhi umur kita tue dgn diiringi Redha Dia..kalau panjang umur tp Dia tak redha, tak guna jugak kan? ihiks..My, nak bunga ros?
happy belated birthday, alin ;).
thank you..ihiks..dalam sibuk2 sempat jengah & wish kite..terima kasih Baiti,...how's your project?lupe plak nak habaq, alin dah buat tau tag awak..
Dear Miss Alin,
Happy Belated Birthday ^_-
May Allah swt always rewards you with glorious life journey. Amin~
Enjoy ya day :)
Please send my hugs n kisses to your bundles of joy *cuddles*
Good day~
Terima KAsih mamafiza..
Sama-samalah kita..semoga Allah sentiasa memberkati umur kita..
Selamat Mengundi nanti..mengundi di mana?
Post a Comment